Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 23)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)


Dengan sisa tenaga yang ada, dia terus berlari dan berlari demi menyelamatkan diri. Sungguh bengang dan memang buat sakit hati. Debaran ini ditanggung sendiri. Dia nekad dan dia takkan benarkan sesiapa lagi menyentuh tubuhnya. Dia tak rela dan dia takkan menyerahkan dirinya semudah itu kepada lelaki yang sungguh tak berhati perut.
Langkah tiba di jurang sungai. Otaknya tak dapat memikirkan baik atau buruk buat masa sekarang ni. Apa yang penting dia perlu terjun ke dalam sungai itu. Air sungai yang mengalir laju itu sungguh dalam. Sekiranya dia bertindak melulu pasti parah menimpa. Di hening pagi sebegini terasa sungguh sesak. Tambah lagi dengan pakaian yang sudah koyak rabak begitu tidak memberikan keselesaan. Dan juga lencun segalanya kerana mengharungi kawasan berlopak sebelum tiba ke kawasan itu. Malam tadi juga hujan terlalu lebat bagaikan banjir kilat sedang berlaku.
“Fika!!!” Jerit suara di belakang. “Jangan terjun Fika!!!” Haris memujuk Shafika setelah mengejar langkah Shafika yang berlari seperti lipas kudung.
“Pergi!!! Jan...jangan kau sentuh tubuh aku!!!” Shafika termengah-mengah lagi  kerana nafasnya masih tersangkut-sangkut.
“Jangan jadi bodoh!!! Mari sini!!!” Haris mendekati Shafika. Kini Shafika benar-benar perasan ketika ini dia sebenarnya berada di jurang. Kalau dia tersilap langkah pasti jatuh. Di bawah tebing itu terdapat banyak bongkah-bongkah batu. Keadaan menjadi panik namun Haris masih cuba memujuk Shafika supaya jangan terjun. Biarpun sekarang ni wajah Haris dah berubah seperti mahu menelan Shafika sahaja namun Haris masih setia memujuk meskipun agak kasar.
“Jangan kau dekat!!!” Shafika memberi amaran dan Shafika berundur lagi setapak ke belakang. Masih berbaki dua tapak lagi maka kakinya pasti akan tergelincir. Haris juga bimbang kalau-kalau Shafika nekad.
“Fika!!! Kau jangan jadi bodoh!!! Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.” Haris maju lagi dan Shafika sudah berpeluh-peluh. Keringat mula mengalir jatuh ke dahi dan terus mengalir sampai ke dagu.
Shafika tak nak dengar apa-apa lagi. Pergi mampus!!! Bentak hati Shafika biarpun dirinya sendiri dalam bahaya. Dia seolah-olah tidak menghiraukan malapetaka yang menimpa. Baginya hidup ini bagaikan sia-sia. Hidup dalam keadaan tertekan begitu terseksa sekali. Setiap detik dirinya dihantui dengan bayangan yang sungguh menyakitkan. Hatinya jadi parah. Luka yang ditanggungnya kini semakin merebak sehingga memaksa dia melupakan soal pembalasan.
Shafika terlalu kecewa dan Shafika sungguh tidak menyangka Haris tergamak dan Haris begitu kejam membunuh dan melakukan kejahatan demi kejahatan termasuk cuba menyentuh dirinya. Tanggapan baik terhadap Haris selama ini meleset sama sekali.
“Aku tak tahu apa yang kau nak dari aku!!! Lebih baik aku mati!!! Hidup aku dah tak ada makna lagi!” Bentak Shafika terus menerus dan dia berundur. Haris terus maju mahu menerkam dan mendapatkan Shafika yang sudah tidak waras itu. Mahu bertindak membunuh diri sendiri. Sungguh tak masuk akal! Haris terus mencuba melembutkan hati wanita yang dah meradang.
“Fika!!!” Jerit Haris gelisah dan terkejut perut serta perasaan cuak kalau-kalau Shafika tidak dapat diselamatkan. Shafika menjerit! Haris melompat terus mencapai tangan Shafika.
“Fika!!! Kenapa kau nak bunuh diri?” Haris memaut tangan Shafika. Sedaya upaya cuba menyelamatkan Shafika.
“Lepaskan aku!!! Lepaskan aku!!!” Bentak Shafika yang sudah tergantung setelah dipaut tangannya oleh Haris. Shafika meronta-ronta agar genggaman tangan Haris dilepaskan. Biarlah aku mati! Biarkan aku mati!! Shafika bersungguh-sungguh.
