Berhadapan dengan orang tua memang rasa payah tambah lagi bila orang yang tak diduga datang ke rumah. Kenapalah boleh sampai sini sepantas ini? Aku jugak yang salah tak tengok kiri kanan main redah je. Ayu merahsiakan kata hati. Duduk di atas sofa. Dari tadi ma diam je. Papa pun sama. Ayu muncungkan mulut.
“Ma, kenapa ni?” Ayu nak tahu kenapa diam macam ni? Ingat bila dah sampai rumah akan menceriakan keadaan tapi sebaliknya yang berlaku. Dah memang hati Ayu tak senang dari awal-awal lagi. Nak senang macam mana kalau balik kampung soal kahwin je yang berlegar dalam kelapa. Kalau ada bom memang dah lama meletup kepala otaknya sekarang ni. Hajat apa si ma ni ya minta aku balik? Dah sampai pun buat tak tahu.
“Ayu, ikut mama kejap.” Puan Adibah angkat punggung meminta Ayu ikut menuju ke dapur. Nak ajar buat air ke? Kalau buat air memang Ayu dah pandai. Ni apa kes? Ayu boleh ambil sendiri pun dekat dapur.
Ayu dengan tanda tanya terus ikut langkah mamanya tu. Macam ada yang tak kena je ni. Tapi elok juga langkahnya dibawa ke tempat lain. Ayu dan berdiri di hadapan mama. Kali ni apa yang mama nak cakap ni sampai kena ke dapur?
“Lelaki mana yang Ayu bawa balik ni? Ayu jangan macam-macam. Ayu tu tunang orang. Tahu si Amran tu nanti macam mana? Mama tak nak ada apa-apa berlaku dalam perhubungan anak mama ni dengan Amran. Ingat tu.” Puan Adibah mengingatkan Ayu anak tunggalnya. “Lepas ni Ayu tak payah kerja dekat tempat lain. Mama nak Ayu kerja dekat syarikat papa tu.” Sekali lagi ucapan Puan Adibah bagaikan panah menusuk hatinya. Tak nak! Ayu tak nak! Bentak hatinya.
“Tu kawan Ayu la ma. Hmm mama, pleaselah mama.”
“Mama tak peduli. Mama nak anak mama dengar cakap mama. Kalau Ayu berdegil macam ni macam mana perasaan mama? Ayu tak sayangkan mama ke? Tu yang dekat depan tu, Ayu jumpa dekat mana?” Soal Puan Adibah lagi. Berkali-kali tentang Abey dipersoalkan. Tadi dah kenalkan Abey pada mama dan papa tapi menjeling je macam tak puas hati. Lepas tu pulak makciknya dekat depan tu pulak duk pandang-pandang angkat kening. Hairan sangat ke dekat Abey tu? Abey kawan dia la. Bukan ada apa-apa pun.
“Mama, kalau mama nak Ayu kerja dekat syarikat papa sekali pun tolonglah mama, janganlah pandang rendah pada setiap kawan-kawan Ayu. Apa tujuan ma mintak Ayu balik ni?”
“Mama baru je cakap kan tadi?”
Ayu tersentap. Jadi? Kena berhenti kerja dekat syarikat swata tu ke? Malasnya nak kerja dekat syarikat papa. Ayu tak senang hati. Kalau kerja dekat syarikat papa sah-sah Amran pun ada!! Dia tak nak tinggal dalam rumah ni. Hari tu bukan senang minta izin tinggal rumah sewa. Bila berdegil mahu pula mama dan papanya izinkan tu pun Amran yang kata sanggup tengok-tengokkan dirinya bila dah bertunang. Itu pun Ayu terpaksa mengumpan Amran. Bukan senang tau Amran nak tunduk dengan Ayu tapi sekarang ni Amran pulak suka mengongkong! Bencinya…
***
Bila tengok gaya Abey ni memang tak ubah macam lelaki sejati. Dia juga sedar sampai bila harus berkeadaan begitu. Hakikatnya Abang Key kekasih hatinya dapat menerima dirinya seadanya tetapi tidak pada Nora. Nora merupakan adik perempuan pada Abang Key tu yang memang seorang yang cantik manis tapi Ayuni Najwa lebih cantik. Bukan untuk membuat anologi sedemikian namun dah namanya realiti. Bercakap tenang realiti ini, Abey sebenar di gadis cantik jika dia menampilkan imej perempuan. Dia sepatutnya tidak perlu berimej seperti sekarang.
