Entri Terkini :

Setia Untuknya - 1

Banyak perkara yang berlegar dalam fikirannya. Susah nak dia ucapkan atau nak dia luahkan. Tapi yang paling buat otaknya macam nak pecah adalah dengan kritikan. Kenapa orang suka kritik sesuatu perkara yang sangat tak cocok? Seharusnya selidik dulu atau fikir semasak-masaknya. Beban sungguh! kalau bagus sangat tak perlu aku bersusah payah macam ni. Ayu rimas! wajahnya yang tadi agak pucat kini menjadi merah bengang. Apa yang berlaku ni?
Ayu gadis yang cantik dengan kilau kasih dari bibir ucapannya sungguh mendamaikan hati jejaka. Tapi hatinya parah. Hatinya tak seperti apa yang diduga orang. Dari luarnya nampak tenang tapi seksa dari dalam. Kalau dia bermasalah sekalipun dia pendam sendiri. Iya sekarang dia berkurung sepi dalam bilik.
Kiranya aku perlu tahu kelemahan? Dia berbisik dengan hati dengan matanya yang layu menghadap skrin komputer riba. Rasa malas nak duduk lama-lama. Dia bangun dari situ dan melangkah ke rak mendapatkan telefon bimbit. Petang ni dia bosan. Dia tak senang hati lantas dia nak menghubungi seseorang. Belum pun sempat dia buat panggilan, kebetulan pulak call masuk.
“Sayang… kita jumpa malam ni?” pujuk si suara di hujung talian.
“Saya ada hal la.”
“Selalu macam ni...” Amran mahu bertemu Ayu. Ajak dating la tu dah lama tak jumpa. Salah ke? Tak kut.
Amran dan Ayu bukan orang lain. Sepupu sendiri. Tapi apa yang buat Ayu tak senang adalah Amran ni adalah tunangnya. Dia tak suka dijodohkan dengan sepupu sendiri tapi ini pilihan keluarga.  Nak tak nak Ayu terpaksa terima biarpun pedih, biarpun parah kerana di dalam hati dia suka pada orang lain. Cinta yang tak terluah amat menyakitkan.
Ayu memberikan pelbaga-bagai alasan supaya tidak mahu keluar. Amran tidak memaksa dah senadainya Ayu sibuk maka dia tak nak ganggu. Baiklah, Ayu boleh pilih, lepak rumah atau keluar berjalan-jalan. Dengan siapa? Mungkin dengan kawan baik? Mungkin kut.

***

Kawan baik. Kawan bekas satu kolej dengannya dulu ada di hadapan mata senyum manis dan menawan hati. Dia bukan perempuan tetapi seorang lelaki. Lelaki yang selalu memahami. Terkadang rasa menyesal kerana Ayu merasakan kelewatan dalam membiacarakan soal hati. Cinta semata-mata cinta bukan khayalan jiwanya tetapi ia mahukan kasih dan perhatian. Hanya tinggal tiga bulan. Ya, tiga bulan lagi dia dan sepupunya itu akan disatukan. Sungguh dia tak sanggup.
“Apa yang kau nak cerita dekat aku ni?” Chad bertanya kerana Ayu yang ada depan mata jadi patung je.
Ayu diam. Sesekali dia betulkan tudung yang sedia kemas. Dia melemparkan pandangan ke tempat lain. Dia cuba menaham perasaan. Adakah Chad akan faham tentang ini? Mungkin Chad akan ketahui aku tidak mencintai Amran? Chad takkan tahu kalau Ayu tak cerita.
“Tekanan jiwa.” Kata Ayu setelah berdiam diri. Chad masih berdiri. Dia baru sampai ke sebuah restoran untuk temu janji dengan si kawan ni.
"Aduhhhh itu je yang kau nak beritahu aku? Dah lama aku tau Ayu… Okey, lupakan. Sekarang bagaimana dengan novel kau tu?" Kerusi ditarik dan punggung terhempas kerana badan masih keletihan berlari ke hulur ke hilir terkejar waktu nak siapkan kerja. Bos hanya tau bising nak itu dan ini. Kalau tak diberikan file dengan sepantas mungkin maka mulut mula menutur ucapan yang sangat menyakitkan hati. Chad mengeluh.
Chad masih menanti Ayu memberikan jawapan. Dari tadi lagi Ayu memuncungkan mulut sambil menopang dagu. Begitu serius masalah yang ditanggung Ayu. Semalaman dia menangis bertemankan spangebob si anak patung kesayangan.
Kalaulah kau nangis depan aku, aku gosok-gosok pipi kau, Chad melayani hatinya sendiri dan dari tadi jugak Ayu diamkan diri. Teh o ais di hadapan mata pun tak disedut lagi.
"Ayu..." Chad memanggil lembut. Rasa nak pegang je tangan tu tapi tak boleh... Ayu kan tunang orang... silap hari bulan aku kena bunuh! tak mo!!!
Chad rasa bersalah bila tentang novel dipersoalkan. Dia bukan sengaja pun, cuma sejak akhir-akhir ni dia tengok Ayu bermuram je. Dia sanggup temankan ayu minum pada petang ni biarpun kerjanya masih banyak lagi yang belum diselesaikan. Iyalah tadi Ayu call dia ajak jumpa. Tapi bila dah ada depan mata Ayu pamerkan wajah tak subur. Aduhai perasaan Chad tak tentu arah. Ayu, kalau kau kekasih aku, pasti aku akan buat kau setenang air di kali... bisik hati Chad.