“Haris!!! Fika!!!” Dalam keadaan genting seperti itu Ayob muncul dengan bibir yang berdarah. Baru lepas ditumbuk oleh Bakar. Agaknya Bakar sudah pengsan setelah kepala dihempuk dengan kayu. Ayob terpaksa buat macam tu sebab Bakar naik gila. Tapi malangnya Ayob tidak sedar Bakar tidak mudah pengsan. Bakar juga telah mengejar langkah Ayob dan memaut tangan Ayob. Bertumbuk mereka berdua. Apa yang pasti Ayob bertubi-tubi terkena tumbukan.
Haris menoleh. Kini dia sudah tidak tahu siapa yang patut diselamatkan. Shafika atau Ayob! Argh!! Haris dah frust!
“Sial!!!” terpacul makian itu dari mulut  Haris. Dengan serta-merta tenaga berkumpul pada pegangan tangan lantas sedaya upaya dikerahkan tenaga itu untuk menarik Shafika naik semula. Terbuntang mata Shafika setelah tangannya ditarik bagaikan rasa nak tercabut je.
Gedegang!!! Terperanjat Shafika.
Ping!!! serentak pulak pinggan pecah setelah terlepas dari tangan Shafika dan terus berderai atas lantai rumah. Lamunan Shafika terhenti tatkala terdengar pintu terhempas kuat bagaikan mahu roboh je pintu tu. Shafika yang baru je menyiapkan makan malam untuk Haris tiba-tiba terhenti. Fikir Shafika Haris sudah balik. Lamuna yang tadi bermain di fikiran sudah terhapus seketika maka saat ini dia terus melangkah ke ruang tamu bersama perasaan serba tidak kena.
Sewaktu di dapur, dia teringatkan peristiwa lima bulan lalu sebelum berkahwin dengan Haris. Dia dah hilang pertimbangan ketika itu. Memang hilang benar kewarasan tu. Nak buat macam mane dah otak tengah berserabut gila. Fikir tu tak kena, fikir ni tak kena. Tambah lagi Haris tu cakap yang bukan-bukan. Bukannya baik sangat pun. Shafika benci sebenar-benar benci tapi sekarang susah dia nak cakap. Segalanya macam dah berubah.
“Haris, kau dah balik ke?” Tanya Shafika menoleh kiri dan ke kanan mengintai kelibat Haris. Tapi tak ada respons pun. Dah lain macam dah ni. Shafika cuba lagi memanggil.
“Haris... kau ke tu?” Shafika tertanya-tanya. Tadi dengar pintu rumah terhempas sekarang senyap. Mata Shafika menala ke arah pintu yang tertutup tu. Haris balik tanpa beri salam. Selalu beri salam tapi kali ni tak beri. Lepas keluar rumah terus tak balik-balik. Kalau benar dah balik sekarang ni pun kenapa dengan cara macam ni? Fikri Shafika. Ah!! Dia tu memang!!! Shafika menyusun semula langkah. Apa-apa pun Teddy Bear yang dia hadiahkan untuk aku tu memang comel.
Shafika mendapatkan semula sekeping kad yang diletakkan di atas rak. Dia bacanya semula. Setiap kali dibacanya pasti dia senyum sendiri. Memang dah sayang sangat dah tu. Mulut asyik bertengkar aje dengan suami tapi di sebalik rasa geram tu terselit sekuntum bunga cinta menanti mekar mengharum.

Aku nak raikan hari jadi kau dengan Teddy Bear ni. Aku tahu kau suka. Selamat hari jadi sayang - Haris.

Itulah yang tertera dekat kad itu. Dia dah masak sedap-sedap malam ni untuk suaminya. Pandai sungguh Haris main sorok-sorok jam loceng. Saat Shafika mencari jam itu terlihatlah jam loceng bawah katil. Teddy Bear telah disorokkan bawah katil sebagai hadiah hari jadinya.
“Haris, marilah makan.” Panggil Shafika terus masuk semula ke dapur. Panggilan Shafika tak berjawab. Tak apalah, Shafika terus bersihkan serpihan kaca. Aduh!!! Dia tersilap. Tersilap dalam kerja-kerja membersihkan lantai tu. Jari Shafika dah pun terluka.
“Mari sini aku tengok.” Haris tiba—tiba berada dekat belakang. Shafika menoleh laju. Terkejut dia memerhati Haris yang berdiri dekat dengannya.
“Kau seksi-seksi depan aku ni kenapa?” Soal Shafika yang masih terseringai kesakitan.  Haris hanya bertuala sahaja. “Dah lah tutup pintu macam nak roboh. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung tahu.” Shafika bangun berdiri di hadapan Haris.
