Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 12)


Lama sungguh dia menunggu. Janji pukul sembilan tapi waktu sekarang belum sampai lagi. Berkali-kali Haris menjengah jam pada pergelangan tangannya. Sesekali dia mengeluh. Lembap pulak mamat ni. Sengal betul. Dia tak sedap hati. Seperti ada yang kurang senang menyerang jiwanya. Hatinya pula langsung tak tenang. Terasa diperhatikan sahaja. Dia menoleh ke kiri dan kanan cuba menelaah keganjilan namun kesibukan di situ seperti biasa. Orang naik bas, orang turun bas dan orang menuggu bas seterusnya. Ketibaan dan keberangkatan bas ekspres sentiasa ada. Memang Hentian Duta sibuk dengan umat manusia.
Bahunya dicuit.
Haris menoleh.
“Erm...” Ucap seorang perempuan.
“Eh?” Haris berkerut dahi. Dia tak kenal perempuan itu kerana wajah perempuan tu berparut dan bertudung litup. Labuh tudungnya.
“Maaf salah orang.” Ucap wanita tu kemudian tersengih meminta maaf dan berlalu. Kes salah orang biasa berlaku. Haris buat tak tahu sahaja. Di tepi pintu dia berdiri. Keluh dan kesah memburunya. Dia dihambat rasa tidak selesa.
Dari sudut tidak berapa jauh darinya ada seorang lelaki berjaket coklat asyik merenung padanya. Bila dipandang, lelaki itu mengalihkan pandangan. Di kanan pula ada lagi seorang lelaki bermisai sedang berpeluk tubuh. Bila Haris pandang, lelaki tu berkalih mata.
Siapa mereka ni? Haris bertanya dalam hati. Mungkin itu cuma perasaan Haris sahaja. Bila terasa tidak aman mana bermacam perkara menganggu fikiran.
Haris memandang lagi dan nampaknya lelaki itu mengikut perempuan tadi. Mereka tergesa-gesa melangkah lalu beg tangan perempuan itu diragut setelah perempuan itu agak jauh berjalan meninggalkan kawasan Hentian Duta.
“Tolong!” Perempuan itu menjerit. Haris terus berlari. Dikejar peragut itu. Orang ramai terpinga-pinga dan tiada seorang pun bertindak melainkan Haris seorang sahaja. Barangkali mereka lebih bersikap tidak ambil tahu.
Haris lari laju-laju, dia melintas jalan begitu sahaja, kenderaan lain terpaksa tekan brek mengejut mengelak dari melanggar Haris. Kereta yang brek mengejut tu dilanggar oleh kenderaan lain di belakang. Jalan di hadapan The Mall sesak dengan tiba-tiba kerana insiden itu.
Kejar punya kejar sampai lelah dan penat, akhirnya Haris hampir dapat orangnya tapi liat nak mampus orangnya. Melawan pula tu. Setibanya dekat yang Haris menhadapi cubaan diterajang pula.
“Hoi!” Haris memaut leher lelaki tu.
Malangnya beg tu tak ada dekat lelaki yang berjaket coklat. Haris terlihat lelaki bermisai lebat lari terus menerus lalu tersadung selepas terlanggar orang ramai di situ. Nampaknya mereka bersungguh-sungguh meragut. Mereka lari lagi. Haris kejar dan kejar lagi sampai dekat PWTC. Apa yang menghairankan, orang lain buat tak tahu saja. Tolonglah Haris yang tengah kejar peragut tu! Kalau dapat boleh ganyang sampai lumat. Peragut ni jangan bagi muka sangat nanti naik kepala.
Lelah mengejar tak dapat tapi tuah badan terlihat lagi peragut tu membuat cubaan melompat. Dengan pantas Haris menarik semula lelaki berkumis lebat itu.
“Bangsat!! Lu nak langsi dengan gua ke?” Saat dia mengayunkan penumbuk dan mahu melepaskan tumbukan itu ke muka peragut jahat tu yang sedang terbaring ada pula orang mengganggu.
“Jangan!” Lelaki berjaket hitam tu terpekik menghalang Haris bertindak kasar.
