Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 20)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)

Tiada sedikitpun perasaan kasihan atau simpati dipamerkan Haris setelah pembunuhan berlaku. Biarkan! Biar tahu rasa kerana semua ini salah ayah Shafika yang sesuka hati mengambil tindakan sendiri. Kenapa ayah aku yang patut menjadi mangsa? Bukannya aku tak tahu rahsia besar Encik Baharudin! Haris merengus geram meskipun orang yang dimaksudkannya itu telah mati.
Badan Haris gatal-gatal kerana tidak mandi tetapi ada hati untuk berpuasa esok hari, Alhamdulillah… puasalah kerana berpuasa itu adalah kewajipan bagi setiap umat Islam di bulan Ramadan. Boleh ke Haris berpuasa esok? Berpuasa tidak semsetinya menahan dari lapar dan dahaga tetapi tutur bicara juga harus dijaga. Macam mana ni? Haris baru je bunuh orang? Bertaubat pun masih belum. Bagaimana ni? Haris membalas dendam.
Maggi mentah diratah. Kruk kruk kruk! Bunyinya. Tayang makanan depan Shafika. Shafika buat tak tahu.
“Kau nak sikit?” Pelawa Haris sambil menghulurkan Maggi. Shafika boo layan. Tapi dalam perut tu berkeroncong. Nasi yang dibelikan oleh Haris langsung tak dijamah oleh Shafika. Shafika sudah comot. Wajahnya sudah keporengan.
“Kau nak ke tak nak?” Haris bertanya lagi di sisi Shafika.
“Aku tak naklah! Apa yang aku nak, kau lepaskan aku!” Shafika inginkan kebebasan.
“Takkan semudah tu Shafika. Marilah bersahur. Kau tak nak bersahur dengan aku ke? Janganlah macam ni. Kau kena makan. Nak aku bersahur makan kau ke?”
“Sial!”
“Bulan puasa tak baik maki-maki kan?” Haris terangguk-angguk. Tangan Haris menjalar ke paha Shafika. Haris sudah tidak dapat menahan lagi. Dia mahu mengahwini Shafika tetapi Shafika menolak. Mungkin ini sahaja cara yang tinggal. Melatah tubuh Shafika mentah-mentah.
“Haris! Apa kau nak buat ni!” Shafika cemas tatkala tangan dan kakinya masi terikat. Shafika cuba melawan namun Haris sudah menidih tubuhnya. Mulut Shafika ditekup. Jari telunjuk Haris dihalakan ke bibir sendiri sebagai isyarat supaya Shafika tidak membuat bising ketika pelayaran bakal bermula sebentar lagi.
Baru je lepas bersahur dah nak buat kerja gila. Tak gunalah macam ni. Haris kena sabar. Atau Haris ada rancangan lain? Nafas Shafika semakin pantas. Debaran mula terasa namun Haris mempamerkan ketenangan. Di dalam kesamaran cahaya pelita itu, Shafika meronta. Shafika tidak rela.
Perlahan-lahan Haris melepaskan pekupan pada mulut Shafika. “Tenang ya Fika… aku tak akan apa-apa kan kau. Tapi aku tak rasa kau akan berkahwin dengan aku kalau aku tak buat macam ni. Cuma aku rasa elok aku tangguhkan. Aku akan tunggu kau merelakannya.” Haris mengucup pipi Shafika.
Shafika terpisat-pisat sendiri tatkala rambut Shafika diusap manja oleh Haris. Bau badan masing-masing bertukar kepada aroma yang menghairahkan. Haris mecium rambut Shafika. Ternaya rambut Shafika masih harum.
”Haris… kenapa kau buat macam ni dekat aku? Kenapa Haris?” Shafika bersuara perlahan.
Haris diam. Mendengar suara Shafika yang bertutur perlahan itu membuatkan hati Haris juga lembut. Irama dan lagu sedang berdendang dalam hati apabila Shafika mula bersikap tenang. Beginilah keadaannya. Shafika mempunyai aura untuk menjinakkan Haris. Dengan kelembutan sebagai seorang wanita.
“Tolonglah Haris… lepaskan tangan aku. Aku rasa sakit sangat.” Shafika merayu kerana tangan masih terikat. Barangkali mungkin terseliuh gara-gara Haris menindih tubuh sebentar tadi. Haris memerhatikan wajah Shafika yang sedang menyeringai itu. Shafika meminta Haris melepaskan ikatan.
