Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 18)


Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum.

Papa! Lepaskan Fika! Hanya itu sahaja rayuan yang selalu terpacul dari mulut Shafika yang tidak suka dikurung di dalam bilik seperti itu. Dari siang sampai ke malam dia menyepi di situ. Makan malam belum dibawa untuknya. Perutnya sudah mula berkeroncong.
Baru sebentar tadi dia mendengar pengumuman di kaca televisyen ‘Esok puas’ Bulan Ramadan sudah tiba dalam sekelip mata. Apa yang perlu Shafika lakukan ni? Mungkin dia bingung dengan tindakan papanya yang tidak bertamadun itu. Sanggup buat dia sampai macam ni. Ini tak patut! Shafika bengang.
“Sayang…. Mari makan.”
Shafika mencapai satu objek. Papa tak papa, siapa kacau pecah! Gumam Shafika yang nekad menghentam kepala papanya dengan pasu yang terdapat dalam biliknya setelah papanya itu membuka pintu untuk memberikan makanan malam.
“Arhh!” Encik Baharudin kesakitan.
‘Im sorry papa!” Shafika terus melangkah laju menuruni anak tangga. Dia ingin melarikan diri tapi pintu rumah pula berkunci. Mana pulak papa kau letak kunci ni! Shafika tertanya-tanya. Sah-sah kunci pintu rumah ada dalam poket ayahnya kerana dicari dekat tempat letak kunci memang tiada di situ. Patut ke aku naik semua dan ambil kunci tu? Shafika berkira-kira sendiri sama ada mahu mengundurkan langkah atau mencari jalan yang lain.
“Lepas! Lepas!” Pengawal peribadi Encik Baharudin datang dan mendakap Shafika daripada belakang. Shafika tak sedar akan kehadiran pengawal itu. Shysss…. Pengawal itu meminta Shafika diam. Cepat-cepat Shafika menoleh.
Dia tak cam pengawal tu. Sia dia? Adakah datang sebagai superhero untuk menyelamatkan heroin pujaan hati? Atau mungkin juga suatu perangkap.
“Jangan biarkan dia terlepas!” Laung Encik Baharudin di tingkat atas itu dengan kepala sudah berdarah. Cepatnya sedar diri dari pengsan. Shafika hentam papanya tidak terlalu kuat. Sepatutnya kasi koma sahaja. Ayah jenis apa macam tu. Shafika anak perempuan yang tak boleh diperlakukan begitu. Salah tu…
“Ikut apa yang aku suruh. Ambil benda ni! Lakukan bila aku bagi arahan! kau mesti lakukan!”
“What!! Ini pistol!” Bentak Shafika. Pistol yang diberikan padanya terus terlepas. Bengong! Kenapa bagi pistol? Shafika perlu bunuh siapa? DIa tak nak masuk penjara gara-gara membunuh ayah sendiri. Itu kerja gila!
“Baik! Mari sini!!” Lelaki yang berpakaian pengawal itu terus mengambil semula pistol berkenaan dan melepaskan tembakan ke arah Encik Baharudin.
‘Bang! Bang! Bang!’ tiga das tembakan dilepaskan bersama sebuah dendam kesumat.
Encik Baharudin yang sedang menuruni anak tangga terus tergolek jatuh dengan laju sekali. Dua das tembakan di dada dan satu dikepala. Encik Baharudin mati serta merta tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
“Selamat jalan Encik Bahar…” Sinis lelaki itu.
“Sial! Kau bunuh papa aku! Kau memang sial! Kau siapa!!” Shafika teriak setelah tergamam melihat insiden pembunuhan papanya sendiri berlaku dihadapan mata. Bagaimana lelaki itu boleh ada di dalam rumahnya dengan bertujuan untuk membunuh papanya? Argh!! Shafika menjerit sekuat hati mendapatkan papanya.
“Papa!!” Shafika menitis ari mata. Dia menyesal kerana memukul kepala papanya tadi. Sekarang papanya telah meninggal dunia. Mati serta-merta ditembak begitu sahaja tanpa diketahui alasannya. Tiba-tiba tangan Shafika ditarik.
