DITENUNG lama wajah Hasryzal. Perasaan geram terbuku di hati. Apa yang perlu dilakukannya saat ini adalah bertanya dengan kejujuran. Hasryzal tidak boleh menafikan sebarang maklumat atau apa yang diketahui olehnya. Apa yang terlihat dihadapan mata pada malam tadi sudah cukup membuktikan bahawa Hasryzal ada merahsiakan sesuatu. Melihat Hasryzal memegang Diya telah melahirkan perasaan yang sarat dengan cemburu. Siapa kata Danial Hakim tidak pernah cemburu dengan apa yang Diya lakukan. Tambah pula Hasryzal sepupunya sendiri seperti mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.
Danial Hakim tidak boleh terburu-buru. Hasryzal mungkin tidak tahu hal yang sebenarnya. Dia tidak boleh mendesak Hasryzal tetapi apa salahnya jika dia bertanya. Hasryzal dari pagi tadi tidak bersuara.
“Ryzal, kita tutup kedai hari ni.” Danial Hakim bersuara.
“Buat apa nak tutup kedai? Walaupun hari minggu lebih baik kita berniaga. Hari minggu kan ramai orang cuti. Kalau kita bukak kedai orang ada masa nak datang sini.” Balas Hasryzal yang masih membelek-belek laptop milik Diya yang masih belum diberikan lagi. “Danial, kau berikan laptop ni pada Diya. Aku tahu dia tu nak guna laptop ni. Apa pun jumlahnya kau sendiri tentukan.” Sambung Hasryzal lagi sambil memasukkan laptop itu ke dalam beg lalu dihulurkan kepada Danial Hakim.
“Boleh aku tanya kau sesuatu?”
“Apa dia?”
“Kau dengan Diya ada apa-apa ke?”
“Ada apa-apa pulak ni?” Hasryzal membalas dengan pertanyaan.
Masing-masing keliru. Barangkali Danial Hakim lagi parah mengenangkan keadaan malam tadi. Dia terlihat keadaan itu jadi dia tahu bagaimanakah rasanya. Hasryzal mungkin tidak tahu akan perasaannya ketika ini.
Danial Hakim diam. Kali ini Hasryzal pula memandang lama wajah Danial Hakim yang seperti gelisah sahaja. Dia yang duduk ketika ini terus berdiri lalu berhadapan dengan Danial Hakim.
“Danial. Aku juga nak tanya kau. Kau dengan Aleysa ada apa-apa ke?”
“Boleh pulak kau tanya macam tu?”
“Ayah kau nak kenalkan kau dengan Aleysa tu mesti ada apa-apa kan?”
“Aku tak ada apa-apa dengan dia Ryzal. Aku...” Kata-kata Danial Hakim terhenti di situ. Sukar untuk dia menyatakan bahawa dia sukakan Linda. Dia tahu Hasryzal mesti fikirkan bahawa ayahnya mungkin mahu jodohkan dia dengan Aleysa tetapi perkara tu mustahil akan terjadi. Danial Hakim tak berminat dengan Aleysa. Linda adalah orang lebih menarik perhatiannya.
Pagi yang begitu hambar. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri. Malam tadi juga Danial Hakim boleh menarik nafas lega sedikit kerana Hasryzal tidak berkelahi dengan Linda hanya dihadapan orang tuanya. Jika keadaan itu berlaku pasti akan membawa malang.
***
TENGAH HARI yang memang panas. Sepanas hati seorang perempuan yang membenci orang lain. Kebencian yang lahir adalah kerana perasan cemburu yang melampau. Dia sanggup pergi ke pejabat orang lain membawa perasan geram terbuku di hati. Langkahnya dipercepatkan. Meskipun dihalang oleh setiausaha namun dia tetap meneruskan langkah sehingga ke pintu masuk. Diterjah masuk ke bilik orang itu.
“Linda!”
“Ooh orang gaji Encik Zamarul datang sini dengan tak beradab sekali.”
“Memang!” bentak Diya sementara itu Linda meminta setiausahanya keluar dan menutup pintu. Perlahan-lahan Linda melangkah ke arah Diya yang merengus geram.
“Orang gaji kesayangan...” Linda menyentuh pipi Diya yang sedang mendengus geram. Nafas Diya kedengaran sarat. Sarat dengan perasaan benci dan geram. “Kau fikir dengan cara kau sekarang ni akan dapat memiliki hati anak Encik Zamarul tu ke? Diya oh Diya... nampaknya kau sungguh bodoh...” Linda menghembus nafasnya ke telinga Diya.
