Entri Terkini :

Dia Yang Dinanti (Bab 7)

Zyla memaksa Sharif berjumpa. Sharif terpaksa bertemu dengan Zyla. Sebenarnya dia letih untuk keluar pada malam ini. Hati dan perasaannya tidak tenang namun Zyla telah datang ke rumah dan  terus mengajaknya keluar secara paksa. Memang Sharif tidak tahu apa tujuan Zyla. Ajak candle light dinner ke? Barangkali, tapi di mana? Hotel five star? McDonalds? Atau warung tepi jalan? Mana-mana sahajalah asalkan perut yang kosong itu terisi selepas ini.
Dari petang tadi tahan lapar kerana selera hilang macam tu sahaja. Alang-alang Zyla dah datang boleh sahaja tumpang makan sekali. Tapi kalau nak tanya fasal perhubungan, memang agak anti sedikit. Dia tahu Zyla ni suka salahkan dirinya sahaja. Bosan pula rasanya.
Zyla ni tak tahu ke yang Sharif ni tak teruja dengan cara Zyla berpakaian sekarang? Nak ikut sangat cara orang putih berpakaian. Kononnya fashion! Fashion pun fashion juga tapi agak-agaklah takkan betis berkudis pun nak kasi orang lain tengok?
“You ni liat sungguh. Nak ajak jumpa pun macam-macam alasan yang you bagi.” Zyla membebel di dalam perut kereta. Zyla sedang memandu manakala Sharif disuruh duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Naik satu kereta sahaja.
“Muzri pun beritahu I yang you tak pergi kerja hari ni. You ke mana?” Sekilas Zyla menoleh. Apa kena dengan Muzri ni? Kata kawan baik aku tapi  sampai hati dia tak mempertahankan aku. Sharif sedikit kecewa dengan sikap Muzri yang terlalu jujur.
“Ke mana I pergi pun you nak tahu juga ke?” soal Sharif.
Of course Arif. You milik I dan I berhak tahu ke mana you pergi.”
“Selagi kita belum kahwin, I bukan hak sesiapa.”
“Hei you, sampai hati you cakap macam ni dekat I. You kena ingat dekat mana you bekerja. You bekerja di company papa I, siapa yang berikan you jawatan yang you pegang sekarang ni kalau bukan I yang tolong you. Baru dua tahun I dekat UK, you dah jauh berubah.” Zyla berubah wajah.
“Tapi I tak pernah berharap pun.” Selamba sahaja Sharif membalasnya. Setakat jawatan penolong pengarah di company yang dah nyawa-nyawa ikan itu pun nak dihairankan sangat. Sharif pun dah bosan bekerja di bawah Encik Syamsul yang merupakan pakcik Zyla yang mengendalikan syarikat buat sementara waktu sewaktu keluarga Zyla berada di UK. Sharif akui bahawa papa Zyla mempunyai banyak cawangan lain namun itu bukan untuk dibanggakan.
Zyla terus tekan brek mengejut. Zyla betul-betul terasa hati. Sungguh Sharif dianggap tidak mengenang budi. Sharif terperanjat dengan cara Zyla sebentar tadi. Sharif cuak kerana Zyla bersikap tidak rasional dengan menekan brek secara tiba-tiba tanpa memikirkan soal keselamatan. Mujurlah Sharif memakai tali pinggang keledar, jika tidak sudah pasti kepalanya terhantuk dekat dashboard kereta Honda Accord berwarna silver milik Zyla itu.
“Yang you ucapkan sayang dan cinta sebelum ni tu apa? I lakukan semua tu demi masa depan kita, dan biar papa I tu yakin dengan kebolehan you mengendalikan syarikatnya suatu hari nanti.”
“You kan ada, you boleh kendalikan syarikat papa you tu. You kan anak papa.” Sarkastik Sharif.
Zyla mencelung mata.
Ping!! Kedengaran bunyi hon dari belakang.
