Bila disebut soal percintaan, sudah pasti ia banyak cabaran dan liku-liku yang mesti diharungi. Sungguh dan memang tidak dapat dinafikan bahawa dugaan ini datang begitu drastik sehingga kita langsung tidak menduganya. Di saat bercinta terlalu manis seumpama hidup dunia selamanya namun dalam tidak sedar seringkali dilupa batasnya. Maka dengan tidak sengaja sakit dan menyakiti hati mula menular di dalam diri angkara cemburu dan juga ketiadaan waktu untuk diluangkan bersama si dia.
Di saat kembangnya bunga cinta, maka semuanya nampak indah. Yang tidak elok akan dipandang elok. Yang tidak cantik dikatakan cantik. Jadi benarlah cinta itu buta. Cinta itu mampu membuatkan diri sendiri jadi tidak tentu arah tatkala memikirkan penamatnya. Adakah hubungan bersama si dia akan sampai ke jinjang pelamin atau sekadar mengisi ruang yang kekosongan buat sementara waktu sahaja? Begitulah yang harus difikirkan. Sama ada ya atau tidak terpulang pada kehendak diri masing-masing.
Apabila cemburu pula menguasai hati atau juga nilai percaya kian hilang, atau lagi masih was-was atau ragu-ragu atau sebagainya perasaan yang tidak kena mula timbul, maka akan lahir perasaan ingin tahu perkara sebenar. "Adakah dia cintai aku?" oleh yang demikian agenda pun bermula bagi mendapatkan bukti kesetiaan. Namun, kita lupa bahawasanya sikap setiap induvidu itu berbeza. Begitu juga dengan pendirian. Setiap orang memiliki pandangan yang berbeza-beza.
Saya sendiri tidak tahu di antara lelaki atau perempuan, siapakah yang kerap menguji nilai kesetiaan? Saya juga tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan jika pahit selalu bertandang dan bukannya manis yang diharap-harapkan. Mengukur kesetiaan bukan mudah tapi yang saya tahu tanyalah pada diri dan yakinkan diri sendiri "Adakah diriku seorang yang setia?" tanyakan juga "Adakah aku seorang yang jujur dan tulus?" berapa ramai yang bertanya pada diri sendiri seperti ini dan berapa ramai pula yang telah menemui jawapannya?
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)