Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 19)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)


Malam jadi dingin bila embun pagi mula menitis, jiwang karat dan sentimental berlagu dalam jiwa Ayob. Hibanya hati teman tu bila si kawan pula jadi tak tentu arah. Apa nak jadi ni? Parah dan terluka, balik ke Malaysia lain jadinya. Aduhai!
“Kau jiwang karat depan ni apahal bro? Kau nak salahkan aku ke? Jangan fikir lagi la, ambik ni aku beli makanan buat sahur esok.”
“Kau pun reti berpuasa ke?”
“Apasal mulut kau ni cam sial? Puasa tetap puasalah. Yang kau nak pertikaikan soal kewajipan apa cerita ni. Jangan cakap banyak boleh tak? Aku bukan nak tunjuk alim tapi dua orang dekat dalam tu kena makan jugak.”
“Baiklah. Apa rancangan kau seterusnya?”
“Aku nak kahwin dengan Shafika.”
“Gila! Kau baru je bunuh ayah dia! Ada hati kau nak kahwin dengan dia.” Ayob angkat kening. Ayob rasa rimas kerana tak mandi. Badan bau masam sahaja. Haris pula boleh tahan dengan keadaan itu.
Ayob mengambil nasi bungkus yang ditapau oleh Haris dekat warung di luar kawasan itu. Makanan untuk bersahur nanti sudah disediakan. Kini Ayob menggelabah pula bila Haris cakap nak kahwin dengan Haris. Kahwin senang, nikahnya macam mana?
“Suka hati akulah, yang kau nak ambil peduli pasal apa?”
“Kau tak habis-habis nak tengking aku.” Ayob buat muka merajuk. Malam yang hanya diterangi nyalaan lilin dan pelita sahaja.
“Aku cakap ni benda betul. Kau ada nampak muka aku main-main ke? Serius ni.” Haris duduk dekat Ayob. Mereka bersandar dekat dinding. Aduh! Banyak nyamuk pulak. Ayob tepuk betis. Nyamuk betina suka hisap darah.
"Tak ada benda lain ke nak hisap? Hisaplah fresh orange ke fresh and white ke atau sembarang minuman yang lain. Darah aku jugak kau nak hisap!" Ayob membebel sendirian.
“Apa yang kau merepek ni?!”
“Nyamuk!”
“Hoi!” Terdengar suara lelaki terpekik.
“Tu! Best friend kau dah panggil.” Sinis Haris senyum sumbing.
Ayob berkerut dahi bila Haris cakap begitu. Bosan! Ayob terus bangun.
“Bagilah dia makan, nanti lapar.”
“Mulia sungguh hati kau kan.”
“Tapi kau jangan baik hati lepaskan ikatan di tangannya tu. Aku nak kau suap dia makan macam budak kecik! Boleh?” Ujar Haris mengingatkan Ayob supaya jangan sesekali melepaskan ikatan pada tangan Bakar.
“Bagaimana dengan Shafika?”
“Dia biar aku uruskan. Ni pakai!”
“Apa?”
“Topeng!”
“Argh!!! Rimas!” Ayob membantah dan melemparkan semula topeng yang diberikan oleh Haris sebentar tadi.
“Siallah! Pakailah. Kau nak mereka tahu ke kau bersubahat dengan aku?”
“Lambat laun pun mereka tahu jugak!”
“Bodoh!” Haris menyumpah Ayob. Memang mulut dah tak ada insurans. Prabayar prepaid pun tak macam tu.
Ayob malas nak layan. Dia terus melangkah membawa nasi bungkus dan juga air sirap bungkus untuk dihadapkan kepada Bakar. Bakar dah lapar agaknya sebab tu bising-bising sahaja dekat dalam bilik tu. Mana pual Shafika? Diam sahaja? Mereka diasingkan ke biliknya?
***
Dia ditenung dalam-dalam. Shafika melemparkan pandangan meluat kepada Haris. Dia tidak menyangka Haris buat dia macam ni. Sampai hati Haris bertindak kejam.
“AKu nak kahwin dengan kau.” Beritahu Haris dengan berani.
