Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 6)


Wanie memegang sesuatu. Sesuatu yang telah dibuang oleh Shafika tanpa diselidik dulu isinya. Barangkali Shafika tak sempat membacanya. Oleh sebab itu Wanie cuba memujuk Shafika supaya jangan terlalu ikut emosi. Dari tadi lagi mereka tiba ke rumah tidak bertegur sapa. Shafika termenung di atas sofa seorang diri. Lalu Shafika dihampiri oleh Wanie.
“Sudah-sudahlah tu buat muka buruk macam tu. Ni ambil surat ni. Aku lupa nak pulangkan. Masa Bakar masa dalam kelas kau tak sempat baca. Kau main campak je. Aku harap kau baca apa yang Haris tulis. Aku nak masuk tidur dah lewat malam ni. Assalamualaikum.” Ucap Wanie sambil meletakkan surat tersebut di atas meja. Mata Shafika tidak berkalih dari memandang kosong ke arah kaca televisyen yang tak terpasang tu.
Usai Wanie naik ke tingkat atas, Shafika menoleh ke arah surat itu. Malas pula nak baca tapi kalau tak baca dia takkan tahu apa yang disampaikan oleh Haris.
Namun kedegilan sekeping hati tu melarut juga dengan pujukan jiwanya yang halus. Jiwa ingin tahu kemurnian dan kesucian hati Haris. Betul ke Haris ikhlas nak berkawan dengannya? Tapi kenapa sanggup berkelahi dengan abang angkatnya pula? Shafika tak selesa apabila Haris bermusuh dengan Bakar.
Akhirnya surat itu dicapainya. Dia membukanya perlahan-lahan namun tidak semena-mena loceng berbunyi. Siapa pula yang datang tengah malam buta ni? Menganggu Shafika yang kesedihan. Dengan malas Shafika bangun dan mengintai siapa pula yang kurang ajar datang lewat macam ni?
Eh? Abang... Shafika terlihat abang angkatnya di luar. Dia membuka pintu. Bakar tersenyum.
“Maafkan abang kerana menganggu malam Fika... erm, Fika masih marahkan abang lagi ke pasal kes di kolej siang tadi?” Bakar yang berjaket hitam berdiri di luar pintu masuk. Memang Shafika tidak menjemput Bakar masuk kerana tak elok dipandang orang jika Bakar meluru masuk begitu sahaja. Bakar seakan mengerti sahaja jawapan dari raut wajah Shafika.
Shafika mengeluh.
“Abang tahu Fika masih marahkan abang. Ni untuk Fika...” Bakar menghulurkan jambangan bunga mawar kuning kepada Shafika. Demi menjaga hati Bakar, Shafika mengambilnya. Dia datang hanya untuk memberikan bunga kepada Shafika, tapi boleh percaya ke? Adakah semata-mata ingin berikan bunga dilewat tengah malam begini sedangkan orang lain sudah masuh tidur?
Shafika mengambil bunga itu tetapi Bakar terlihat sesuatu.
“Kertas apa tu?” Bakar bertanya sangsi.
“Eh? Tak ada apa-apa bang.” Shafika terlupa akan surat itu, maka dia terus menyorokkan dekat belakang.
“Boleh abang tengok kertas apa tu?” Bakar tetap mencurigai Shafika.
“Tak payahlah bang, lagipun ni cuma nota kelas Puan Laila je. Fika kena hafal. Sebab tu Fika belum masuk tidur lagi. Fika nak kena ingat semua ni. Esok ada kuiz bang, kalau tak boleh jawab habislah Fika nanti.” Balas Shafika tidak jujur demi menjaga hati Bakar. Shafika sendiri pun belum mengetahui isi kandungan surat itu.
“Boleh ke abang percaya cakap Fika ni?”
“Abang, kalau nak cakap soal percaya atau tak...”
Cepat-cepat Bakar meletakkan jari telunjuknya ke bibir Shafika, dia tahu Shafika mahu membebel kes petang tadi. Shafika marahkan Bakar dan dia tahu Shafika panasnya cuma sekejap sahaja dan dia tahu cara memujuk Shafika. Maka dia memberikan Shafika bunga dan dia perlu mengalah dari terus memaksa.
“Tak apalah kalau macam tu. Fika, abang balik dulu ya? Jangan tidur lewat sangat, abang ada hal lain nak kena buat ni.” Pesan Bakar yang menyayangi Shafika.
“Abang tak terus balik ke?” Shafika sengaja bertanya sedemikian.
“Abang tidur rumah kawan je.” Jawab Bakar lalu berundur. Baru sahaja Shafika hendak menutup semula pintu, Bakar memanggil lagi.
“Fika...” Panggil Bakar dan Shafika membuka semula pintu rumahnya.
“Kenapa bang?”
Bakar melekatkan dua jarinya kanannya ke bibirnya sendiri lantas jari itu dilekatkan pula ke pipi kiri Shafika. Tergamam Shafika melihat tingkah laku itu. Selama ni Bakar tidak pernah bersikap sedemikian. Sungguh aneh. Lidah Shafika kelu tiba-tiba. Tidak dapat berkata apa-apa melainkan senyuman terpaksa.
Good night Fika....”
Good night bang. Bye.” Balas Shafika perlahan kerana lidahnya seakan keras sahaja.
Bye.” Bakar berundur semula sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Shafika dan terus berlalu dengan kereta Satria Neo bercorak-corak.

