Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 15)


Daun pintu dibuka perlahan. Dia sedang nyenyak tidur gara-gara kelesuan. Hidupnya dipenjara. Segalanya bagaikan sepi. Sama ada di luar negara mahupun di sini ia menjadi sama sahaja kerana dia dikurung sepi di dalam bilik sahaja. Makan dan minum diberi, mandi sendiri sedia maklum kerana bilik mandi memang dah ada di dalam biliknya. Hendak lari keluar tingkap langsung tiada peluang kerana pintu sudah dipagar. Grill ada di sekeliling biliknya. Memang biliknya begitu. Rumah mewah penuh dengan sistem keselamatan di sana sini dipasangnya.
Dia terjaga juga akhirnya. Dari malam tadi dia tak boleh tidur lena sehingga malam menjemput siang barulah matanya layu. Hanya beberapa jam sahaja dia terlelap tetapi kini dia sudah terjaga. Anak gadis ini terseksa sejak berada di New York lagi. Kini dia sudah dibawa pulang.
Shafika yang berada di katil itu terus bersandar. Pakaian tidurnya tidak ditanggalkan. Dia tak pula ke bilik air untuk mandi tetapi termenung sahaja. Dalam kotak fikirannya mengali punca, kenapa papanya sanggup bertindak seteruk ini? Kenapa papanya mengurung dia?
Perlahan-lahan pintu biliknya dikuak. Dia tak dapat keluar dari bilik ini kerana telah dikunci dari luar. Hanya papanya sahaja boleh masuk.
“Anak papa dah bangun rupanya.” Encik Baharudin melemparkan senyuman. Shafika menganggap senyuman itu adalah senyuman tanpa makna. Tiada langsung terlihat seri diwajah papanya malah hanya kebencian mula wujud di hati Shafika.
“Papa! Jangan buat Fika macam ni!” Shafika merayu lagi.
Good morning honey. Mari breakfast dulu.” Dulang berisi makanan diletakkan di atas rak yang berada di birai katil Shafika.
“Papa!” Shafika memang tak dapat memboloskan diri dari bilik ini. Kaki dan tangannya turut diikat. Kena tunggu papanya membuka gari baru boleh ke bilik mandi. Sampai begitu sekali Shafika dikuarantin
Honey... jangan marahkan papa. Fika yang pilih jalan ni. Fika kena tanggung sendiri.”
“Fika ni anak papa. Sanggup papa buat macam ni dekat anak sendiri.”
Encik Baharudin menjongket bahu.
Shafika merengus geram.
“Apa jaminan Fika terhadap papa? Kalau papa lepaskan Fika sudah pasti Fika akan dekati Man Tiger tu lagi. Budak tu dah keluar sayang...” Perasaan ingin berjumpa dengan Haris membuak-buak apabila papanya memaklumkan bahawa Haris telah keluar dari penjara.
“Kenapa papa benci sangat dekat Haris? Saya dah agak, papa ada kena mengena dengan semua ni. Lebih baik papa bunuh je anak papa ni dari terus hidup terseksa macam ni!” Shafika menenking papanya. Dia sudah tak tertahan lagi.
Because you very love he!” Bentak papanya.
You dont know anything, papa!”
Shut up!”
‘Pang’ Shafika ditampar.
I hate you!!” Shafika bengang.
Encik Baharudin mengasari Shafika. Sampai hati papanya menampar Shafika. Bukan sekali dua dia tampar malahs ebelum ini kerap kali sudah ditampar. Sejak akhir-akhir ini Encik Baharudin menunjukan belang terhadap Shafika.
Encik Baharudin melangkah pergi kemudian mengunci semula pintu bilik itu. Shafika berada di dalam kurungan bangsat.
“Rubbish! I hate you papa!” Pekik Shafika.
I dont care!” Balas papanya dari luar. Shafika terus membaling bantal ke arah pintu kemudian merengus geram bersulam kebencian. Shafika menggosok pipi sendiri. Manik-manik halus bergenang ditubir mata kemudian mengalir laju.
***
“Kau ni kenapa? Kau tu baru keluar. Kau ni suka bergaduh kan?” Ayob membebel. Haris berada bersama Ayob. Terdapat kesan lembam pada tubuh Haris gara-gara bergaduh di warung Pak Yusdy. Lelaki itu telah mengugutnya akan datang lagi setelah tewas di tangan Haris. Lima lawan satu Haris tak takut lagi. Lututnya tak goyang.
“Kau jalanlah. Lampu dah hijau tu.”
“Aku tahulah lampu dah hijau. Kau tu dah bosan hidup ke? Kalau mereka buru kau macam mana? Siapa mereka tu Ris?”
Haris merenung tajam ke arah Ayob.
“Lu jangan gabra boleh tak? Lu goyang ke beb?”
