Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 8)

“Wanie... tolong buka pintu ni. Aku minta maaf okey pasal semalam dan hari ni.”
“Kau jangan mintak maaf dengan aku. Lebih baik kau minta maaf dengan diri kau sendiri dan juga terhadap Haris.” Wanie tidak mahu membuka pintu untuk Shafika.
Shafika yang berada di luar mengentuk pintu itu berulang kali. Dia berharap Wanie membuka pintu bilik itu. Dia tak senang duduk sejak di sofa lagi. Dia termenung di ruang tamu untuk sekian lama dan bermain dengan perasaan sendiri. Ketika itu timbul rasa serba salah terhadap Wanie yang selama ini cuba membuka mata hatinya.
“Wanie.”
“Dahlah Fika. Kau pergi masuk tidur. Jangan ganggu aku.”
“Janganlah macam ni Wanie. Kau tak sayang aku ke?”
“Kau sayangkan diri kau tu dulu.” Wanie membalas dari dalam.
Shafika mengeluh.
“Tak apalah kalau kau tak nak buka pintu ni. Kalau aku tak ada malam ni dalam rumah bermakna aku keluar tenangkan fikiran.”
“Pergilah ke mana kau suka Fika, aku tak suruh dan aku tak halang.” Kata Wanie.
Shafika tertunduk.
Macam ni ke perangai kau Wanie? Kenapa kau begitu mendesak aku supaya meninggalkan Abang Bakar? Bukannya kau tak tahu bahawa Abang Bakar pernah menyelamatkan aku? Takkan mudah untuk aku melupakan jasa dan pengorbanannya terhadap aku selama ni. Wanie... kenapa kau beria-ria sangat supaya aku memaafkan Haris sedangkan aku tahu Haris tak pernah bersalah dalam hal ni? Aku sebenarnya yang bersalah kerana berkenalan dengan dia, detik hati Shafika.
Shafika melangkah lemah menuruni anak tangga dan matanya tertancap pada jam dinding, sudah pukul 11.00 malam. Dia berkira-kira sama ada mahu meneruskan pertemuan antara dia dengan Haris atau pun tidak. Sepatutnya dia ke town pukul 9.30, sekarang sudah jauh malam. Bagaimana jika Haris sudah tak ada? Tapi, aku tak ada pun beritahu dia yang aku nak jumpa dia malam ni? Adakah dia setia menunggu aku di situ? Bicara hatinya lagi.
Dia berpatah semula dan masuk ke biliknya. Dia menyalin pakaian. Dia memakai seluar jeans dan singlet hitam. Rambutnya tadi yang terikat kini dilepaskan. Bedak dan celak di pakai. Lipstik diperkemaskan dan kasut boot dua belas lubang yang tersimpan di bawah katilnya terus diambil. Bengles yang berada di dalam kotak juga diambil lalu dipakaikan pada pergelangan tangan dengan pantas. Anting-anting juga dipakai. Anting-anting menjalar ke bahu. Panjang benar. Rantai juga dikalung pada lehernya.
Sebaik sahaja mahu melangkah keluar, dia menyambar pula jaket hitam yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Memang di dalam biliknya itu tak dibenarkan sesiapa pun masuk walaupun Wanie.
Ke mana pula Shafika mahu pergi dengan gaya sebegitu? Gaya seperti seorang perempuan punk? Imej yang jarang sekali dipersembahkan selain berpakaian simple di hadapan semua orang sewaktu di kolej. Malam ini lain benar ragam dan penampilannya. Mungkin dia tertekan dan ingin kembali seperti dulu? Barangkali inilah diri Shafika yang sebenar.


***
            Kereta Mitsubishi Lancer Evolution berwarna biru telah meletup di bahu jalan setelah terlanggar tiang. Mujurlah Haris sempat menghimpit kereta itu sebelum mereka sempat melepaskan tembakan lalu kereta mereka terbabas. Haris tidak membiarkan keadaan itu selesa. Haris drift berpatah balik dan terus menghalakan pistolnya dan menekan picu tepat ke arah tangki minyak. Maka dari jarak 80 meter, kereta itu meletup.
Tanpa berlengah Haris meninggalkan kawasan itu. Dia tidak boleh membuang waktu kerana Ayob mesti diselamatkan.
