Entri Terkini :

Setia Untuknya - 5

Tuan empunya badan dah kata tak nak maka tak nak la kan? Dipujuk pun tak makan hasil jadi biarkan je la apa Ayu nak buat. Dah tak boleh nak buat apa sekarang hanya ucapkan terima kasih pada Ayu yang sudi jadi teman serumah. Kalau Ayu tak ada memang tak ada tempat untuk diluahkan masalah. Ayu suka dengar masalah Jue tapi kadang-kadang nonsense jugak. Tapi nak buat macam mana dah dia kena pindah. Dia nak duduk rumah lain. Berkenaan hal mama minta balik rumah tu pun Ayu malas nak ambil kira buat masa ni. Kalau mama tanya lagi macam mana?
“Mama, Ayu tak nak kerja dekat syarikat papa tu. Ayu nak berdikari.” Sudah dikatakan begitu pada Puan Adibah tapi mama tak nak mengalah.
“Ayu satu-satunya anak perempuan mama. Selagi Ayu belum kahwin, Ayu masih dalam tanggungjawab mama dan papa. Ingat tu.”
“Tapi mama.”
“Tak ada tapi-tapi lagi.” Begitulah kata-kata Puan Adibah yang masih tergiang-ngiang ditelinganya.
“Dah la tu. Apa yang kau menungkan lagi. Lori dah bawa semua barang-barang kau tu.” Kata-kata Abey membuatkan Ayu tersedar.
Jue di muka pintu teresak-esak menangis. Ayu… desis Jue yang tak merelakan Ayu pergi tinggal di rumah lain. Jue ni over feeling la. Bukannya tak boleh jumpa lagi. Padahal pindah rumah aje pun bukannya ke luar negeri atau bermastautin di negera lain. Dalam negeri yang sama jugak pun. Tempat kerja Jue bukannya jauh sangat dari tempat kerja Ayu. Memang Jue ni jenis sensitif nak buat macam mana dah kan? Terima aje la seadannya Ayu dapat kawan macam tu.
Ayu rasa ada benda yang tertinggal. Ya memang pun ada barang yang belum diambil. Aduh! Lupa pulak! Ayu hairan macam mana dia boleh lupa ni? Cepat-cepat dia melangkah masuk semula. Abey yang sedang duduk atas motor kehairanan. Nak pergi mana pulak minah ni? Abey garu topi keledar. Pelik!
“Kau tak jadi pindah ke Ayu? Kau nak tinggal sini ke?” Jue pegang tangan Ayu mengharapkan simpati. Susah dah nak cari teman serumah yang memahami minat Jue yang suka melalak bila dikecewakan. “Kalau kau nak keluar jugak, aku halalkan segala makan dan minum aku.” Kata Jue lagi.
“Jue, kau ni kenapa? Aku tak nak menyusahkan kau. Lagipun aku tak pernah makan dan minum barang-barang kau dekat dapur tu. Semuanya aku beli sendiri. Sewa rumah pun aku bayar juga kan?” Sengaja Ayu menutur kata sedemikian agar Jue faham. Jue memang banyak berkira pun. Ala, sentuh kerepek pun dah bising, ini kan pula makan. Payah macam ni tinggal dengan orang kedekut. Tapi itu bukan isunya cuma dia nak tinggal dekat dengan seseorang.
“Ayu… kalau tu menjadi sebab kenapa kau nak pindah aku janji lepas ni aku takkan kedekut dengan kau lagi.” Cepat-cepat Jue menahan Ayu. Ayu nak melangkah dekat sofa tu. Dia nampak spangebobnya terkulai sepi di situ. Kalau tak diambil nanti malam-malam Ayu sunyi pulak tanpa spangebob di sisi.
“Jue, aku tertinggal spangebob aku la.” Ayu tarik perlahan-lahan tangannya agar dilepaskan oleh Jue yang teresak-esak. “Kau ni menangis je. Sampai bila kau nak kecewa macam ni?” Soal Ayu dan Jue terdiam.
“Jue, apa cer kau ni?” Tidak semena-mena Abey paut bahu Jue. Dia nak cakap sikit.
“A…ayu…” Tersekat-sekat nafas Jue. Alahai kasihan pula duk tengok air mata Jue yang meleleh keluar tu.
“Juliana binti Mansur, kau dengar sini baik-baik sebelum aku korek lubang telinga kau dengan anak kunci motor aku ni.” Gertak Abey. Jue terus cuak. Dia memang cuak dengan Abey memandangkan Abey ni memang jenis yang cakap lepas dan juga mudah debik orang kalau cari fasal.
