Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 17)


AMARAN : Cerita ini 18SG / 18SX / Tidak sesuai untuk budak kecil yang masih minum susu. Ia amat tidak digalakkan.

“Dah macam-macam hal berlaku ni. Aku bengang! Kau tak nampak ke aku tengah bengang ni?!” Haris mengenggam penumbuk. Ke mana halanya hendak dilepaskan tumbukan itu? Geram sungguh nampaknya tu. Ayob pula berkerut dahi, tahulah tengah bengang tapi tak boleh tenang sikit? Ayob rasa tak sedap hati melihat wajah Haris yang kemerah-merahan.
“Kau cool boleh tak? Aku ni berdebar perut tau tak? Jantung aku dah macam nak berhenti berdetak tengok cara kau bawa kereta macam nak mampus.” Ayob menghela nafas dalam-dalam.
“Semua orang akan mampuslah bangsat! Kau pun akan ikut mampus sekali selagi kau ada dengan aku!”
“Apa kau merepek ni? Kalau macam tu aku kena jauhkan diri aku dari kau! Kau memang banyak musuh aku tak sangka lepas kau keluar dari penjara, masih ramai yang cari kau!” Ayob cemberut.
“Sekarang ni Intan dah mati!”
“Apa kaitan Intan dengan semua ni? Yang mati tu siapa? Intan? Kau jangan main bangsat dengan aku Haris. Aku dah tak boleh duduk diam tengok kau tak duduk diam.”
“Wajah Intan jadi macam tu sebab kena simbah asid! Dia dah ceritakan dekat aku segala-galanya.” Haris menghidupkan semula enjin kereta.
“Intan? Aku tak percaya!”
“Kau kena percaya! Jangan main bodohlah Yob! Aku tahu Bakar ada kena mengena jugak dengan semua ni! Aku kena cari Bakar!”
“Bakar dah mati. Dah lama dia mati!”
Haris brek mengejut lagi. Kepala Ayob terhantuk.
“Sial!” Maki Haris. Ada kereta menghalang di hadapan.
“Haris!”
“Belum sempat aku cari dorang! Dorang cari aku dulu! Barua!” Marah Haris memasukkan gear berundur lantas pedal minyak ditekan rapat. Kalau begini caranya, Haris susah hendak melepaskan diri. Dia dikepong. Ayob panik dan cara Haris memandu pula begitu berbahaya sekali. Apa boleh buat, mereka tiada pilihan terpaksa melalui jalan sempit menuju ke lebuh raya. Di situ terdapat penghadang, Haris merempuhnya. Hancur kereta Ayob yang dah sedia hancur.
What the fish?!”
Damn! Diamlah Ayob!” Marah Haris. Dia kurang senang dengan Ayob yang banyak bunyi. Bising je.
“Cepatlah Haris! Aku tak nak mati kena tembak”
‘Bang!’ Satu das tembakan terkena body kereta.
“Argh!” Haris memandu laju membelah kesibukan. Ayob pandang ke belakang kereta Toyota Hitam telah tiada. Keadaan kembali selamat.
“Aku tertekan dengan keadaan ni.”
“Shut up bro! lu jangan bising! Gua terajang lu sampai keluar kereta lu ni ada mau ka?”
“Cinabeng!”
Damn! Road block!” Haris terlihat ada road block di hadapan. Macam mana pihak polis boleh buat sekatan jalan raya pada waktu petang macam ni? Mesti ada apa-apa? Haris tak pasti, apa yang penting, Mael Lambung mesti diburu biarpun kata hatinya juga terarah pada Bakar. Bakar dianggap dalang. Mungkin ada benarnya tetapi kata Ayob Bakar dah mati. Mustahil sungguh.
“Apa kau nak buat sekarang ni? Lebih baik kita menyerah.”
“Kau jangan jadi bodoh Ayob! Kita tak salah pun akan dianggap salah. Kalau ye pun nak menyerah bukan sekarang! Tunggu lepas semua ni selesai.”
“Kematian adalah penyelesaian semua ni ke? Aku tak nak terbabit lagi. Aku dah fobia. Mael Lambung tu memang jelas jahatnya walaupun aku tak tahu apa punca yang berlaku antara kau dan mereka. Kau tak pernah cerita!” Ayob tersandar rapat bila Haris membelok ke kiri laluan untuk melarikan diri.
“Sekarang ni bukan waktu untuk aku cerita! Bangsat!”
Ayob membulatkan biji mata. Selalu dimaki oleh Haris. Ketegangan mula terasa, jiwa mula bergocak, Haris kuat meradang seperti singa yang tidak dapat dijinakkan lagi.
***
Seorang lelaki berada di hadapan banglo mewah. Di situ dia lengkap berpakaian seperti seorang tukang paip yang dipanggil khas oleh tuan rumah tersebut. Pada waktu petang tukang paip datang menjalankan tugas.
Pintu pagar dibuka secara automatik. Lelaki itu terus melangkah masuk. Dia terpaksa berhadapan dengan pengawal keselamatan.
“Masuk!” Kata pengawal itu setelah seluruh badan lelaki itu diperiksa. Semua ni kerana bimbang perkara yang mencurigakan. Andai kata lelaki itu membawa senjata maka buruk padahnya.
“Paip yang perlu kau baiki ada hujung sana.” Pengawal menunjukkan arah. Lelaki itu tersenyum sahaja dan mengangguk faham.
Bukan paip yang dicari tetapi di mana letaknya bilik Shafika. Dia terus melangkah naik ke tingkat atas setelah meyakini bahawa keadaan begitu baik. Line clear! Tanpa disedari pasu dilanggar pula. Damn!! Marah hatinya. Time macam nilah kau nak buat pasal! Dia mengawal perasaan dan cuba mempamerkan ketenangan.
Kanan dan kiri ditoleh pantas. Dia merapatkan badannya di dinding. Dia memerhatikan lagi keadaan di dalam banglo itu. Sial! Ada CCTV pulak! Dia menggelabah. CCTV yang terpasang itu betul-betul berada di atas kepalanya, jika dia tidak menyorok pasti gerak-gerinya berjaya dirakamkan.
“Dekat atas ni tak ada paip yang rosak.” Kantoi. Encik Baharudin muncul di belakangnya tanpa disangka-sangka.
“Saya ingat dekat atas ni tadi.” Beritahunya buat muka selamba.
“Dekat bawah.” Arah Encik Baharuddin yang nampak biasa sahaja. Tukang paip itu diperhatikan lama dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mungkin ada sesuatu yang dicurigai. Tatkala sangsi dengan keadaan itu, Encik Baharudin bertanya, “Mana peralatan kau?” Tergagap-gagap tukang paip itu mahu menjawabnya.
“Saya letak dekat bawah. Saya naik atas ni cuma nak pastikan takut ada kesan paip bocor daripada atas.”
“Aku kan dah kata, paip yang hendak dibaiki tu ada dekat bawah.”
“Maafkan saya encik.” Tukang paip itu tunduk.
Argh! Apa aku nak buat ni! Mesti setiap gerak-geri aku akan sentiasa diperhatikan nanti. Kalau begini bagaimana aku nak tahu apa yang cuba disembunyikan oleh Encik Baharudin ni? Tukang paip itu mula cemas.

p/s : komen plssszzz

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.