Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)
Belum ada yang dapat tewaskan dirinya, belum juga terdapat kesan luka yang parah di badan melainkan lebam sahaja. Oleh itu dia bagaikan seorang pahlawan di alam gangster yang belum kecundang. Kalau diberikan ruang mahu sahaja dia hapuskan gangster-gangster yang jahat. Haris masih berdendam.
Dia tahu, dalam ruang yang sempit macam ni pun isterinya iaitu Shafika masih menganggap dirinya seorang lelaki yang jahat, lelaki yang zalim dan yang paling kerap melanda hati tentang Haris adalah Shafika menganggap Haris tidak berperikemanusiaan langsung.
Haris kekal begini dan tak tahu sampai bila akan terus begini. Nama Man Tiger masih senonim dengannya dan hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu akan sifat Haris yang sebenar-benarnya iaitu seorang yang mudah bertindak setelah berfikir seminit dua sahaja.
Pagi yang suram, Haris termenung di muka pintu memandang jauh ke awan di hujung sana. Matahari belum lagi muncul. Mendung sahaja. Mungkinkah hari hendak hujan? Haris menjangkakan sekejap lagi pasti hujan.
Malam tadi entah kenapa dia masih belum menyentuh isterinya. Masih belum mengaulinya. Jika berterusan begini maka tiada gunanya ikatan perkahwinan itu. Perkahwinan tanpa nafkah batin. Sedangkan malam tadi dia juga yang beria-ria menggoda Shafika. Cuba dan cuba namun Shafika sentiasa menolak dengan memberikan pelbagai alasan.
“Sarapan dah siap.” Panggil Shafika di belakang Haris. Haris menoleh dan terus melangkah. Dia bergerak dari muka pintu itu dan menghampiri Shafika.
“Kau masak apa?” Haris nak tahu je.
“Bubur dengan kicap masin.” Balas Shafika.
“Malam tadi banyak lauk kenapa pagi ni bubur je?”
“Malam tadi kan kau bazirkan!” Bentak Shafika dan melangkah menuju ke dapur.
“Fika!!!” Cepat-cepat Haris menarik tangan Shafika. Shafika pun terhenti melangkah dan merenung tajam ke arah Haris.
“Aku tahu la yang aku ni masak tak sedap. Makan bubur je la. Bubur mudah untuk dimasak. Sama ada kau nak makan atau tak terpulang. Kau tak kerja!!! Macam mana nak beli makanan Haris? Izinkan aku bekerja.” Pinta Shafika yang mahu diberi ruang untuk mencari pekerjaan.
“Kau ni gila ke?”
“Kau tu yang gila!!!” Bentak Shafika lagi.
“Kurang ajar!!!”
‘Pang!’ satu tamparan melekat ke pipi Shafika. Haris tak tahan sabar lagi terhadap sikap Shafika yang semakin melampau. Melayaninya bagaikan seorang pesalah yang tidak dapat dimaafkan.
Merah padam muka Shafika. Telapak tangan Shafika menggosok pipi sendiri. Shafika sudah merengus geram. Dalam hati yang membengkak itu dia pun meludah ke muka Haris!
“Tuih!!!”
‘Pang! Pang! Pang!” Bertalu-talu tamparan terus melekat ke pipi Shafika. Shafika terus rebah.
“Fika.” Tangan Haris melambai ke wajah Shafika. Berangan ke dia ni? Hati Haris berbisik. Haris tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Shafika setelah kaku di hadapannya. Beberapa kali Haris melambai dan baru mata Shafika berkelip.
“Eh?”
“Kau ni kenapa?”
Shafika terpisat-pisat sendiri. Sempat lagi dia mengelamun sambil berdiri setelah memanggil Haris untuk sarapan.
“Tak ada apa-apa.” Balas Shafika gelabah dan berwajah pucat. Bayangan tadi seolah-olah sedang berlaku atau mungkin bakal berlaku. Takut rasanya.
“Kau masak apa?” Haris ingin tahu sarapan yang disediakan oleh Shafika tu.
Shafika berwajah pucat menjadi kelu sekejap. Otak Shafika bingung sendiri.
“Bu... eh, masak nasi goreng.” Sekiranya dia jawab bubur pasti kena tampar kut macam dalam bayangan tadi. Eee.... takutnya... Shafika hampir-hampir gigit jari.
“Confirm tak sedap.” Haris berpeluk tubuh dengan muncung panjang.
Shafika pula merenung tajam tunduk sedikit kepalanya memandang Haris yang mengutuk masakkannya. Kalau betul tak sedap kenapa malam tadi kau makan habis?! Bentak hati Shafika.
“Suka hati la.” Balas Shafika.
