Jangan cuba-cuba cari fasal, nanti buruk padahnya. Itu aje yang selalu Ayob pesan dekat Haris. Entah apa yang hebat sangat dekat Bakar tu pun Haris tak tahu sehingga Ayob selalu sangat bercerita akan kekuatan si Bakar tu. Haris, dia ni sikit pun tak hairan dengan Bakar tu. Bagi Haris, Bakar tu tak gantle. Ya! Memang tak gantle langsung. Nak belasah dia pun bawa geng. Kalau berani one by one-lah dengan Haris. Apa? Takut ke? Haris takkan lari okey.
“Kau nak ke mana pagi-pagi ni?” Ayob bangun dari toto. Dia tidur di ruang tamu sahaja. Ayob menumpang tidur di rumah sewa Haris. Haris bosan mendengar suara Ayob ketika ini mencuit halwa pendengarannya. Dari malam tadi asyik dirinya sahaja dipersalahkan.
“Kau nak ke mana pagi-pagi ni?” Ayob bangun dari toto. Dia tidur di ruang tamu sahaja. Ayob menumpang tidur di rumah sewa Haris. Haris bosan mendengar suara Ayob ketika ini mencuit halwa pendengarannya. Dari malam tadi asyik dirinya sahaja dipersalahkan.
“Soal aku nak ke mana pun kau nak peduli ke Ayob? Kau kan BFF Bakar, kenapa kau tak mengekor dia aje? Kau mesti nak ikut aku kan?” Haris membetulkan kolar bajunya. Haris tak suka Ayob menyibuk di saat dia tengah bad mood.
“Tak boleh ikut ke?”
“Kau belum mandi, ada hati nak ikut aku? Ni Yob, aku nak tanya kau something ni. Aku nak kau jujur dengan aku. Sebenarnya kau ni lebih berpihak dekat siapa? Aku atau Bakar?” Tiba-tiba Haris menyoal Ayob dengan pertanyaaan berbaur curiga.
“Kenapa kau tanya aku macam tu bro?” Ayob tanya balik sambil melipat toto. Sempat menjengah jam di dinding, pukul sembilan setengah pagi. Matahari pun dah meninggi.
Haris duduk atas kerusi. Di dalam rumah sewa Haris ni memang tak ada apa pun. Yang ada hanyalah kerusi di ruang tamu serta meja makan di ruang dapur. Nak harapkan sofa dia malas nak beli. Lagi satu, di dapur tu pun dia tak simpan apa-apa kerana malas nak masak. Tak ada masa nak masak lagipun memasak ni bukan minatnya.
“Aku ni masih tak berpuas hati. Macam mana Bakar boleh tahu yang aku keluar dengan Shafika semalam. Kau pecah lubang ke?” Haris berkerut dahi. Memang dia sejak semalam lagi tak senang dan masih menaruh syak wasangka.
“Jadi kau nak tuduh aku ke? Kau jangan main tuduh-tuduh Ris, aku takkan buat kerja macam tu. Aku bukan reporter okey.”
“Aku tahu kau bukan reporter, tapi kau tu lurus bendul! Kau tau tak apa makna lurus bendul tu? Pendek kata kau ni spesis kuda kayu!”
“Apa tu kuda kayu?”
“Sama dengan bendul lah!! Kan aku dah cakap tadi. Eh Ayob! Lebih baik kau mengaku sebelum aku pecahkan muka kau tu.” Berang Haris.
“Pagi-pagi kau nak marah aku ni kenapa? Menyesal aku tumpang tidur sini. Kalau aku tahu aku dipersalahkan dalam hal ni, aku takkan cakap apa-apa.”
“Jadi kau beritahu ke?”
“Bila masa?”
“Bila masa?”
“Kau cakap menyesal?” Haris menjerat Ayob. Ayob bungkam sendiri. Dia kena jujur. Jangan cari masalah dengan Haris. Walaupun Haris ni junior tapi badan dia tegap. Sekali tumbuk barai muka.
“Kenapa dia?”
“Kenapa dia?”
Haris masih mahukan kepastian. Dia bangun dan tarik kolar baju Ayob.
“Kau pun sama macam Bakar. Nampaknya kau berdua ni jenis panas baran!”
“Kau pun sama macam Bakar. Nampaknya kau berdua ni jenis panas baran!”
“Tapi aku bukan penakut macam Bakar!”
