Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 5)

Menyinga wajah Haris ketika ni. Bengang bukan main lagi. Rasa nak terbalikkan sahaja meja makan ni. Geram sungguh rasa di hati. Hilang sudah seleranya. Baru beberapa suap mee goreng Mamak disuapkan ke mulut tiba-tiba lain pula rasanya. Dia rasa loya dan hampir nak termuntah. Ayob memerhatikan sahaja. Dia takut nak tegur. Silap hari bulan Ayob pula kena tendang. Entah kenapa dia rasa gerun pula melihat Haris. Lama kelamaan dia bertambah takut kepada Haris. Perasaan itu timbul sejak Haris seringkali berkelahi dan bertumbuk dengan Bakar.
“Yob!! Kau pergi panggil tukang masak mee goreng ni sekarang jugak!” Bentak Haris dengan keras. Ayob tersentak. Tersembur ais sirap.
“Ris! Kenapa ni?” Ayob terpisat-pisat lalu bangun bertanya sebabnya.
Haris merengus. Matanya mengecil.
“Barua punya tukang masak! Kau pergi panggil! Cepat ar! Terhegeh-hegeh!” Haris memarahi Ayob. Menggelabah Ayob dibuatnya. Si bendul ni terus terkejar-kejar memanggil tukang masak mee goreng tu.
Haris tak duduk diam. Dia tengah hot sekarang ni. Dia seperti harimau yang sudah diganggu tidurnya. Usai Ayob memanggil, tukang masak pun tiba bersama Ayob.
“Ada apa bang?”
Haris menoleh sambil bangun berdiri. Dia berhadapan dengan seorang budak lelaki. Nak diterajang takut pula jauh terpelantingnya nanti. Hendak dibelai-belai memang buat perkasam aje. Tak padan pulak Haris nak lempang budak ni.
“Kau ke yang buat mee goreng ni?” Tanya Haris cuba mengawal perasaan.
“Ya bang, saya yang buat. Kenapa bang?” Budak lelaki yang memakai apron itu kelihatan takut-takut je.
“Kau tanya kenapa? Ni! Kau tengok ni!” Haris terus memauu leher budak lelaki tu sambil menghadapkan muka budak tu ke arah mee goreng di atas meja. “Lipas!! Macam mana kau goreng ha? Tak jaga kebersihan ke? Aku suruh kau masak mee goreng, bukannya lipas goreng!”
“Bang bang! saya minta maaf bang, mana saya tahu bang, saya buat yang lain. Jangan kecoh-kecoh dekat sini bang nanti saya kena pecat.”
“Berapa umur kau sekarang?”
“Lapan belas tahun bang.”
“Ooo, baru habis SPM ke?”
“Habis tu bang takkan UPSR pulak?”
Ayob dekat belakang tahan rasa ketawa. Jangan dilepaskan tawa itu nanti buruk padahnya. Haris dipermainkan begitu sahaja.
“Kau main-main dengan aku ye? Mee goreng ni layak dihempap ke muka kau je.” Haris terus menghempap pinggan berisi mee goreng tu ke muka budak lelaki tu tanpa belas kasihan lagi.
            “Hoi!” terdengar suara orang terpekik.
Haris menoleh namun malang nasibnya. Satu tumbukkan padu dilepaskan ke mukanya. Dia ditumbuk kuat oleh orang yang tidak dikenali. Pergaduhan berlaku di restoran. Haris dipukul ramai-ramai. Ayob cuba membantu tetapi ditendang sampai terpelanting ke tepi longkang.
Haris melawan. Dia tidak gentar dibelasah sepuluh orang. Ditumbuk, diterajang kesemuanya dan dia juga dibalas pula. Haris melawan semula. Dia jatuh dan dia bangun lagi. Dia melompat dan menerajang ke dada mereka. Mana yangs empat dia layangkan tumbukan dan dia libas kepala mereka. Salah seorang daripada mereka melayangkan meja makan, Haris mengelak. Tiba-tiba tanpa disangka kedengaran botol dipecahkan.
“Haris!!!” Ayob menjerit.
“Erk!”