***
Detik malam pun tiba, Haris bersandar penat pada sofa. Baru pulang dari melepak. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi terhadap Ayob yang keras kepala tu supaya join bersama. Haris dah ugut pun Ayob lebih rela memilih untuk mati. Mengeluh berat Haris. Dipandang jam pada dinding. Pukul sembilan malam. Haris bangun semula dari sandaran dan terasa rumah ini bagaikan kosong tanpa penghuni dan hanya dia sendiri sahaja. Mana Shafika? Haris tertanya-tanya. Masih merajuk? Haris membuat telahan.
“Fika...” Panggil Haris sambil menyelak langsir bilik. Lirih nada Haris menutur panggilan. Mungkin mahu memujuk lagi. Shafika tak kelihatan pula di dalam bilik. Haris cuba lagi mencari di dapur juga sama. Tandas, bilik mandi, ruang belakang dapur pun begitu. Haris naik semula ke anjung rumah. Laju dia menoleh kiri dan ke kanan. Naik risau jadinya.
“Fika...” Sebut Haris lagi sambil menyeluk tangan ke dalam poket untuk mendapatkan telefon bimbit. Tanpa berlengah Haris terus menelefon Shafika.
Nombor telefon Shafika sudah didail tapi kedengaran nada dering begitu dekat. Haris menoleh ke arah kanan dan terlihat sebuah telefon bimbit berada di atas rak dekat televisyen. Argh!! Mana pulak dia pergi ni!!! Haris dah membentak dalam hati.
Haris betul-betul tak senang hati. Shafika dah buat kerja gila lagi ke? Haris tak tentu arah setelah memikirkan soal Shafika. Haris tak tahu dekat mana lagi dia patut mencari Shafika. Tak mungkin Shafika larikan diri begitu sahaja memandangkan telefon bimbit Shafika masih ada.
Namun begitu, Haris tidak dapat menduga pasti tapi kata dalam kepala mahukan dia melihat pakaian Shafika. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik dan menarik almari pakaian. Dan terbuntang mata Haris. Pakaian Shafika tiada!
Cepat-cepat Haris menelefon Ayob. Panggilan itu berjawab.
“Bro!!! Kau tahu Shafika dekat mana?” Soal Haris pelik.
“Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku! Dia kan bini kau. Mana la aku tau.” Jawab Ayob bengang.
“Wei tolol! Wa tanya lu baik-baik la sial!” Maki Haris pada Ayob. Ayob tanpa banyak bicara terus mematikan telefon. Haris terpinga-pinga setelah Ayob bertindak sedemikian.
Haris sudah mula menggelabah kerana tercari-cari kelibat Shafika. Haris seperti kucing hilang anak. Fikirannya sungguh kusut dan tidak menentu. Mana ni?! Mana ni?! Haris dah garu-garu kepala yang tidak gatal kerana otak kena bom dengan ketiadaan Shafika.
***
Seorang kenalan lama merenung tajam ke arah Shafika. Sudah lama Shafika menyepi baru sekarang muncul di hadapan mata tetapi dengan wajah yang sugul dan penuh bermasalah. Shafika menangis teresak-esak dan tangisan itu Wanie mengerti. Sebentar tadi Shafika menceritakan kepada Wanie akan ketiadaan papanya dan Wanie pun sedia maklum akan hal itu kerana membaca kes berkenaan dalam akhbar. Pihak polis juga masih memburu pembunuhnya.
Shafika dihidangkan dengan air suam sahaja. Itulah yang diminta oleh Shafika seawal bertandang ke rumah Wanie. Wanie sekarang makin cantik dah tak macam dulu lagi. Selepas tamat pengajian masing-masing terputus hubungan namun tahu pula Shafika mencari Wanie di sini.
Saat ini, sesungguhnya Shafika tidak sedar akan hukum keluar rumah tanpa izin suami. Walau seburuk mana pun si suami, kuasa tetap berada di tangan si suaminya iaitu Haris. Shafika tidak patut melanggarnya. Namun Shafika terpaksa.
“Kenapa kau nangis je dari tadi?”
“Sedih la.” Balas Shafika.
“Selama ni kau ke mana Fika? Kau langsung tak ingat aku. Kalau kau ada masalah baru kau datang cari aku.” Wanie kesal dengan cara dan tindakan Shafika tu.
“Kalau kau dah berpindah memang aku tak tahu mana lagi nak cari kau.”
“Rumah ni aku dah beli. Aku kerja pun tak jauh dari sini. Rumah ni banyak kenangan la Fika.” Wanie menggosok bahu Shafika agar bertenang. “Kau cerita la dekat aku apa masalah kau ni?” Wanie ingin tahu.
Shafika mencapai gelas air minuman itu dan diteguk sampai habis. Haus benar nampaknya. Sahfika menyeka air matanya itu. Dia begitu sebak dari dalam. Mungkinkah Wanie akan mengerti tentang tekanan ini? Soal hati Shafika sendiri.
