Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 10)


            “Kenapa kau ambil benda-benda tu?! Cakap! Siapa yang buat kau jadi macam ni?!”
            “Jangan kacau I boleh tak, you pergi mampus lah.”
“Intan!”
“Pergilah. I ni dah tak suci. I kotor. I jijik. Pergi! Jangan ganggu hidup I lagi.” Ucap Intan yang  berkeadaan mabuk dan khayal. Haris kecewa dengan apa yang berlaku. Sungguh sakit hatinya mengenangkan keadaan intan. Hubungan cinta antara mereka berakhir.
Dia tidak mahu ingat lagi tetapi semua itu terbayang di minda kerana fikirannya dihambat dengan memori lama. Jiwanya muda, jiwanya panas dan dia masih di dalam keadaan tepisat-pisat. Ketenangan cuba dipamerkan tetapi payah.
Dia tak nak masuk ke kolej itu kerana bekas kekasih pernah belajar di situ namun ayahnya memaksa dia belajar di situ juga. Dia malas hendak berlajar lagi namun terpaksa. Kekecewaan yang dialaminya sungguh memakan diri. Penderitaan hati dan perasaan mendera jiwanya. Namun selepas berkenalan dengan Shafika, lain pula dirasakannya. Permulaan hari baru menyinari hidupnya namun semua itu terhapus kerana Bakar menghalang. Sejak menjejakan kaki pada semester pertama ketika itu, banyak perkara yang berubah terutama sekali soal hati dan perasaan.
Kini sudah lima tahun dia di dalam tirai besi menjalani hukuman dari kesalahan yang tak dilakukannya.Sungguh tidak adil dirasakannya. Hidup ini memang kejam.
Pelbagai gambaran muncul di dalam kotak fikiran. Siang dan malamnya dirasakan sama sahaja. Seminit menyeksakan apatah lagi kini sudah lima tahun di situ. Hendak dibandingkan kehidupan di luar memang terlalu jauh, di luar merupakan aktiviti yang berbeza dapat dilakukan manakala hidup di dalam penjara perkara sama sahaja. Sudah menjadi rutin yang cukup merimaskan.
“Aku dah suruh kau berubah tapi kau tak nak! Kau ikut sangat panas baran kau tu kenapa?”
“Papa, Haris cuba berubah tapi tak boleh.”
“Sebabnya kauni memang tak ada benda yang nak dilakukan. Papa akan hantar kau belajar. Lebih baik kau belajar di kolej dari kau merayap malam-malam tak tentu hala.”
“Haris tak nak sambung belajar.”
“Kau kena dengar cakap papa!”
Hidupnya bagaikan dikongkong selama ni. Apa yang papanya suruh dia terpaksa lakukan. Hidup sebagai anak tunggal dan tidak beribu itu menjadikannya sangat tertekan. Tetapi itu cerita dulu ketika dia dan papanya bertengkar. Kini dia bergelar anak yatim piatu. Tiga tahun yang lalu papanya sudah meninggal dunia. Itulah kesedihan yang tak terungkap. Dia tiada sesiapa lagi. Semasa pengkebumian arwah papanya, dia ada bersama namun gari tetap setia di tangan dikawal oleh warden penjara.

***

“Kau nak ke mana tu Fika?”
“Apa papa ni? Fika nak keluar laa. Tenangkan fikiran.”
“Tak payah keluar. Kau duduk je dalam rumah ni.”
“Rimaslah asyik duduk dekat rumah je. Fika nak kerja papa tak bagi kerja.” Shafika bengang.
“Sebelum ni papa dah rekemenkan kau kerja tapi kau asyik ponteng. Macam mana ni? Apa nak jadi dengan kau ni Fika? Dah banyak berubah. Tak macam lima tahun dulu.”
Shafika memandang papanya.
“Papa, bila kita nak balik ke Malaysia? Rimas tau duduk sini. Sini bukan tempat kita.”
“Fika!”
“Okey, malaslah nak layan papa ni!” Shafika terus melangkah keluar tanpa mempedulikan amaran papanya. Tinggal di New York tak cukup bagus buat dirinya. Dia tahu tujuan papanya membawanya ke sini dan lari jauh dari tanah air adalah semata-mata demi keselamatan dirinya. Cuma itu yang dia tahu namun mungkin ada perkara lain lagi di luar pengetahuannya. Sungguhpun begitu Shafika masih dan tetap tidak berpuas hati dengan tindakan papanya yang melarikan diri sebegini umpama seorang pengecut saja.