“Apa hal lu nak tumbuk kawan gua beb! Rileks sudahlah... janganbetul-betul lu nak tumbuk dia. Lembam biji mata dia siapa nak jawab?”
Haris mengangkat kening. Perempuan atau lelaki? Suara halus semacam saja. Kalau lelaki mesti dengar suara lelaki yang garau tu? Tapi ni agak pelik. Haris bangun sambil mencekak kolar baju lelaki berkumis tebal tapi lagi pelik dilihatnya.
“Apa hal misai lu jatuh beb?” Haris terus tarik.
“Auh!”
“Misai palsu rupanya. Eh?” Haris tergamam. Terkejut juga melihat penyamaran yang tidak profesional seperti itu. Rasa kelakar pula. Kalau ya pun nak menyamar jangan buat lebih kurang. Pakai gam gajah baru lekat tak tertanggal lagi. Itu apa? Gam kanji ke?
“Wei dah lama ke lu berdua buat kerja ni?”
Haris mencerlung mata. Tajam kalah mata pisau kut.
Agak langsi juga pertanyaan Haris tapi dia tak ambil port langsi ke tak langsi kerana itu memang dirinya. Mencuba buang jauh-jauh sikap panas barannya tapi tetap macam tu juga. Tapi tak apa, boleh cuba lagi kut lain kali.
“Rilekslah bro. Kita settle elok-elok tapi bro tolong ar lepaskan kita orang, bro. Lain kali kita orang tak buat lagi. Sumpah bro.”
Yes bro, sebenarnya kami dah janji ni adalah kejahatan terakhir kali kami lakukan. Sama ada berjaya ataupun tak inilah yang terakhir bro.” Sampuk seorang lagi dengan selamba saja.
“Memang tak berjaya! Lu ingat gua percaya sumpah lu orang ni ke?” Balas Haris dengan kasar. “Nasib baik lu berdua ni perempuan, kalau lelaki gua bantai korang cukup-cukup tadi biar mampus! Kerja lu orang ni menyusahkan orang. Banyak kerja lain yang lu orang boleh buat. Bak sini beg tu!” Sempat lagi Haris memberi ceramah percuma. Mereka berdua dah pucat. Mereka berada ditempat agak sunyi tidak ramai orang. Kalau ada ramai orang pasti berlaku pergaduhan yang lagi besar sekiranya orang awam mengetahui hal yang sebenarnya memandangkan banyak kereta kemalangan tadi.
Ketiga beg diserahkan, perempuan tomboy tu cuba menyerang dengan kayu pula. Dia ingat Haris tu bodoh ke? Nak percaya bulat-bulat kata mereka. Dengan pantas kayu yang dihayunkan itu ditangkap oleh Haris. Ditarik dan badan perempuan tomboy itu tertarik juga ke hadapan Haris. Tangan kiri Haris masih mencekak kolar baju tomboy yang kononnya bermisai lebat tadi. Setelah mereka berdua rapat ditembungkan antara satu sama lain. Terhantuk kepala sesama mereka.
“Argh! Sakit!” Mereka mengadu.
Padan muka.
Haris buat muka garang.
Mereka berdua menyeringai. Sakitlah tu. Rasakan daya kekuatan dari seorang lelaki tampan. Mahu tak sakit kuat tu tembungan tu. Kena laga sesama sendiri agak menyeramkan. Tergosok-gosok.
“Tahu pun sakit. Kalau perempuan yang lu ragut tadi tu keguguran bagaimana? Bodoh betul korang ni kan? Lu tak nampak ke perempuan tadi tu hamil? Lu berdua ni bangang bukan orang! Bodoh nak mampus!” Maki Haris secukup rasa.
“Lepaskan kita orang, bro.”
Bull shit!” Haris meludah ke sisi. Haris mengunci kedua-dua tangan mereka serentak. Jangan main-main dengan Haris. Ilmu mempertahankan diri cukup tinggi.
Mereka menyeringai lagi.
“Adoi!”
