Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 1)

Bakar membisikkan sesuatu di telinga Ayob. Ayob mendengar dengan penuh teliti sekali. Jika dilihat dari wajahnya, ia sentiasa berubah-rubah pula. Berkerut-kerut dahinya.
“Kau gila ke!” Bentak Ayob.
Come on ar...” Kata Bakar cuba memujuk Ayob supaya mengikut telunjuknya. Ayob pening kepala mengenangkan sikap Bakar.
“Dia tu adik kau! Ape kejadah kau suruh aku buat macam tu?”
“Adik angkat aje pun.”
“Bodoh!" Bengangnya Ayob setelah mendengar apa yang dibisikkan oleh Bakar.
“Tak nak aku buat kerja macam tu.”
“Kau je yang leh tolong aku.”
“Kira kau nak jadi penyelamatlah kononnya? Dan aku pulak kena jadi barua kau? Wei Bakar, kau ingat ni Hollywood ke? Kalau dekat sana memang banyak kawasan bebas tol! Ni Malaysia. Kau kena ingat sikit. Dalam bab macam ni aku tak boleh tolong kau, ini bukan perkara main-main Bakar.” Ayob menggeleng beberapa kali dan terus bangun dari bangku.
Bakar merencanakan sesuatu yang agak liar namun Ayob tidak bersetuju. Cadangan yang diberikan oleh Bakar amat meresahkan Ayob.
“Yob! kalau kau tolong aku, hutang lama kira settle.”
“Aku sanggup bayar dengan bunganya sekali dari ikut arahan gila kau tu!” Ayob terus melangkah meninggalkan Bakar yang juga berkerut dahi mempamerkan kegelisahan sekiranya Ayob benar-benar menolak.
“Benda ni biasa dalam drama buat.”
“Tapi kau kena fikir, orang jahat selalu tewas. Pernah ke kau tengok filem atau drama orang jahat menang? Kalau menang pun dalam episod pertama je, endingnya pasti si jahat tewas jugak.”
“Tapi kita boleh ubah semua tu.”
“Ini bukan filem! apa yang kau suruh aku buat tu semuanya realiti.”
“Anggap je ini seperti drama la Yob. Lagipun bukan betul-betul pun.” Bakar mengejar langkah Ayob. Ayob melajukan lagi setiap langkahnya. Malas hendak layan Bakar yang seperti tak waras tu. Tiba-tiba Bakar menarik tangan Ayob.
“Janganlah kau nak paksa aku Bakar. Aku kata tak setuju, jadi tak setujulah jawapan aku tu.”
“Apa kata tengah hari ni aku belanja kau makan dekat kafe.”
“Aku ada kelas.”
“Waktu rehat pun?”
Ayob mengangguk mencari alasan.
“Aku kena jumpa dengan Encik Nordin. Ada hal nak dibincangkan.”
"Kau pertimbangkan dulu tawaran aku tu." Bakar tetap mengharapkan Ayob membantunya. Bakar tak mahu kehilangan Shafika, jika Ayob tak mahu maka akan tiada harapan untuk dia memiliki Shafika. Jika sebaliknya maka dia terpaksa berusaha seorang diri.
Ayob membetulkan kedudukan kaca matanya. Dia merenung tajam ke arah Bakar yang berambut pacak tu. Kadang-kadang kasihan juga melihat Bakar yang seperti teringin mendapatkan cinta. Realitinya ketika ini Ayob bukan hendak berjumpa dengan Encik Nordin tetapi mahu berjumpa dengan juniornya.

