Entri Terkini :

Setia Untuknya - 2

Dia memerah otak supaya isi di dalam ruyung dapat dirasa. Mahu tidak? Harini buat dirinya malu. Semuanya salah Abey! Eh? Takkan Abey seorang aje kut? Ayu macam mana? Ayu pun sama jugak kan? Main ikut je apa cadangan Abey tu. Tengok hari ni tak pasal-pasal muka merah.
Ayu menghadap ke skrin komputer ribanya. Dia menulis seumpama diari hidup walhal itu adalah plot cerita. Plot untuk cerita fiksyen hasil nulikannya. Ya, mungkin itu cara hidupnya. Lepas menulis dia akan peram buat perkasam.  Menulis adalah minat. Sekarang tak pakai pen, pakai papan kekunci jadi dipanggil menaip. Hakikatnya ia adalah pencaturan yang sama. Acuan yang diguna pakai adalah lihat, rasa dan hayati. Aduhai! Abey! Lagi sekali nama Abey membedil otaknya. Malu ni! Katanya lagi di saat sampai ke babak yang patut ditulis.
Chad? Iya la. Sah-sah dia tertanya-tanya mengenai lelaki tu kenapa tak simpan nombor telefonnya. Tak sempat nak tanya tapi petang tadi Abey dah lebih cemburu. Aku ingat aku yang over tapi dia lagi over, siap nak sekeh lagi kepala bakal adik ipar! Tak kuasa sungguh! Macam mana Abey boleh tak tahu yang perempuan tu adik pada pakwe sendiri? Ayu terangguk-angguk.
Dia termenung sendiri tatkala wajah Chad bermain di fikiran. Jari-jemarinya yang rancak menaip itu terhenti. Maka bunyi yang terhasil dari papan kekunci tadi pun terus lenyap. Ayu menopang dagu. Fikirannya mula terbang.
“Ayu!!” Jerit! Jerit! Jerit! Apa hal dengan perempuan ni asyik jerit je? Ayu terperanjat. Baru je nak bayang wajah Chad dah ada orang kacau daun.
Kok kok kok! Pintu diketuk kuat. Inilah juga salah satu sebab kenapa dia nak pindah rumah sewa. Rakan serumah dia sekarang ni macam tak berapa faham privacy orang lain.
“Kejap!” Ayu meminta Jue bersabar. Jue, rakan serumah. Tinggal tak lama pun baru je enam bulan Ayu menyewa dekat sini, tapi seksanya nauzubillah… hanya Tuhan sahaja yang tahu perangai Jue ni macam mana.
Dengan rasa malas Ayu pun meninggalkan komputer ribanya dan melangkah menuju ke pintu biliknya. Rambutnya yang panjang mengurai itu diikat ke belakang. Sempat lagi dia mengurut lehernya sendiri agar rasa lega bertandang.
Perlahan-lahan pintu dikuak. Terpacak Jue depan pintu tu dengan muka kebas semacam. Memang ketat je muka tu. Apasal? Ada benda yang tak kena? Nak marah ke? Muka orang datang bulan la tu. Tak pasal-pasal Jue yang memakai pendakap gigi tu bercekak pinggang. Kemudian tangan kanannya pula memintal rambut sendiri.
“Ayu… jom temankan aku.” Pinta Jue.
Ayu scan Jue dari atas sampai bawah. Ayu pakai skirt merah jambu dan rambut bertocang. Cermin mata bulat besar mengalahkan ugly betty. Aduhai… kau ni kenapa Jue? Buat tabiat ke? Ayu menggeleng.
“Jue, baju apa yang kau pakai ni?” Ayu tak berkenan dengan cara berpakaian Jue.
“Baju nak pergi keluar dinner la. Jom la Ayu temankan aku.” Jue memujuk. Jue ada date kut? Malu la tu. First date?
“Kau nak dating kan?”
“Ya… dating kali ke sepuluh dengan lelaki lain. Ayu, semua lelaki yang aku kenal sebelum ni tak guna la. Aku harap yang ni jadi.” Jue tersengih-sengih penuh dengan harapan.
“Kenal dekat internet lagi?” Ayu bertanya untuk kepastian kerana kebanyakan lelaki yang dikenali Jue semuanya datang dari laman social. Ayu pun hairan, sampai sekarang tak ada yang berkenan dengan Jue. Tengoklah cara Jue tu… bukannya nak kata yang Jue ni teruk tapi sikap tu. Setiap kali frust mesti balik rumah melalak duk nyanyi karaoke sampai pagi. Ayu nak tidur pun tak boleh sampai jiran sebelah dah bagi warning.