“Aku tahu ni semua kerja kau Mael! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku! Kau memang nak aku mampus tapi tak semudah tu Mael!” Haris mengumam geram. Memang panas membara hatinya. Kenapa mesti libatkan orang lain jika mahu memburunya? Kenapa mesti menghancurkan cita-cita dan impian orang yang tak bersalah? Ayob bukan orang sepatutnya untuk diseksa. Haris tak mahu membiarkan lelaki seperti Ayob rebah ditangan mereka. Tidak! Aku takkan biarkan! Ayob!! Kau tunggu aku! Jerit Haris.
Haris memecut sepenuh hati. Dia berharap dirinya tidak terlewat. Semoga Ayob dalam keadaan selamat, doa hatinya lagi.
Tanpa diduga handphone bernyanyi-nyanyi dengan lagu dari kumpulan Ramones, I Wanna Be Your Boyfriend. Haris menjawab panggilan itu kerana dia tahu siapa yang menghubunginya.
“Haris... awak dekat mana sekarang ni?”
“Hah kau? Boleh pulak berawak-awak? Dekat kolej bukan main kasar cakap dengan aku. Jangan kau sibuk tanya aku ada dekat mana.”
“Haris, maafkan saya.”
“Aku sentiasa maafkan kau.”
“Boleh kita jumpa? Saya ada dekat town ni.”
“Maaf, aku ada hal lain yang lebih penting. Kau tengok jam dah pukul berapa?”
“Haris...”
Haris mematikan panggilan. Dia tak ada waktu untuk bersembang di talian. Dalam fikirannya memikirkan nyawa yang bakal melayang itu. Dia tak mahu melibatkan Shafika pula dalam situasi ini. Jika Mael Lambung tahu Shafika rapat dengannya, kemungkinan besar Shafika pula menjadi mangsa.
“Barua!!! Kau memang barua, Mael!!! Aku tak tahu kau kerja dengan siapa sekarang ni!” Haris keliru dan kekeliruan itu membuatkan hati dan perasaannya tidak tenang lagi. Kalau aku dapat kau, aku lanyak kau sampai mampus Mael! Lambung tak lambung! Kalau kau berani apa-apakan kawan aku mati kau aku kerjakan! Janji Haris.

***
“Ish dia ni! Letak telefon pulak. Aku baru nak ajak dia settle masalah ni ni, nak cakap elok-elok tapi banyak pula alasan.” Shafika membebel sendiri yang ketika ini sedang melabuhkan punggung pada bonet hadapan keretanya. Dia parking kereta berhampir dekat sebuah taman yang diterangi lampu neon.
Shafika bermain dengan perasaannya sendiri. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan malam ni. Kalau dia tak nak jumpa aku, malam ni aku lepak dekat pub, okey jugak ni. Dah lama aku tak jumpa kawan-kawan aku yang lain. Bisik hatinya.
Ada sebuah kereta telah parking di sebelah kereta Shafika. Shafika tak kenal siapa orang tu tapi dia buat tak layan.
Mereka semua keluar serentak dari perut kereta dan melangkah ke arah Shafika. Mereka menguntum senyuman namun Shafika tidak membalas dengan senyuman tetapi menghadiahkan kepada mereka kerutan dahi.
“Hi cik...”
Shafika diam setelah disapa oleh lelaki bermisai lebat berkulit gelap.
“Amboi sombong cik adik ni.” Ucap lelaki pertama itu
Lelaki kedua hanya diam sahaja.
“Janganlah sombong sangat.” Kata lelaki ketiga berambut pacak dan berantai.
Lelaki keempat pula menguis dagu Shafika.
“Apa ni?” Marah Shafika. “Jangan ganggu akulah. Aku kenal korang ke?”
“Rasanya cik adik tak kenal tapi bolehlah kita berkenal-kenalan, kan? Putih betis cik adik ni, boleh abang gosok sikit?” Lelaki ketiga itu melucah.
“Cis! Kaum setan rupanya. Blah lah!”
“Ke mana kami nak blah? Kami tak ada rumah... boleh ke kami tumpang tidur dekat rumah cik adik malam ni? Boleh lah kita mesra-mesra...” Miang lelaki pertama bermisai lebat itu. Lelaki itu terus mendakap kemas tubuh Shafika.
“Sial! Lepaskan aku wei! Tolong!!!”
‘Pap!’ Mulut Shafika ditekup oleh lelaki pertama.