“Sini kau!” Lelaki itu menarik tangan Shafika untuk dilarikan. Untuk dibawa pergi jauh dari sini. Lelak itu membawa masuk Shafika ke dalam perut kereta. Di dalam kereta itu sudah menunggu seorang laki lain dan disebelah tempat duduk pemandu sudah berada seorang lelaki yang masih pengsan tidak sedarkan diri.
“Kau kena ikut apa yang aku cakap! Sekarang ni kau tak ada pilihan kau kena ikut kami!”
“Korang ni siapa hah? Kenapa kau bunuh papa aku! Kau memang jahat!!” Shafika menyalahkan lelaki itu.
“Bro! jalan.” Lelaki itu memberikan arahan pada kawannya agar meninggalkan tempat ini.
***
“Apa kita dah buat ni bro! kau nak simpan dia dengan kita ke? Aduh! Aku geramlah dengan kau ni Ris.”
“Kalau kau geram dengan apasal kau tercegat je dekat sini. Mari sinilah tikam perut aku!”
“Kau tak habis-habis nak cabar aku! Kau sekarang ni dah bunuh orang! Kau bunuh ayah Fika!? Kau bunuh ayah fika!!” Ayob menanggalkan misai palsu. Haris sedang mencempung Shafika setelah seorang lelaki telah dipapah masuk ke dalam rumah.
“Aku dah terangkan dekat kau. Ayah Fika ni memang dalang semua ni. Tujuan aku nak rapat dengan dia pun kerana aku ada tujuan tapi Mael Lambung dah gagalkan rancangan aku! Mereka bersubahat! Kau tahu tak? Mael Lambung bekerja dengan mereka. Dan ini lagi sekor! Kau fikir dia akan mati dengan mudah ke? Si Bakar ni ada tujuan lain! Tapi aku tak tahu apa tujuan dia.”
“Bakar bukan dipihak ayah Fika! Aku dapat rasakan. Kalau dia memihak pada ayah Fika dah tentu kita tak jumpa dia dalam bilik kurungan tadi.” Ayob berkertu dahi. Haris meletakkan Shafika di atas kotak. Dia tidak tahu ke mana arahnya lagi untuk dibawa pergi perempuan ini serta Bakar. Shafika dan Bakar ada ditangannya.
Hurm! Ayob mengeluh. Sejak kes kematian Intan lagi keadaan sudha kacau bilau. Semuanya tidak aman lagi. Dia menyesal pulang ke Malaysia jika hidup terus diburu kesusahan begini. Sampai hati Haris mengheret Ayob ke kancah permasalahan ini.
“Aku tak tahu!” Haris garu kepala.
“Kita pergi jumap Tim dan Roy.”
“Tak perlu!”
“Kenapa?” Ayob mengeluh resah.
Haris, lelaki ini sudah tidak keruan lagi. Tadi sudah membunuh, sekarang menculik. Apa tujuan? Apa pula yang dia mahukan? Untuk mengumpan Mael Lambung? Sudah pasti. Encik Baharudin mudah dibunuhnya inikan pula Mael Lambung namun Mael Lambung banyak helah, Haris perlu berhati-hati.
“Ini Man Tiger! Aku takkan menyerah kalah!” Haris menyuntik kata-kata semangat buat dirinya sendiri.
Ayob berdiri dekat pintu masuk rumah terbengkalai. Mereka membawa Shafika dan Bakar di situ. Haris pula duduk disisi Shafika yang telah dibeli ubat pelali.
“Maafkan aku Fika kerana aku terpaksa membunuh ayah kau. Ayah kau telah membunuh ayah aku! Itu sahaja tujuan aku tapi dam soal Mael Lambung biar aku uruskan.” Desis Haris yang mengetahui rahsia sebenar kematian ayahnya sebelum ini. Ayahnya telah mati dibunuh oleh ayah Shafika. Sungguh tiada belas kasihan lagi untuk Haris membalas dendam.
Bakar terkandas ketika datang ke rumah Encik Baharudin sebagai tukang paip. Misi yang dirancang sendiri akhirnya kantoi menyebabkan tindakan Bakar dihidu oleh Encik Baharudin namun Haris lebih pantas menelaah semua itu. Kini Haris mahu mencari pembunuh Intan pula. Mael Lambung! Kau tunggu!!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.