‘Tuih!’ Shafika meludah ke muka Haris.
“Tak  apa Fika, hari ni kau ludah aku, esok atau lusa kau mungkin akan cium aku.” Selamba sahaja Haris berucap sedemikian. Shafika mencerlung mata tatkala tangan dan kakinya masih terikat.
“Aku takkan kahwin dengan kau di atas apa yang berlaku.”
“Bulan yang baik dan mulia ni janganlah kita bergaduh. Kau tahu kenapa aku bunuh ayah kau?”
Shafika diam.
“Dia dah bunuh ayah aku dengan mudahnya. Ayah kau tu lintah darat!” Marah Haris.
“Aku tak peduli apa yang kau nak cakap Haris! Aku fikir kaulah lelaki yang dapat aku sayangi tapi ternyata aku silap kau lelaki sial!” Bentak Shafika.
‘Pang!’
‘Maafkan aku kerana melempang kau Shafika.’ Bicara hati Haris.
“Sial!!” Pekik Shafika lagi.
“Lain kalu mulut kau tu cakap baik-baik sikit. Aku harap itu merupakan tamparan terakhir aku untuk kau. Aku tak nak kau cakap yang bukan-bukan lagi pasal aku. Kau tak kenal aku dan kau juga tak kenal siapa ayah kau sebenarnya. Tapi tak apa, ayah kau dah pun menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat dekat ayah aku masa aku di dalam penjara. Lima tahun aku dekat dalam Fika… kau tahu betapa seksanya aku dekat dalam tu. Kau pernah fikir ke? Aku yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan.” Kata Haris yang ketika ini berada di sisi Shafika. Haris bercakap dekat dengan cuping telinga Shafika.
“Aku tak nak dengar! Aku nak kau lepaskan aku.”
“Aku akan lepaskan kau dengan syarat kau kena kahwin dengan aku.”
“Cukup! Cukup Haris! Kau jangan jadi gila!” Shafika membenci Haris. Dia masih bersedih apa yang berlaku pada hari ini. Pihak polis mungkin sedang memburu Haris. Biarlah apa sekalipun yang berlaku, Shafika sudah tawar hati dengan Haris. Sebelum ini dia menyimpan hasrat, sekiranya dia bertemu semula dengan Haris, dia mahu mendakap tubuh lelaki itu sepenuh hatinya kerana terlalu cinta tapi sata ini rasa itu lenyap. Pergi mampuslah dengan kau Haris! Hati Shafika benar-benar membenci Haris.
“Haris, dia muntah darah.” Ayob muncul di situ. Dalam kesamaran cahaya itu Shafika tetap dapat mengecam kelibat Ayob. Agak terperanjat Shafika jadinya.
“Ayob? Kau pun bersubahat dengan Haris?”
Ayob diam dan tidak berkata apa-apa selain meminta Haris menjenguk si Bakar yang dikatakan telah termuntah darah.
“Kau jangan layan Fika ni. Kau pergi dulu nanti aku ikut.” Beritahu Haris lantas menoleh ke arah Shafika semula.
“Sayang… sekarang ni masih awal lagi, baru pukul satu setengah pagi. Kau tidur dulu ya, nanti aku bangunkan kau bersahur…” Pujuk Haris sambil mengusap manja pipi Shafika selepas melihat jam di tangan di dalam kegelapan itu. Dihala ke arah cahaya lilin barulah dapat dilihat jarum jam.
“Blah!” Shafika marah.
Haris mencuit hidung Shafika. Tindakan dari rasa sayang agaknya. Mungkinkah ada cinta di hati Haris untuk Shafika sedangkan Haris telah bertindak diluar dugaan? Oh tak mungkin Shafika akan berkahwin dengan Haris. Sesuatu yang cukup mustahil. Tiada jaminan hidup seandainya Shafika berkahwin dengan seorang bekas banduan dan juga seorang pembunuh. Tidak!!

p/s : harap dapat komen sikit. sorrylah kalau sebelum ni lambat update citer ni... harap ianya tidak menghampakan reader yang saya sayangi sekalian...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.