Ayu selalu sangat nasihatkan Abey tapi Abey buat derk je. Dalam hati siapa tahu kan? Ayu seorang kawan yang juga memahami Abey. Ayu sebenarnya mengambil berat berkenaan Abey. Pendek kata segala-galanya mesti dijaga dari segi hati dan perasaan. Biarpun Abey ni lasak tapi di dalam tetap ada taman. Abang Key seorang yang dianggap setia oleh Abey meskipun Abey kadangkala was-was dengan Abang key.
Saat ini Ayu di sisi berkerut dahi kerana Abey masih tersentap dengan sikap mama tonjolkan. Ayu nak pujuk Abey. Ayu tahu Abey sekarang buat selamba namun dalam hati tergores. Mereka berhenti di restoran sebelum meneruskan perjalanan pulang.
“Bey, kau masih terasa hati ke?” Ayu menyedut jus oren.
Abey pandang tempat lain. Mungkin itulah yang terjadi. Kata-kata sangsi dari Puan Adibah memang didengarinya. Ayu masih menanti jawapan Abey. Abey pandang semula pada Ayu.
Ketika ini juga Ayu mengambil telefon bimbit di dalam tas tangan. Dia baru menerima pesanan ringkas. Lantas dilihat isinya. Terangkat kening Ayu. Abey muncungkan mulut. Cap masih setia di atas kepala. Jaket hitam masih dipakaianya walaupun keadaan di dalam restoran itu agak hangat. Abey tengok jam tangan. Dah pukul empat petang. Sinaran matahari memancar ke ruang tempat dia dan Ayu duduk. Rasa nak ditanggalkan aje jaket hitam tu.
Ayu hempas telefon itu. Malas nak layan. Abey terperanjat melihat Ayu tunjuk perasaan. Tak eok buat sikap macam tu. Ayu terbentak sendiri keraha hatinya terasa sakit seperti dicucuk duri. Amran hantar pesanan yang menyakitkan! Memang gila lelaki tu.
“Kenapa?” Soal Abey sepatah.
“Jangan tanya tentang masalah aku sekarang ni. Apa yang aku nak tahu kau masih marahkan mama aku ke?”
“Tak perlu aku marah. Kata-kata mama kau tu ada benarnya. Mungkin awal-awal dia tak nak berterus terang tapi kalau dia jujur aku kena terima pendapat dia.” Ujar Abey.
Puan Adibah kurang suka Ayu berkawan dengan Abey. Tapi Ayu tak rasa macam tu. Dah telahannya memang terarah pada Amran. Memang pun! Amran penyibuk!
“Semua ni fasal tunang aku! Dia yang kecoh tentang kau.”
“Maksud kau Amran.”
“Siapa lagi tunang aku yang paling aku benci? Dia je kan.”
Abey angguk dan dia terus sedut teh o ais. Tekak yang terasa kering dah dibasahkan semula. Ayu menduga Amran memburuk-burukkan Abey depan mamanya. Kalau tak, takkanlah mama tahu dekat mana Abey kerja. Selama ni pun Ayu tak pernah cerita dekat mama. Sah! Aku yakin memang Amran dasar mulut tempayan! Ayu mengumam geram.
“Dah la. Aku rasa kautak payah nak bergaduh dengan si Amran tu. Kau takkan memang. Walaupun aku benci dia tapi disebalik keburukan dia tu mesti ada baiknya.”
“Kau ni dah macam nak bela dia je? Kau dah lupa ke apa yang dia cakap dekat kau?”
“Bagi aku, kata-kata Amran tu macam angin yang lalu tepi telinga aku je.” Balas Abey selamba. Amran pernah dan selalu menghina Abey tapi selagi Abey boleh sabar, Abey akan sabar. Ayu pun marah dekat Amran yang selalu merendah-rendahkan Abey. Dia faham Abey masih bersabar lagi dengan sikap Amran tu. Ayu bimbang kalau-kalau Abey naik angin satu badan pulak lepas ni.
Walau bagaimanapun, persahabatan antara dia dan Abey takkan terputus walaupaun ribut taufan datang melanda. Siapa yang faham erti persahabatan ni? Ayu jenuh mengkajinya sehinggalah dia mendapat jawapan bahawa sahabat yang menangis susah dicari tapi untuk yang gelak ketawa memang berlambak. Oleh yang demikian dijadikan sebab kenapa dia perlu membela keteguhan jiwa Abey walaupun jiwanya sendiri terapung-apung.
