Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 4)

No way! He is stupid person!” Shafika membulatkan biji matanya. Memang agak kecewa dengan apa yang terjadi sejak perkenalan mereka bermula.
Selama ni Shafika tak menduga bahawa Bakar akan bertindak macam tu pada Haris. Tergamak memaksa Shafika supaya jangan berkawan dengan Haris. Bakar mahu memisahkan persahabatan antara dia dan Haris. Ini memang tak adil bagi dirinya.
Mujurlah ada Wanie tempat dia mengadu tetapi Wanie juga ada masalahnya sendiri, tidakkah akan membebankan kawannya itu sekiranya Wanie diheret bersama ke kancah masalah ini? Shafika bingung dengan dirinya sendiri tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan.
“Sampai bila kau nak biarkan semua ini berlaku? Kau dengan Haris kena banyak rileks dan jangan fikir yang bukan-bukan. Dia tak bodohlah Fika.” Ujar Wanie.
“Bodoh bodoh bodoh! Dia memang bodoh! Yang dia layan Abang Bakar tu kenapa? Dia tak tahu ke yang Abang Bakar tu gangster dekat kolej ni? Ayah Abang Bakar tu pulak ahli kongsi gelap!”
“Selama ni aku tak tahu pun.” Ayob terpisat-pisat mendengarnya. “Tak sangka pulak yang si Bakar tu anak gang kongsi gelap. Jual dadah ke?”
“Itu bukan soalnya Ayob. Aku tak nak ada masalah dengan Abang Bakar tu, tapi Haris muncul dan dia…” Kata-kata Shafika terhenti di situ.
“Dan apa?” Wanie pula mencelah.
Tangan Wanie ditarik oleh Shafika agar sedikit berganjak dari Ayob. Lantas Shafika membisikkan sesuatu ke telinga Wanie. “Aku tak percayakan Ayob.” Desis Shafika.
“Oh… okey okey aku faham.” Balas Wanie sambil kedua-duanya menoleh ke arah Ayob serentak. Di dalam perpustakaan mereka berborak pula. Shafika membawa kesedihan itu ke dalam perpustakaan tapi Wanie mengekori pula dan selepas itu munculnya Ayob seperti dapat meneka ke mana sahaja Shafika pergi.

***

“Ada apa aje yang kau tak percayakan si Ayob tu ye?” Wanie bertanya. Jika tadi hal itu berlaku di kolej tapi sekarang ni perbualan ini berlangsung di rumah.
“Wanie… Ayob tu nampak aje macam orang bodoh tapi aku tak rasa dia bodoh, dia tu bijak dan dia mampu mempengaruhi Haris tetapi tidak pada Abang Bakar.”
“Jadi sekarang ni kau nak kata yang Ayob tu ada udang di sebalik mee?”
Maybe.”
“Aku pun rasa macam tu jugaklah.” Wanie mengiakan pula.
“Kau tak ingat ke sem lepas? Dia ikut aje apa yang Abang Bakar suruh dan lepas tu dia boleh beritahu Encik Nordin apa yang dia buat.”
Don’t call him Abang Bakar okey bila bercakap dengan aku. Just Bakar aje. Gelilah aku dengar.”
“Hmmm…”
“Okey, after that apa yang berlaku? Aku ingat-ingat lupa ni.”
“Kau dengan aku jugak yang curi dengar perbualan tu, Kau tak ingat ke?” Shafika cuba mengembalikan ingatan Wanie yang agak low.
“Yang dia pergi cerita Bakar yang suruh dia masuk tandas perempuan tu ke?” Wanie meneka.
Yes, thats right!” Shafika mengiakan.
“Wooo! Baru aku ingat. Intan jadi mangsa. Intan malu sebab gambarnya tersebar satu kolej ni kan? Ni kes sem lepas dan baru aku faham, macam mana aku boleh lupa pulak ni?”
“Sebab tu aku tak percayakan dia. Aku tahu Intan tu menggeletis tapi perkara macam tu memalukan kita sebagai kaum hawa. Intan patut dibela. Dia terpaksa berhenti kolej sebab malu dan Abang Ba..” Wanie mengerling. “Sorry… dan Bakar berjaya buat dia berhenti.” Sambung Shafika lagi sambil memeluk bantal kecil di atas sofa.
“Bakar masa tu syok dekat Intan dan Intan tak layan. Betul kan?”
Shafika mengangguk.
“Tapi… apa yang aku tahu fasal kes tu… Bakar nak minta sesuatu dari Intan.”
“Apa dia?”
“Fika!” Wanie tiba-tiba terpisat-pisat sendiri bila diingatkan kembali detik-detik Intan menangis sakan. Intan bercerita padanya tentang hal itu dalam nada yang perlahan sahaja.
“Apa ni Wanie jerit-jerit? Aku tak pekak lagilah.” Balas Shafika.
“Okey, dengar sini aku nak cerita…” Wanie meminta Shafika mendengar kisah yang berlaku semester lepas. Shafika memasang telinga dan mempamerkan riak wajah penuh minat.
“Pada hari Isnin pukul tiga petang aku nampak…”