“Sibuklah kereta dekat belakang ni! I baru je nak cari fasal dengan kekasih I ni!” Bentak Zyla yang turut membunyikan hon juga. Marah sungguh dia di saat tengah syok bertegang urat dengan Sharif. Habis tu yang suka-suka hati parkir atas jalan raya macam tu bikin pengguna lain panas hati. Zyla tak fikir kut.
“Apa you cakap? Cari fasal dengan I ke? Jadi you sengaja nak bertengkar dengan I. Macam tu ke? Nasib baik tak ada cili dalam kereta you ni. Kalau ada dah memang I cili-cili mulut you tu.”
“Amboi! You nak cili mulut I ke? Tergamak you!” Zyla memuncungkan bibirnya.
“Hoi! Apa hal berhenti tengah jalan ni!” Pekik kereta Proton Myvi di belakang.
Zyla terus menghidupkan lampu kecemasan dan barulah kereta Myvi itu bergerak perlahan memotong kereta Honda Accord yang berhenti di tengah jalan sesuka hati.
Mereka memang tak boleh bertemu. Kalau bertemu memang begitulah selalu. Ada sahaja salah yang dicari. Masing-masing nak tegakkan kebenaran hati masing-masing. Sharif dengan sikapnya yang suka memendam rasa dan Zyla pula terlalu sayangkan Sharif, apa yang Sharif buat dia memang nak tahu. Pantang kalau Sharif berahsia darinya pasti akan bergaduh.
“Jalanlah! Nanti banyak lagi kereta dekat belakang akan marahkan you. Silap-silap hari bulan kereta you ni kena bom! I tak nak mati dalam kereta ni dengan you.” Ucap Sharif menyakiti hati Zyla.
“I rasa you nak mati dengan perempuan lain kan? Sia-sia sahaja ucapan you nak sehidup semati dengan I kan? Lelaki memang macam tu suka ambil kesempatan? Kalau I tahu you ada perempuan lain dengan you sekali I bom!” Zyla tak puas hati dan memang nalurinya merasakan Sharif ada perempuan lain. Kalau betul ada bagaimana? Zyla nak pancung kepala Sharif ke? Cuba try
“I ada cakap ke? I cakap boleh sehidup aje kut. Kalau semati tu bukan kerja kita.”
“Cakap dengan you ni always nak memang aje.” Bentak Zyla terus menekan pedal minyak. Kereta Zyla dilengkapi dengan sistem gear automatik.
Sharif hanya tersengih-sengih sahaja. Kalau Zyla marah memang selalu tarik muka ketat. Melihat kau begini aku tak sampai hati Zyla… desis hati Sharif. Sharif patut fikirkan masa hadapan Zyla juga. Oleh sebab itu Sharif berasa serba salah sekarang ini.
***
“Kenapa you ajak I makan dekat sini?” Sharif ingin tahu tapi di restoran ini bukannya restoran yang pengotor itu yang ada sayap lipas dalam tom tam Eee... Ini restoran lain.
“I nak tunjukkan you dekat seseorang.” Balas Zyla dan dicari-cari kelibat gadis berbaju kurung tapi tidak terlihat pula. Mana pulak dia pergi, dekat dapur ke? Zyla menduga dan terus bangun.
“You nak ke mana tu?” Zyla terus melangkah ke hadapan untuk ke ruang dapur. Apa kena dengan dia ni? Pelik aje, Sharif pula melihat sikap Zyla yang ganjil. Ucapan Zyla yang mengatakan mahu tunjukkan seseorang itu amat menghairankan Sharif.
Orang yang tunggu dekat meja makan, mesti tak sabar dengan pesanan yang belum tiba lagi, itulah anggapan Sharif yang menongkat dagu di meja makan.
“Hello…” Ucap Zyla.
Yes, may I help you?” Soal tukang masak.
Sure, I want to ask you something, where is she?
Who?”
