Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 14)


Haris melangkah perlahan bersama perasaan yang agak terkilan dan sedih melihat situasi perempuan yang ditemuinya itu. Dia terpaksa meminta bantuan dengan cara yang keras untuk membantu perempuan itu. Dia sedih melihat keadaan bekas kekasihnya menjadi sedemikian rupa. Mengapa sanggup mereka aniaya Intan sampai begitu sekali? Dendamnya membuak-buak.
“Janganlah kau kacau aku dan keluarga aku lagi. Aku fikir kau takkan cari aku.”
“Takkan aku berhenti. Aku rasa kau cuba nak rosakkan apa yang aku buat.”
“Aku tak nak masuk campur lagi. Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi.”
“Kalau aku menerima musibah, kau juga akan aku seretkan sekali.”
Haris terdengar perbualan yang tak disangka di bahagian belakang warung. Dengan siapakah Pakcik Yusdy berbual itu? Haris cuba mengintai tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Dia terlihat seorang lelaki telah pun berlalu namun Haris tidak dapat mengenal pasti wajah lelaki itu.
Pakcik Yusdy tidak menyedari Haris sedang mencuri dengar. Haris mengawal nafasnya. Kenapa Pakcik Yusdy ke warung pagi-pagi buta ni? Dia nak cari aku ke? Aduh! Aku ada dekat luar ni. Haris agak kelam kabut tapi dia perlu mencari akal.
“Haris, Haris.” Pakcik Yusdy memanggil Haris. Mungkin Pakcik Yusdy fikir Haris masih ada di dalam.
Apa aku patut lakukan ni? Otak Haris masih mencerna jalan. Takkan aku nak beritahu yang aku baru balik? Haris berfikir lagi.
“Pakcik.” Haris muncul.
“Laa kau buat apa dekat luar ni? Kau pergi mana?”
“Siapa orang yang pakcik jumpa tu?” Haris terpaksa bertanya kerana dia ingin tahu hal sebenarnya.
Pakcik Yusdy memandang Haris lama.
Haris menunggu.
Pakcik Yusdy pula meminta Haris membuka mangga pintu.
“Kau dari mana ni?”
“Jumap kawan.”
“Masa ni baru balik? Aku kan suruh kau jaga warung ni tapi kau merayap.”
Haris diam.
Setelah pintu dibuka Haris dan Pakcik Yusdy terus masuk. Haris tetap inginkan jawapan. Apa hal sebenarnya? Dia patut selidik mungkin ada kena mengena dengannya.
“Pakcik... siapa lelaki tadi?”
Erm.” Pakcik Yusdy mengalihkan pandangan mata. Dia melabuhkan punggungnya di bangku. Berkira-kira pula sama ada mahu menceritakannya ataupun tidak.
“Saya harap pakcik tak selindung apa-apa dari saya.”
“Tak ada kena mengena dengan kau.”
“Pakcik...”
“Ya tak ada kena mengena.”
“Pakcik berhutang ke?” Haris sengaja menduga.
Pakcik Yusdy terus bangu kemudian berdiri membelakangi Haris. Usai itu Haris pula bangun dan berdiri di sebelah Pakcik Yusdy yang berkupiah itu. Pakcik Yusdy mengusap-usap janggut.
“Kalau pakcik tak nak beritahu saya tak apa tapi boleh tak pakcik tolong saya?” Haris memerlukan bantuan.
“Apa dia?”
“Saya nak tahu berkenaan gambar dekat dinding tu.” Haris menunjukkan gambar yang tersangkut pada dinding warung. “Gambar kawan-kawan pakcik ke?” Sambung Haris lagi.
Dari petang tadi dia ternampak gambar tu. Dia ingin tahu jadi saat ini masa yang sesuai untuk dia menggali erti sebenarnya.
Lama juga Haris tunggu. Pakcik Yusdy mendiamkan diri. Lambat pula nak beritahu sampai Haris terasa bosan.
“Pakcik rasa elok kau masuk tidur. Esok kita nak berniaga.” Kata Pakcik Yusdy.
Haris terfikirkan sesuatu.
“Esok bukan ke cuti? Pakcik juga yang beritahu saya petang tadi.”
