Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 21)

 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)

Pasu di hadapan matanya rasa hendak dipecahkan sahaja demi melepaskan amukan yang tak berkesudahan tapi sekiranya rasa geram itu dilepaskan pada pasu bunga tiada faedahnya. Bukan best pun dapat pecahkan pasu bunga. Kalau pecahkan muka orang baru syok, baru ada fight!
Eleh, ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa, takkan dia tak ingat peristiwa lima bulan lepas di mana dia pecahkan muka mamat inesen yang terlanggar bumper belakang keretanya. Kereta baru ambil dekat kedai tu, kereta Perodua Kancil aje pun tapi nak kecoh. Kereta si mamat tu lagi mahal, Hyundai buatan luar negara, Hyundai buatan Malaysia ade ke? Ada fight? Oh! Haris bukan tak mampu nak beli kereta baru. Haris tak suka menunjuk-nujuk. Sikap riak dan takbur sikap yang dibenci Tuhan.
Sudah! Buang masa aku duduk dalam rumah ni! Lebih baik aku pergi kedai kopi! Pekena kopi dangdut secawan baru boleh gelek sampai pagi! Haris buang tabiat. Sejak bila layan dangdut? Tak rocklah macam ni. Peminat setia Ramlah Ram ke? Atau Amelina dan Iwan? Boleh tahan, mana jiwa brutalnya? Eee! Geram ni geram!
Apa hal yang digeramkannya tu, muka macam tahan sembelit aje? Haris mengambil kunci kereta. Dia terus menyusun langkah dengan muka ketat. Bengang agaknya. Mana tidaknya, lain yang disuruh lain pula yang orang tu buat. Lain yang diminta lain yang dapat. Ish!
“Nak pergi mana tu?”
“Buang angin!” Bentak Haris.
“Abang tak boleh ke duduk dekat rumah ke temankan saya? Saya takut ni duduk sorang-sorang.” Shafika bimbang apabila ketiadaan suami di rumah. Sayang tu memang sayang tapi kalau sikap samseng Haris terbawa-bawa sampai ke rumah, rimas Shafika dibuatnya.
“Kau tu kan suka curang dengan aku! Dah ada aku pun kau masih duk pot pet pot pet dengan Bakar! Kalau aku tahu kau masih rapat dengan si Bakar tu memang aku bunuh je si bedebah tu! nasib baik aku ni dah janji dengan kau yang aku ni takkan jentik dia dari jarak seratus meter!” Sinis Haris yang rasa menyesal dengan tindakan sendiri. Menyesal! Sesal sungguh kerana berjanji macam tu.
“Abang jangan nak mengungkit ye. Abang sendiri yang cakap nak berubah. Jadi abang tu yang patutkan tunaikan janji abang dekat saya. Kalau macam ni cara abang, saya rasa tak lama abang berkain peleket. Esok lusa memang pakai seluar jeans carik dekat lutut! Nak tunjuk rock dekat siapa? Kata dah insaf tapi masih perangai macam tu.” Shafika membebel di hadapan muka pintu tatkala tadi dia mengejar langkah Haris. Siap bercekak pinggang lagi.
Haris yang baru nak masuk dalam kereta terhenti sejenak. Dipandang lama wajah Shafika tu. Dia tak suka! Kalau dia kata tak suka memang tak suka. Katalah lembu atau kerbau pun, otakkan akan proses mati! Mati! Mati! Bunuh! Bunuh! Bunuh! Itu aje yang dia tahu.
“Kalau aku dekat rumah pun, kau secawan kopi pun tak bancuh untuk aku. Buat air teh panas pun berhabuk je! Tawar pulak tu.” Bising Haris dekat tepi kereta kancil.
“Abang ni kalau marah beraku-aku. Semalam elok je bersayang-sayang, hari ni dah lemau ke kasih sayang abang dekat saya?”
“Nak lemau apanya, dah memang awak tu lemau! Lemau tau tak!” Haris membuntang biji matanya. Shafika mengeluh dengan sikap suaminya itu yang sangat panas barang.
Argh! Kau rompak hatiku! Kau tikam jiwaku dan kau tusuk setiap mimpi-mimpiku dengan pedang panas baranmu tak pulak dia sedar! Sesuka hati cakap aku ni lemau! Dia tu apa? Ayam berak kapur!! Sabor ajelah! Shafika mampu mengeluh dalam hati.
Haris terus start enjin kereta. Dia terus blah dari situ. Buat apa tunggu lagi?! Ajak buat anak pun tak nak! Dahlah boring tak ada anak. Asyik-asyik datang bulan je. Alasan sungguh! Haris membebel dalam hatinya pula menyalahkan Shafika yang menolak kemahuan naluri sebagai seorang lelaki bergelar suami.