Haris terus merebahkan tubuh mereka. Makin sakit mereka jadinya. Haris melepaskan geram kerana tomboy ni buat kerja gila. Lagi gila hatinya melihat kebodohan itu. Berapa ramai yang dah meninggal dunia gara-gara kes ragut. Memang tak berkeperimanusian sungguh. Emosi jadinya.
“Bro, kalau bro nak pukul kita orang pukulah bro, tapi jangan bawa kita orang ke balai.” Tomboy berjaket coklat bersuara dan merayu.
“Siapa nama lu?”
“Tim.” Katanya. Sedap.
“Nama betul!” Haris tak puas hati lagi.
“Fatimah.” Lagi sedap.
“Dan lu barua?! Nama ape?”
“Roy.” Kurang enak.
“Nama betul! Gua tak nak tau nama jantan keparat kau tu!”
“Roziah.” Best!
“Okey. Gua takkan serahkan lu berdua ke balai polis tapi gua kena buat sesuatu dulu untuk lu orang.” Dalam benak Haris merancang sesuatu.
Tidak berapa lama selepas itu.
“Bro! What the hell bro ikat kita orang ni kat tiang?! Dahlah bau hancing! Bro lagi takde otak! Bro ingat kita orang ni lembu ke nak main tambat-tambat ni?” Tim merungut.
“Lu orang dengan lembu lebih kurang je.” Balas Haris selamba lalu melangkah cepat-cepat untuk menyerahkan semula beg yang diragut oleh mereka tadi kepada pemiliknya.

***

“Kau dekat mana ni?”
“Sebab tulah aku telefon kau sekarang ni. Boleh tak kau datang kat kawasan PWTC ni?” Haris menghubungi Ayob yang sudah lama menunggu Haris dekat Hentian Duta.
“Kau buat apa pulak dekat sini Ris? Kau ni macam-macam hal lah malam ni. Jangan pulak aku sampai sana kau takde pulak.”
“Janganlah banyak bunyi, kau datang jelah.” Balas Haris mahukan Ayob datang cepat sikit. Terhegeh-hegeh.
“Yelah!”
Panggilan dimatikan.
“Nak telefon kau.” Haris menghulurkan telefon milik Fatimah yang dipinjamnya.
“Lu buat lawak ke bro? Pandai ambil pandailah simpan. Dahlah lu ikat tangan gua. Lu ingat gua boleh ambil pakai kaki ke?”
“Gua lupa yang gua dah tambat lembu-lembu liar ni.” Sarkastik Haris.
“Bro, apa ni main lembu-lembu.” Roy mencelah.
“Gua kan dah kata tadi, lu orang dengan lembu lebih kurang je. Tadi gua dah hantar beg yang lu orang ragut dekat perempuan tu. Lu orang tau tak apa perempuan tu kata?”
“Mana gua tahu beb, bukan gua ada dekat situ pun.”
“Itulah lu. Perempuan tu ucap terima kasih dekat gua. Lu orang tahu berapa nilai ucapan tu?”
“Dua ringgit kut.”
‘Pok’ kepala Tim disekeh oleh Haris kerana jawapan bodohnya.
“Tak ternilai. Gua tengok kakak tu cepat-cepat kuarkan apa yang ada dalam tu. Dua ingat dia fikir duitnya dah lesap dan gua cakap gua tak usik apa-apa pun kat dalam beg dia. Tapi gua terkejut. Lu orang tau apa yang dia keluarkan?”
“Bro! Gua dah kata gua takde dekat situ pun. Janganlah perbodohkan kita orang, nak cerita ... cerita jelah.”
“Okey. Dia keluarkan gambar. Gua tak tau gambar siapa tapi dia menangis jadi gua pun tanya kenapa. Dia kata mujurlah gambar ni tak hilang. Gua terharu beb, dia tak fikir pun pasal duit ke atau apa, dia kata yang penting gambar dan surat. Kemudian dia ketawa sorang-sorang.”
“Sahlah tu perempuan sewel! Tak betul.” Tim menghina.
“Otak kau! Aku tak fikir dia sewel. Yang sewelnya lu orang beb. Mana kawan gua ni tak sampai lagi ni.” Haris mengeluh dan sempat lagi dia sekeh kepala Tim kemudian kepala Roy. Mereka berdua membulatkan biji mata memandang Haris.
