Entri Terkini :

Dia Yang Dinanti (Bab 3)

Minda cuba dikosongkan tatkala nafas ditarik dalam-dalam. Di hadapannya terdapat teddy bear yang sangat besar. Besar juga hatinya ketika ini umpama Taj Mahal. Mungkin itu yang akan dijadikan hadiah peringatan sebuah perkenalan. Dia memikirkan yang mana lebih elok. Hadiah yang bagaimana disukai oleh orang yang ingin diberikan nanti. Dia berkira-kira sendiri.
“Cantik jugak ni? Aku harap dia suka. Tapi aku nak tahu sangat kenapa dia tolak pelawaan aku ajak makan malam sebelum ni? Susah sungguh aku nak pikat dia.” Sharif akhirnya membeli hadiah itu untuk diberikan pada Fara nanti. Hujung minggu ini dia tidak keluar dengan sesiapa melainkan ingin bertemu dengan Fara. Fara pernah memberitahunya pada hari minggu tetap bekerja kecuali Selasa. Pada hari itu sahaja Fara cuti.
“You?” Kedengaran suara orang menyapa. Sharif menoleh.
“Zyla?” Zyla balik tak beritahu Sharif. Perkara ini amat mengecewakan .
Seorang gadis seksi berambut perang berdiri di hadapan matanya. Zyla terlihat Sharif keluar dari kedai barangan perhiasan bersama teddy bear.
“Balik tak inform I pun kan? Sampai hati.”
“Tak inform you kata. Hello Encik Sharif , I dah call awak banyak kali tapi tak berjawab, email pun you tak balas. Sekarang ni you nak salahkan I? Kebetulan pulak I nampak you dekat sini jadi. Hadiah tu untuk siapa?”
“Untuk you. Err… I memang nak berikan hadiah ni untuk you. I gembira you dah balik Malaysia.” Sharif tergagap-gagap.
Zyla terus mengambil hadiah itu dengan senyuman.
Thanks al lot. Tak sangka you ingat dekat I. Ada juga hadiah untuk I ye.” Zyla bergembira sekali. Wajah ceria dipamerkan seperti kepulangan dirinya sememangnya di nanti. Zyla terus memaut tangan Sharif dengan penuh kerinduan.
Sharif agak kurang senang. Dia gelisah sendiri setelah tangannya dipaut oleh Zyla. Over Zyla ni, tak fikir langsung perasaan Sharif, tapi Sharif macam tak faham Zyla. Kalau bercinta kenalah faham memahami, tapi macam tak seimbang saja?
“Err… erm boleh tak you lepaskan tangan I?” Sharif mohon pada Zyla supaya jalan jangan nak berkepit, tak ada siapa nak culik. Takut sangat tu kenapa?
“I betul-betul rindukan you.  You tak rindu dekat I ke?” Zyla meletakkan kepalanya pada bahu Sharif. Nak bermanja agaknya. Kekurangan kasih sayang yang abadi barangkali. Sekali sekala nak bermanja-manja, bukannya selalu. Tindakan itu membuatkan Sharif terpaksa menolak perlahan tubuh Zyla.
“Kita belum sah jadi suami isteri lagi. Janganlah macam ni.”
“Tapi you akan jadi milik I juga nanti. Kenapa dengan you ni nampak alim sangat? Dulu you tak pernah macam ni.” Zyla memuncungkan mulutnya.
“Cik Zyla, I tak nak ketepikan soal hukum. Memang I akui saya sebelum ini hanyut dan terlalu jauh tapi tak bererti selamanya I patut berada dalam pelukan dosa. Bagaimana sekiranya nanti anak-anak kita pun akan ikut jejak langkah kita. Tak berbaloi kan?” Sharif menyatakan kebenaran. Itulah yang sebetulnya. Dia tidak mahu lagi seperti sebelum ini yang bebas bergaul tanpa batasan. Sungguh itu adalah perkara yang salah. Sharif menyusun langkah. Zyla mengejar langkah Sharif dan menarik tangan Sharif.
“You nak ke mana ni? Bagaimana dengan perkahwinan kita?”
“Seandainya kita ada jodoh maka ia takkan lari ke mana.” Desis Sharif memberhentikan langkahnya. Zyla ditenung.
“Kalau sikap you macam ni macam mana kita nak ada jodoh. You kan dah janji nak kahwin dengan I. You jangan buat I macam ni pulak. Papa dan mama pun berharap kita hidup bersama.” Ujar Zyla berkerut dahi. Ucapan penuh dengan harapan. “Kita pergi minum nak?” Zyla mengajak kerana ingin duduk semeja berbincang.