Jue yang mengangguk perlahan terus gigit jari. Dia takut gagal lagi la tu tapi kali ni dia yakin. Lelaki yang bakal dia jumpa nanti mesti boleh terima dirinya. Ayu fikir tak perlu kut Jue pakai macam ni. Pakai sopan kan lebih elok. Fikir Ayu, Jue ni cantik sekiranya dijaga penampilan.
Telefon Ayu bordering. Ayu undur semula dan mencapai telefom bimbit. Ayu terima panggilan telefon dari orang yang dia tak sayang.
“Hello sayang… saya ada depan rumah awak ni.” Depan? Ayu menggelabah.
Erk?
Cepat-cepat Ayu melangkah mendapatkan Jue semula. Dia memang tak nak jumpa Amran. Amran datang rumah dia nak buat apa? Tak sempat aku pindah dia dah kunjung dulu. Nanti dia tanya macam-macam apa aku nak jawab? Ayu gelisah.
“Jue, can you help me?”
“Tolong apa? Kau tak nak ikut ke?” Jue masih mengharapkan Ayu ikut dia malam ni. Ajak teman pun jadilah. Kalau duduk semeja pun tak payah cakap banyak. Sebenarnya bukan Ayu tak nak ikut tapi takut kenalan baru Jue tu berkenan dekat dirinya pula, hah? Siapa nak jawab ni?
“Dekat depan rumah kita ni ada seorang lelaki. Dia tu tunang aku. Boleh tak kau beritahu dia yang aku tak sihat?”
“Selama ni kau tak pernah beritahu aku pun yang kau dah bertunang.” Jue sedikit kecewa. Sementara ini Ayu tarik nafas dalam-dalam melihat wajah Jue yang terkilan. Bukan semua benda dia perlu cerita pada Jue. Lebih baik dia berkongsi cerita hanya pada Abey kerana Abey boleh dipercayai. Kalau dekat Jue ni… Dah banyak cerita sangat Ayu dengar pasal Jue ni tapi kadangkala rasa kasihan jugak. Mulu becok macam Jue ni bukannya boleh simpan rahsia. Masalah dirinya sendiri pun habis dekat semua orang dia nak cerita. Sebab tu Ayu berhati-hati. Tapi kali ni Ayu terpaksa minta tolong dekat Jue.
“Please.”
Wrom!! Wrom!! Kedengaran bunyi ekzos motor TZM dari luar. Alahai!! Tu mesti bunyi ekzos motor Abey. Ayu tak duga semua serantak pulak malam. Baru je nak keluar dengan Abey malam ni. Nak ke rumah untuk disewa tu. Gelabah tetap gelabah.



 “Dah berapa kali saya pesan saya tak suka awak berkawan dengan dia ni.” Amran menjegilkan biji mata setelah terlihat kelibat Abey. Amran langsung tak jaga hati. Kalau Abey dengar macam mana? Tak sanggup Ayu putuskan persahabatan gara-gara Amran tak suka Ayu berkawan dengan perempuan lasak seperti Abey tu. Ikut suka hati Ayu la nak berkawan dengan sesiapa pun? Yang Amran nak control life dia ni kenapa? Selama ni pun Ayu tak ambil peduli pun dengan siapa tunangnya tu nak berkawan. Amran ni pulak yang sibuk-sibuk.
Ayu terpaksa berpeluk tubuh. Tadi Ayu terpaksa juga bersemuka dengan Amran kerana Jue lurus bendul. Kenapa beritahu yang dirinya ada dalam rumah dan sengaja tak nak jumpa. Rasa nak cili je mulut Jue tu tapi apa boleh buat dah rakan serumahnya tu dah macam tiga suku dah.
Abey telah diberikan isyarat supaya beredar. Abey duduk atas motor sempat angkat penumbuk dihalakan ke wajah Amran. Siot punya Amran! Dah tentu hati Abey tak senang dengan kewujudan Amran tu. Lelaki jenis apa ni? Abey terus hidupkan enjin motor TZM warna kuning berbelang hitam tu. Vrom vrom! Sempat dia main minyak tunjuk perasaan. Amran menjeling tajam.