***

Merayau tanpa tujuan. Membawa rasa yang kurang senang. Bosan gila dirasakannya saat ini. Macamlah New York City ni best sangat. Bengang Shafika masih bersisa lagi. Dia nak balik ke Malaysia. Tempoh lima tahun cukup lama. Tinggal di tempat asing memang tidak seronok biarpun di sini segalanya ada. Jika di Malaysia tiada salji, di sini ada musimnya namun Shafika lebih rindukan iklim khatulistiwa.
“Fika...!” Dia yang berjalan memakai baju sejuk itu menoleh ke belakang setelah seseorang memanggilnya. Mengeluh. Tak ada orang lain ke yang nak datang dekat dengan dia. Kenapa perlu Ayob?
“Kau nak apa ni? Mana je ku pergi mesti kau ada?”
“Janganlah macam ni Fika. Aku nampak kau tadi. Tak lama lagi aku dah nak balik Malaysia. Pengajian aku dekat sini dah tamat.”
“Ada aku kisah ke?”
“Eh Fika... kau nampak tak mereka tengah main jet ski tu.”
“Aku tak nak ambil tahulah semua tu.”
“Jomlah kita pergi dekat sana, di situ ada bangku. Boleh kita duduk.”
Keadaan dingin itu membuatkan mereka terpaksa memakai baju yang tebal. Ayob meminta Shafika ke sana. Shafika malas tetapi mungkin ini pertemuan terakhir antara dia dan Ayob. Ayob dah tamat pengajian di sini manakala dia pula sudah tamat pengajian enam bulan yang lalu tapi masih di sini.
“Kau tak rindukan Bakar ke?”
“Aku lebih rindukan Haris.”
“Aku jugak.” Balas Ayob. “Dia dah selamatkan nyawa aku.
“Tapi dia tu pembunuh!”
“Tak Fika. Kau silap. Semua tu pasti ada sebab dan kau saksi pembunuhan tu. Aku pun saksi pembunuhan tu juga tapi kenapa kita tak selamatkan Haris dulu?” Ayob melabuhkan punggungnya.
“Boleh tak kau jangan peningkan kepala aku?”
“Bagaimana dengan Bakar?”
“Aku tak tahu mana dia menghilang.”
“Aku pun.”
“Kau ni asyik mengikut cakap aku je.”
“Realiti.” Ayob yang kini banyak perubah. Penampilan dan caranya tak seperti dulu tapi parut kecederaan yang dulu masih kekal sehingga ke hari ini. Kesan tembakan pada rusuk kirinya telah menyimpan kedukaan. Dia hilang keupayaan untuk melakukan kerja-kerja berat.
“Ayob. Aku tak faham semua ni.”
“Fika! Kalau aku cakap sesuatu kau jangan marah.” Ayob bangun.
Shafika berkerut dahi dan mengeluh.
“Apa pulak ni? Dahlah, I have to go.”
Wait Fika.” Ayob menghalang. Bahu Shafika dipegang.
Shafika menepis.
For What? Untuk meraikan perpisahan kau? Kau nak balik Malaysia kau balik ar. Tak ada kena mengena dengan aku pun.” Shafika angkat kening.
“Wanie kirim salam. Dia telefon aku tadi.”
“Dia tak telefon aku pun.”
“Kau yang buang dia.”
No!”
Yes Fika. Kau tuduh dia macam-macam. Kau tuduh dialah perosak hubungan adik dan abang antara kau dan Bakar.”
Forget it.”
“Tak semudah tu dia nak lupakan kawan seperti kau. Kau dekat sini dan dia dekat sana. Kau tak fikir ke perasaan dia?”
Enough Ayob! Aku tak nak dengar apa-apa lagi.”
“Fika! Papa kau tu dalang semua ni!”
Kurang ajar!
‘Pang’ Fika sepak muka Ayob.
Idiot! Kau jangan nak main tuduh-tuduh! Go to hell you! Damn!” Shafika kalut berlalu.
“Fika!”
“Lebih baik kau pergi mati, ini bukan pakej Mustika tiga dalam satu tawaran hebat tapi masalah aku lebih rumit dari pakej yang ditawarkan Astro di Malaysia tu!!” Pekik Shafika sambil berlari meninggalkan Ayob terkulat-kulat. Hari sudah senja. Dia hendak pulang. Senja di sini dingin. Sedingin hati yang alpa.
“Itu aku tahu lah! Fika! Tunggu dulu!”
“Blah!”
Shafika melangkah laju. Ayob tidak mengejar kerana jika diteruskan langkah mengejar Shafika nanti khuatir akan lain pula jadinya. Maka, lebih baik dibiarkan sahaja. Ayob runsing.

