Entri Terkini :

Dia Yang Dinanti (Bab 8)

Apa yang ingin dikatakan lagi? Semuanya terbukti di hadapan mata. Sharif ada perempuan lain kan? Mungkin ya kut. Zyla bersilang tangan dan menenung wajah Sharif dalam-dalam.
“You cakap dengan I, siapa perempuan tu? Mungkin dia kan?” Zyla menduga.
Malas rasanya Sharif ingin berdebat dengan Zyla yang suka bertegang urat dan buat fasal. Sharif dah kata bahawa dia tak ada apa-apa hubungan, jangan memaksa dia untuk berkeras hati nanti lain pul ajadinya.
“I biasa je.” Sharif memuncungkan bibirnya. Zyla tetap tak puas hati. Jangan buat muka macam tu, Zyla tak suka.
“Kenapa bila perempuan tu ada depan you, you jadi gagap? Mesti ada yang tak kena kan? You jangan main-main. Malam ni I nak you berterus terang atau I tinggalkan you dekat sini. Pandai-pandailah you balik sendiri.” Usah kata tinggalkan Sharif dekat situ, tinggalkan dekat mana-mana sekalipun Sharif tak kisah.
“Okay, kalau itu yang you nak, you boleh balik sekarang. I tidur bawah jambatan pun tak apa asalkan you puas hati.” Sharif mencabar Zyla. Aduh, nanti aku kesejukan pulak, Sharif melindungkan perasaan yang sebenar.
“I nak you berterus terang juga! Now!! Please, be honest!”
No no no!” Sharif malas nak cakap lagi. Berbuih mulutnya mengatakan antara dia dengan Fara tak ada apa-apa hubungan. Sekadar ingin kenal sahaja, takkan itu pun salah? Zyla tak nak beri peluang.
Sharif mencangkung main-main tanah. Bosan agaknya. Malam kian pekat. Jiwa pula rasa tak beres dengan paksaan Zyla itu. Buat apa tanya banyak-banyak, bukannya best pun. Sekarang ni yang menjadi masalah iala kes Zyla pergi tampar tukang masak tu. Itu yang buat Sharif jadi hairan. Takkanlah Zyla ni kaki pukul pulak?
“Cakaplah!” Bentak Zyla. Zyla jadi begitu kerana  terlalu sayang. Kalau bukan kerana sayang, cemburu tidak akan wujud. Tak begitu?
Fine! I akan cakap tapi selepas you pergi minta maaf dekat lelaki tu dan dengan perempuan tu sekali.”
Excuse me, kalau dekat lelaki tu I boleh pergi minta maaf, tapi kalau dekat perempuan tu jangan harap!” Zyla berdegil dia terus berpaling wajah. Dari tadi dia duduk bersandar rapat pada kereta menunggu Sharif bersikap jujur. Susah sangat ke nak jujur? Tapi adakah itu benar? Zyla ragu-ragu nampaknya.
“Memang you kena minta maaf dengan dia. Tadi you maki dia kan? I tak pernah dengar you maki perempuan lain sebelum ni, tapi kenapa you ni kurang ajar sangat?”
“I jadi kurang ajar disebabkan you. Kalau you tak abaikan I, I takkan jadi macam ni. Arif, I love you so much.” Nada Zyla terus berubah dan mendekati Sharif yang sedang bercekak pinggang. Pertengkaran mulut itu berlaku berdekatan dengan Dataran Merdeka sekitar jam sebelas malam.
Please Zyla, kenapa dengan you ni? Apa yang tak kena sebenarnya ni?”
“You masih nak tanya, of course-lah fasal you. You curang dengan I kan? Tapi I dapat rasa yang you memang ada perempuan lain. Baiklah, semalam I nampak you beli bunga ros. You nak beri dekat siapa? Selama ni pun you tak pernah berikan I bunga.”
Sharif terdiam seketika dan otaknya ligat mencerna alasan. Zyla dapat menghidu gerak  hatinya. Bahaya begini, kalau Zyla tahu kebenarannya bagaimana? Tapi perlu ke dia berterus terang? Mati aku macam ni kalau Zyla tahu. Tapi sampai bila aku nak berahsia? Sharif memikirkan perkara itu.
“Kalau you sayangkan I, you tak perlu meragui I, but you sekarang ni jauh berbeza. You lihat diri you! Lihat Zyla, ini ke gadis Melayu? Berpakaian tidak menutup aurat dan bagi lelaki lihat body you secara percuma? Macam ni ke gadis Melayu yang nak I jadikan isteri? Berubah Zyla, berubah, susah sangat ke you nak berubah jadi perempuan yang penuh dengan kelembutan?” Lantang Sharif bersuara.
Buntang mata Zyla jadinya mendengar ungkapan yang terpacul dari mulut Sharif. Kata-kata itu telah membedil perasaannya. Zyla bagaikan tersentak dari lena. Sungguh menyakitkan hati. Dara Zyla sudha mendidih.
“Stop it! You nak sama kan I dengan perempuan dekat restoran tu kan? Oh, baru I faham sekarang ni yang you memang ada hati dekat perempuan tu. Tuhan memang adil, Dia nak tunjukkan pada I yang you ni lelaki yang tak bertanggungjawab! Lelaki yang tak guna! Kaum Adam sepatutnya membimbing kaum Hawa dengan berhemah tapi macam ni ke lelaki yang I kenal? You yang patut berubah, jangan nak hipokrit Arif!” Zyla berpaling wajah bersilang tangan. Dia merengus geram terhadap ucapan Sharif yang sudah menyinggung hati dan perasaannya.