Saat ini Ayu kaku. Amran mempersoalkan tentang perhubungan. Amran hanya tunang bukannya suami! Ayu tetap tak puas hati. Please la…
“Kenapa dengan awak ni? Kenapa awak benci sangat dekat Abey tu? Dia ada ganggu hidup awak ke? Atau dia menyusahkan hidup awak.”
“Awak dah pandai menipu sejak awak berkawan dengan dia. Tadi awak  cuba berpakat kan? Konon tak sihat.”
“Saya letih.” Ayu menoleh ke tempat lain. Mereka berdua tak nak mengalah. Masing-masing nak memang. Amran agak kecewa dengan Ayu yang seringkali beri alasan bila ajak keluar. Bukan hari ini sahaja malah sebelum ni pun sama. Nak ajak keluar makan pun susah.
“Ayu, awak tu tunang saya. Saya ada hak.”
“Hak apa? Tunang aje pun dan saya tak akan kahwin dengan awak! Tahu!”
“Oh! Jadi awak nak hancurkan harapan orang tua kita?”
Ayu terus terdiam. Kata-kata Amran tu membuatkan jiwanya tersentak. Menyebut pasal ma dan pa, dia jadi cuak. Sebut juga pasal pakcik dan makcik itu dia pun jadi tak keruan. Semua ni macam tak adil. Kenapa perlu dijodohkan dengan sepupu sendiri? Tak nak renggangkan perhubungan ke? Amran di hati Ayu hanya biasa sahaja. Walaupun mempunyai pertalian darah, Ayu tak pernah anggap Amran ni lelaki yang teristimewa.
“Kita fikir kita dah besar kan? Awak pun dah ada kerjaya tetap. Saya ni bagaimana? Awak tak pernah memahami minat saya. Saya tak suka dikongkong Am. Tolonglah faham Am. Awak selalu buat saya rasa tak senang hati.” Ayu memejamkan matanya sejenak dan terus mengeluh. Ayu tunduk.
Amran tercegat lagi. Dia tak mahu beredar. Dia nak ajak Ayu keluar malam ni pergi makan. Kalau boleh sekejap pun jadilah. Nak tengok wajah Ayu puas-puas. Ayu pulak dah rasa bosan dengan semua ni.
“Nak jadi novelis terkenal? Nak terbang ke awan dan memerhatikan kehidupan orang lain? Come on Ayu, hidup awak sendiri pun sekarang ni dalam dilema. Ada hati nak coret kisah orang lain. Tapi kenapa saya dapat rasakan yang awak ni ada orang lain? Walau macam manapun saya nak kita teruskan perkahwinan ni.” Amran seolah-olah dapat menduga pasti Ayu semakin berubah. Sejak kebelakangan ini Ayu menyimpan sejuta alasan. Amran tak rasa Ayu seperti dulu yang mudah diajak berbincang. Sekarang ni Ayu mudah melenting.
Kata-kata Amran tu megebom impian Ayu. Salah ke? Bercita-cita menulis? Selalu nak haling minat orang. Ayu, kau kena banyak sabar Ayu… kata-kata dalam otaknya berpesan pula. Ayu tarik nafas dan dihempus perlahan. Dipandang Amran setajam-tajamnya.
“Belum terlambat lagi kita batalkan semua ni.”
Tak! Tak! Kau silap Ayu! Sekali lagi suara dalam otak mencelah. Kenapa tak boleh? Banyak perkara lain yang lebih membebankan.
“Mana boleh macam ni. Perkahwinan kita tinggal beberapa bulan je lagi. Awak tak boleh buat macam ni. Ikut saya dulu kita pergi makan.” Amran tak selesa berbual di halaman rumah Ayu. Malam ni nak pergi kedai. Nak makan dan berbincang. Benda ni boleh diselesaikan secara baik.
Konflik apakah ni? Awal-awal macam ni dah buat otak jadi pening! Ayu malas dah nak layan tapi bila terfikirkan pasal pa dan ma, dia kena turutkan juga. Dia terpaksa ikut Amran. Jue dah keluar dah tadi pergi makan malam. Jadi rumah tak ada sesiapa. Okey, Ayu pergi kunci pintu rumah untuk keselamatan. Sepatutnya malam ni pergi usha rumah sewa tu. Tapi kehadiran Amran dah kacau daun. Kasihan Abey terpaksa disuruh balik.
