Kacak dari dalam dipanggil orang yang releks aje. Kacak kan bermaksud tampan? Bukan eh? Atau kacak tu definisi untuk orang-orang yang berterampilan atau bagaimana? Seharusnya kacak dalaman dicari kan? Iyalah di hadapan mata berdirinya seorang lelaki kacak. Istilah kacak kan untuk lelaki tapi bukan di hadapannya itu pada realitinya seorang perempuan? Luaran nampak lasak bagaikan seorang lelaki perkasa. Ayu menilai Abey dari sudut lain. Bukan pada luaran atau dari sikap Abey yang bagaikan lelaki yang terhebat.
Tak!!! Kau jangan cakap sayang dekat dia la Ayu!! Of course not! Ayu sayang Abey bagaikan seorang kawan. Gila ke nak couple? Nak dunia ni terbalik? Susah! Dirinya tidak mahu melampau batas norma kehidupan. Siapa tak sayangkan seorang kawan yang menjadi pendengar setia? Tanyalah makcik jiran sebelah yang dah pakai kapas cucuk telinga kerana malam tadi Jue duk melalak! Gagal lagi dalam temu janji cintanya tu.
Abey melabuhkan punggung. Hari ni dua-dua ambil EL. Abey nak temankan Ayu balik kampung. Nasib baik bos spoting. Kalau bos garang macam singa memang tak kuasa nak melayan. Serahkan pada Abey kalau nak minta cuti senang. Abey gosok-gosok je bahu encik bos dekat pejabat tu semuanya akan ditanggung beres. Encik Taufik tu macam dah kena nasi kangkang je. Ops! Tak adalah sampai Abey nak amalkan benda-benda kurafat macam tu. Ayu percaya bahawa Encik Taufik tu memang ada hati dekat Abey tapi say sorry la, Abey dah ada balak.
“Kau dah siap semua barang-barang kau?”
“Bukannya jauh pun Bey,” Balas Ayu yang menyediakan minuman buat Abey dan cawan yang terisi dengan air milo panas tu diletakkan atas meja. Ayu duduk. “Tak ada apa yang nak disiapkan. Macam ni je la. Naik motor je kan.” Ucap Ayu lagi.
“Tu la kau. Kenapa kau tak beli kereta je kan senang. Boleh ke sana ke mari?” cawan yang terisi air milo panas tu diteguk perlahan. Panas berasap lagi tu.
Ayu angkat kening. Dia merasakan seolah-olah telah menyusahkan hidup Abey je terpaksa menumpang motor TZM Abey tuk balik ke rumah pa dan ma sekejap. Entah kenapa kalau keluar dengan Abye dia rasa selamat. Abey ni dahlah emosi terlampau tapi best juga sebab Abey ni berani. Memang tak gentar langsung dengan lelaki yang buat hal.
Nak cerita sikit pasal pengalaman Ayu ketika berkenalan dengan Abey ni. Masa tu Ayu baru masuk kerja sebagai kerani kewangan di sebuah syarikat swasta. Ya Robbi masa tu punyalah Abey ni sombong gila. Tapi satu je yang best tentang Abey ni, kalau dekat tempat kerja memang cantik. Berpakaian bagaikan wanita yang sangat sempurna walhal semua tu terpaksa dilakukan. Pelik betul, perempuan ni pergi kerja naik motor. Bila dalam pejabat jalan berkepit. Masa tu pun Abey baru je sebulan lebih awal bekerja daripada Ayu.
Ditanya adakah Ayu seorang perempuan yang open minded dan ya jawab Ayu masa tu dan memang berfikiran terbuka. Nak buat macam mana dah lagak Abey macam tu. Kenalah terima. Bermula kes rakan sekerja iaitu kaum lelaki nak menggatal dengan Ayu, Abey datang membantu. Mahu tak sayangkan si kawan ni. Nak pergi mana-mana pun sekarang ni mesti mintak tolong ayu. Nak mintak tolong dengan Chad pun dah payah. Chad seolah-olah mengasingkan diri.