Sharif melangkah dan dia berdiri di hadapan Zyla. Ditenung wajah itu dalam-dalam lantas dia berucap, “I terima andai ini jodoh you dengan I, I sanggup sehidup semati dengan you asalkan you dapat menghormati I Zyla. Tapi…” Aku harap kau fikir apa yang pernah aku kata berkenaan gadis Melayu yang asli, Sharif teringatkan pesannya sebelum ini untuk Zyla.
“Tapi apa? Sebab I perempuan yang tak tahu malu? I perempuan yang terlalu hina di mata you? Jadi apa yang you tunggu lagi? I ni perempuan yang tak sedar diri, you pergilah dekat perempuan tu kalau dia dapat membahagiakan you.” Zyla sebak, tanpa disuruh, air matanya terus menitis laju membasahi pipi.
Janganlah kau menangis Zyla… sesungguhnya air mata kau sangat berharga, simpanlah… simpanlah demi sebuah perubahan… bisik hati Sharif.
***
“Abang jangan bergaduh dengan perempuan tu lagi, abang kena jaga reputasi restoran abang ni. Tolonglah abang, jangan macam ni.” Fara menasihati Asraff yang termangu sendiri di meja makan. Restoran telah pun ditutup. Jam dua pagi urus niaga telah pun selesai.
“Fara kan sakit, kenapa datang juga ke sini?” Asraff mengubah topik.
Aku tidak begitu selesa jika duduk diam sahaja, maka aku hadir ke sini untuk membantu, bisik hati Fara. Sesungguhnya Fara tidak sampai hati membiarkan Asraff bersusah payah tanpa khidmatnya. Fara jujur dalam bekerja, sakitnya cuma sementara, biarlah dia membantu. Saat ini pun sakitnya beransur-ansur pulih. Dia terseliuh sedikit sahaja. Kesakitan bukan halangan untuk dia bekerja.
“Fara nak tolong abang.” Ringkas sahaja jawapan Fara.
Asraff mengeluh sahaja.
Fara terpejam mata sejenak di samping melepaskan keluhan halus.
“Tak apalah kalau macam tu. Fara… boleh abang tanya sikit?” Sudah dari tadi Asraff ingin bertanya tetapi tadi dia terlalu sibuk dengan kerja memasak di dapur. Saat ini dia mempunyai peluang untuk mengutarakan soalan demi sebuah jawapan.
“Apa dia bang,” Fara menanti di hadapan Asraff.
“Fara kenal ke dengan lelaki yang mempertahankan perempuan tu?” Fara terus terkedu di saat pertanyaan itu diajukan. Susahnya untuk dia menjawabnya. Bagaimana ni? Fara serba salah.
Bolehkah Fara menyimpan perkara sebenar di dalam hatinya? Atau hanya membiarkan sahaja ia berlalu ditiup angin? Jika Asraff berdegil ingin tahu juga bagaimana? Fara dah tak tahu nak cakap apa bagaikan berada dalam dilema hati dan perasaannya sendiri.
“Kenapa Fara diam? Fara kenal atau tak?” Asraff menyoal lagi setelah Fara masih mendiamkan diri sejenak.
“Kenapa abang tanya soalan macam tu dekat saya? Abang yang sedang abang fikirkan?” Fara  bertanya juga tanpa menjawab pertanyaan Asraff tadi. Pelik dengan cara Fara ni yang juga mahu berahsia. Apa yang dia takut sangat sampai tidak menjawab sahaja pertanyaan itu?
“Abang fikir Fara dengan lelaki tu saling mengenali kerana cara dia pandang Fara pun semacam je.”
“Hanya kerana dia pandang saya macam tu abang dah fikirkan yang bukan-bukan ke?” Fara bangun dari tempat duduknya dan  melangkah ke tepi tiang restoran. Termenung seketika di situ. Asraff mendengar keluhan halus dari Fara.
Macam mana aku nak cakap ni? Payah fikir Fara. Asraff juga bangun dan berdiri di sebelah Fara yang seolah-olah resah dalam merahsiakan sesuatu. Fara pandang Asraff dengan pandangan yang cukup hambar. Sudahlah Fara, berterus-terang sahajalah dekat Asraff, Fara menyuruh dirinya sendiri.
“Tak apalah kalau Fara tak nak beritahu abang pun tapi abang memang dapat rasakan bahawa Fara berahsia dekat abang.” Asraff pasrah walaupun dia sebenarnya ingin tahu hal yang sebenar-benarnya.
Fara menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Abang…”
“Fara, mari abang hantar Fara balik.” Asraff mengelak pula seolah-olah tidak berminat lagi untuk mengetahuinya.
“Baiklah, dengar Fara nak cakap dulu.” Ujar Fara.
“Lain kali Fara cerita ya. Sekarang ni biar abang hantar Fara balik dulu.”
“Erm.” Guman Fara lalu mengangguk.
Aku tahu kau terlalu banyak berahsia daripada aku, sejak dari dulu lagi sehingga sekarang. Tak apalah barangkali kau memerlukan waktu, Asraff memandang Fara dan kemudian melangkah  mendapatkan kereta. Restoran yang disewa itu sudah dikemaskan dan menutup waktu beroperasi pada malam ini.

p/s : komen sikit, plsss ...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.