Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 3)

Kalau dah tak suka cakap terus terang. Nak bezakan keadaan yang kurang sopan dengan perkara yang sopan bagaimana? Kalau dicium pipi tu baru rasa nak senyum ke? Atau baru rasa nak bahagia? Oh No… apa pun yang berlaku Haris kena kawal emosi.
“Kenapa dia tak nak jumpa dengan aku?”
“Dia tak nak kau ganggu dia.”
“Mahal sangat ke harganya?”
“Dia bukan barangan yang boleh diperdagangkan, Haris.” Wanie terpaksa bersoal jawab dengan Haris. Mereka berjumpa di kafe. Tak lama selepas tu Ayob muncul.
“Apa yang korang bualkan?” Tanya Ayob sambil meletakkan bukunya di atas meja kafe tu.
“Aku cakap dengan junior kau ni tentang hal-hal dalam kampus ni. Perkara mistik.” Wanie berdalih.
“Setahu aku tak ada apa-apa pun yang best dekat sini. Hantu pun takut tengok kau.” Seloroh Ayob.
“Malaslah aku nak layan. Aku ada kelas.”
“Wanie! Tolong berikan surat ni padanya?”
“Okey.” Wanie mengambil surat yang dihulurkan oleh Haris sambil diperhatikan oleh Ayob.
Wanie sudah menjauh pergi. Kini di meja itu hanya ada Haris dan Ayob sahaja. Ayob pandang Haris lama. Tersengih dan menjuih bibir. Mimik muka yang sengaja dibuat-buat cuba untuk memancing perhatian Haris supaya menceritakan keadaan sekarang ni.
“Kau fikir best sangat ke bertumbuk dengan Bakar di mall semalam? Bakar nak jumpa kau malam ni dekat Jalan Kota. Tapi lebih baik kau jangan pergi. Aku tak pasti apa niat dia. Aku hanya sampaikan pesanan dia je.”
“Berapa dia bayar kau untuk kau jadi penyampai?”
“Tak dapat apa-apa bayaran pun. Free of charge kerana aku ikhlas menyampaikannya.” Balas Ayob.
“Merugikan betul. Aku tahu dia berhutang dengan kau. Dia tu mamat sengket. Kau ni kenapa kuda kayu sangat? Kau ikut je apa yang dia suruh tu kenapa? Bodoh sungguh kau ni! Daripada kau ikut dia baik kau ikut cakap aku ni. Berapa sen dia hutang kau?” Soal Haris.
“Lima ratus.”
“Tak banyak… tapi yang bodohnya tentang kau ni… dia yang berhutang dengan kau, dia yang patut ikut cakap kau, tapi ni dah terbalik, segala arahan dia kau main ikut je. Bengap betullah kau ni. Patutlah ramai senior-senior kolej ni cakap kau ni dungu!” Mulut Haris kalau membidas mangsa memang laju. Mudah-mudah sahaja dia meleser Ayob dengan mulutnya yang tak ada insuran tu.
Ayob berkerut dahi dan tarik muka ketat.
Haris tersenyum sinis.
“Haris! Mulut kau tu cakap baik-baik sikit.”
“Apa? Kau nak pukul aku ke? Pukul ar dan aku tak akan balas balik.” Kata Haris sambil menghulurkan wajahnya supaya ditumbuk oleh Ayob, namun Ayob tak bertindak sedemikian. Haris tahu bahawa Ayob takkan berani.
“Nah… ni seribu ringgit. Aku nak kau teruskan rancangan yang disuruh oleh Bakar tu untuk aku.” Ayob tergamam namun tangannya cepat mencapai duit itu lalu dimasukkan ke dalam poket selepas menoleh kiri dan kanan bimbang jika ada mata yang memandang. Memang saat ini Ayob memerlukan wang. Betul-betul terdesak nampaknya.
“Apa? Wei Haris! Kau pun sama je dengan Bakar! Kau ingat ni Hollywood ke? Ni Malaysia kau tau tak? Negara kita ni ada undang-undang.”
“Laa… kau tak bodoh rupanya. Jadi, kau buatlah seperti tak ada undang-undang.” Ujar Haris lagi seperti apa yang Bakar pernah katakan pada Ayob sebelum ini cuma agak berbeza sedikit sahaja.
‘Pap!’ Pipi Ayob tiba-tiba disepak dari tepi. Terpisat-pisat Ayob jadinya menggosok laju pipinya sendiri.
Haris terus mencerlung matanya ke arah lelaki yang menampar Ayob.
“Kau ni dah lebih Bakar!”
“Abang, mari pergi!” Tiba-tiba Shafika muncul menarik tangan Bakar untuk berlalu dari situ. Shafika bimbang kalau perkara yang lain pula akan berlaku.
“Kau okey Yob?” Soal Haris.
Ayob hampir menangis.
Come onlah! Tak rocklah kalau lelaki menangis. Apa ni? Buat malu je.”
“Aku tak menangislah! Kau tak nampak ke air bawang ni dekat pipi aku? Bakar sengaja tampar aku dengan air bawang tu! Pedih!!! Mata aku tak bolehleh nak buka ni, pedih! pedih!” Ayob mengadu pedih yang terlalu.

***

            “Haris bagi surat.” Wanie menghulurkan sekeping surat yang diamanahkan kepadanya. Oleh itu Wanie mesti sampaikan.
“Surat?”
Yes, takkan kek pulak, kau tak nampak ke ni?”
“Eh, aku nak buat apa dengan surat dia tu? Malaslah aku nak baca.” Kata Fika beralasan. Dia menyambung kerjanya menyiapkan nota sebelum pensyarah masuk. Belum apa-apa lagi telefonnya berbunyi. Wanie mengerling mata sementara surat itu diletakkan sahaja di atas meja Shafika.
Shafika menjawab panggilan itu.
“Ada apa bang?”
“Abang ada dekat luar ni. Abang nak jumpa kejap. Jangan beri alasan yang kononnya pensyarah ada dekat dalam.” Bakar cepat memintas sebelum Shafika sempat mereka alasan untuk tidak berjumpa dengan Bakar. Shafika masih marah dengan Bakar kerana menyakiti Ayob. Bakar tak boleh buat sesuka hati sampai Ayob pula menjadi mangsa keadaan di antara kisah mereka.
“Apa ni bang? Nak buat apa? Fika banyak kerjalah sekarang ni, pleasedon’t disturb me.”
I don’t care, Fika. Kau kena keluar jugak, if not… abang sendiri akan masuk ke dalam.”
Please don’t do it!”
“Pasti!” Balas Bakar lalu mematikan panggilan.
Wanie berkerut dahi memandang Shafika.
“What happen?”
“Bakar?”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia nak buat gila dekat aku.”
“Fika!” Tiba-tiba kedengaran suara Bakar menjerit nama Shafika dengan kuat sekali. Pelajar-pelajar yang lain terus melemparkan pandangan ke arah Bakar yang berdiri di hadapan pintu bilik kuliah Shafika. Mereka kehairanan kerana hero kolej ni masuk ke sini. Semua ketakutan setelah melihat wajah Bakar menyinga di situ.
“Ini yang aku lemas ni… aku tukar ke kelas B ni sebab taknak tengok muka dia. Aku lebih suka kau ada dekat aku Fika. Last semester aku masuk sini tapi Bakar kacau pulak. Kalau dah kaki ponteng tu, ponteng jugak!” Wanie membebel.
Shafika mengetap laju bibirnya sambil memandang Wanie yang geram. Dia terus bangun dan melangkah ke arah Bakar yang sedang marah-marah.
“Abang… kenapa masuk sini? Abang takde kelas ke?”
Pertanyaan Shafika tidak dijawab malah tangan Shafika pula yang ditarik. Setibanya di hadapan pintu, muncul pula Haris di situ melintas di hadapan pintu bilik kuliah Shafika. Hanya kebetulan sahaja.
“Eh, apa hal kau ni Bakar? Selalu main kasar dengan perempuan? Dayus ke apa?”
“Ni kau dayus!” Bakar mengayunkan penumbuk namun Haris sedia mengelak.
No no no Bakar. Are you stupid! The badboy dekat kolej ni. Aku tahu semua orang tak berani lawan kau tapi dengan aku, I don’t care who you are! Aku akan lawan habis-habisan. Kau fikir, kau boleh buat sesuka hati? Now, aku akan perhatikan segala gerak-geri kau!” Haris terus membalas tumbukan ke perut Bakar. Sekali lagi mereka berkelahi di situ. Sementara pelajar-pelajar lain bersorak. Keadaan menjadi kecoh setelah Ayob tiba menghalang tetapi Ayob pula diterajang oleh Bakar tanpa simpati.
“Abang! Haris! Berhenti!” Jerit Shafika sepenuh hati.
Air mata Shafika mengalir deras. Dia betul-betul kecewa. Dia bengang dengan apa yang berlaku. Sungguh tak disangkanya keadaan semakin buruk.
“Abang! Selama ni Fika hormat abang! Fika tak pernah lawan cakap abang dan apa yang abang minta Fika sanggup buat! Tapi sekarang Fika tak nak ikut abang lagi. Fika dah fed up!” Urat-urat terkilan terpacul keluar. “Haris!” Fika memandang ke arah Haris pula.
“Kau pun sama! Kau sama aje dengan abang aku! Mula-mula aku fikir kau ni berbeza tapi ternyata kau jugak kaki pukul! Aku benci kaki pukul dan pendendam!!” Pekik Shafika lalu beredar dari situ bersama dengan perasaan menyampah, benci dan geram semuanya menjadi satu termasuklah kesedihannya.
“Fika!” Wanie memanggil Shafika yang menjauh pergi.
“Wanie…” Bakar pula memanggil nama itu.
“Kau diam!” Wanie memberi amaran keras merenung tajam ke arah Bakar. Kemudian Wanie terus mengejar Shafika.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.