***

“Ris! Siapa mereka tu? Kenapa mereka buat kau macam ni?” Ayob bertanya dengan cemas. Haris menyeringai kesakitan.
“Bangsat! Aku rasa macam kenal gang tu!” Haris memeriksa ditangannya yang dibaluti dengan sapu tangan yang diberikan Ayob. Mereka sempat melarikan diri. Mujurlah semasa pergaduhan itu Haris sempat mengelak, jika tidak dia sudah terkena tikaman botol ke perutnya.
“Siapa? Tapi aku dengar mereka sebut nama Man Tiger. Siapa Man Tiger tu?” Ayob yang berada di sebelah tempat duduk pemandu itu banyak tanya pula. Rimas Haris ketika ni. Tatkala dia kesakitan pun Ayob tetap bertanya.
“Kau reti pandu kereta?” Tanya Haris tanpa menjawab pertanyaan Ayob. Malam kian larut. Mereka parking kereta di sebuah kawasan yang agak sunyi jauh dari mereka yang sibuk mengejar kereta Haris. Mereka bersembunyi di kawasan blok-blok bangunan. Mujurlah kedudukannya tak dapat dikesan.
Ayob masih berpeluh-peluh. Ayob tetap hairan kenapa mereka mengejar Haris. Semasa mereka di dalam kereta tadi dan memecut laju, Ayob terdengar bunyi beberapa das tembakan. Ayob tak puas hati jadi saat ini dia turun dari kereta dan melangkah ke bonet belakang. Dia terlihat kereta Haris berlubang. Barangkali terkena tembakan itu.
“Haris!! Mereka ada pistol!!” Pekik Ayob cemas kerana dia gerun melihat keadaan ini. Tak sangka bunyi tembakan itu terkena kereta Honda Accord milik Haris.
Haris terus keluar dari perut kereta dan menolak badan Ayob rapat ke kereta. Dia merenung tajam ke arah Ayob. Ayob menggigil ketakutan. Peluh terus meleleh laju. Haris mengenggam kolar baju Fred Ferry Ayob yang berwarna Ungu sekuat hati. Keadaan di lorong itu hanya diterangai lampu neon sahaja.
“Ris... si...siapa Man... Ti...tiger tu?” Ayob terketar-ketar sambil menoleh ke kiri pasrah jika dirinya ditumbuk oleh Haris yang berkerut dahi mengenggam penumbuk.
“Aku rasa aku kenal siapa mereka!”
“Musuh kau ke? Kau ada musuh?”
“Argh!!” Haris terus melepaskan tumbukkan. Ayob memejamkan mata.
‘Dang!’ Tumbukkan itu dilepaskan pada bonet belakang keretanya. Mengucap lega Ayob kerana wajahnya tak ditumbuk.
Ayob berganjak.
“Haris, apa semua ni?”
“Diam!” Bentak Haris.
“Kau sakit ke Haris?”
“Aku kata diam!” Pekik Haris lagi memberi amaran keras kepada Ayob supaya jangan bercakap lagi.
“Kau sini!” Haris melambai-lambai tangannya meminta Ayob meraptinya. Ayob takut. Ayob bimbang. Cermin matanya sudah beberapa kali dibetulkan kedudukannya. Terasa bagaikan tidak selesa.
“Kau nampak tak lubang ni?” Haris mencekak leher Ayob dengan kasar.
“Na...nampak.” Jawab Ayob ketakutan. Nafas melaju.
“Ni tembakan nak bunuh aku! Kau faham tak? Jadi kalau kau tak lari dengan aku tadi mungkin kau dan aku dah mampus! Jadi aku tak nak kau banyak tanya. Apa yang berlaku malam ni jangan beritahu sesiapa pun! Kalau aku tahu yang kau mengadu dekat orang yang tak sepatutnya! Kau nampak ni?” Haris terus mengeluarkan sepucuk pistol dari celah seluar belakang pinggangnya terus diacukan ke kepala Ayob. Terkencing Ayob jadinya.
“To... tolong Ris, jangan bunuh aku. Aku nak belajar dan aku nak dapatkan ijazah. Aku nak bantu mak ayah aku dekat kampung tu.” Ayob merayu.
“Ha ha ha ha! Ayob Ayob... Kau ni memang betul-betul penakutlah. Aku takkan bunuh kau, tapi kalau terpaksa aku akan lakukan. Sini...” Haris membawa Ayob ke tempat duduk pemandu. Ayob mengikut sahaja. “Sekarang aku nak kau pandu kereta ni. Aku tahu kau ada lesen memandu.” Haris mahu Ayob memandu keretanya kerana tangannya masih terasa sakit susah hendak memandu. Kesakitan itu masih ditahannya.
Haris memerhatikan Ayob yang kini menurut katanya. Dia berpuas hati setelah Ayob mulai takut padanya. Selepas ni senanglah kerjanya dan mudahlah baginya mengawal dan menyuruh Ayob melakukan apa sahaja yang dia mahu.