Bila dah sampai ke restoran masakan panas, Amran tarik kerusi duduk membatu pulak. Restoran yang baru dibuka. Sengaja Amran ajak makan dekat restoran baru ni. Ditenung wajah Ayu dalam-dalam. Kebisuan Ayu semasa di dalam kereta membuatkan Amran tak berapa selesa. Amran terus memegang tangan Ayu. Ayu terkejut setelah dia baru sahaja melabuhkan punggung.
“Am! Apa ni.”
“Pegang pun tak boleh ke? Nanti pun saya boleh pegang jugak.”
“Dah tu tunggu nanti la selepas kita kahwin.”
Sejuk hati Amran bila dengar ucapan tu. Kiranya Ayu masih ada keingan nak kahwin tapi sepatutnya Amran bukanlah orangnya. Aduhai kenapa aku cakap macam ni? Ayu dah serba salah. Aku tak nak kahwin dengan dia!
Telefon Ayu bordering. Siapa yang call? Amran angkat kening. Dah mula curiga. Ada lelaki lain ke? Amran terasa nak siasat je. Boleh jadi Ayu ada orang lain ni memandangkan sikap Ayu tak stabil. Mungkin hormon yang tak berapa stabil. Usai menjawab panggilan, Ayu masukkan semula telefon bimbit ke dalam tas tangan.
“Siapa yang call?”
“Ma.”
“Apa katanya?” Soal Amran.
“Suruh saya balik rumah. Ada hal yang saya sendiri pun tak tahu.”
“Mesti hal perkahwinan kita kan?”
“Am, kita kan boleh urus sendiri. Kalau tak melibatkan orang tua kita tu tak boleh ke?” Ayu memuncungkan mulut menahan sabar dengan sikap Amran yang gelojoh tu. Tak sabar nak kahwin. Bukan best kahwin dengan orang yang tak dicintai nanti jadi macam tajuk novel Suami Yang Kubenci pulak.
“Tapi mereka yang dah sepakat tunangkan kita sejak dulu lagi kan? Nak tak nak kita kena kahwin.” Ujar Amran tersengih-sengih.
Ayu tersiku kotak tisu yang ada dekat tepi meja belah kanan menyebabkan kotak itu terjatuh. Sementara itu pelayan pun tiba dekat meja untuk ambil pesanan dekat meja sebelah. Ayu tunduk untuk mengambil kotak tersebut dan pelayan lain muncul ke meja Amran dan Ayu mengambil pesanan. Ramai juga pelanggan malam ni. Benda baru jadi ramai yang nak cuba. Kalau sedap orang akan datang lagi makan dekat sini, kalau tak sedap maka hi hi bye bye la jawabnya.
Ayu tak ada selera nak makan tapi dia pesan kentang goreng je. Cukuplah kerana dia kurang makan nasi pada waktu malam. Makan benda-benda yang tak buat perut terasa berat. Jus epal dipesan bersama kentang goreng tu. Amran pula pesan nasi goreng cendawan. Suka sangat dengan nasi goreng tu. Memang makanan kegemaran. Nescafe ais turut dipesan. Amran memandang Ayu lama-lama usai pelayan itu melangkah pergi.
Pelayan yang dekat meja sebelah pun turut berlalu setelah selesai mengambil pesanan. Ayu ketika ini rasa tak kena dengan cara Amran memandang dirinya. Dah mula nak menggatal lah tu? Sesekali Amran mengintai gadis-gadis lain yang ada dekat resotran tu. Isy! Mata keranjang! Ayu menjeling. Dah masak sangat dengan perangai Amran! Memang pantang nampak perempuan cantik maka mata tu laju je mengintai. Tapi Ayu tak hairan. Dah memang lelaki macam Amran ni boleh didapati dekat mana-mana sahaja. Tak ada langsung nilai yang boleh dibanggakan! Ah! Ayu mengumam geram terhadap ciri-ciri lelaki seperti ni.
“Arghh panasnya!!” Ayu terkejut lagi dengar suara Amran. Bunyi mangkuk terhempas ke lantai restoran memeranjatkan Ayu. Rahang bawah Ayu jatuh. Biar betul?
“Panas! Panas! Pedih pedih!” Amran terseringai kesakitan. Sup panas tertumpas atas badan. Kes melecur! “Gila!” Dengan pantas Amran menolak tubuh pelayan tu. Hampir terjatuh lelaki tu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.