Ceh! Hanya sebab tu aje ke sampai nak mengamuk tak tentu fasal? Come on-lah Haris. Setakat nak enjoy pun ayam banyak dekat lorong tu. tinggal pilih je. Hoi!! Apa?!! Kalau macam tu lebih baik aku cari oran lain saja. No!! Memang barua la macam ni. Aku tahan ni! Aku tahan ni! Haris berkerut dahi. Stereng dipegang kemas dan pedal minyak ditekan rapat. Amboi! Laju gila bawa kereta. Zup zup hilang.
***
Memang cepat masa berlalu dah lima bulan dia hidup bersama Haris tapi hidup macam tak hidup pun, dah rasa seperti anak patung aje sekarang ni. Banyak benda yang patut diubah, jiwa? Kasih sayang nak kena bagi lebih sikit? Ke nak kena kurung diri dalam bilik? Trauma ke tu duk terperap dalam rumah saje tak keluar-keluar?
Alergi sepi nampaknya. Televisyen di hadapan mata dipandang sepi. Tak buka pun, nak layan cerita apa ni? Korea? Bull shit! Cerita jiwang karat nak mampus, tahap gaban! Perempuan lain mungkin suka melihat hero romantika ala-ala nonsense macam tu. Eleh tak hairan pun, aku dah dapat hero lagi kacak dari hero-hero filem Korea tu, aku dapat kahwin dengan Haris tau! Hindustan? Lagilah tak minat, meleleh jugak air mata. Dah bosan dah tengok muka Shah Rukh Khan dan Salman Khan.
Kring!!! Kek kek kekkkk...! Jam loceng dalam bilik tidurnya berbunyi. Dia yang duduk dekat sofa terus bangun. Bunyi macam tenggelam sahaja. Dia masuk dalam bilik. Pagi ni dia diserang risau dan bimbang. Dari malam tadi Haris tak balik-balik. Bengong! Tinggalkan bini dekat rumah sorang-sorang. Sepatutnya beritahulah tak balik, ini tak sesuka hati je, nak balik akan balik, nak keluar memang dah confirm pun akan keluar, tak payah punch card pun tak apa. Dah memang sikap Haris macam tu.
“Eh, dekat mana pulak jam loceng ni? Tadi aku dengar berbunyi?” Sekejap sahaja jam loceng tu berbunyi. Sepatutnya jam tu bunyi lama tapi tadi senyap. Shafika dengar bunyi jam loceng tu pun macam dah sakit. Demam flu kut sampai terbantut bunyinya. Tak lain dan tak bukan kuasa bateri dah kehabisan.
Tercari-cari di mana letakknya. Seharusnya jam itu ada di atas rak, memang di situ selayaknya jam loceng berada yang akan membangunkan lenanya. Patutlah Shafika bangun lambat hari ni kerana jam loceng tak perasan memang tak wujud ditempat biasa.
Diangkat bantal tidur, tak ada. Diangkat tilam, pun tak ada. Di mana ni? Dalam almari pun tak ada ni. Ish! Siapa punya kerja ni main sorok-sorok jam? Tak payah tanya. Mana ada orang lain lagi, dia dengan Haris je ada dalam rumah ni, takkan kucing pulak kut? Kucing tahu ke sorok jam?
Hanya kucing sahaja peneman kesepian Shafika. Tapi kucingnya entah ke mana melepaknya sampai tak nampak depan mata. Aih? Takkan si hitamnya pun ikut perangai Haris pulak? Patutlah Shafika berganda-ganda dihambat risau. Kucing kesayangan pun entah ke mana menghilang.
“Dekat mana pulaklah jam ni?” Shafika tertanya-tanya. Ah, bosanlah macam ni. Nak mencari satu hal, Haris tak balik lagi satu hal, jadi banyak hal pula pagi ni. Shafika menyusun langkah laju duduk semula di sofa sambil memuncungkan mulut panjang sedepa. Tangannya bersilang rapat ke dada. Matanya mengecil memandang gambar Haris atas rak tepi televisyen tu.
“Kau ni memang ar! Banyak menyakitkan hati dari senangkan hati! Mula-mula je kau pikat aku, lepas kau dah kahwin dengan aku, kau layan aku macam perigi buta!” Shafika tak sedar yang dia tu macam mana, dia sendiri yang buat angin Haris berubah. Bukannya Shafika tak nak tunaikan permintaan Haris, tapi dia belum bersedia. Tolonglah, Shafika masih segan dengan Haris. Segan kerana Haris sanggup menerima dirinya. Ah, ungkit semula pun tak guna.
Shafika masih tak mengerti apa yang Haris fikirkan. Selepas kahwin ni macam-macam dugaan yang datang. Dahlah kahwin tak ada majlis yang grand pun, kahwin dekat Thailand, perh! Ala biasalah tu, dah jadi trend, nak kahwin je lari ke Thailand, nikah sana, asal lari je kahwin, asal kahwin je bukan lari hah, tapi bertengkar! Manisnya masih belum terasa, teringat pula Shafika dengan lagu Nurul, Kerana Terluka, mampukah dia bertindak sebagaimana jalan cerita yang terdapat dalam lirik lagu itu?