***

“Jadi... Man Tiger tu adalah kau ke? Dan siapa pulak mereka tu?” Ayob menyoal setelah dia sedikit reda. Gemuruh dijiwa beransur normal.
Haris mengangguk.
“Aku dapat rasakan mereka tu gang Mael Lambung.” Kata Haris menduga pasti.
“Mael Lambung?”
“Ya.” Haris mengiakan. “Tapi aku masih tak tahu apa yang mereka nak.” Sambung Haris lagi.
 “Mustahil kau tak tahu.”
“Kau tak percayakan aku ke?”
Ayob terdiam.
“Sekarang ni apa kau nak buat? Kalau geng-geng tu cari kau dekat kolej macam mana? Atau tahu dekat mana kau tinggal ke? Habislah kau nanti. Aku tak nak dengar pelajar kolej kita mati kena bunuh.” Ayob kembali menggigil sambil memandu.
Haris pula mendiamkan diri. Dia menoleh ke kiri dan dia terlihat sekumpulan lelaki berada seberang jalan. Dia seperti kenal seseorang.
“Bakar?” Desis Haris perlahan.
“Apa dia Ris? Siapa yang kau nampak?”
“Tak ada sesiapa.”
“Aku dengar kau sebut nama Bakar tadi.”
“Kau korek telinga kau tu. Aku tak sebut pun.”
“Apa-apa ajelah.”
Ayob buat tak tahu.
Haris mengerling.
‘Apa yang Bakar buat dekat situ? Tu salah seorang geng Mael Lambung, Zamry Rockers tu? Pelik ni. Aku harap mereka tak nampak kereta aku.’ Bisik Haris di dalam hatinya.
Sesuatu sedang berlegar di dalam kepala Haris. Biarpun kini identiti namanya gelarannya diketahui oleh Ayob namun dia tak gentar. Dia tahu Ayob takkan berani buka mulut tetapi apa pula halnya dengan Bakar ketika ini? Hasri tertanya-tanya lagi.
Bukan mudah merungkai perkara ini dan tidaklah terlalu susah baginya mencari akal untuk mengorek rahsia bakar yang selalu menyibuk halnya berkawan dengan Shafika. Ah! Bakar ni menyusahkan hidup aku. Aku masuk kolej tu bukan rela pun dan aku tak nak ada masalah tapi Bakar ni memang buat aku naik angin. Aku nak jadi budak baik pun susah. Itu tak kena dna ini tak kena. Apa aku pedulikan? Aku Man Tiger tak takut dekat si Bakar poyo tu! Bangang dia ni! Hasri memaki hamun Bakar di dalam hatinya terus menerus.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.