Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 16)


Tak boleh nak fikir apa pun sekarang ni kerana keresahan dan kebimbangan menghantui diri. Ayob panik. Pada raut wajahnya tertera seribu satu macam penyesalan namun cuba bertenang. Haris di sisi terus memandu. Ayob sakit hati kerana keretanya rosak teruk tapi masih boleh dipandu. Bangsat! Ayob marah dalam hati angkara mereka yang durjana.
“Apa semua ni Haris? Aku tak jangka perkara ni boleh berlaku.” Ayob memandang Haris. Haris terus memandu laju.
“Kerugian ni akan aku tanggung. Kau jangan risau okay?”
“Mahu aku tak risau. Ni membabitkan nyawa. Kau tak nampak tadi mereka mati tu? Habis kita ni macam mana? Kau fikir kita akan selamat ke? Haris... kau bawa aku lari ke sempadan.” Ayob nekad meminta Haris melarikan dirinya.
“Kau giler ke? Kau fikir kalau melarikan diri macam ni semuanya akan selesai ke?”
“Habis tu sekarang ni kau nak ke mana?”
Ayob gelisah.
Haris mencerlung mata.
“Kau ni kenapa takut sangat? Kalau dah sampai ajal kita semua akan mati.”
“Tapi aku tak nak mati kena tembak!”
“Diamlah bodoh!” Bentak Haris.
Ayob terbungkam.
“Sekarang ni kau tak ada pilihan lain. Kau kena ikut aku. Kalau mereka tak dapat aku, mereka akan cari kau jugak.”
“Mael Lambung tu nak apa dari kau?”
“Argh! Kau jangan banyak tanya boleh tak?! Bising! Bising tau tak!” bentak Haris lagi menghempas tangannya pada stereng kereta.
Ayob frust menonggeng.
***
Pada tengah hari, matahari sudah tegak di atas kepala, Haris pergi mendapatkan seseorang. Perempuan yang hami itu. Ayob tetap bertanya kerana mahukan jawapan. Haris mesti menerangkan semuanya dalam waktu yang singkat ini.
“Siapa perempuan tu?”
“Nanti aku cerita. Sekarang ni kita kena dapatkan dia.” Beritahu Haris lantas mereka berdua bergegas ke rumah Tim dan Roy. Haris berharap mereka semua selamat.
Mereka mempercepatkan langkah menaikan anak tangga. Masa begini lif pula rosak masa terpaksa menaiki tangga.
“Menyusahkan betul!” Haris tak puas hati namun terpaksa.
Ayob terkejar-kejar langkah Haris. Ayob keletihan.
Tiba-tiba langkah Haris terhenti sebaik sahaja hampir tiba. Dia terlihat Tim didakap oleh Roy. Apa sudah berlaku. Bukan mereka sahaja berada di situ malah penghuni lain berkumpul di hadapan pintu. Haris keliru. Dia sendiri tidak mengerti. Cepat-cepat dia berlari ke arah tomboy itu.
“Tim! Apa dah jadi.”
“Bro, perempuan tu dah bunuh diri.”
“Bunuh diri?” Terkejut Haris mendengar kenyataan itu. Kenapa hal ini boleh berlaku.
“Tim!” Haris mengenggam kolar baju Tim. Roy masih dalam terkejut lagi. “Macam mana lu orang jaga dia?! Gau suruh lu jaga dia! Lu tak jaga apahal?!” Haris menggoncang tubuh Tim.
“Gua dah jaga bro! Gua dah jaga tapi gua tak tahu kenapa jadi macam ni. Gua tengok dia dah...”
“Argh!!” Haris tidak dapat menerima kenyataan ini.
“Tenang Ris.”
“Bodoh! Lu orang ni bodoh! Cepat ikut aku kita pergi dari sini. Sebelum polis sampai.” Haris tarik tangan Tim dan Roy serentak. Ayob pula terpisat-pisat melihat perubahan Haris yang agak kelam kabut. Penghuni flat yang berada di situ tercengang kerana tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku. Mereka kurang jelas dengan insiden ini.
“Bro! Gua dengan Roy kena buat keterangan. Kawan lu mati dalam rumah gua! Mana boleh gua pergi macam tu aje!” Tim tak boleh ikut Haris.
“Bro! Lu nak pergi lu pergi bro! Nanti polis cari gua pulak.” Roy membantah.
“Argh! Lu orang settlekan hal ni. Gua dengan kawan gua ni kena pergi. Ada kerja yang gua kena bereskan.” Haris masih kesedihan di dalam hati. Riak wajahnya amat mempamerkan kekesalan. Kenapa kau bunuh diri Intan? Haris kecewa. Argh! Haris berundur semula untuk melihat jasad Intan biarpuan hatinya tak tergamak. Dia berlari semula masuk ke dalam rumah. Di situ dia terlihat mayat Intan tergantung di kipas. Anak di dalam kandungan Intan juga terkorban.
“Sial! Ni semua kerja kau Mael Lambung!” Laung Haris. Dia tidak dapat menahan kekecewaan. Dia terus berlaluuntuk meninggalkan kawasan flat ini.
“Haris! Jangan ikutkan perasaan. Perempuan dah tak ada. Kita kena tenang dulu.”
“Kau tak faham apa-apa bro!”
“Kau jangan nak over feeling.” Ayob mengejar langkah Haris. Mereka mesti beredar segera sebelum polis tiba. Tim dan Roy masih mengekori.
“Tim! Gua nak lu settle betul-betul. Lu cerita apa yang lu tahu. Selain daripada tu gua nak lu orang zip mulut! Gua tak nak nama gua naik! Faham! Kalau lu orang degil lu orang tahu nasib lu orang macam mana nanti!” Haris terpaksa mengugut Tim dan Roy.
Tim dan Roy masih terkejut lagi dengan perkara yang tak terduga. Perkara ini baru sahaja berlaku sewaktu Tim mahu memberikan nasi bungkus kepada Intan. Kematian Intan amat tragis. Intan mati tergantung. Haris yakin semua ini bukan kemahuan Intan. Firasat Haris kuat mengatakan bahawa Intan dibunuh.
Saya memerlukan komen-komen dari reader untuk menyambung bab seterusnya dan juga sila klik button 'Like' jika sukakan cerita ni. Diharapkan reader dapat memberikan respons kepada saya sama ada baik ataupun sebaliknya. Sila kritik  karya saya jika saya tidak betul. Mohon kerjasama... Terima Kasih.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.