Sebut pasal Chad baru Ayu teringat perempuan yang bersama dengan Chad masa dekat McDonalds tu. Si adik pada pakwe Abey ni. Tiba-tiba sahaja rasa berat hati. Entah macam mana si gadis bernama Nora tu dapat kerja dekat tempat Chad bekerja. Ini sangat menyusahkan hati Ayu.
“Ayu!” Jerkah Abey. Terkejut Ayu dengar suara Abey yang macam separuh guruh tu. Mahu tak terkejut, otak tu berangan entah ke mana. Terpisat-pisat Ayu jadinya.
“Ye ye, kenapa? Dah nak bertolak sekarang ke?”
“Kau ni dekat mana? New York ke? Aku tanya kau kenapa tak beli kereta?” Soal Abey lagi. Dah kali kedua soalan yang sama terpacul dari mulut Abey seraya membetulkan cap.
“Omt.” Ayu terangguk-angguk.
“Omt, omt. Tak bermasud pun tapi yang kau tak nak buat lesen tu kenapa?”
“Fobia.”
“Bukan kisah tu la. Apa cer kau nak takut naik kereta?”
“Aku kan dah beritahu kau bagaimana Amran bawa kereta? Berbahaya. Aku fobia. Kes dulu tu pun masih dalam kepala aku. Dia bawa kereta laju dan cara dia memandu mendebarkan aku.” Ayu memberikan alasan. Perempuan berusia dua puluh empat tahun ni begitu fobia dengan kenangan lalu. Parut dekat buku lali adalah tanda kenangan pahit. Tapi Amran tak pernah insaf!
Abey teguk lagi air milo yang dah kurang berasap tu. Kemudian cawan tu diletakkan semula atas meja. Abey tak rasa puncanya adalah Amran tapi ini kes Ayu memang tak nak.
“Naik motor dengan aku rela pulak? Padahal peratusan bahaya menunggang motosikal ni lagi tinggi berbanding dengan kenderaan lain. Mengikut statistik, majoriti yang tergadai nyawa adalah dari penunggang motosikal.”
Ayu nak berdebat jugak. Ucapan Abey tu ada silapnya. Jangan kata motosikal sahaja. Kalau menunggang atau memandu dengan berhati-hati Insya-Allah tak. Ajal di tangan Tuhan tapi maut tetap bertiket. Sekiranya sudah ditempah memang aniya jawabnya.
“Kalau memandu macam orang gila memang sah-sah cari nahas. Am tu macam nak bunuh aku je.”
“Tapi dia sayangkan kau kan? Erm tapi hati kau pun tetap untuk Chad. Kadang-kadang aku tak faham dengan kau ni la Ayu. Dah kau tak suka kenapa kau ikut je kehendak keluarga kau tu.” Abey menentang keras kes kahwin paksa ni. Perkara ni seolah-olah menjual kebahagiaan hidup insan lain.
Fikir sampai berasap kepala pun macam sia-sia jugak. Tidak tahu nak cakap apa lagi dengan Ayu ni. Boleh botak kepala Abey nak tolong selesaikan masalah tahap merapu ni.
“Isabella binti taiyuddin, kalau diikutkan hati ni memang aku langsung tak nak pandang muka Amran tu tau tak. Kalau hidup ni diberi pilihan memang aku pilih Chad.”
“Kejap Cik Ayuni Najwa binti Omar.” Abey angkat tangan. ”Kalau pilihan tu dah ada cuma tinggal keputusan aje kenapa nak dibiarkan hati terseksa bersama dengan lelaki macam tu? Dahlah mata keranjang, suka paksa pulak tu. Kalau aku memang tak kuasa nak layan. Apa cer nak kahwin dengan orang macam tu. Nasib baiklah Abang Key aku tu tak mata keranjang. Chad dah tahu ke pasal ni?”
“Kenapa dia perlu tahu?” Ayu mencelah.
“Agar dia memberi peluang untuk hatinya agar menerima kau.” Cepat betul Abey membalasnya.
Tak ada maknanya. Aqil Akasyah bukan tahu pun yang dalam hati Ayuni Najwa ni ada taman indah untuk si lelaki ni. Isabella sahaja yang suka berbasa-basi kononnya Aqil Akasyah atau selesa dipanggil Chad tu ada perasaan terhadap Ayuni Najwa. Tak masuk akal betul.