“Ye ye.” Balas Jue.
Sementara ini Ayu menala langkah ke arah sofa. Spangebob sepi di situ. Nasib baik aku ingat kat kau, desis Ayu.
“Ayu tu nak pergi berjuang. Dia nak dapatkan cinta sejatinya.”
“Tunang dia tu?”
“Memang pasal tunang dia la. Aku rasa kau ni tak tahu apa-apa kan? Dan aku harap kau jangan sesekali masuk campur hal Ayu. Kalau aku tahu kau jadi reporter memang kau takkan kahwin sampai ke tua tau! Takkan ada lelaki yang minat dekat kau. Dengan cermin mata besar macam ni dan rambut macam tocang kuda!” Sinis Abey sengaja memberi amaran macam tu biarpun dia tak berniat seumpama itu.
“Aku tahu satu perkara. Abang Key keluar dengan perempuan lain.”
“Jue!!” Abey terus tarik tocang Jue. Sakitnya. Abey naik angin!!
“Sakitlah!!” Jue menyeringai kesakitan. “Apa ni main tarik rambut orang?” Jue mencerlung biji matanya. Kalau ada senapang memang nak je dia tembak kepala Abey!
Ayu menggeleng. Apa hal ni? Ayu sendiri pun tak faham. Ayu berdiri dekta mereka berdua bersama spangebob di tangan. Ayu tak nak tunggu lama lagi. Malam kian berlalu. Kalau asyik buang masa macam ni dia takkan sampai ke rumah sewa yang baru tu. Teman serumah yang barunya tu mungkin sedang menunggu.
“Bey?” Sebut Ayu.
“Jue ni kata balak aku keluar dengan perempuan lain.” Abey pandang tajam ke arah Jue.
“Betul la. Dia keluar dengan aku.” Beritahu Jue.
“Dengan kau ke?” Abey tak percaya! Takkan Abang Key dah berubah minat? Takkan balaknya pandang perempuan macam Jue ni pulak? Memang nak kena ni.
Melihat wajah Abey dah merah padam. Cepat-cepat Ayu tarik tangan Abey meluru ke arah motor TZM tu. Tak nak lama-lama lagi. Nanti lain jadinya.
“Ayu! Si Jue tu nak rampas balak aku!” Abey keliru. Macam mana boleh jadi macam ni? Abey nak kena selidik ke? Ayu pun bingung. Adakah malam kekecewaan tu adalah malam Jue keluar dating dengan balak Abey? Mustahil kan? Tapi kenapa? Balak Abey layan laman sosial jugak ke? Terkena jugak la… Ayu ketawa dalam hati. Memang padan la. Desis Ayu untuk Jue.
“Dah la tu Bey… aku rasa Abang Key kau tu saja nak bersosial. Dia kan sayang dekat kau. Dia nak cari kawan je kut.” Beritahu Ayu nak sedapkan hati Abey. Takkan lelaki suka pasang banyak-banyak kut? Ayu sendiri pun tak mengerti. Dirinya sendiri pun dalam dilema inikan pula masalah orang lain tapi lebih kurang macam tu kut?
Ayu dah tinggalkan rumah sewa tu. Ayu nak tinggal tempat baru. Memang rasa kasihan pada Jue tu wujud dalam hati tapi apa boleh buat. Semua ni kerana hati. Hati dah sering terluka dan hati juga berkata-kata, janganlah terseksa selamanya. Takkan aku kena kahwin juga dengan lelaki yang aku tak cinta? Nasib baiklah Ayu ada kawan yang mengerti seperti Abey ni.
Ayu keluar rumah tu dan Abey pulak dah bagi amaran dekat Jue. Jangan nak mengadu cerita dekat Amran pulak! Memang keras amaran yang Abey berikan kerana bertambah geram dengan apa yang dikatakan Jue tu. Jadi Jue kalau nak selamat lebih baik jangan masuk campur, nanti ada yang kena ikat ditiang elektrik.
Setelah lama menunggang akhirnya mereka tiba dekat rumah sewa yang baru tu. Terima kasih Abey kerana setia menemani aku yang gelisah. Ayu sangat-sangat menghargai sahabat seperti Abey ni. Satu dalam sejuta agaknya.
Bila dengan Ayu, Abey tunggang motor dengan penuh berhati-hati. Kala sendiri memang laju macam kilat! Zup! Lesap. Oleh sebab Ayu ni takut pada kelajuan maka Abey perlahankan. Biar lambat asalkan selamat.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.