Diya yang terlalu bengang dengan tindakan itu dan dia juga sudah lama bersabar maka tanpa berlengah lagi dia terus menarik rambut Linda. Diya sudah hilang sabar dengan Linda yang mengada-ngada itu.
“Argh!! Nah kau!” Diya menampar pipi Linda.
“Kau datang sini untuk tampar aku?!” Linda terus menampar Diya pula. Adegan tampar menampar berlaku. Rambut masing-masing tidak terurus lagi.
“Ar!”
“Lepaskan rambut aku!” Pinta Linda sambil tangannya juga menarik kuat rambut Diya. Mereka berdua bergaduh lasak. Linda terpelanting setelah ditolak Diya. Walau bagaimanapun Linda terus bangun dan terus menolah laju tubuh Diya melekat ke dinding. Diya tidak menunggu lama. Dengan dahi yang bekerut itu dia terus menghampuk kepala Linda dengan fail yang ada di atas meja Linda. Linda cuba menepis namun tak berjaya.
“Kurang ajar!” Linda terus menanggal kasut tumit tingginya itu lalu dibalingkan ke arah Diya yang tak sempat mengelak.
“Aduh!” Kasut itu tepat mengena perut Diya. “Aduh sakitnya...” Diya mengadu. Tiba-tiba tangan Diya mencapai objek keras. Lebih keras dari kasut tadi. Objek itu kalau dihempuk lagi ke atas kepada Linda pasti pengsan. Kalau tidak pengsan pun pasti mati. Diya nak Lind amati secepat mungkin. Geram pula rasanya.
Belum pun sempat Diya mahu menghempuk pasu bunga ke atas kepala Diya, setiausaha Linda masuk semula dengan beberapa orang staff yang lain. Mereka memandang Diya lama.
“Lin.... kau tak apa-apa ke? Bestlah tranning teakwondo tadi. Dah lama kita tak berlatih kan?”
“Ye ye...” Balas Linda sambil menggosok-gosok kepalanya yang sedikit sakit dihempuk fail seawal tadi.
***
“KAU bergaduh dengan dia buat apa? Kau tak ikut plan ke? Kata-kata aku kau tak nak ikut. Kau nak ikut kau aje. Bukan ke malam tadi kita dah bersetuju? Aduh kau ni buat rosak pulak. Malam tadi kau yang beria-ria sangat ajak aku berpakat.” Hasryzal memperlahankan suaranya. Bimbang jika Danial Hakim terdengar perbualan antara dia dan Diya.
“Kalau aku tak buat macam tu nanti kalau dia bersungguh-sungguh rekemankan Aleysa berkahwin dengan Danial macam mana?”
“Macam mana apa lagi? Habis kau ingat aku nak biarkan macam tu je ke? Come on lah Diya, kau kena fikir pakai otak jugak. Aku tak nak kau terburu-buru. Kau ni adoi...” Hasryzal mengeluh.
“Kau tak faham Ryzal. Linda tu licik.”
“Licik? Kau dah kenal lama ke dengan dia?”
“Erm...” Diya tidak mengiakan. “Kita jumpa malam ni, okey?”
“Kau gila ke? Kau nak keluar malam-malam ke? Kau kan orang gaji.”
“Apa gunanya tingkap rumah tu?”
“Pintu kan ada,”
“Tau pun kau. Aku keluar aje lah. Malam ni kita jumpa. Aku ada hal mustahak ni. Dalam telefon line tak clearlah.” Ujar Diya.
Hasryzal bersetuju. Malam ini dia ingin bertemu dengan Diya. Panggilan telefon dimatikan dan sewaktu dia berundur dia terlanggar Danial Hakim.
“Eh... Danial?”
“Kau ni kenapa? Terperanjat macam nampak hantu je?”
“Takdelah, tadi kau dekat depan, tiba-tiba je ada belakang aku?”
“Aku nak ke tandaslah, pergi jaga depan tu, aku sakit perut ni.” Arah Danial Hakim kepada Hasryzal yang terpisat-pisat. Dia bimbang jikalau perbualannya tadi dicuri dengan oleh Danial Hakim. Sangka Hasryzal Danial Hakim tak akan tahu apa-apa.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)