“Kalau mereka cari kau, aku pun kena jugak. Aku tau kau taiko bhai. Tapi kau kena ingat KL ni bukan kau yang punya. Ahmad Albab yang punya.”
“Poyo!”
“Erm.”
“Macam mana dengan Shafika? Kau tahu dia ada dekat mana?”
“Malam tadi kawan aku contact aku. Dia kata rumah Shafika macam dah ada orang.”
“Maksud kau? Selama ni dia tak ada dekat rumah dia ke?”
Yes. Dia sebelum ni ada di New York.”
“Macam mana kau tahu.”
Ayob diam. Haris membulat biji matanya. Selama ni Ayob tak berterus terang kepadanya. Haris menangkap sesuatu.
“Selama ni kau tahu Shafika di mana kan? Kenapa kau tak beritahu aku?”
For what Haris? Selama ni kau dekat dalam. Kalau aku beritahu kau pun kau tak boleh buat apa-apa.” Balas Ayob sambil memandu.
Tanpa dijangka kereta Ayob dirempuh.
“Barua kereta Waja! Langgar kereta aku!” Ayob bengang setelah belakang keretanya dilanggar sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam. Dia terus keluar dari perut kereta dan pergi ke arah belakang keretanya untuk melihat kerosakkan.
“Apa ni langgar kereta aku?”
Seorang lelaki berbadan sasa mendekati Ayob. Dia terus memukul Ayob. Haris terlihat insiden itu lalu keluar. Ada beberapa orang lagi lelaki lain turut keluar dari kereta Pronton Waja itu membawa kayu besbol dan juga batang golf. Mereka menghentam kereta Ayob. Kemek sana sini.
“Kereta aku!” Jerit Ayob sayangkan kereta.
Mereka memukul Ayob bertubi-tubi. Haris melawan dan menentang mereka. Namun gerak Haris tersekat bila pisau berada dileher Ayob. Mudah-mudah sahaja Ayob dijadikan tebusan.
“Kalau lu nak gua! Lu lepaskan kawan gua beb! Dia tak tahu apa-apa. Dia tak bersalah.”
“Mael Lambung nak jumpa lu!”
“Kirim salam dekat dia!”
‘Bang’ Satu das tembakan mengena kepala lelaki berjaket hitam. Peluru menembusi kepalanya lalu rebah di situ. Haris memandang sekeliling mencari arah tembakan itu dan sebuah kereta Toyota mendekati kedudukan Haris. Haris melihat orang itu mengacukan pistol dan menembak lagi salah seorang daripada mereka. Baki darinya cepat-cepat masuk ke dalam kereta Proton Waja dan beredar.
Mereka memecut laju dan kereta Toyota itu mengejar mereka. Ayob ketika ini menjerit ketakutkan setelah melihat dua jasa telah tumbang ditembak. Mereka mati serta merta.
“Ayob! Masuk!” Haris menarik tangan Ayob. Haris melangkah laju di tempat memandu lantas dia memandu kereta Ayob. Ayob tetap ketakutan. Peluh mencurah-curah. Ayob terkencing.
Haris mengejar mereka. Tak sangka permbunuhan berlaku lagi. Ayob ingin tahu siapa mereka. Bila hal ini terjadi, Haris bimbang dirinya akan tertangkap lagi. Siapa punya angkara ni? Siapa yang menembak konco-konco Mael Lambung?
“Ha...haris... siapa mereka tu? Mati.”
“Diam Yob. Kau diam jangan cakap apa-apa.” Haris menekan pedal minyak sampai habis.
Haris cuba mengesan kedudukan mereka dan akhirnya Haris berjaya mengesan namun malangnya kereta Proton Waja telah meletup melekat di sebatang pokok.
“Tu kereta ta... tadi. Meletup.”
“Diam Yob.”
Haris meninggalkan kawasan itu. Kereta itu terbakar. Sudah pasti orang di dalam kereta tu dah mati. Haris mencari arah.
“Haris! Apa semua ni? Kau ramau musuh! Aku ingat bila kau dah kuar kau akan jadi baik. Tapi makin teruk.” Ayob cemas.
“Kau ingat dengan mudah mereka nak lepaskan aku hah?!” Haris membentak.
“Hantar aku balik.”
“Kau gila! Kalau mereka dapat kau mereka akan bunuh kau! Mael Lambung tu gila! Gila!”
“Aku tak kira! Aku nak balik!”
“Ayob! Kau jangan jadi bodoh!”
“KL ni dah tak aman lagi!”
“Memang dari dulu lagi KL  ni tak aman!” Balas Haris.
Masing-masing terus diam. Kebisuan menghantui mereka. Haris memandu menuju ke satu destinasi. Dia berharap tiada siapa yang mengekori.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.