***

Ayuni Najwa sedang memegang sebatang pen. Di situ ditulis alamat yang tertera pada sekeping kertas yang dilekatkan pada dinding. Disalinnya alamat itu kerana ada hal mustahak. Nak ke mana pulak si Ayu ni? Wajah berkerut je dari tadi. Chad nak temankan dia pun dia kata tak payah. Lebih baik sendiri buat sementara waktu. Memanglah kalau boleh nak aje Chad ada di sisi selalu tapi dia kan tunang orang. Memang tak manis dikatakan orang tambah lagi dengan ahli keluarga sendiri yang sering mendesak.
Abey, kawan satu tempat kerja dengan Ayu datang menghampiri Ayu yang berdiri dekat sebuah kedai. Ayu tunggu di situ menanti Abey tampil membawa khabar. Mana tahu kalau ada sebarang perubahan pada apa yang terjadi. Abey senyum dari jauh sambil melangkah dengan pakaian yang sangat simple. Berbaju t lengan panjang dan berseluar jeans biru. Dia membetulkan cap yang dipakainya. Jalan macam gangster.
“Ayu! Kau apa cer mintak aku datang sini?”
“Cer cer cer.” Ayu memuncungkan mulut. Tak best langsung dengar Abey cakap gaya macam tu. “Aku nak cari rumah sewa lain.” Sambung Ayu lagi dan melangkah masuk ke dalam kedai. Pekena roti canai pun okey jugak ni. Perut Ayu dah lapar. Macam-macam bunyi dah wujud. Irama kesyahduan, irama dangdut dan paling tak tahan rock kapak! Memang hampir masuk ke metal. Perut berkeroncong!
Mereka berdua duduk. Abey duduk di kerusi sebelah kiri Ayu. Abey terus hempas punggung. Malam ni nak makan roti canai. Boleh tahan. Hari ni cuti pun tak best sebab tak ada tempat yang menarik untuk dilawati. Mungkin esok ada yang labih penting. Esok kan hari berkerja. Sebelum pelayan sampai, Ayu mengeluarkan sekeping kertas yang disalinnya tadi. Abey angkat kening.
“Apa ni?”
“Berkenaan rumah sewa. Kau pun senyap aje tak beritahu aku dekat mana boleh dapatkan rumah sewa.”
“Eh?” Abey berkerut dahi bila baca alamat tu. “Kau nak pindah dekat sini ke?” Soal Abey tergaru-garu kepala setelah membaca alamat yang ditulis oleh Ayu. Dah jadi kebiasaan buat Abey jika kepala penuh dengan tanda soal satu bakul maka kepala digaru-garunya bagai ada sejuta kutu.
Ayu angguk. Dia nekad. Dah ada peluang maka lebih baik dia sambar. Jarang dapat peluang terbuka macam ni. Dah namanya rezeki kut. Tapi ada satu perkara lagi yang dia mesti fikirkan. Amran! Takkan Am dah biarkan aje kut Ayu cari rumah lain? Tapi apa hak dia nak halang aku? Dia hanya tunang aku, bukannya suami aku pun. Ayu berdegil. Pa dan ma belum tahu lagi tu. Kalau dapat tahu apalah nasibnya kali ni.
“Kau ni macam tak betul la Ayu. Siyess… aku rasa kau ni dah tertekan dengan si Am. Aku kira kau dapat bertahan dengan lelaki macam tu.” Abey tak suka kalau Ayu dipermainkan tapi tindakan Ayu nak pindah rumah sewa ni satu kehairanan. Lagi tak masuk akal dan lagilah buat Abey bingung. Abey menopang dagu. Ini pun satu hal. Lembap! Abey dah haus ni. Pelayan buat tak nampak aje. Abey lambai-lambai tangan. Nak kata kedai ni ramai orang pun tak jugak, lengang aje tu pun boleh duk sambil lewa. Patutlah kedai makan ni kurang pelanggan, service out!
Mereka berdua banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Sejak di restoran sampailah ke tempat parkir motor. Abey menyarungkan topi keledar untuk Ayu. Ayu berterima kasih pada Abey kerana memberikan dirinya semangat untuk menimbang baik dan buruk. Meskipun dirinya sudah besar panjang pun masih lagi terdapat kekurangan atau lebih terang lagi dia susah untuk membuat keputusan yang relevan.