***

“Papa! I need something from papa.”
“Okey... apa dia?” Encik Baharudin bangun dari meja komputer. Encik Baharudin ayah kepada Nur Shafika Baharudin seorang yang berwajah bengis tapi penyayang namun sikap itu bakal berubah pada bila-bila masa. “Honey... balik dengan muka marah-marah ni kenapa? Tak habis lagi ke nak marahkan papa?” Encik Baharudin duduk di sofa pula.
“Fika nak penjelasan daripada papa.”
“Lain macam je bunyinya. Duduk dulu jangan berdiri macam tu.”
Shafika terus duduk di sebelah papanya. Berkerut-kerut dahi Shafika. Garis-garis sangsi terpampang.
About life.”
Life? Whats wrong honey...?”
“Mana mama papa? Selama ni Fika tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu. Waktu kecil Fika dijaga oleh pengasuh. Tak sama papa. Fika nak tahu mana mama pergi? Fika tak percaya kata-kata papa. Papa kata mama dah meninggal sewaktu melahirkan Fika tapi papa tak pernah tunjukkan pada Fika dekat mana kuburnya. Papa bohong Fika kan?” Fika menahan sebak di dada.
“Apa yang Fika merepek ni?” Encik Baharudin hairan.
“Fika tak merepek papa. Kalau papa tak nak balik ke Malaysia, biar Fika je yang balik!” Raut wajah Shafika terus berubah dan dia melenting tiba-tiba.
“Fika! Kenapa Fika asyik cakap nak balik Malaysia. Kalau Fika diburu bagaimana?”
“Kenapa mereka nak buru Fika? Siapa mereka tu papa? Siapa?! Papa memang pentingkan diri sendiri. Papa hanya tahu manjakan Fika tapi papa tak pernah nak memahami apa yang Fika rasa sekarang ni. Fika nak selamatkan Haris!”
“Fika! Haris tu pembunuh. Apa yang berlaku tu rancangannya. Fika tak serik-serik ke? Mana Bakar pergi? Sampai sekarang pun polis dekat Malaysia tak jumpa mayat Bakar.”
“Bakar tak mati! Fika yakin Haris tak buat semua tu.”
“Satu Malaysia dah tahu kes ni.”
No papa. You lie!”
Please Fika, jangan buat papa macam ni. Papa sayang sangat pada Fika. Fika satu-satunya anak papa. Papa tak nak kehilangan Fika...” Encik Baharudin bersedih. “Fika pernah dengarkan kes pembunuh sebelum Haris dipenjarakan? Fika... Man Tiger tu pembunuh. Kalau ayahnya dah pernah bunuh orang, anaknya juga pembunuh. Dasar keturunan pembunuh. Fika nak ke berkawan dengan orang macam tu?”
“Habis tu? Kalau mereka keturunan pembunuh, Fika ni apa? Fika keturunan tokang pengedar dadah terbesar dekat Malaysia? Macam tu?” Shafika melepaskan perasaan. Terkejut Encik Baharudin mendengarnya.
“Dari mana Fika dengar semua ni? Dari mulut orang? Fika... orang boleh cakap apa saja untuk musnahkan keluarga kita. Fika pun tahu yang papa tak ada musuh kan?”
“Kita ke sini kerana Fika ke papa? Atau kerana papa yang nak larikan diri? Papa, what to be happen kalau kita balik Malaysia? Sampai bila kita nak tinggal dekat sini?”
“Siapa yang buat cerita yang bukan-bukan ni? Fika tak percayakan papa sendiri ke? Takkanlah papa nak buat kerja-kerja tu. Banyak pekerjaan yang halal boleh dilakukan. Kesenangan yang kita dapat hari ni adalah dari titik peluh papa sendiri. Kalau kita stay dekat Malaysia lagi, maybe kita akan dapat susah. Don’t take easy, Fika. Problem now, Fika tak nak dengar cakap papa. ”
“Tak kiralah dari mana Fika dapat tahu. Fika akan cari bukti. Fika nak buktikan bahawa Haris tak bersalah. Malam ni Fika akan balik ke Malaysia. Papa jangan nak halang Fika. Kalau papa halang juga, anggaplah Fika dah mati dalam hidup papa. Selama ni pun Fika selalu dengar cakap papa. Tapi kali ni Fika dah tak boleh nak ikut lagi. Fika dah besar dan Fika boleh bina hidup sendiri.” Bukan niat Shafika untuk melawan cakap papanya tapi gerak hatinya telah membawa dia ke satu persimpangan. Dia keliru.
Encik Baharudin tergamam mendengar kata-kata Shafika yang tidak berfikir dengan mendalam. Sebaik-baiknya Shafika perlu timbangkan keputusan namun mungkin inilah keputusan muktamad yang dibuatnya.

For View My Story And Comment [Click Here]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.