The waitress taking my order last night.”
“Eh?”
“Yelah, perempuan yang ambil order I.”
“Oh, awak ni fasih berbahasa Melayu rupanya.”
“You perli I ke?” Terbuntang mata Zyla memandang Asraff.
“Tak, saya ingat awak ni warga asing tadi.” Asraff berhenti memasak buat seketika kerana Zyla muncul di ruang itu. Memang itu yang Asraff sangka kerana cara Zyla berpakaian terlalu seksi sehingga menjolok mata. Mata Zyla berwarna biru kerana memakai kanta mata berwarna sedemikian. Rambut pula berwarna perang. Pada telinga Zyla pula memakai anting-anting yang nampak eksklusif, fikir Asraff lagi mungkin artis tapi tidak pernah pula terlihat di dalam kaca televisyen. Asraff tersengih-sengih sendiri.
Zyla perasan Asraff sedang memerhati dirinya. Ada yang tidak kena ke? Mungkin ya dan mungkin tidak. Zyla terus membulatkan mata.
‘Pang!’ hah?!
“Gatal!” tiba-tiba sahaja tangan Zyla pantas menampar si tukang masak itu kemudian Zyla menutup pada bahagian dadanya. Salah siapa? Kenapa dia berpakaian seksi begitu? Dalam agama melarang sama sekali setiap wanita yang beragama Islam mempamerkan susuk tubuh pada pandangan orang lain yakni pandangan umum.
“Apa ni?!” Marah Asraff sambil menggosok pipi sendiri. Asraff terpisat-pisat. “Kenapa kau tampar aku?! Kurang ajar!” Zyla terus melangkah laju meninggalkan Asraff yang seperti mahu menerkam ke arahnya. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Sharif. Zyla terus tarik tangan Sharif.
“You! Cepat!!” Zyla meminta Sharif ikut lari.
“Kenapa ni?” Sharif membatu.
“Jangan lari!” Asraff mengejar dengan sudip. Kasut tumit tinggi Zyla sudah tertanggal.
Sharif terperanjat lantas dia menghalang tukang masak itu. Sharif cuba tenangkan keadaan dan ingin bertanya kenapa hal itu berlaku. Sharif tidak mengerti.
“Apa kes ni?”
“Awek kau ke ni?”
“Err… ye dia awek aku, kau ni kenapa tiba-tiba kejar dia?” Soal Sharif.
Pelanggan yang lain agak terkejut dengan insiden itu. Masing-masing memandang ke arah mereka dengan penuh rasa ingin tahu.
“Kau tanya dia! Apa yang dia dah buat dekat aku.”
Sharif terus berpaling ke arah Zyla yang sedang menyorok di belakang. Sharif mengangkat kepala inginkan jawapan. Zyla wajib terangkan.
“I tampar dia.” Mudah-mudah sahaja main tampar sembarangan. Silap hari bulan nanti parah jadinya. Zyla tak fikir panjang nampaknya.
“What? Kenapa you tampar dia?” Sharif terkejut seperti mahu gugur jantungnya tatkala Zyla bertindak agresif seperti itu. Apakah ada kes pencabulan?
“Dia pandang I semacam je tadi.” Hanya itu sahaja alasan. Mana boleh macam tu, kes yang tak relevan pun.
“Aku pandang kau sebabnya kau bercakap dengan aku. Takkan bila kau bercakap dengan aku, aku kena pandang kuali pulak?” Asraff sudah hilang sabar. Tutur bicara agak keras.
“Abang…” kedengaran suara halus di belakang Asraff. Masing-masing terus melemparkan pandangan ke arah kelibat empunya suara.
Fara? Sharif agak terkejut. Fara berjalan terhincut-hincut mendekati Asraff. Perasaan Sharif terus berubah tatkala memandang wajah ayu itu. Begitu juga dengan Asraff. Kemarahan Asraff tiba-tiba sahaja reda.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.