Entri Terkini :

Dia Yang Dinanti (Bab 5)

Terhiris sekeping hati. Letih bekerja masih terasa ditambah lagi perasaannya sedikit tergores kerana sikap sesetengah pelanggan yang nampak seperti sengaja mengenakan dirinya. Setelah tugasnya selesai dia menghela nafas. Dia duduk seketika di kerusi.
“Macam mana dengan kerja ni? Fara suka?” Soal bos Fara selaku tukang masak.
“Alhamdulillah, terima kasih kerana abang sudi ambil saya kerja dekat sini.” Ucap Fara menoleh ke arah Asraff.
“Sama-sama lagipun Fara kata nak cari kerja lain kan, apa salahnya Fara kerja dengan abang dekat sini. Abang pun kekurangan pekerja. Elok benarlah Fara ada dekat sini.” Asraff suka dengan cara Fara bekerja. “Bagaimana dengan gaji? Agak-agak berapa Fara nak?”
“Fara tak kisah sangat fasal gaji, abang boleh bagi dekat saya setakat yang abang mampu, lagipun saya tahu abang pun baru mulakan perniagaan ni beberapa bulan kan.” Fara berbahasa dengan penuh sopan.
“Fara selalu macam ni, abang dah kenal Fara sejak kecil kecil lagi. Fara tak pernah berubah sama macam dulu juga. Selalu rendah diri dan tak banyak ragam. Cakaplah berapa yang Fara mahu abang berikan gaji kepada Fara nanti?” Asraff memujuk.
“Abang… macam yang saya cakap tadi, terpulanglah dekat abang. Lagipun abang terima saya bekerja dekat sini pun dah cukup baik.” Ujar Fara yang begitu menghargai jasa baik Asraff yang dianggap sebagai abangnya sendiri.
“Baiklah, nanti abang fikirkan. Fara nak balik dengan apa ni lewat malam dah ni? Mari abang hantarkan.”
“Tak apalah abang, biar saya naik teksi saja.”
“Macam ni jelah, setiap kali selesai kerja abang akan hantar Fara balik.” Asraff risaukan keselamatan Fara pada waktu malam. Jika waktu siang Fara masih boleh mencari arah, bagaimana bila awal pagi begini? Jam menunjukkan pukul satu pagi. Sejuk dingin terasa ke tulang.
 Fara bujan nak jual mahal tapi dia dia boleh balik sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Rasanya biarlah Asraff uruskan hal lain sahaja daripada mengambil berat tentang dirinya. Sungguh dia terhutang budi dengan kebaikan yang Asraff curahkan. Tidak terbalas jasa baik itu oleh Fara.
“Tak susahkan abang ke?” Kata Fara. Tapi mungkin menyusahkan dia, Fara menduga sendiri.
Kamu takkan pernah susahkan diri ini Fara, Asraff mengharap. Fara seperti biasa usah fikirkan perkara yang negatif. Takkan pernah dirinya mengambil kesempatan. Dia ikhlas membantu Fara.
“Abang tak pernah anggap Fara membebankan hidup abang. Selama ni pun Fara tak kisah kan?” Asraff berkata perlahan. Fara mendengar kemudian tunduk seketika lantas dia memandang wajah Asraf.
“Iyalah tapi apa pula kata teman wanita abang nanti kalau dia tahu abang hantar Fara balik.” Fara mengetap bibir. Asraff menguntum senyuman menghilangkan rasa resah di hati. Orang lain juga yang kau fikirkan Fara, Asraff tiada perempuan lain.
“Bila masa pulaklah abang ada teman wanita ni?” Asraff tersenyum. Manis sungguh senyuman Asraff semanis tebu.
“Ye ke abang tak ada teman wanita? Abang tipu Fara kan? Kak Sal tu siapa pada abang?” Mungkin Kak Sal teman wanitanya, Fara meragui. Kalau betul bagaimana? Fara cemburu ke? Takkan Fara memendam rasa pada abang angkat sendiri pula kut? Tapi siapa tahu kan, perasaan boleh berubah-rubah.
“Ya Allah Fara, Kak Sal tu kawan biasa je tak lebih dari tu.” Asraff memberikan alasan. Boleh dipercayai ke? Fara wajib percaya ke semua tu? Jangan-jangan itu hanya propaganda untuk mengelak dari cerita sebenar. Tapi, apa pula yang Fara nak risaukan?