“Sama je. Kalau kau berani, kenapa aku pulak yang kau nak pukul? Lebih baik kau pukul Bakar tu sebab dia yang paksa aku beritahu dia yang kau dating dengan Shafika.” Cerita Ayob dan Haris melepaskan pegangan pada kolar baju Ayob.
Ayob melipat pula selimut. Ketika itu Haris terlihat sesuatu.
“Kenapa dengan betis kau?” Haris baru perasan.
“Aku terjatuh. Sikit jelah.”
“Semalam elok aje?”
“Aku terjatuh dekat tandas. Lantai tandas kau tu licin sangatlah. Malam tadi aku nak buang air, jadi aku tergelincir.” Ayob memberi alasan sambil mencapai pula kaca matanya.
“Kerja Bakar kan?”
“Tak.”
“Kau jangan nak tipu aku ar Yob. Yang kau sayang sangat dekat Bakar tu kenapa? Apa yang dia buat dekat kau sampai lebam macam tu? Dia pukul kau ke masa paksa kau supaya beritahu mana Shafika pergi semalam tu ya? Lebih baik kau mengaku. Kau sayang tak muka kau tu? Kau nak muka kau pulak yang lebam lepas ni?” Haris memaksa juga kerana mahukan kepastian.
Lambat-lambat Ayob mengangguk.
***
“Hoi Bakar!” Haris menghalang Bakar ketika Bakar mahu menutup pintu kereta di tempat parking kereta. Seronok agaknya dapat keluar tengok wayang dengan Shafika.
Bakar mengerling tajam lantas keluar semula dari perut kereta. Tanpa berlengah, Haris terus mengayunkan satu tumbukan ke muka Bakar.
Bakar mengerling tajam lantas keluar semula dari perut kereta. Tanpa berlengah, Haris terus mengayunkan satu tumbukan ke muka Bakar.
‘Dush!’
“Itu untuk hutang semalam!”
“Haris!” Pekik Shafika yang keluar dari perut kereta sebelah tempat duduk pemandu. “Kenapa kau pukul abang aku?” Soal Shafika.
“Fika! Abang kau ni dah melampau. Semalam dia dah pukul aku di hadapan kau dan hari ni aku balas balik juga di hadapan kau, baru adil.” Haris merengus geram. Bakar merasakan ada darah mengalir keluar dari lubang hidung.
“Bangsat!” Maki Bakar lantas meludah di tepi kemudian cuba menumbuk Haris. Haris cepat mengelak. Tapi Bakar tidak berputus asa dan akhirnya Haris berjaya ditumbuk. Hidung Haris juga berdarah.
Shafika terus meluru dan berdiri di antara mereka. Shafika menghalang dan meleraikan pergaduhan itu. Bukan mudah untuk Shafika menyekat kemaraan kedua-duanya.
“Sudah!! Sudah!! Apa semua ni?! Orang lelaki memang suka bergaduh ke? Argh!!” Shafika menghentak kakinya dan terus berlalu dengan tergesa-gesa membawa perasaan geram di hati.
“Fika!” Haris memanggil Shafika dan cuba mengejarnya namun Bakar menghalang.
Sebaik sahaja Haris menoleh sekali lagi muka Haris ditumbuk. Pergaduhan tercetus lagi. Kali ini Haris terjatuh dan Bakar terus duduk di atas dada Haris sambil melepaskan tumbukan bertubi-tubi.
“Argh!!!” Haris berjaya pula membalas tumbukan itu dan menyebabkan tubuh Bakar terpelanting jatuh. Haris bangun semula dan memijak-mijak perut Bakar. Orang ramai yang berada di situ terus menyelamatkan keadaan. Haris dan Bakar dihalang.
“Lepas!!” Bakar meronta-ronta kerana mahu menerkam Haris dan begitu juga dengan Haris yang dipegang oleh orang awam.
“Ingat Bakar!! Kau dah pukul kawan baik kau sendiri. Kau dah pukul Ayob semata-mata nak tahu aku ada dekat mana dengan Shafika. Kau memang tak bangang Bakar!”
“Kau yang bangang! Kau dah ganggu hubungan aku dengan Shafika! Sejak kau muncul dalam hidup Shafika, dia dah banyak berubah!”
“Aku peduli apa! Lantaklah apa nak jadi!” Bentak Haris pula.