“Okay.” Sharif bersetuju. “Nak minum dekat mana?”
“Kopitiam, I belanja.”
Sharif terus mengangguk.
***
Semasa mereka duduk semeja di kopitiam, Sharif ingin tahu apa yang Zyla lakukan di UK sehingga keadaan bertambah rumit. Maksudnya di sini, kenapa penampilan Zyla jauh berbeza? Mana hilangnya baju kurung? Tiada pernah pun Zyla bergambar dengan baju kurung ketika di UK. Salah ke berbaju kurung? Pakaian yang terlalu manis untuk dipakai. Identiti anak gadis Melayu begitu indah dengan berpakaian seperti itu. Hanya itu sahaja warisan si gadis Melayu kekal ayu. Namun Zyla mempertikaikan soal itu.
“Jadi you nak tengok I berbaju kurung? Please, you janganlah kolot sangat. Tak ikut perkembangan fashion langsung.” Ujar Zyla dengan penuh bangga dengan pakaian yang dipakainya sekarang.
“Betapa ayunya you sekiranya you berbaju kurung. I suka tengok you berbaju kurung. Rasanya tak salah kan you berbaju kurung? Kita orang Melayu, kita juga orang Malaysia. Budaya kita, cara hidup kita, semua tu harus dijaga Zyla. I tak nak anak-anak kita nanti tak kenal apa itu baju kurung dan apa itu baju Melayu.” Beritahu Sharif tentang rasa di jiwa. Dia bukannya hendak membuat perbandingan tetapi bangsa lain mudah terpikat dengan baju kurung, kenapa pewaris sebenar pula tidak pernah bangga dengan identiti sendiri? Sharif menggeleng perlahan.
“Takkan soal pakaian pun you nak jadikan isu dalam hubungan kita? Selama ni pun you tak pernah kisah. Jangan-jangan you ada perempuan lain? You jangan macam-macam.” Zyla menduga. Nalurinya dapat merasakan sedemikian.
“I tak ada perempuan lain melainkan you seorang sahaja. Cuma I lebih suka tengok you berbaju kurung. Sepanjang hubungan kita, I tak pernah sekalipun melihat you berbaju kurung.”
Zyla mengerling tajam. Kata-kata Sharif sungguh pedas sehingga mencengkam jiwanya. Kenapa haris dirinya berubah demi orang lain? Sharif tidak boleh mengongkong caranya sehingga sebegini rupa. Itu belum lagi mereka disatukan, nanti bagaimana jika sudah berumah tangga? Itu tak boleh dan ini tak boleh. Semuanya jadi tidak kena.
“You memang tak faham. Baju kurung adalah permata bagi gadis Melayu. Tanpa permata, tiada maknanya hidup si gadis Melayu macam you. Cuba you fikirkan baik-baik ya dan beritahu I di mana letakkan kelembutan seorang perempuan?” Sharif menyoal seperti sedang menguji kebijaksanaan Zyla.
 Zyla kehilangan kata-kata. Sharif seolah-olah terlalu obsesi terhadap gadis yang berbaju kurung. Terlalu jauh jurang di antara Zyla dengan baju kurung. Umpama jauh panggang dari bara. Seperti langit dengan bumi. Tidak dapat Zyla menjawabnya.
I know you can’t give me the answer.”
Are you mocking me?”
Up to you, Zyla. When you get back, just think about this, a real Malay girl is a girl that appreciates what she has and inherited.” Kata Sharif. Itulah kata-kata yang membuatkan Zyla terkesima.
“You…” Zyla berkerut dahi.
“You fikirlah nanti ya. I ada hal nak buat ni.” Sharif memberi alasan untuk tidak terus berhujah dengan Zyla yang mungkin takkan mengerti.
Where are you going? Kita dah lama tak jumpa, takkan dengan I pun you ada hal lain pula? Tolonglah luangkan sedikit masa untuk I. I betul-betul rindukan you ni.” Zyla merayu. Sharif bangun dan ingin beredar. Dia terpaksa meninggalkan persoalan buat Zyla agar menjawabnya sendiri.
“Betul ni, I ada hal. I’ll call you later.” Beritahu Sharif kemudian berlalu. Zyla mengeluh sarat.
“Mesti ada benda yang tak kena ni.” Desis Zyla sendiri selepas Sharif melangkah pergi.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.