“Aku nak mandi. Badan aku melekit. Jom mandi sekali.”
“Gila!”
“Mana panggilan abang?” Soal Haris laju. “Dah hilang dah?”
“Bosan. Dah malas nak panggil. Kau pun tak suka aku panggil kau abang kan? Jadi buat apa aku panggil kau abang? Jadi isteri kau pun macam bukan isteri.” Balas Shafika terus menoleh tempat lain.
“Aku dah ajak kau mandi sama-sama kau pulak kata tak nak. Bak sini jari tu.” Haris terus menyentap tangan Shafika. Terkejut Shafika.
Haris terus menghisap jari telunjuk kanan Shafika yang tercedera tu. Haris hisap darah Shafika macam drakula pulak. Nakal! Haris mengecilkan anak mata.
“Sakit lagi?” Soal Haris. Shafika diam dan memandang tempat lain lagi.
Tidak semena-mena Haris terus mendakap tubuh Shafika. Shafika macam nak lemas dalam dakapan tu tapi dia nak tinggikan egonya. Kalau Haris boleh kenapa tidak dia? Dia pun ada hak jugak nak buat macam tu. Tanpa segan silu bibir Haris terus berlabuh pada leher Shafika. Shafika kegelian tapi dia tak nak biarkan. Parah dia ni!!! Shafika tak nak mengalah selagi Haris tak berubah! Haris jangan cepat panas baran.
Haris terus kemaskan dakapan. Shafika ditarik rapat ke dinding dapur tu. Shafika dah tak boleh nak buat apa lagi. Dia hanya berkerut dahi seolah-olah tidak rela. Kali ini siapa mahukan siapa. Susah untuk Shafika menduga perangai Haris sejak akhir-akhir ni. Sekejap okey sekejap tak okey.
“Kau suka?”
“Tak!” Balas Shafika.
“Jadi kau tak suka hadiah tu?”
“Siapa kata?”
“Tadi.”
Shafika terperangkap. Dia fikir perkara lain tadi tapi rupa-rupanya Haris tanya pasal Teddy Bear pulak. Shafika meminta dilepaskan. Akhirnya Haris lepaskan juga meskipun nafas Haris dah mula laju.
“Kau kata nak mandi kan? Memang badan kau melekit.” Ucap Shafika dengan bau badan lelaki Haris jelas terasa menusuk rongga. Haris menguis dagu Shafika. Haris pun senyum tapi Shafika tak nak senyum selagi Haris tak reti jaga hatinya. Shafika dah belajar memasak sendiri. Belajar dengan buku panduan. Harap Haris suka.
“Aku bau masakan kau sedap. Harap sesedap seperti baunya.” Ala sudah... Haris dah mula tukar topik. Shafika takut Haris marah lagi kalau masakannya tak sedap. Janganlah macam ni, Shafika merayu-rayu dalam hati.
Haris mahu mengucup bibir Shafika lantas Shafika laju melarikan bibirnya dan dia berganjak ke belakang sedikit dan berpeluk tubuh sambil memandang Haris.
“Kau pergi mandi dulu. Aku nak bersiah lantai. Semua tu salah kau buat aku terperanjat.” Suruh Shafika.
“Rileks... Bagaimana kalau aku nak mandi dengan kau.” Kata Haris sambil memerhatikan Shafika sedang mengutip kaca.
“Aku dah mandi.” Balas Shafika dan terus mendapatkan penyapu pula untuk bersihkan sisa-sisa kaca. Haris senyum-senyum sahaja lantas dia pun meluru ke bilik mandi. Dibiarkan sahaja Shafika dengan muncung panjang sedepa tu.
Dalam hati Shafika sungguh berharap, kalaulah Haris layan aku macam ni sungguh aku senang hati, tapi kalau seperti sebelum ini sungguh buat aku sakit hati. Kenapa dia mudah berubah? Cepat sangat... bicara hati Shafika sendiri.
Shafika senang sekiranya Haris menjadi seorang lelaki yang romantik. Tapi romantik Haris macam jenis pakai buang. Ikut mood. Kalau nak okey mesti pandai memujuk, kalau datang tak okey tegur sikit dah marah. Shafika mengeluh aje.
Shafika pendamkan sahaja pertanyaan di hati, kenapa Haris tak balik rumah. Kenapa Haris suka-suka hati tinggalkan dia sendirian? Sungguh kejam! Kalau ditanya nanti angin pula Haris satu badan jadi dibiarkan sahaja. Sungguh Shafika kesal...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.