Flashback

“Hai Intan… free tak malam ni?”
“I free atau tak, apa yang you sibuk nak ambil tahu fasal I ni?”
“Amboi sombong betul you sekarang ni. Maklumlah dah dapat BF baru… dah lupakan aku.”
Hello Bakar Yusdy! I ni tak pernah ada apa-apa hubungan dengan you, forever I lupakan you. Jangan nak perasan okey.” Balas Intan meluat sambil melenggang untuk masuk ke kelas. Bakar mengejar langkah Intan. Setelah tiba ke sebuah lorong masuk ke pintu kelas, tempatnya agak terpencil dan jarang pelajar melalui jalan itu tetapi Intan melaluinya.
Tangan Intan terus ditarik oleh Bakar. Intan terkejut melihat wajah Bakar berubah bengis.
“Lepaskan tangan I, nanti I jerit baru padan muka you.”
“Intan… jangan macam ni, ramai orang beritahu aku yang you ni mudah dimakan. Tapi aku tak rasa macam tu pun, kenapa dengan orang lain you mudah-mudah je you layan, dengan aku pulak you buat tak endah je?” Bakar terus menolak tubuh Intan sampai rapat ke dinding.
What the hell Bakar?!” Intan meminta Bakar lepaskan dirinya. Bakar bertindak lebih agresif dengan mendakap tubuh Intan di tempat itu.
“Wangi sungguh rambut you ni Intan… wangian ni membuatkan aku jadi tak keruan, jiwa aku bergetar. Setiap kali pandang kau naluri kelakian aku tercabar.” Bisik Bakar.
“Bakar! Lepaskan I, tolonglah.”
“Takkan semudah tu. Please okey… malam ni kita check in hotel?”
Enough!” Bentak Intan sambil meludah ke muka Bakar. Bakar tak peduli dengan air liur itu malah dia mengesat air liur itu lalu dijilat sampai habis. Eee…!
“Biar apa pun yang keluar dari mulut you ni semuanya manis bagi aku…” Bakar mahu mencium Intan. Dia merapatkan bibirnya dengan bibir Intan. Tiba-tiba sahaja keadaan berubah.
‘Tang’ kedengaran bunyi pasu pecah.
“Adoi!!! Potong stim betullah aku pun tak tahu macam mana pasu tu boleh pecah.” Sambung Wanie setelah menamatkan ceritanya. Shafika pula tercengang. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Wanie.
Hello!” Wanie menegur Shafika yang tidak semena-mena statik sahaja di sofa. Wanie melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Shafika.
“Eh!” Shafika tersedar.
“Kau ni kenapa?”
“Aku macam tak percaya dan lepas tu Intan check in hotel ke tak dengan Bakar? Selama ni kau tak pernah beritahu aku pun?”
“Sebab dia tu kan abang angkat kesayangan kau. Buat apa aku cerita buruk orang saat orang tu enak berkasih sayang dengan abang angkat. Malas lah nak ganggu nanti kata aku ni pengacau pulak.”
“Lepas jadi macam ni baru kau nak cerita?”
“Aku dah beritahu yang aku benci Bakar tu!” Kata Wanie.
Now is over.”
No Fika. Semua ni belum berakhir selagi Haris dan Bakar tak berdamai. Sebenarnya peperangan baru sahaja bermula.” Kata Wanie. Ucapan itu membuatkan Shafika mengeluh berat. Sungguh kejam dirasakan keadaan ini. Kenapa aku perlu berhadapan dengan perkara bodoh seperti ini? Idiot! Shafika memaki dirinya sendiri di dalam hati.
“Fika? Kau nampak seperti sedang berfikir, ada apa-apa ke?” Wanie menanya dengan penuh debaran kerana Shafika berkerut rapat dahinya.
“Bagaimana dengan Ayob?” Shafika terus melangsungkan pertanyaan.
“Tentang Ayob biar aku uruskan.” Balas Wanie tersenyum sinis. Shafika pula ingin tahu ending cerita Wanie tadi. Dia ingatkan semula Wanie tentang hal itu.
“Intan dengan Bakar jadi check in hotel ke tak? Dia buat kerja tak senonoh tu tak?”
“Erm…”
“Kenapa Wanie?” Jantung Shafika berdebar-debar.
Tanpa diduga, Shafika dikejutkan dengan sikap terburu-buru Wanie. Tangannya ditarik. Ke mana pula Wanie mahu membawanya?
“Kenapa ni Wanie?”
            “Jom ikut aku.” Wanie terus mencapai kunci kereta lalu membawa Shafika masuk ke dalam perut kereta Proton Pesona. Mereka berlalu pergi. Shafika masih tertanya-tanya namun Wanie tidak memberikan jawapan. Kata Wanie, Shafika hanya perlu mengikut sahaja tanpa banyak tanya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.