***

“Apa hal dia tu bodoh sangat? Bukannya aku nak dekat adik angkat dia tu. Dia fikir dia tu siapa? Dia senior aku takut lah? Please ar, aku tak hairan langsung dengan si Bakar tu. Kalau nak bergaduh dengan aku kerana alasan seorang perempuan aku rasa lebih baik tak payah, kau suruh dia cari kes lain aje. Bengong sungguh!” Haris dengan lagak bengangnya itu terpamer di wajah. Geram dengan cara Bakar menyuruh Ayob buat hal tak elok.
“Haris... rileks lah, dia tu fikir kau syok dekat Shafika. Dia takut kehilangan Shafika.” Beritahu Ayob. Ayob duduk di bangku yang berada di halaman rumah sewa Haris.
Dengan tergesa-gesa Haris memakai kasut. Dia ada kelas selepas ni. Perutnya sudah kenyang makan nasi bungkus sahaja. Perasaan Haris tidak tenteram dan Ayob nampak perubahan wajah Haris yang sedang duduk di muka pintu sambil memakai kasut. Ayob menggosok belakang Haris. Cuba tenangkan Haris yang memang panas baran orangnya. Dia tahu dia junior tapi Bakar tak berharap mencampuri urusannya. Dia dengan Shafika hanyalah kawan biasa. Tak lebih dari tu, Bakar dengan Shafika hanya berstatus adik dan abang sahaja.
“Sabarlah Haris.” Ayob menyabarkan Haris yang merengus geram. Sekali tumbuk muka bakar tu hancur. Badan berkotak-kotak, ada muscle memang nak kena ganyang si Bakar ni. Abang angkat jenis apa tu yang sekat pergaulan Shafika? Haris tahu Shafika tak ada pakwe, dia tahu Shafika single. Tapi Bakar pula yang lebih sudu dari kuah.
Dengan pantas Haris bangun. Dia merenung tajam menusuk ke mata Ayob yang berkacamata tu. Haris memang tak puas hati dengan apa yang disampaikan oleh Ayob awal-awal tadi. Bakar tak patut suruh Ayob buat kerja bodoh yang tak masuk akal. Kalau benar nak halang hubungan persahabatan antara dia dan Shafika, please tolong gantle sikit. Apa kes main suruh-suruh orang lain.
“Kau cakap dekat Bakar! Aku nak jumpa dia malam ni!”
“Kau nak bertumbuk ke? Kau jangan Haris, Bakar tu ramai geng, dia kan femes dekat kolej kita tu. Kau jangan cari pasal nanti buruk nama kau nanti. Aku kenal Bakar tu macam mana. Mula-mula dia nampak bangang aje tapi kalau dia dah sampai level angin satu badan dia sanggup buat apa sahaja. Dulu sebelum kau masuk sini, ada seorang junior ni, dia syok dekat adik angkatnya tu, akhirnya junior tu kena buang dari kolej.”
“Ah! Aku tak nak dengar kisah hebat dia tu. Aku sikitpun tak gerun. Wei Ayob... ni Harislah, tak mainlah bertumbuk hanya kerana seorang perempun. Kalau dia nak bertumbuk dengan aku sekalipun, minta dia cari kes lainlah. Aku benci bergaduh pasal perempuan.” Ujar Haris yang hanya berteman biasa sahaja dengan Shafika tetapi tidak tahulah bagaimana pula perasaan Shafika terhadap Haris yang tampan bergaya berkulit cerah berlesung pipit. Tambah lagi body Haris memang mantap sebagai seorang lelaki idaman.
Ayob terdiam dan Haris mengunci pintu rumah sewanya lalu menghidupkan enjin kereta Honda Accord hadiah harijadinya yang telah dibelikan oleh papanya. Papa Haris memang sayangkan Haris. Haris tak minta dibelikan kereta tetapi papanya sendiri yang hadiah sebuah kereta kepadanya. Rezeki jangan ditolak. Tapi apa yang dia tak suka adalah belajar di sini. Haris awal-awal tak suka belajar, tambah lagi di kolej yang banyak sangat masalah pelajarnya. Bagaimana papanya sanggup menghantarnya untuk belajar di kolej macam ni? Kalau betul nak best, hantarlah ke luar negara ke. Ini tidak, dekat Malaysia jugak mahunya.

***

“Fika...” Bakar memanggil adik angkatnya. Fika terus menoleh, rambutnya yang ikal mayang itu melayang di saat dia menoleh. Kelihatan sungguh anggun. Keayuan Shafika begitu terserlah.
“Ada apa bang?”
“Fika dah habis kelas ke?” Soal Bakar yang berkulit sawo matang itu. Berbadan tegap juga seperti Haris tetapi sedikit penakut, berani bila ramai.
“Ya bang, Fika baru je habis kelas, ni pun dah nak balik...”
“Apa kata abang hantar Fika balik, sebelum tu kita pergi minum dulu? Macam mana?”
“Fika ada hal lain bang.”
“Aih? Selalunya Fika tak pernah menolak. Kenapa Fika dah banyak berubah ni?” Bakar tahu apa sebabnya dan memang dia sengaja bertanya.
“Abang...” Bahu Bakar dipegang lembut oleh Fika. “Fika tak pernah berubahlah, Fika tetap macam dulu jugak cuma Fika ada hal petang ni. Please bang... Fika gerak dulu ya, dah lambat ni... Assalamualaikum.” Shafika terus melangkah meninggalkan Bakar dengan seulas senyuman. Bakar terus mengumam geram. Dia menghempaskan penumbuk kanannya ke telapak tangan kirinya. Bakar sakit hati. Dia tahu Shafika mesti nak berjumpa dengan lelaki tu.

