Berkisarkan satu pertanyaan, "ape lelaki akan buat kalau dia kecewa?" persoalan ni diajukan pada sebuah group, jadi saya terpanggil jugak nak ulas sikit2 walaupun x wape nak tau sgt. (padahal saya pun lelaki gak). Di antara perempuan dan lelaki mengalami kekecewaan, dikatakan lelaki paling berpontensi buat perkara yang bukan-bukan berbanding wanita. Betul ke macam tu? Haaa... dekat sini nak gitau mengikut fikiran saye. Lelaki dan perempuan di dalam kekecewaan ni sebenarnya sama rata je kerana ia bergantung pada sebanyak mana harapan yang diberikan.
(Gambar Hiasan)
Lupa nak gitau, kekecewaan yang dimaksudkan adalah kecewa dalam perhubungan iaitu hubungan cinta. Sekiranya lelaki kecewa apa yang lelaki akan buat? itu pertanyaan yang begitu membuatkan saya teruja. Ada sesetengah lelaki akan bersikap wat tatau je dan cuba serta cuba lagi, begitu juga dengan perempuan namun sekiranya dalam sesebuah hubungan yang terjalin menekan soal harapan yang diletakkan terlalu tinggi tidak kira lelaki atau pun perempuan, maka sedikit sebanyak akan menimbulkan dendam.
Dendam dalam percintaan ni sangat dahsyat. Ia juga merupakan subjek cinta yang tak terungkap. Sekolah cinta yang kita masuk akan membuatkan kita susah nak keluar. Sekolah yang menekankan perihal cinta akan terus digali mengenali cinta dengan pengalaman yang ada. Bila dah wujud pengalaman maka akan lahir iktibar. Tapi ada jugak yang tak serik.
Dendam dalam percintaan ni sangat dahsyat. Ia juga merupakan subjek cinta yang tak terungkap. Sekolah cinta yang kita masuk akan membuatkan kita susah nak keluar. Sekolah yang menekankan perihal cinta akan terus digali mengenali cinta dengan pengalaman yang ada. Bila dah wujud pengalaman maka akan lahir iktibar. Tapi ada jugak yang tak serik.
Seseorang takkan dapat berkawan dengan cinta selagi dia tak kenal diri sendiri. Pokoknya, kenalilah Sang Pencipta kerana cinta teragung untuk-Nya. Kalau dia yakin harapan itu ada maka kembalikan dengan sinar cahaya untuk esok dan lusa. Bila esok dan lusa seolah-olah memberi jaminan maka cinta hakiki mestilah diletakkan paling atas.
"Kalau saya kecewa, saya suka berpuisi, kerana ia merupakan satu platform untuk saya melepaskan rasa." Bagi orang lain pula ia sangat berbeza. Setiap org mempunyai cara yang tersendiri. Kawan saya pulak kalau dah kecewa dgn awek, dia suka karok. Ada pula yang duduk dihamparan sejadah mengisafi diri dan bermuhasabah. Bertanya pada diri "Patutkah aku menzalimi diri aku kerana dikecewakan?" ternyata dia tak boleh melakukan sedemikian kerana perkara tersebut dimurkai oleh Allah.
Seperti yang kita pernah dengar kes bunuh diri. Nak terjun bangunalah, gantung diri la, itu semua tindakan yang tidak bertunjangkan soal tauhid dan akidah maka iman sudah tiada dalam diri. Oleh sebab itu ada pula lelaki yang mengorbankan nyawanya demi cinta yang tak berbalas. Cinta yang dipermainakan dan cinta yang dinodai. Semua tu ketaksuban yang tidak pernah mengenal Allah.
Cara mat rempit lak suka bawa motor laju-laju. Bukan semua tapi rata-rata macam tu. Ada pula yang mengambil jalan mudah dengan mengambil barang terlarang seumpama dadah, meminum arak dan juga mengambil benda2 yang memabukkan yang lain. Serta ada pula yang melakukan vandalisme. Huh!!! itu adalah dari pengamatan saya sendiri. Heeee....
Kalau perempuan rasanya elok tanya orang perempuan, nak tunggu gak entri dari pemilik blog OUR LOVE cakap apa pulak mengenai apa tindakan perempuan bila dikecewakan.... ni saya terangkan pun atas memandai-mandai sendiri aje. Hehe.... (jangan marah...)
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)