“Ye ke?”
“Yelah pakcik, esokkan hari Ahad. Hari minggu.” Beritahu Haris. Dahi terlipat.
Berpandangan mata. Setentang.
***
“Ayah... Ayu pergi dulu ye.” Pagi ini Ayu dah tergesa-gesa. Dia tolong sekejap di warung kemudian berlalu pergi kerja. Bagusnya anak Pakcik Yusdy ni. Haris memerhati setiap langkah Ayu sampai hilang dari pandangan. Hari Ahad pun Ayu bekerja. Pekerjaan apa yang dilakukan Ayu?
Haris segera melangkah dekat dengan Pakcik Yusdy. Dia duduk di meja. Orang dah kurang pagi ni. Semua dah sibuk pergi kerja. Awal-awal pagi tadi memang terlalu sibuk melayan pelanggan. Pakcik Yusdy membaca surat khabar.
“Pakcik...”
“Ada apa? Kalau kau nak bercakap hal pagi tadi tu lupakan je.”
“Bukan macam tu.”
“Habis tu apa?” Soal Pakcik Yusdy dengan membelek surat khabar itu laju-laju.
“Tentang anak lelaki Pakcik.”
Pakcik Yusdy terus menghempas surat khabar tu di atas meja. Marah nampaknya.
“Kau nak tanya tentang Bakar?! Sebenarnya anak aku tu dah mati! Dah mati dalam hidup aku! Sejak dia tak balik aku dah anggap dia dah mati!” Tengking Pakcik Yusdy terus melangkah masuk ke dalam.
“Bakar?! Pakcik Yusdy! Bakar tu anak pakcik ke?” Soal Haris sambil bangun dan mengejar langkah Pakcik Yusdy.
“Ya! Dia anak aku dan aku aku kenal ayah kau! Aku ambil kau kerja dekat sini sebenarnya aku dah kenal siapa kau! Sebaiknya kau pergi dari sini sebelum aku berubah fikiran.”
“Tapi apa semua ni? Adakah semua ni ada kaitan dengan pakcik?”
“Aku kata pergi!” Bentak Pakcik Yusdy membuatkan Haris tertanya-tanya.
“Jadi yang gambar tu, semua kawan-kawan pakcik?”
“Aku kata pergi! Kau tak reti bahasa ke? Sebelum aku tetak kepala kau dengan parang ni aku tak nak tengok muka kau dekat sini.”
“Apa yang membuatkan pakcik marah sampai macam ni sekali? Apa dosa saya dan dosa ayah saya pada pakcik?” Haris mahukan jawapan namun Pakcik Yusdy tak dapat memberikan jawapannya. Haris masih terkejut dengan kebenaran ini. Jadi warung ini adalah warung ayah Bakar. Siapa Bakar sebenarnya?
Haris jangan memaksa lagi. Seeloknya dia mesti pergi. Pergi dari sini dan dia perlu selidik hal ini. Dia mahu mengetahui hakikat sebenar.
“Harimau Jantan sudah keluar rupanya!”
‘Buk’ kaki dihempas atas kerusi.
Haris menoleh laju melihat siapakah yang datang. Konco-konco Mael Lambung. Tak pula kelihatan Zamry Rockers di situ.
“Lu sape?”
“Gua?”
“Kau jangan nak buat kacau dekat sini.” Pakcik Yusdy menghalang.
“Gua nak lu punya budak! Amacam? Ada berani halang?” Ujar lelaki berjaket hitam.
Konco-konco yang lain hanya menanti sahaja di belakang. Menunggu saat tindakbalas. Haris tak gentar.
“Lu tengok lutut gua ada goyang ? Marilah!” Kata Haris.
“Ada gua kisah!” Lelaki itu terus melemparkan kerusi dan dengan pantas Haris mengelak lalu Haris melompat menerajang lelaki itu sampai tercampak. Pelanggan yang duduk minum awal-awal lagi dah cabut lari.
Lima lawan satu, Haris tak lari lagi. Dia tak hairan dengan anak semut ini. Pijak kasi mati. Tapi dapatkah Haris mempertahankan dirinya?

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.