***

“Eh? Selalunya ada dekat sini. Mana dia pergi ye?”
“Siapa yang kau cari ni Wanie? Dari tadi aku tanya kau buat tak tahu. Yang kau bawa aku kat tempat macam ni kenapa?”
“Aku cari orang yang kau kenal.”
Who? Aku kenal ke siapa orang tu?”
“Kan aku dah cakap kau kenal, kenapa tanya lagi?”
“Yelah, masalahnya kau tak beritahu pun namanya.”
“Aku belum beritahu eh?”
“Tensionnya aku!” Shafika memuncungkan mulutnya.
Wanie tercari-cari seseorang dan dalam matanya sedang meliar ke kiri dan ke kanan itu, akhirnya dia berjaya mengesan kewujudan orang yang dicari di tepi pintu masuk kedai Cina.
“Tu dia...”
“Siapa?”
“Intan.”
What? Dia ada dekat tempat yang macam ni ke? Apa dia buat dekat sini Wanie? Kau kena jelaskan kat aku sekarang juga. Aku nak kau cerita apa sebenarnya tujuan kau bawa aku datang kat sini.” Shafika terperanjat. Dia terkejut betul bila nama Intan meniti di bibir Wanie. Shafika tak mengerti maksud sebenar Wanie membawanya berjumpa dengan Intan dekat tempat macam ni. Di tempat ini kelihatan terlalu sunyi.
“Nanti aku cerita selepas kita berjumpa dengan Intan. Buat masa ni kau diam je dan aku tak akan jelaskan apa-apa sebelum aku bercakap dengan Intan.”
“No! Intan takkan bercakap dengan aku.”
“Aku tak suruh pun kau cakap dengan dia.” Balas Wanie.
Shafika membatu dan tidak mahu berganjak. Dia tetap mahukan penjelasan.
Wanie mengeluh.
Shafika mengecilkan anak matanya. Memang dia keliru sekarang ni. Jangan buat dia jadi orang tak keruan saat ini. Dia dengan Intan memang tak bertegur sapa pun. Sebelum Intan dibuang dari kolej lagi.
Wanie cuba menarik tangan Shafika untuk melintas jalan. Dari tadi mereka berdua berdiri agak jauh dari tempat yang dia perhatikan tadi. Saat ini jam sudah pukul sepuluh malam. Waktu begini Intan akan muncul.
“Aku kata tak payah!”
“Fika...  kau jangan jadi macam budak kecil. Kita kena selamatkan Intan.”
“Aku tak ada kana mengena dengan dia.”
“Sama juga kau dengan Bakar tu! Bukan saudara kandung pun kan?”
“Kau jangan nak buruk-burukan Abang Bakar, okey. Dia tu sebenarnya baik. Keadaan yang memaksa dia nampak jahat. Aku tahu hati Abang Bakar sebenarnya baik.”
“Itu anggapan kau. Selepas apa yang berlaku semalam, kau masih nak menafikannya lagi? Dah jelaslah Fika. Kau tak nampak macam mana keadaan tu? Baiklah.... masa di parking kereta. Aku pun tahu cerita tu, aku pun dah dengar dari mulut kau sendiri dan mulut orang lain juga. Aku bandingkan hal tu. Ternyata kedua-keduanya salah. Tapi aku tak rasa yang Haris tu jahat.”
“Dan Abang Bakar pun tak jahat! Aku tahu kau nak tuduh Abang Bakar yang buat semua ni kan? Kau nak tuduh yang...” Shafika tak tergamak mengungkapkannya.
“Memang itu realitinya. Oleh sebab tu aku bawa kau ke sini.” Balas Wanie memahami apa yang mahu Shafika katakan.
“Aku tak percaya! Walau apa pun yang Intan cakap aku pasti takkan percaya! Wanie, aku nak balik ni tolonglah cepat! Kalau kau tak nak balik, aku naik teksi je.” Shafika berdegil.
Wanie tetap memaksa Shafika supaya bertemu dengan Intan namun Shafika berdegil dan berkeras hati. Shafika melangkah laju sambil dikejar oleh Wanie sehinggalah Shafika terlanggar seseorang. Seseorang yang tertatu di leher. Tatu kepala harimau. Telinganya ada bersubang. Cerut di mulut dan asap itu berkepul-kepul keluar. Shafika tidak senang dengan bau asap rokok. Dia tidak selasa.
“Bos... cantik awek ni. Boleh jadi lauk malam ni.”
“Hei!” Lelaki tu menghalang kemaraan anak buahnya.
Shafika berasa panik. Dia tak sangka akan terlanggar samseng ketika bergegas beredar dari tempat tadi. Shafika berganjak.
Tiba-tiba tangannya ditarik laju. Wanie menarik tangan Shafika untuk beredar dari situ dengan segera dan mereka hanya memerhatikan sahaja. Mujurlah mereka tidak mengejar Shafika dan Wanie.

***

“Kau gila ke? Orang yang kau langgar tu gangster. Gangster dekat bandar ni. Kalau mereka buat apa-apa dekat kau tadi siapa nak jawab? Tulah kau degil tak nak dengar cakap aku. Kalau kau ikut aku pergi jumpa Intan tadi pasti mamat gangster tu tak tengok kau.”
“Gaya kau cakap ni macam kau kenal je dengan mamat tu?” Shafika mencurigai Wanie.
“Aku tak kenal tapi aku pernah nampak Bakar bersama dengan mereka. Aku cam muka mamat tu, muka dia macam muka Adi Putra. Jahat gila muka tu seperti dalam filem KL Gangster.”
“Aku tak minat cerita tentang gangster-gangster ni.”
“Dah tu semalam kau cakap yang ayah Bakar tu gangster apa hal? Kau nak takutkan Ayob ke?”
Shafika mengangguk.
“Kau nak mereka bertambah takut dengan Bakar dan keselamatan kau dekat kolej juga terjamin? Dapat payung besar kau ni. Tapi aku pasti Haris lebih layak memayungi kau daripada Bakar. Kau tak kenal siapa Haris kan?”
“Banyak betul yang kau tahu pasal Haris tu kan? Kau jangan sebut lagi nama mamat tu boleh tak? Dan aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia.” Shafika berkeras.
Wanie terus memandu pulang dan dia membisu sahaja. Shafika pula tak mahu bercakap lagi. Mungkin ada sesuatu sedang berlegar di fikiran Shafika saat ini.
Walau bagaimanapun Wanie tetap mahu temukan Shafika dengan Intan. Dia mahu Shafika memahami keadaan sebenar. Shafika tidak boleh menganggap Bakar itu superheronya lagi. Bakar tu lelaki tak guna. Shafika patut sedar.
Wanie hairan dengan Shafika, pada mulanya mahukan Intan dibela tetapi bila sudah sampai ke tempat Intan, Shafika berkeras tidak mahu berjumpa dan memberi pelbagai alasan. Kenapa begini Shafika? Susah sangat ke nak berjumpa dengan Intan? Bukankah kau mahu menyelamatkan Intan semasa kita bercakap di rumah tadi? Keluh Wanie di dalam hati.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.