Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 22)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)

Muka merah padam tambah lagi hati bimbang. Haris datang sini bikin hatinya rasa tidak tenang. Apa hal ni? Sungguh tidak selesa. Bukan memulaukan kawan sendiri tapi jika Haris berada di sini maka kedamaian selama lima bulan akan lenyap begitu sahaja. Haris mungkin lupa bagaimana keruhnya jiwa seorang kawan dihambat ketakutan. Pembunuhan demi pembunuhan. Ayob fikir Haris benar-benar dah cuci tangan tapi ternyata makin serius.
Haris memarhati gelagat Ayob yang mempamerkan wajah risau. Haris berada di dalam rumah sewa Ayob. Salah ke Haris menjenguk keadaan kawannya itu? Kalau salah dia boleh pergi tapi jangan sampai Ayob melutut dan merayu minta sokongan bila dicari oleh gangster-gangster dekat luar sana. Bukannya Haris tak tahu Ayob sudah lakukan perkara bodoh. Dia tahu sebenarnya Ayob tidak tenang sejak kebelakangan ini dan bukannya disebabkan oleh dirinya.
“Baliklah Haris, kau dah ada isteri dan aku boleh jaga diri aku.” Ucap Ayob bersunguh-sungguh. Sejauh mana kesungguhan itu? Haris tetap membatu.
“Aku datang sini nak kau terangkan perkara sebenar. Apa yang kau buat?”
“Aku buat apa?” Ayob gelisah.
“Ramai orang tak puas hati dengan kau ni Haris. Aku tak nak jadi mangsa keadaan.” Ayob bangun dan membuka pintu.
“Jadi kau halau aku pulak?”
“Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi.” Beritahu Ayob. Sampai hati Ayob cakap macam tu dekat haris. Sudah lupa kawan ke dia ni?
“Sudah! Aku tak nak kau susah.”
“Aku tak susah apa-apa pun.”
“Bodoh!”
Keadaannya yang tadi sedikit tenang kini mula tegang. Masih-masih mempertahankan kepentingan sendiri. Bukan senang untuk menghadapi hidup yang mencabar seperti sekarang ni. Soal masa hadapan sudah tidak wujud lagi. Otak Ayob kini hanya fikir apa yang akan terjadi esok. Berlainan pula dengan Haris. Esok atau lusa masih belum tentu lagi.
“Siapa bodoh? Kau atau aku? Cakap jangan main sedap mulut Haris! Aku tahu kau taiko besar sekarang ni. Kau jangan nak sekolahkan aku.” Ayob sudah berani meninggikan suara pada Haris.
“Kau ingat kau akan selamat dan hidup bebas macma tu aje. Mungkin sekarang mereka buat tak tahu tapi sampai masa nanti mereka akan buru kita balik. Ingat, ini bukan tempat kita. Kalau mereka tahu kita semua ada dekat kampung ni, tak mustahil kita akan diburu lagi.”
“Kalau mereka tahu pun semuanya sebab kau. Kau bebaskan Bakar. Kau tahu Bakar tu macam mana kan? Dulu aku ingat kau akan bunuh dia. Tapi kau lepaskan dia macam tu je. Aku dah tak percayakan Bakar lagi.” Ayob menunggu Haris angkat kaki. “Lebih baik kau jaga bini kau je. Kau dah bunuh ayah dia! Sepatutnya kau lebih ambil berat pasal dia. Bukannya pasal aku!” Kata Ayob lagi terbuntang biji mata.
“Kau ni kenapa macam celaka sangat? Kau dengan aku kan kawan! Sampai bila-bila pun kita tetap kawan, Yob!” Haris melangkah mendekati Ayob yang tidak sabar-sabar lagi mahukan dia keluar dari rumah ni.
“Pasal kaulah hidup aku susah sekarang ni! Ayah aku dah halau aku keluar dari rumah pun sebab kau! Aku dah tak boleh bebas macam dulu lagi. Ke mana sahaja aku pergi aku bawa perasaan takut aku bersama-sama. Kau tak pernah fikir ke? Selama ni aku banyak ikut cakap kau. Aku ikut semua arahan kau. Kau buat aku ni macam kuli batak kau Haris!” Ayob bertegang leher. Haris tak peduli tentang tu. Dia nak Ayob selamat. Berkenaan Bakar, dia tahu Bakar boleh dikawal. Sekarang ni pun Bakar mulakan hidup baru. Mereka semua mulakan hidup baru kecuali Ayob yang nampak sungguh degil dan keras kepala sejak kebelakangan ini.
“Rileks! Kau, aku dan Bakar bersatu! Boleh?”
“Bersatu otak kau!” Ayob naik kepala.
“Kau jangan sikap macam ni. Kita sama-sama tentang mereka.” Ujar Haris.
Ayob tak mahu ada kena mengena lagi. Tolong jangan pujuk dia buat kerja gila. Haris mahukan Ayob beri kerjasama. Memang jiwa Haris tidak tenang langsung. Dendamnya masih belum terbalas. Lima bulan berehat tanpa lakukan apa-apa tindakan. Sekarang ni dia nak ajak Ayob join dia. Kali ini betul-betul sahih.