“Inginkah kau bersatu dengan aku?”
“Aku tak rela Haris tolonglah. Perasaan aku untuk kau dah hilang setelah apa yang kau dah buat. Aku tak faham, tujuan kau buat semua ini. Kenapa ayah aku jadi mangsa kau Haris, kenapa? Kenapa?” Air mata Shafika menitis akhirnya. Haris terus menyeka air mata itu. Shafika tidak tenang hati pula.
“Fika, ayah kau taiko besar, dia gunakan Bakar dan ayahnya serta semua orang yang terlibat. Secara tak langsung aku juga terlibat sama Fika. Ayah aku dianiya oleh ayah kau. Ayah aku mati bukan bunuh diri, Tapi dibunuh. apa yang aku kesalkan, ayah kau mengupah seseorang untuk membunuh bekas kekasih aku pula. Tergamak asid di simbah ke muka. Wanita secantik dia dah tidak sempurnah lagi. Sekarang dia dah tak ada.” Beritahu Haris perkara yang sebenarnya. Haris menahan sebak.
Perlahan-lahan Haris melepaskan ikatan tangan Shafika. Dia tahu Shafika ingin memboloskan diri tetapi dia ingin lihat sejauh mana kemampuan Shafika untuk lari darinya.
Shafika terdiam dengan apa yang diceritakan oleh Haris. Cerita itu seolah-olah satu rekaan biarpun semuanya sudah jelas berlaku. Shafika merasakan semua ini umpama mimpi ngeri.
Shafika bangun. Setelah ikatan pada kaki juga dileraikan oleh Haris. Haris masih memegang kemas pergelangan tangan Shafika. Sungguh kuat daya itu. Shafika melangkah.
“Kau nak ke mana?” Soal Haris.
“Aku nak buang air.”
“Kencing je dekat sini.”
“Depan kau?!” Shafika bengang. Haris mengangguk.
“Kau ingat aku nak lari?”
“Terpulang. Lagipun tempat ni jauh dari pekan. Tak apa kalau kau nak lari. Aku cuma nak lindungi kau je.”
“Kau nak lindungi aku dari siapa sedangkan kau sendiri seperti duri dalam daging. Aku tahu jaga diri aku. Kalau kau tak puas hati dekat aku lebih baik kau bunuh je aku sebagaimana kau bunuh ayah aku!” Shafika tarik muka dan dengan pantas Haris terus mendakap Shafika. Dipeluk kemas perempuan itu. Leher Shafika terus dicium tanpa segan.
“Aku takkan bunuh kau Fika, sebaliknya aku terlanjur cinta dekat kau. Bila kau tak ada di hadapan mata aku. Hidup aku kosong. Aku nak lindungi kau sepanjang hayat aku.”
“Aku takkan bersuamikan seorang gangster macam kau. Kau ganas! Kau tak berperikemanusiaan.” Shafika cuba menolak tubuh Haris namun kekuatan seorang lelaki tidak dapat disaingi.
“Bagaimana dengan Bakar? Dia cintakan kau? Kau sanggup bersuamikan dia?”
“Dia dah mati.”
“Tak. Dia ada dekat sini.” Beritahu Haris jujur. “Dia ingin selamatkan kau dari cengkaman ayah kau sendiri tapi dia tu bodoh! Dia pergi tapi kantoi!” Ucap Haris.
“Kau juga lebih bodoh dan gila!” Balas Shafika. Dengan pantas bibir Shafika terus berlaga dengan bibir Haris. Tidak sampai dua saat, Haris berganjak.
“Maafkan aku Fika… maafkan aku.” Haris berasa serba salah. Dia tidak dapat menahan nafsunya. Shafika membulatkan biji mata tidak dijangka Haris telah mencium mulutnya. Selama hidup Shafika, belum pernah ada seorang lelaki muda dan tampan yang mencium bibirnya. Haris adalah orang pertama. Dan belum pernah ada lelaki tampan dan kacak seperti Haris lain yang sanggup meromen tengkuknya. Tapi Haris tidak mungkin akan mengahwininya sekiranya Haris mendapat tahu kebenarannya nanti.
Sekitar jam empat pagi itu, Shafika memekup wajah sendiri sambil menangis. Haris mendekatkan dirinya semula lantas mendakap tubuh itu. Haris berasa bersalah bertindak sedemikian terhadap Shafika, namun Haris benar-benar mahu memperisterikan Shafika meskipun hati masih membara sakitnya.

p/s : komen skit, plzzzzzzz

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.