Duka dan lara di hati Shafika tak siapa pun tahu. Tapi kalau Shafika tidak menceritakan kenapa Wanie, mana mungkin Wanie akan faham. Sekiranya Shafika memberitahu kepada Wanie tentang segalanya, adakah sebagai seorang kawan, Wanie akan membela Shafika? Begitu suka persoalan yang bermain di dalam fikiran Shafika detik ini yang tersedu tangis.
Shafika mengenggam erat tangan Wanie. Dia juga ingin melepaskan rindu terhadap sahabat lama yang sudah lama ditinggalkan. Wanie berkerut dahi memerhatikan Shafika yang sedang sebak. Sedikit sebanyak reaksi itu membuatkan Wanie kehairanan.
“Ce cerita.” Wanie meminta lagi.
Shafika tunduk membisu juga. Tetap begitu. Seketika terpejam mata. Keadaan ini memaksa Wanie memujuk lagi tapi seolah0lah berputus asa kerana kengganan Shafika membuka mulut. Wanie cuba beri ruang. Mungkin bukan sekarang untuk bertanya lagi.
“Aku nak pinjam tandas sekejap.” Shafika memberikan alasan. Wanie mengangguk.
“Kau jangan buat tak biasa pulak.” Ujar Wanie tersengih kala Shafika mencebik.
Shafika terus bangun dari sofa dan melangkah perlahan menala ke tandas. Wanie melihat langkah Shafika yang lesu itu. Wanie menggeleng perlahan mengenangkan nasib Shafika yang terlalu berahsia itu.
Apabila diperhatikan, susuk tubuh Shafika itu sungguh tidak bermaya. Susut benar tubuh wanita itu maka timbul pula perasaan ingin tahu di hati Wanie. Ini adalah kerana kemurungan Shafika jelas terpampang di mata insan yang melihatnya.
Shafika termenung di muka pintu tandas. Tanpa sedar air matanya menitis. Dia berasa bersalah kerana telah meninggalkan rumah dan suaminya begitu sahaja tanpa pesan. Perasaan itu menghukum jiwanya dan ia nampak jelas terpancar pada wajah seraut kebimbangan. Berdosanya aku...
Demikian itu Shafika pernah mengetahui akan hal selok belok rumah tangga. Dia bagaikan terlupa akan tanggungjawab itu meskipun ia adalah tuntutan. Namun darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah wanita muda. Wanita yang masih gagah melangkah dalam hiruk pikuk hidup yang penuh pancaroba ini cuma Shafika lemah dari segi watak dan peranan.
Firman Allah dalam surah An Nisa’ ayat 34 dan Al Baqoroh ayat 228:
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka Wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS. An-Nisa 34)
Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “ Surat Al Baqoroh ayat 228
Sungguhpun begitu bagaimana dengan Haris? Haris mengerti akan hal ini? Shafika terus teresak-esak di situ. Mengapa kau tak faham Haris? Shafika sebak lagi.
“Fika.”
Shafika terus menyeka laju air matanya setelah menyedari Wanie muncul di belakang. Kehadiran Wanie di situ membuatkan Shafika tersentak.
“Kau menangis lagi dekat depan tandas ni? Aku yakin ada sesuatu yang susah sangat kau nak beritahu aku.” Ujar Wanie menggosok belakang Shafika. Wanie mahu Shafika bertenang seketika.
“Tak ada apa-apa.” Laju Shafika menolak pintu tandas dan kakinya terus melangkah masuk. Wanie ditinggalkan begitu sahaja. Sekali lagi Wanie menggeleng melihat gelagat Shafika.
“Fika... kau tengah blur ke? Lepas ni aku nak kau cerita dekat aku. Aku nak tahu pasal Bakar abang angkat kau tu. Dah lama aku tak dengar cerita dia.” Terang-terang Wanie menyentap jiwa Shafika dengan menyebut pula nama Bakar.
Shafika diam dari dalam selepas itu kedengaran flush air. Usai itu Shafika keluar semula dengan menguntum senyuman. Wanie pulak yang naik blur apabila Shafika tersengih-sengih. Tadi bukan main sedih. Kemungkinan besar Shafika memang sengaja menyembunyikan masalah sendiri setelah berfikir di dalam tandas seketika tadi.
“Bakar?”
“Ya, Bakar. Abang kesayangan kau dulu tu. Kau dah lupakan dia ke?” Wanie angkat kening dan mereka berdua melangkah bersama ke ruang tamu.
“Tak tahu.” Ringkas sahaja jawapan Shafika. “Aku nak tumpang rumah kau malam ni, boleh?” Ujar Shafika lagi.
“Boleh.”
“Thanks. Esok follow aku, okey?”
“Mana?”
“Adalah.” Balas Shafika senyum.
Wanie memandang pelik pada Shafika. Sudah tentu Shafika ada sesuatu yang ingin Wanie tahu. Tapi bukan di dalam rumah mahupun pada setiap isi rumah. Kunci rahsia hati, mana mungkin terbiar dalam rumah. Mesti ada dekat luar tu. Wanie berkerut rapat dahi.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)