“Aku tak nak! Kau faham bahasa tak? Ke kau nak aku cakap bahasa tamil baru kau nak faham?”
“Kau nak tunjuk langsi dekat aku ke? Kau nak ah long buru kau sampai sini? Hei Ayob! Kau pinjam duit ah long kan?” Haris memang dapat hidu semua tindak tanduk Ayob.
Ayob menarik nafas panjang. Ikut suka hatilah. Haris peduli apa? Sibuk sangat ambil tahu hal Ayob?
“Kau jangan ambil tahu!” Bantah Ayob.
Haris terus mengintai ke luar halaman. Dia lihat ada sebuah kereta Honda Civic parkir betul-betul di hadapan rumah Ayob.
“Tu pakcik kau dah sampai...” Haris menyindir. Ayob mula cemas. Ternyata apa yang diucapkan Haris akan berlaku. Memang benar, geng-geng ah long dah sampai.
Tiga orang lelaki berbadan besar melangkah masuk. Mereka jalan lagak gangster besar. Salah seorang daripada mereka memakai rantai besi di leher serupa beruk yang baru terlepas dari sangkar.
“Bila lu nak bayar hutang?!” soal lelaki berantai beruk tu.
Ayob diam.
“Haiya... bayar ma... kalau lu talak bayar, kepala potong!” Lelaki berbangsa Cina pula berucap sambil menunjukkan isyarat potong kepala. Mereka tak nampak Haris yang berada di sebalik dinding rumah kayu.
“Aku akan bayar, tapi tunggu hujung bulan ni.”
“Berapa lama mahu tunggu? Sekarang dah dua bulan, apa cerita ni bro?” Soal lelaki berantai beruk tu pula.
“Aku janji, hujung bulan ni aku bayar.” Balas Ayob.
“Bayar! Bayar! Bayar!! Habuk pun takde!” Lelaki itu naik angin lalu meluru ke arah Ayob dan mencekik leher Ayob sehingga sesak nafas Ayob jadinya.
Wo wo wo, brader... rileks la brader... lu bikin hal macam ni macam mana dia mahu bayar? Lu lepaskan dia.” Haris dengan selamba menghalang.
“Lu sapa?” Lelaki Cina itu bertanya menjegil biji mata.
“Gua? Hah, lu tanya siapa gua? Gua tukang kebun la bro, lu tak nampak kebun gua dekat simpang tu? kebun tu gua nak tukar jadi tanah perkuburan tempat lu orang tidur.” Auta Haris.
“Sial! Lu main-main sama gua hah!” Lelaki Cina itu terus mengacukan pistol.
“Lu buang lu punya kasi anjing makan sial! Kalau lu anak jantan kita fight! Apa barang main pistol! Macam ni punya gangster pun ada ke?” Sinis Haris.
Lelaki Cina tu terus memberikan pistol pada gengnya. Terus dia meluru ke arah Haris selepas meludah. Haris menanti dengan seyuman. Lelaki Cina itu melepaskan tumbukan namun dengan pantas Haris mengelak ala-ala filem Matrix.
Melihat Haris dapat mengelak serangan, yang lain terus masuk. Ayob pula berganjak selepas leher dilepaskan. Tiga lawan satu, gua punya lutut tak goyang beb! Haris memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Sepuluh minit mereka bertarung, mereka pecah hidung, patah kaki, pecah kepala, semua ada. Haris sedikit pun tak cedera. Mereka terpelanting jatuh. Hancur isi rumah Ayob dikerjakan mereka. Televisyen pecah, radio pun turut dibaling ke arah Haris. Cermin muka turut menjadi senjata. Salah seorang daripada merka mula mengacukan pistol tetapi Haris sempat bertindak. Pistol itu dirampas semula. Lelaki berantai beruk itu terkehel tengkuk gara-gara rantai itu ditarik kuat.
Mereka tewas di tangan Haris. Lu orang ingat lu orang siapa nak pukul gua? Detik hati Haris. “Lu orang datang sini boleh cakap elok-elok kan? Lu nak tunjuk langsi ke? Budak hingusan macam lu orang ni baik balik pergi sekolah!” Kata Haris.
“Chow!” Lelaki Cina itu menyuruh anak-anak buah yang lain berundur. Ayob dari tadi tergamam. Dia kehilangan kata-kata.
“Sial!! Kau tengok apa yang kau dah buat!! Kau memang gila!!”
“Sekarang kau nak join aku atau pun tak?!” Soal Haris termengah-mengah selepas beradu kekuatan sebentar tadi.
Ayob terdiam lagi. Tiada kata putus dapat diberikan buat masa yang singkat ini. Semuanya jadi huru-hara. Haris sudah menjerat dirinya.
Pada pagi itu keadaan jadi kacau-bilau, jiwa Ayob tertekan. Haris sungguh tidak beradab bertindak tanpa berfikir panjang. Haris tak peduli kerana apa yang dia nak adalah Ayob beri kerjasama semula. Jangan pentingkan diri sendiri. Mereka semua tidak akan dapat keluar dari dunia gangster ini dengan begitu mudah.

p/s : komen sikit... nak cari penamat.... huhuhuhu rindulah nanti :((

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.