“Cepat bawa dia masuk.” Arah lelaki pertama itu.
Shafika dibawa masuk ke dalam kereta oleh mereka.
Shafika merontak-ronta namun kekuatan Shafika tak setanding lelaki. Shafika dicabul. Shafika menjerit tapi tak berdaya. Bila mereka sudah berada di dalam kereta, pekupan mulut dilepaskan.
“Tolong!!!” Shafika menjerit.
“Janganlah jerit kuat sangat, sakit telinga abang ni tau.”
“Kamu semua ni siapa hah? Jangan nak buat yang bukan-bukan.” Shafika memberi amaran namun mereka semua ketawa. Shafika seakan pernah terlihat salah seorang daripada mereka. Lelaki yang sedang memegangnya ketika ini iaitu lelaki ketiga, wajahnya serupa dengan lelaki yang duduk di sebelah lelaki yang bertatu harimau pada malam dia terlanggar dengan lelaki bertatu itu. Adakah ini geng mereka?
“Lepaskan aku woi!” Shafika menjerit dan meminta dilepaskan namun malangnya semakin Shafika melawan semakin rakus mereka kerjakan Shafika. Kedua-dua orang lelaki disebelahnya mengambil kesempatan. Shafika dicabul!
“Apa korang buat ni! Woi! Apa ni?! Setan! Bintang!” Maki Shafika dengan wajah ketakutan.
“Rileks der... jangan buat apa-apa dekat perempuan ni. Kita selesaikan kerja kita dah lah...” Kata lelaki di sebelah tempat duduk pemandu.
“Ala bro! Makanan ni, marilah kita rasmi dulu.”
“Sial! Kau ingat aku ni apa? Palacur!!!” Marah Shafika.
“Siapa yang sial?” Lelaki ketiga cuba mencium mulut Shafika. Dengan cepat Shafika meludah.
“Kau ludah aku?”
“Argh!” Rambut Shafika ditarik.
“Wei der! Rileks der... jangan kasar-kasar dengan perempuan. Lu kena ingat, jangan ada lebam walaupun sikit di badannya kalau tak, nanti nahas kita.” Lelaki kedua yang berada di sebelah tempat duduk pemandu itu bersuara lagi.
Lelaki ketiga dan keempat mendengar cakap lelaki kedua itu manakala lelaki pertama meneruskan pemanduan untuk ke destinasi. Sejak awal lagi mereka mengesan kedudukan Shafika dan memang mengekori pergerakan Shafika ketika dia mula-mula keluar dari rumah.
Malam kian pekat dan keadaan semakin resah. Hati dan perasaan Shafika tidak tenang lagi. Apakah semua ini? Dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang tak dikenalinya namun dia tetap menelaah siapakah mereka yang sebenarnya. Shafika ingin tahu tajuan dia dibawa pergi tetapi pertanyaan itu tidak dijawab.
Shafika berpeluh-peluh dan nafasnya turun naik dengan pantas. Menoleh ke kiri dan ke kanan dengan laju cuba meminta pertolongan namun mereka lebih pantas memberi amaran dengan mengacukan sepucuk pistol ke pinggang Shafika. Berkerut-kerut dahi Shafika.
“Lu jangan nak buat hal kalau tak nak nyawa lu terbang. Dahlah tadi lu ludah muka gua! Gua rasa nak tarik je lidah lu ni lepas tu gua potong sampai habis!”
“Buat ar! Apasal tak bunuh je aku ni?”
“Kalau gua bunuh lu sekarang, nanti gua tak dapat duit gua!” kata lelaki ketiga tu.
“Gua dah kata rileks der.”
“Bro, mulut perempuan ni macam sampah bro! Gua tak tahan ni.”
“Kalau lu tak tahan, lu diam atau lu mampus?” Lelaki ketiga tu terus terdiam setelah lelaki kedua memberi amaran keras. Shafika bernafas dengan laju.
“Korang ni siapa sebenarnya dan apa yang korang nak dari aku hah?!” Sekali lagi Shafika bertanya namun mereka kembali diam. Masing-masing buat tak tahu tetapi pistol tetap diacukan dekat pinggang Shafika.
Mata Shafika berair, berderai air matanya ketika ini kerana dirinya diperlakukan seperti lauk yang terhidang. Kes cabul itu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Dengan mudah dirinya diganggu. Shafika dirundung kesedihan dan rasa geram.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.