“Kenapa kau masih sedih ni Ayu?”
“Tak ada apa-apalah.”
Pandangan mata Ayu dibedil dengan kelibat seseorang. Abey perasaan perubahan riak wajah Ayu tu tapi tak pasti apakah ia. Mungkinkah ada sesuatu? Memang pun kan. Ayu terlihat kelibat seseorang tadi. Memang dia tercegang seketika. Aduh! Kenapa aku cemburu?
“Ayu, kau tengok siapa?” Abey tanya lagi. Ayu tercegat. Abey mengeluarkan anak kunci motor dari poket seluar. Matanya masih menatap wajah Ayu yang berkerut tu. Abey turut mengekori hala pandangan mata Ayu tu. Abey cuba intai dan sah! Abey pun nampak.
“Ayu!! Tu pakcik kau ke?”
“Banyaklah kau!” Sesuka hati Abey je meneka. Mana ada pakcik dia dekat sini. Abey!! Ayu tenung mata Abey. Dia nak beritahu atau pun tidak ni?
“Tak payah cakap. Aku tahu kau nampak dia tadi. Tu masuk dalam McDonalds tu.” Abey menjeling mata pada Ayu. Eleh! Aku cucuk jugak mata kau ni Abey! Masa macam ni sempat lagi menjeling. Ayu cemburu. Abey dapat rasakan yang Ayu memang sedang cemburu gila-gila. Kebetulan pula Ayu nampak orang tu masuk dengan awek ke dalam premis perniagaan tu. Nak je dia pi skodeng. Isy!
“Kau nak intai?” Abey yang baru je duduk atas motor TZM tu pun terus turun semula. Dia beri cadangan je. “Kau tahu kau nak tahu siapa perempuan tu kan?” Abey menduga. Ayu menarik nafas dalam-dalam. Jiwanya bergocak. Nak ke tak nak? Dia rasa payah nak buat pilihan. Aku nak intai ke? Ayu bingung tapi selagi resah hati tak tenang semua ini serba tak kena.
Tangan Ayu cepat masuk ke dalam tas tangan. Dia mencapai telefon bimbitnya lantas jari-jemarinya rancak menaip SMS. Hantar dekat siapa la tu? Abey perhati kegelisahan Ayu tu yang kian memuncak.
Chad free tak? – Ayuni
Siapa ni? – Chad
Muka Ayu terus berubah. Abey yang tercegat dekat situ berdiri macam patung je. Sesekali menjeling lagi. Tak lain tak bukan memang kes cemburu.
“Kenapa dengan kau? Muka macam orang period je?”
“Abey!!” Ayu sentap. Dia hairan kenapa Chad boleh tanya dirinya siapa ketika membalas pesanan? Takkan dia tak save nombor telefon aku? Atau dia dah delete nombor aku? Sedikit pun Chad tak hafal nombor telefonnya sedangkan nombor telefon bimbit Chad melekat dekat otaknya aje. Hurm…
“Kau ni kenapa? Takkan cemburu buta? Ada ke kau luahkan dekat dia yang kau suka dia?”
“Erm tak.”
“Dah tu?”
Ayu terus diam dan tertunduk. Dia mengeluh hampa. Memang tak pernah terucap pun. Almaklumlah, takkan perempuan dulu yang kena mulakan?
Abey kena salahkan Ayu sebab Ayu ni mudah sangat mengalah. Rileks la, kalau jodoh takkan ke mana tapi kes terlihat Chad tadi masih membengkak dalam hati. Kalau nampak Chad seorang aje tak apa la jugak. Ni nampak perempuan lain bersama. Cemburu tahap dewa!
Kali ni muka Abey pulak yang berkerut. Giliran Abey jadi tak tentu arah. Nampak hantu di siang hari ke? Dah senja pun.
“Argh! Apasal balak aku pun masuk dalam McDonalds tu??!!” Abey melepaskan tumbukkan tangan kanannya pada tangan kiri. Nafas Abey melaju. “Ayu! Kita kena masuk dalam McDonalds tu!” Abey terus tarik tangan Ayu.
“Tu pakwe kau, pakwe kau buat apa dalam tu?”
“Itulah aku hairan. Tadi kata ada rumah pakcik dia.” Abey bermuka bengang. Tangan Ayu rasa nak tercabut je bila Abey tarik tangannya kuat-kuat.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.