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi, tetapi apa kan daya aku terpaksa. Buat kali terakhir ingin ku mengucapkan semoga dirimu berbahagia selalu. Tentang diriku ini terserah pada-Mu Tuhan menentukan. Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi. Pandailah aku menjaga diriku ini. Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan perjalanan ini walaupun sendirian. Hanya Tuhan yang tahu duka lara hidupku ini tak terkata. Aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat bicaramu yang terakhir. Pedihnya hingga menikam kalbu, bisanya. Selamat tinggal sayangku. Selamat tinggal kasihku. Aku terpaksa pergi dahulu kerana terluka hati ini. Kiranya tempias membasahi jendelamu itulah air mata yang jatuh di pipiku. Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu oh itulah rinduku yang menyebut namamu setelah sekian lama tak jumpa.

Shafika tak nak jadi macam tu. Dia rasa tak boleh hidup tanpa Haris walaupun dia masih meragui cinta Haris. Haris seolah-olah main tarik tali lagi dengannya. Haris seolah-olah tidak memikirkan soal hatinya ketika ini. Suaminya selalu pentingkan diri sendiri. Payahlah macam ni, bagimana caranya untuk mengutip kebahagiaan? Shafika mengeluh. Dia bangun dan tunjukkan penumbuk pada gambar Haris tapi selepas tu diambil gambar dalam frame tu terus didakapnya.
“Kau mesti lupa hari ini merupakan hari apa?” Desis Shafika sedih. Wajahnya berubah pula. Dia mengharapkan Haris balik cepat.

p/s : maaflah kalau ada di antara reader yang terasa dengan gaya bahasa dalam cerita ini, saya hanya tukang cerita... soweyyyyyyy~~ :p 
tinggalkan komen!!!!!!!!!!!!!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.