Ayu diam. Semua ini harus ditelan meskipun pahit tapi dalam keterpaksaan. Adakah harus aku memilih Amran? Desakan keluarga membataskan cinta hatinya. Amran melecur di badan. Sedikit je pun bukan parah. Dan ada benda yang Ayu nak beritahu Abey. Okey sekarang mungkin.
“Abey. Semalam kau jangan ambil hati kes Am tu ye. Aku bukan nak halau kau pun.”
“Aku tak kisah dan aku faham. Amran tu bukan suka pun aku berkawan dengan kau. Tengok dari gayanya pun aku dah boleh agak. Tapi kalau dia dah jadi suami kau nanti dan dia tak benarkan aku berkawan dengan kau, aku terima je. Aku pasrah.” Bunyi macam hampa je.
Ayu tak bermaksud macam tu pun tapi kalau benar telahan Abey tu maka semua ini bagaikan satu mimpi ngeri. Kalau aku nak kawan jugak dengan Abey ni macam mana? Amran nak kurung aku ke? Belum kahwin dan buat hidup aku porak peranda.
“Malam tadi memang aku tak sangka pun yang Chad tolong kedai makcik dia. Dia jadi pelayan dan dia tertumpah sup dekat badan Amran.”
“Wow! Menarik. I like this story. Terus apa jadi?” Abey berminat nak tahu. “Boleh masuk dalam novel kau nanti ni.” Cadang Abey yang dah memahami minat Ayu yang suka berkarya.
Ayu memeluk spangebob kesayangan. Itulah anak patung tempat dia titiskan air mata kala malam tiba. Orang lain tak tahu duka hati wanita sepertinya.
“Amran maki Chad.”
“Eh? Amran dah kenal ke siapa Chad?” Tanya Abey dan Ayu menggeleng.
Abey menarik nafas lega.
“Tapi Chad kenal kan siapa Amran tu?” Abey bertanya lagi.
“Tapi kenal sekadar nama je.” Ujar Ayu.
Mendegar jawapan Ayu maka Abey pun bangun dari sofa. Dia melangkah ke jendela. Senafas itu dia menoleh semula ke wajah Ayu. Abey pun hairan dengan kisah ni. Aqil Aksyah tolong makciknya dekat restoran dan Amran bawa Ayu ke situ. Abey terfikir sekejap menelaah keadaan itu.
“Ayu!!!”
Terkejut Ayu bila Abey pekik macam tu.
“Apa?”
“Amran sengaja!” Ujar Abey selepas puas berfikir sambil jari telunjuk dihala pada bibir.
“Macam mana kau tahu?” Ayu dah gabra. Jadi malam tadi semuanya dah pecah tembelang ke? Mustahil kan? Chad tak kenal Amran dan Amran pun tak kenal Chad. Jangan Chad beritahu yang dia kenal aku dah la! Semalam pun Ayu terpaksa berahsia. Nasib baik Chad faham. Sekiranya Chad tahu orang yang marah-marah dan nak saman tuan kedai gara-gara kecuaian itu adalah tunangnya boleh dikira selamat tapi kalau Amran? Pasti jadi kes lain. Amran tu dah lah panas baran! Ini yang buat Ayu cuak.
Ayu terpaksa mendamaikan keadaan semalam tu. Kalau tak habis hancur perniagaan orang lain. Amran pun satu hal, cedera sikit je pun nak kecoh. Tapi kata-kata Abey tadi tu memang menakutkan Ayu. Mungkinkan benar? Ayu bingung. Mungkin juga semua tu kebetulan.
Dalam hati Ayu tetap berbangga dengan Chad. Chad sedar akan kesalahannya yang tak disengajakan itu maka cepat-cepat Chad minta maaf. Suara Chad, tutur kata Chad dan budi bahasa Chad seolah-olah penyejuk hati. Chad nampak tenang sahaja dan tidak mudah melatah. Mungkin masa tu dia tersilap langkah.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)