“Bro! Lapar ni!”
“Diam la!”
Haris tengah tunggu Ayob tapi dua orang tomboy ni merungut je. Banyak nyamuklah, rimaslah, nak buang air kecillah, besarlah dan bermacam-macam alasan lagi. Haris buat tak tahu kerana malas nak melayani karenah mereka.

***

Berkerut-kerut dahi Ayob memerhatikan dua manusia itu. Makan bukan main selera lagi. Baik hati sungguh Haris suruh Ayob bawa mereka pergi makan dulu. Dahlah tadi kena tambat macam lembu kali ni dibebaskan dan siap dibelanja makan Pizza Hut lagi.
Haris juga berselang-seli memandang Tim dan Roy kemudian memandang Ayob. Tangan Haris terus ditarik oleh Ayob.
“Aku nak kau jelaskan apa semua ni.” Bisik Ayob.
“Yob, biar mereka makan dulu. Mereka tengah lapar tu.”
“Aku tak kira Haris. Kau jangan macam-macam.”
“Takde macam-macam pun.”
“Erm.” Ayob dan Haris kembali duduk tersengih-sengih.
Kaki Ayob melanggar kaki Haris.
“Apa?” Soal Haris.
“Bro, sedap ar pizza ni.” Ucap Tim dengan penuh selera sekali selepas menyedup minuman coke. Roziah juga dengan lahap sekali makannya.
Ayob nak tahu sangat apa sebenarnya yang berlaku. Duit dia juga jadi mangsa belanja tomboy ni makan. Haris tak cukup duit untuk bayar semua ni. Ayob tahu apa yang Haris rasa sekarang ni.
“Yob, lepas ni lu bawa kita pergi CM.”
“CM?” Tim dan Roy terkejut.
“Ye, apa hal lu orang? Tak pernah dengar CM ke?”
“Tahu! Tapi untuk apa?” Tanya Tim.
“Ye Haris, untuk apa kau nak bawa dorang ke CM pulak? Lebih baik kita hantar mereka balik je.” Ayob mencelah.
“Huh!” Roy mengeluh.
“Jomlah kita gerak sekarang.”
“Sekarang? Apa ni bro! Kata nak bebaskan kita orang. Ni apa hal gua nak kena ikut lu bro pergi sana sini. Gua bukan gundik lu.” Tim tak puas hati. Tim dari awal memang mulut cabai. Secabai-cabai mulut Tim cabai lagi mulut Haris.
“Lu pilih! Lantai simen atau tilam?!”
“Argh! Yelah!” Akur Tim.
Haris senyum. Ayob garu-garu kepala. Selalu begitu. Walaupun penampilan Ayob dah banyak berubah tapi ada satu benda yang tak berubah. Tabiat garu-garu kepala dan ada sayu hal lagi.
“Bro! Apa hal dengan kawan lu ni? Asyik kenyit mata dekat gua je.” Roy menyampuk kerana dia tak selesa dengan Ayob.
“Member gua ni memang camni. Lu jangan kutuk-kutuk pulak!”
“Mat Kenyit rupanya.”
“Hoi! Mulut kau jaga baik-baik sikit. Ada yang makan gelas kejap agi ni.” Amboi Ayob dah pandai berkasar. Terasa ke? Ayob berdiri marah sungguh.
“Rileks Yob. Kau kena rileks dan kau kena terima kenyataan tu. Walau apapun kita kena gerak sekarang.”
“Apa ni Ris? Mangkuk ni dah buat aku bengang.”
“Dah. Jom!” Haris mahu semua cepat.
Mereka berempat meninggalkan premis Pizza Hut untuk ke tempat yang diminta Haris. Haris nak buat apa dekat CM tu? Apa CM tu? Orang Kuala Lumpur tahulah apa CM tu. Tempat tumpuan juga. Penggiat seni ramai kumpul sana mempamerkan hasil karya masing-masing. Seni lukis atau seni halus itu dipersembahkan. