Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 9)


“Dengar sini baik-baik bhai! Kalau lu tak boleh buat kerja, lebih baik gua pancung je kepala lu.” Leher lelaki ketiga dicekik. Hampir lemas dibuatnya.
“Kepala gua dah lama kena pancung bro.”
“Lu jangan nak main samak dengan gua!”
“Bro.. rileks bro...” lelaki kedua menghalang Mael Lambung dari terus melanyak lelaki ketiga itu. Gara-gara kebodohan lelaki itu tidak memegang kemas Shafika, maka Shafika dapat melarikan diri.
“Sekarang gua nak korang pergi cari perempuan tu sampai dapat! Malam ni juga. Sial!” Mael Lambung betul-betul marah. Parut diwajahnya sungguh mengerikan.
Mael Lambung tengah hot sekarang ni kerana mendapat berita anak buahnya terkorban semasa menghalang Haris.
“Celaka kau Man Tiger! Aku takkan lepaskan kau.” Mael Lambung menumbuk meja. “Zamry! Lu semalam ada jumpa Bakar kan? Apa cer bhai? Dia dah settle belum kerja yang kita suruh dia buat? Mana dia sekarang? Sepatutnya malam ni dia datang jumpa dengan gua!” Mael Lambung berang dan sengaja memutarbelitkan fakta.
“Rileks ar... lu gabra ar bro.”
“Gabra tak gabra, silap sikit lingkup bhai.” Mael Lambung mengangkat sebelah kakinya dan dihempaskan ke atas meja di dalam sebuah kilang. “Gua tau yang Bakar bangang tu dah belot! Sekarang gua nak lu juga pergi cari dia dan bawa ke sini. Lu ajak geng-geng lu pergi cari Bakar sampai dapat. Kalau perlu masuk tempat dia study lu masuk bhai. Gua tak nak budak hingusan tu timbulkan masalah besar dekat gua.” Mael Lambung mengarah Zamry Rockers mencari Bakar.
“Tapi bro?”
“Takde tapi-tapi lagi bhai, gua kata bunuh budak tu! Bunuh je! Malam ni pun gua dah settle sorang budak tapi gua tak dapat lagi Man Tiger! Celaka sial!” Mael Lambung tak dapat menunggu lama di rumah Haris kerana jiran sebelah rumah Haris menelefon polis setelah terdengar bunyi tembakan. Mujurlah mereka semua dapat memboloskan diri. Bukan mudah untuk menangkap Mael Lambung.

***

Nafasnya tercungap-cungap. Dia terpaksa bersembunyi di tempat kontena di pelabuhan. Kawasan gudang ini pada waktu malam begitu sunyi. Malam yang berkabus membuatkan pandangannya kian kabur ditenggalamkan oleh gelap malam. Dia tidak pasti ketika ini sudah pukul berapa kerana jam tangannya tertanggal semasa pergelutan yang berlaku dalam melepasan diri. Shafika terpaksa menendang tempat sensitif bagi seorang lelaki. Dia terpaksa kerana terlalu takut.
Pakaian milik Shafika koyak. Terdapat banyak koyaknya termasuklah di bahagian lutut dan paha gara-gara tersandung pada objek-objek yang terdapat di setiap laluan yang tak terjangka. Dia hanya mengikut apa kata hati, mahu ke mana di bawanya pergi supaya bebas dari cengkaman mereka.
Angin malam bertiup, kehangatan dari sebuah kejutan itu bagaikan sebuah mimpi ngeri. Kenapa aku ingin diculik? Apa tujuan mereka. Kenapa?! Aku sendiri tak pasti. Shafika bercakap dalam hati. Dia dihambat ketakutan dan oleh itu peluh tidak berhenti keluar dari liang-liang romanya.
Hendak dihubungi siapa ketika ini? Tiada siapa yang dapat dihubungi kerana tas tangannya ada bersama mereka. Argh! Tension Shafika dibuatnya.
‘Pap!’ Shafika memukul nyamuk yang menggigit di lengan serta kakinya. Sungguh tak selesa dia di situ. Berapa lama lagi dia harus bertahan dan menunggu hari siang? Dia tak boleh berjalan jauh kerana kakinya sakit.
“Bro! Kita cari belah sana pulak. Gua yakin perempuan tu tak jauh. Dia mesti ada dekat-dekat sini.” Ucap lelaki ketiga yang sengal.
“Der. Gua dah pesan dekat lu. Lu jangan bikin hal. Sorry der!”
“Zamry! Apa ni?!” Zamry Rockers terpaksa melakukan sesuatu.
‘Bang!’ lelaki ketiga itu ditembak mati serta-merta.
Shafika yang terdengar bunyi tembakan begitu ketakutan dan jeritan spontan kedengaran. Jeritan itu membuatkan Zamry Rockers mendengarnya. Shafika berada berhampiran dan menyaksikan kes pembunuhan itu. Dia yang bersembunyi terpaksa keluar kerana dirinya mungkin dikesan.
“Shafika... mana kau nak lari?” Zamry Rockers tertekan kerana Mael Lambung menekannya dan memaksa dia memburu Bakar dan Shafika. Nampaknya Zamry Rockers harus mencari Bakar terlebih dahulu. Tapi bagaimana dengan Shafika, mestikah dibiarkan di sini.
“Zamry! Apa yang lu dah lakukan dekat Malek? Kau bunuh dia?” Lelaki pertama dan keempat muncul di situ. Barangkali bergegas ke situ setelah berpecah mencari Shafika. Zamry Rockers mengacukan pistol ke arah lelaki pertama lalu dilepaskan tembakan. Lelaki keempat pula tidak sempat mengeluarkan senjatanya kerana Zamry Rockers lebih pantas melepaskan dua das tembakan tepat mengena kepala. Mereka mati di tempat itu.
Shafika semakin berdebar. Dia meneruskan langkah melarikan diri dengan pantas tetapi semakin lama langkahnya semakin perlahan. Dia sudah kepenatan. Sabar Shafika. Orang-orang jahat ni akan terima pembalasan kelak. Dia mesti bersabar dan kuatkan semangat. Di dalam hatinya teringatkan Bakar. Dia berharap angin malam ni menyampaikan pesan buat Bakar supaya datang menyelamatkannya.

***

“Mael Lambung!!”
Haris menjerit sekuat hati di dalam gudang garam. Urat-urat tengkuknya bagaikan tersembul keluar. Wajahnya pula merah dan matanya begitu tajam menoleh kiri dan kanan. Nafas Haris melaju keluar dan masuk. Degupan jantung memang pantas. Tangannya pula digenggam rapat tersedia tumbukan padu yang bakal dilepaskan nanti.
“Hoi Mael Lambung! Keluar kau sekarang, bangsat!” Maki Haris.
Keadaan sunyi sahaja. Haris tak menerima respons.
Haris memandang sekeliling dan di tangan kirinya terdapat kayu besbol. Haris panas hati dan sampai ke sini dia datang mencari Mael Lambung.
“Ayob!!”
“Ha...Haris.... mereka cari Man Ti...Tiger.” Nafas Ayob tersekat-sekat.
Haris meriba Ayob. Haris melihat Ayob sudah berlumuran darah. Terpinga-pinga Haris ketika pulang ke rumah dan mendapati orang disyakinya telah tiada di situ melainkan Ayob yang cedera parah. Semoga Ayob terselamat selepas dia menghubungi ambulans.
Keadaan cemas itu masih terbayang-bayang di matanya. Bayangan itu tidak lenyap dari terus mengganggu fikiran. Rasa marahnya membuak-buak seperti api yang sedang menjalar menyambar dinding hati.
Sukar untuk Haris bertenang setelah segalanya berubah. Dia betul-betul sakti hati dengan apa yang terjadi. Kenapa Ayob yang kau jadikan mangsa?! Celaka betul kau ni Mael Lambung. Haris memaki hamun Mael Lambung yang tidak muncul di situ. Kelibat Mael Lambung tidak kelihatan dan perkara ini menjadikan jiwa Haris tidak keruan.
Dia melangkah mencari Mael Lambung di gundang itu namun seperti sia-sia. Keadaan sunyi sahaja. Ke mana mereka pergi? Barua sungguh. Kata hati Haris lagi.
‘Bang bang!’ Haris melepaskan dua das tembakan amaran.
“Mael! Keluar kau! Kalau kau anak jantan mari keluar! Aku tahu kau bersembuyi. Keluar ar beruk!” Haris geram.
Dia sengaja menyakiti dengan kata-kata namun tiada tindak balas. Haris tergesa-gesa lagi mencari dari sebuah bilik ke sebuah bilik namun tiada sesiapa. Dia berasa pelik. Kenapa mereka bersembunyi pula?

***

Lampu rotator berkelip-kelip di halaman sebuah rumah. Trak polis dan beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas. Orang awam juga berpusu-pusu di tempat kejadian bagi mengetahui situasi sebenar.
“Saya nampak seorang lelaki berbadan tegap keluar dari rumah ni dan saya yakin dia penyewa rumah ni. Masa tu saya dengar bunyi tembakan dan saya terus keluar melihatnya.” Kata seorang saksi kejadian.
“Kami juga nampak.” Balas saksi yang lain.
“Kalau begitu kamu semua ikut kami ke balai untuk membuat laporan. Sarjan!”
“Ya tuan!”
“Kamu bantu unit forensik untuk kumpulkan bahan bukti.”
“Baik tuan.”
Jam pukul satu pagi itu gempar dengan kejadian bunuh. Kes kematian itu disiasat oleh anggota polis yang bertugas. Siasatan akan diteruskan sehingga ke akal umbi. Mayat mangsa diusung keluar setelah dibungkus dengan beg plastik. Para wartawan sibuk mendapatkan berita dan laporan untuk disiarkan ke dalam akbar masing-masing. Jurugambar juga turut mengambil gambar kes terbabit.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.