***
“Fika… awak dekat mana ni? Kita kan dah berjanji nak bertemu? Awak marahkan saya ke? Maaflah saya terlalu ikutkan perasaan saya. Saya tak suka Bakar buat macam tu dekat Ayob. Ayob tu kan kawan baiknya sendiri, mana boleh dia buat Ayob macam kuli batak dia.” Haris menelefon Shafika. Shafika hanya meletakkan sahaja telefon bimbit itu di telinga dan tidak membalas ucapan Haris.
“Fika… please Fika, jangan buat saya macam ni. Awak tahukan yang saya suka sangat berkawan dengan awak tapi abang angkat awak tu tak suka saya berkawan dengan awak. Saya terpaksa pukul dia sebab dia dah pukul Ayob. Semalam pun awak tahu yang dia pukul saya hanya satu sebab sahaja. Kerana saya telah keluar dengan awak.” Beritahu Haris lagi.
‘Tettttttt’ Tiba-tiba aje talian itu sengaja diputuskan oleh Shafika. Haris mengeluh berat.
***
“Kenapa dengan kau ni Fika? Monyok je dari tadi?” Wanie kawan serumah Shafika menyoal sambil menghulurkan secawan Nescafe. Shafika mengambil minuman itu namun tidak terus diminumnya tetapi meletakkannya di atas meja.
“Aku ada masalah ni.”
“Tak pernah kau takde masalah jika wajah kau macam tu. Terang-terang wajah kau bermasalah Fika.” Kata Wanie gadis montel yang comel. Bermata bulat berhidung mancung berambut kerinting.
“Malam ni aku rasa tak tenang.”
“Aku tahu. Kau fikirkan soal cinta kan?”
Shafika mengangguk.
“So, what happen Fika? Kau dah ada buah hati ke? Tapi jangan kata kau dah jatuh cinta dengan si Bakar tu pulak. Dia hanya abang angkat kau je Fika. Ingat tu.”
“Ish! Tak mungkinlah aku jatuh hati dengan Abang Bakar tu. Lagipun aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Dari awal lagi di banyak tolong aku.”
“Aku tak percaya dekat Abang Bakar kau tu.”
“Erm…”
“Yes… I don’t believe anymore. Sejak dia tipu Puan Laila masa hantar final projek tu… dia kata semua tu hasil kerja dia. Padahal copy and paste yang aku punya! Memang kurang asam! Half mark aku dapat, tu pun mujur dapat. Aku dah puas merayu, kalau dibuatnya zero? Siapa nak jawab?” Wanie memang bencikan sikap Bakar, dari semester satu lagi sehingga ke semester akhir ni.
“Hurm…” Shafika mengeluh sahaja.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“Kau ulang benda ni dah seratus kali.” Shafika menyuarakan kebosanan. Wanie asyik ulang benda yang sama.
“Yelah. Kau jatuh hati dekat siapa ni?”
“Ni bukan soal jatuh hati. Ni soal sakit hati.”
“Pulak. Siapakah lelaki malang tu?”
“Wanie!”
“Ye! Argh! Kau ni period ke Fika? Bosanlah aku bercakap dengan orang period ni! Datang bulan je muka nak menyinga. Pandang aku macam nak telan je. Kau nak jadi kanibal pulak ke?”
“Wanie! Idiot!”
“Okey… aku perlu serius.” Akur Wanie sambil menghirup Nescafe panas.
Mereka berdua memang begitu, seorang suka kasi naik angin, seorang lagi memang selalu tersentap dan melatah. Biasalah jika hati tidak tenang memang begitulah jadinya. Wanie memang tak habis dengan gelagatnya yang suka menyakat Shafika. Bukannya dia tak tahu Shafika ni jenis yang macam mana? Dalam diam ada racunnya. Bagaikan bunga mawar yang berduri. Tapi Wanie tahu sejauh mana kemampuan Shafika dalam menyelesaikan masalah.
Wanie? Shafika terlebih kenal si Wanie. Memang gadis yang obses dengan makan. Sebut sahaja pasal makan? Dia yang utama bergerak dulu cuma dalam bab cinta Wanie slow sikit. Walaupun slow, Wanie boleh dikatakan pakar dalam bidang menyiasat. Bukan siri Detektif Conan tapi ini adalah misi menyelesaikan masalah Shafika. Shafika sedia maklum Wanie memang gadis montel yang sangat manja dan bijak. Manja dalam berbicara tetapi jika marah, Nauzubillah... ngeri melihatnya.
Shafika sayangkan Wanie kerana dia seorang yang baik hati. Shafika beruntung mendapat kawan seperti Wanie di kolej yang sedia membantu walau apa jua keadaan sekalipun.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)