“Tapi dia dah buruk-burukkan kau Bey.”
“Rasanya masalah kau lagi besar dari aku. Kau dipaksa berkahwin dengan orang yang kau tak cinta.” Abey menarik nafas kemudian dia menopang dagu.
“Masalah aku hanyalah mama aku.” Balas Ayu. Ternyata Amran bukanlah penghalang sebenar tetapi mamanya. Kerana setia pada mama, kerana sayangkan mama, Ayu terpaksa. Ayu tak menduga semua ni harus dilalui. Kalaulah ada sedikit waktu untuk mengubah semua ini, Ayu yakin segala-galanya akan kemabli tenang. Cuma, keadaan ini membedil salur darah perasaan. Mati hidup semula pun dia tak akan kahwin dengan Amran.
Di mata mama, Amran sangat baik. Amran jujur dan Amran ikhlas. Pijak semut pun tak mati. Kalau lelaki lain semua tak elok. Sampai apa yang Amran buat tak pernah salah. Elok dan cantik je depan mata. Semua ni macam tak adil. Ubat apalah yang Amran beri dekat mama aku tu. Ayu menggeleng.
“Rasanya nama Chad yang paling atas, kan?” Pantas Abey menduga dan itulah kenyataan. Abey faham. Abey mengerti dan Abey memang suka kalau Ayu bersama Chad tapi Ayu ni penakut.
Ayu diam.
“Ucapkan dekat dia.”
“Kau nak aku jadi maknga?”
“Siapa suruh kau jadi maknga? Jadi paknga!”
“Tolonglah.”
“Aku tengah tolong kau la ni. Mari aku beritahu Chad yang kau suka dekat dia. Bolehlah dia lamar kau nanti. Tapi kau dengan Amran kena putus. Ada berani?” Abey mencabar Ayu. Takkan terjadi! Chad takkan terima Ayu pun.
“Janganlah wei.”
“Siapa hantar mesej tadi sampai buat kau macam nak lingkup meja ni?”
“Amran.” Rasa meluat menyebut nama tu.
“Fasal apa?”
Ayu tak perlu menjawab tetapi sebaliknya dia membuka peti pesanan tu dan dihadapkan depan muka Abey. Abey tenung skrin telefon tu.
Awk rse mama awk trime ke abey jadi bff awk? :p
Siap simbol jelir lidah lagi! Abey tak tunggu lama. Ayu tengok wajah Abey dah berkerut rapat. Dah hilang sabar ke? Rasa serba salah Ayu sebab tunjukkan pesanan tu. Aduhai parah macam ni.
“Woi mangkuk! Kalau berani face to face la!” Cepat betul Abey tekan nombor telefon Amran menggunakan telefon bimbit Ayu tu.
Ayu tepuk dahi! Tak sangka pula Abey akan buat macam tu. Abey yang tengah tahan marah tu pun rasa macam nak ganyang Amran cukup-cukup.
“Tak malu guna telefon tunang aku.” Selamba sahaja suara di hujung talian mengebom telinga Abey. Amran cam suara Abey tu. Seolah-olah suara dah dicop terrorist kut oleh Amran. Cinabeng kau Amran! Marah Abey meruap-ruap.
“Dengar sini baik-baik Am. Kalau kau rasa tindakan kau tu betul kau teruskan je. Tapi kenapa kau libatkan aku sekali dalam hal tepi kain kau?” Marah Abey.
Ayu terus rampas telefonnya dari tangan Abey. Memang ada yang tak kena ni. Kalau dibiarkan nanti jadi melarat. Bila dah jadi barah susah nak cari ubat.
“Selagi kau rapat dengan Ayu maka aku takkan biarkan.” Balas Amran. Jadi dah memang sah semua ni sebab Amran! Tapi ucapan tu Abey tak dengar dan Ayu pun tak dengar. Ayu terus matikan telefon bimbitnya. Ayu pandang ke mata Abey. Abey merengus geram.
“Kalau kau bertengkak dengan dia pun Bey, semua ni takkan selesai. Aku dah tak tahu apa lagi yang patut aku buat. Dia tu memang bebal tau.”
Dan ternyata Abey dah mula hilang sabar setelah menghimpunkan semula kata-kata yang sangat menyakitkan hati. Seolah-olah Abey adalah racun. Abey tak boleh berkawan dengan Ayu dan Ayu dihalang berkawan dengan sesiapa yang Amran tak suka. Mana aci macam ni!
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)