Kelam kabut dia mengejar waktu. Sungguh tertekan bila berkerja di saat-saat akhir. Hati Aqil Akasyah sering mengeluh mengenangkan sikap bosnya yang garang macam singa tu. Sudah nasib suratan bekerja dengan lady boss menggantikan bos lama. Sekarang ni singa tu dah jadi CEO baru syarikat seramik ini. Elyn memang diberikan kepercayaan oleh Dato` Hamidi untuk menguruskan syarikat.
Chad berdiri di hadapan singa. Singa lapar tu macam nak terkam aje si Chad yang masih terpisat-pisat setelah menggelabah menyiapkan proposal untuk mendapatkan tender projek seramik pembinaan banglo tapak tanah yang dibuka itu.
“Mana proposal tu?” Elyn tarik muka ketat. Jelingan tajam diberikan pada Chad. Chad terus menghulurkan proposal tu pada Elyn. “Ni ke proposalnya? Aqil, you boleh buat lebih baik dari ni. Kalau macam ni cara kerja you, macam mana kita nak dapatkan tender dari Zumika Holding?” Petah Elyn memarahi Chad selaku orang yang bertanggungjawab menyiapkan kerja tersebut.
“Tapi Zumika Holding dah declare untuk bagi tender tu dekat syarikat kita ni. Proposol ini hanya syarat untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti. Jadi tidak seharusnya Cik Elyn mempertikaikan apa yang saya buat.” Chad terpaksa meluahkan apa yang dirasakan dalam hati.
Elyn yang berlesung pipit dan berambut ikal mayang itu membulatkan biji mata setelah kata-katanya tadi dibantah oleh Chad. Chad masih berdiri biarpun dirinya pasti akan dihukum. Tapi Chad berani kerana benar.
Elyn meghempas proposal itu di atas meja dan mula menyusun langkah mendekati Chad yang berdiri. Dengan beraninya Elyn menarik tali leher Chad. Agak biadab cara itu namun Elyn tidak menghiraukannya.
“Masih sibuk dengan urusan jual ebook?”
“Cik Elyn… itu urusan peribadi saya.” Balas Chad sambil menepis tangan Elyn yang sibuk memengang tali lehernya. Chad tidak senang dengan cara Elyn tu.
“Oh yeah? Kalau itu urusan peribadi you kenapa boleh menjejaskan prestasi you dekat sini?” Elyn mempersoalkan mutu kerja Chad sejak akhir-akhir ini. Elyn tak mengerti apa-apa pun. Chad tahu Elyn hanya memandai-mandai sendiri aje. Kalau betul faham, Elyn tak berhak untuk masuk campur apa yang Chad buat dan apa yang Chad mahu lakukan. Semua itu tak ada kena mengena dengan Elyn.
“Sorry Cik Elyn, sekarang lunch time, izinkan saya keluar dulu.”
“Tak boleh!!! Urusan you dengan I belum selesai lagi.” Elyn menghalang.
Chad memandang ke dalam mata Elyn yang terbuntang tu. Kalau diikutkan hati memang tak nak langsung Chad memandang wajah itu. Tapi apa boleh buat, Chad harus bertindak profesional dalam kerja.
“Please, sekarang ni bukan waktu yang sesuai untuk kita bercakap tentang hal peribadi.” Tutur Chad yang begitu kecewa dengan cara dan tindakan Elyn yang mengambil kesempatan ini untuk menghukum dirinya yang enggan menurut kemahuan Elyn tu.
***
Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam restoran untuk makan tengah hari. Keadaan panas terik tidak dihiraukan kerana perut masing-masing sudah kelaparan. Di penjuru belah kanan terdapat meja kosong. Pandangan mata Ayuni Najwa melihat meja itu lantas kakinya cepat melangkah. Bimbang juga tiada tempat duduk nanti sekiranya dia lambat berbuat sedemikian. Apabila sudah diambil oleh orang lain maka tiada tempat duduk lagi yang tinggal maka terpaksa pergi ke restoran lain pula. Restoran nasi kukus di sini memang sedap dan ia menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sini. Ayu juga merupakan pelanggan setia yang tidak pernah jemu menikmati makanan yang sesedap ini.
Saat tangannya mula menarik kerusi, tidak semena-mena kerusi yang sama juga ditarik oleh orang lain. Terkedu Ayuni. Dia tak sangka dapat jumpa Chad dekat sini. Pandangan mereka bertaut.
“Encik Aqil Akasyah sorang je ke?”
“Ayu… kebetulan pulak. Saya datang dengan kawan saya.” Balas Chad.
Cepat-cepat Ayu melihat orang dibelakang Chad. Hampa rasanya hati Ayu melihat Chad datang bersama orang lain.
“Tadi saya mesej awak tak balas.” Ujar Chad pada Ayu. Eh? Ayu kehairanan. Dia sendiri tak tahu ada mesej. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya di dalam tas tangan. Alahai, terpadam. Dia terlupa untuk cas baterinya kerana keletihan setelah mengemas isi rumah setelah berpindah.
“Lupa cas.” Jawab Ayu memalsukan senyuman.
“Ayu, saya kenalkan, ni Nora.” Chad senyum pada Nora seraya memperkenalkan Nora yang ramping itu pada kawan baiknya Ayu.
“Kenalkan? Bukan ke dah kenal?” Ayu angkat kening sambil membetulkan tudung.
“Owh… lupa,” Chad tersengih-sengih kerana terlupa perkenalan telahpun dimulakan pada pertemuan yang tak terduga di McDonalds sebelum ni. “Abey mana?” Chad bertanya lagi.
Ayu berundur sedikit setelah Chad kelihatan seperti mahu duduk di kerusi itu. Tapi diperhatikan Chad menarik kerusi itu untuk Nora. Ayu memerhatikan tindakan itu penuh dengan rasa cemburu. Perlu ke aku nak cemburu? Ah! Ayu berkata-kata dalam hatinya yang kerungsingan.
“Abey ada kerja.”
“Selalu berdua dengan dia kan?”
“Hari ni saya MC.”
“Awak tak sihat ke?” Chad mempamerkan kebimbangan tatkala mendengar ucapan Ayu itu. Nora pula sudah pun melabuhkan punggung.
“Sekarang dah okey. Ni pun baru balik dari klinik panel.” Beritahu Ayuni yang cuba menyembunyikan rasa cemburu yang mendalam.
“Kak Ayu boleh tanya sikit?” Nora mencelah. Ayu terus mengangguk. “Abey masih marahkan Abang Key lagi ke?” Soal Nora.
“Kakak tak tahu. Lebih baik Nora tanya dia sendiri.” Balas Ayu. “Erm tak apalah, saya dah lambat ni Chad. Saya pergi dulu ye.” Ayu memberikan alasan dan menampakkan riak wajah tergesa-gesa.
“Ayu, marilah lunch sama-sama.” Ajak Chad tapi Ayu menolak pelawaan itu. Lagi lama dia dekat situ bertambah sakit hatinya. Ayu tak sangka bahawa Chad dan Nora semakin akrab sehingga keluar lunch bersama-sama.
Sebaik sahaja Ayu melangkah membawa perut yang kosong, Chad telah memanggil nama Ayu tapi Ayu buat tak dengar sahaja di dalam suasana hingar-bingar itu. Hatinya terlalu kecewa agaknya mengenangkan siapa yang dilihat bersamaChad. Aduhai, kenapa macam ni? Hatinya berkata-kata duka.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)