***

Di food court mereka berdua minum bersama. Saling perpandangan antara satu sama lain. Haris menguntum senyuman dan memang begitulah sering dihadiahkan kepada Shafika. Sebuah senyuman berlesung pipit paling istimewa yang tak terdapat mana-mana kedai.
Timbul satu rasa ingin menyuap Shafika ABC, entah kenapa tangannya laju sahaja menyua ke mulut Shafika yang agak malu. Tangan yang satu lagi menyelak rambut Shafika yang sedikit jatuh. Wah! Nampak romantik sungguh mereka berdua. Memang padan, seorang cantik menawan dan seorang lagi kacak dan tampan. Orang Melayu kata, bagai pinang dibelah dua.
“Bagai pinang dibelah dua! Seronoknya makan bersuap dekat sini! Kata ada hal penting. Call tak angkat, rupanya dengan mamat ni kau berdating ya? Abang benci betul dengan orang yang menipu ni!” Bentak Bakar tiba-tiba muncul di situ. Bakar menarik tangan Shafika.
“Apa ni Bakar kau main kasar dengan perempuan. Rilekslah, takkan sebab dia keluar minum dengan aku pun kau nak marah? Kalau aku kata kau ni bengong, kau marah!” Haris sudah mula angin melihat tangan Shafika ditarik.
“Kau diam!” Dush! Muka Haris ditumbuk. Sebaik sahaja Haris mahu melawan, geng-geng Bakar terus meluru ke hadapan. Lima lawan satu di tempat orang ramai, masih bolehkah Haris bergaduh di situ? Adakah dia patut membiarkan sahaja? Haris tak dapat terima dirinya ditumbuk begitu sahaja. Tidak sempat dia mengelak tadi kerana Shafika ada dekat dengannya. Dia tidak mahu Shafika pula yang tercedera namun ini tidak boleh dibiarkan.
Salah seorang dari mereka terus melakukan cubaan menghentam Haris dengan kerusi namun sempat Haris membuat libasan ke atas perut lelaki tu, akhirnya terpelanting seorang, dan lagi seorang menyusul mahu menumbuk Haris akan tetapi Haris lebih tangkas membaca pergerakan itu terus dilambungkan orang itu terhempap ke meja, terus patah.
“Jangan cuba lagi! Kalau tidak hancur muka korang aku kerjakan!” Haris memberi amaran. Mereka berempat membantu kawan mereka yang terhempap di meja. Sakit dan memang terlelu sakit agaknya. Dan salah seorang dari mereka lagi merenung tajam dan memberi amaran ‘NAHAS’ buat Haris.
“Argh!” Haris sakit hati mengumam geram dengan apa yang berlaku. Mereka semua sudah berlalu.

***

“Kau ni pun satulah Haris! Yang kau masih keluar dengan Shafika tu kenapa? Dah berapa kali aku pesan jangan kuar dengan dia, jangan kuar dengan dia, banyak lagi gadis kolej yang lain yang kau boleh pikat, Shafika juga yang kau nak.” Ayob tolong Haris sapukan ubat.
“Bila masa aku kata aku nak dekat Shafika tu?”
Haris berpura-pura agaknya.
“Dah yang kau degil tuk keluar jugak dengan dia tu kenapa?”
Setelah ditanya begitu oleh Ayob, dia jadi keliru.
“Aku ke? Wei Ayob! Bukan aku yang beria-ria nak kerluar dengan dia tapi dia yang ajak aku. Aku memang susah nak beri alasan kalau orang yang ajak aku keluar, tambah pulak perempuan cantik macam Sahfika yang ajak aku keluar.”
“Ini yang aku pelik, kenapa Shafika pulak yang ajak kau keluar? Jangan-jangand ia ada hati dekta kau tak?”
“Mungkin, tapi aku rasa aku tak boleh jatuh hati dekat dia, aku tak nak Bakar buat yang bukan-bukan lagi. Biarlah... mulai sekarang aku dah malas nak kacau mereka.”
“Tengok air muka kau dan pipi kau yang lebam tu pun aku tau kau sebenarnya suka dekat Shafika tu kan?”
“Dah lewat malam ni Ayob, kau tak nak balik ke?”
“Boleh aku tumpang tidur dekat sini ke? Esok kan cuti...”
“Okey...”

***

“Dah tidur ke?”
“Ada apa awak call saya ni?” Haris menerima panggilan lewat malam ketika dia hendak tidur.
Sorry about that, pasal hal petang tadi. Please... jangan marah ya. Saya betul-betul minta maaf ni.” Shafika meminta kemaafan dari Haris. Dia tak tahu akan jadi begini. Haris menjadi mangsa keadaan.
Nevermind.” Balas Haris sepatah. Dia yang terbaring di katilnya terus bangun bersandar.
“Macam marah je?”
“Perkara yang amat memalukan berlaku hari ni. Saya betul-betul tak sangka.”
Haris mengeluh.
“Saya nak jumpa awak esok.”
“Untuk dipukul lagi ke? Saya rasa elok kita jangan berjumpa.”
“Saya nak beritahu awak sesuatu ni.”
“Beritahu je dekat sini.”
“Tak nak.”
“Tak nak sudah.”
Please...”
Usai  panggilan dimatikan, Haris mengeluh sarat. Untuk apa lagi dia bertemu dengan Shafika jika Bakar sudah tak suka? Haris sendiri pun tak suka dekat Shafika tu, tapi entahlah... jika dibiarkan Shafika berada di tangan Bakar, dia rasa kasihan pula. Sampai bila hak kebebasan Shafika disekat? Mereka berdua adik beradik angkat aje, bukan saudara kandung.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.