Betul ke ni? Fara memandang Asraff lama. Benarkah Kak Sal hanya teman biasa sahaja? Fara tetap ragu-ragu sama ada betul atau pun tidak.
“Jomlah abang hantarkan Fara balik, nanti lambat pulak.” Asraff mengajak Fara. Fara dengan berat hati bangun dari kerusi dan melangkah membuntuti langkah Asraff lelaki yang tinggi lampai itu.
“Betul ni abang tak tipu saya? Takkan abang tak ada teman wanita kut?” Macam susah sahaja  hendak dipercayai.
“Abang tak tipu, ramai perempuan nak dekat abang cuma abang aje yang tak ada masa untuk semua tu.” Asraff menoleh sekilas ke arah wajah Fara yang nampak keletihan.
Fara lambat-lambat melangkah tiba-tiba kaki Fara terkehel. Aduh!  Fara mengadu sakit. Barangkali kaki Fara sudah terseliuh gara-gara melangkah dekat jalan yang berbatu itu. Asraff mematikan langkah dan dia terus memandang Fara yang sedang memegang tumit. Fara menyeringai kesakitan. Asraff datang dekat dan memberikan bantuan.
“Mari sini abang tengok.” Asraff memegang pergelangan kaki Fara dan perlahan-lahan Asraff mengurut kaki itu. Fara terseringai.
“Sakit bang.” Fara mengadu lagi.
Asraff kasihan terhadap Fara yang ternyata nampak kelesuan. Fara penat bekerja hari ini kerana ramai pelanggan yang datang ke restoran Asraff. Fara begitu rajin pada hari ini. Kerajinan Fara membuatkan Asraff sayangkan Fara. Susah untuk ditemui gadis sepertinya yang mengekalkan imej kemelayuan.
Asraff mencempung Fara. Cepat! Cepat! Tindakan Asraff membuatkan Fara terkesima seketika. Sakitnya terasa bagaikan hilang begitu sehaja. Asraff mengetepikan perasaan segan sebaliknya Fara wajib dibantu. Asraff mencempung Fara sampai ke kereta sehingga Fara diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu.
Lelaki itu membuka pintu belakang kereta. First aid dikeluarkan dari situ lantas botol minyak panas dikeluarkan dan dengan pantas Asraff menyapu minyak itu pada tempat yang terseliuh itu. Kaki Kanan Fara terasa sakit akibat malang yang tidak berbau. Sudah nasib Fara, tapi Asraff ada menemani langkah Fara selepas ini.
“Macam mana Fara? Rasa okay sikit?” Amboi Asraff… ambil berat sungguh. Bertuah Fara ada abang angkat macam Asraff yang sangat risaukan keadaan itu.
Fara mengangguk. Asraff mempamerkan wajah risau. Sungguh berdebar hatinya tatkala Fara terseringai begitu. Hati siapa yang bimbang kalau adik angkat kesayangan kesakitan? Sayang sangat menusuk kalbu.
“Terima kasih bang.” Fara menghela nafas lega.
“Kalau kaki Fara tak okay, Esok Fara berehat aje ya. Tak apa, ambil cuti.” Kata Asraff penuh rasa hormat. Hormat pada gadis yang menjaga penampilan. Masih ada lagi ke zaman sekarang ni? Cari bawah tiang lampu ada jumpa? Cari dalam periuk belanga, masak… takkan jumpa dengan senang-senang.
“Insya-Allah bang, okaylah tu nanti.” Fara pasrah. Kalau boleh dia tak nak cuti. Dia baru sahaja memulakan kerja takkan cuti patut diambil pula. Tapi bagaimana sekiranya kaki itu belum sembuh? Perlukah dia datang bekerja juga? Tak boleh dibiarkan begini nanti sakit Fara melarat pula. Ish!
“Tak boleh macam ni. Esok Fara cuti ya. Berehat dekat rumah aje.” Asraff susah hati.
“Kalau Fara tak kerja mak nak makan apa?” Ujar Fara sedih.
“Itu Fara jangan risau. Apa yang penting sekarang ni kesihatan Fara. Tentang mak Fara tu Fara jangan risau, tahulah abang nak buat macam mana nanti.” Beritahu Asraff.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.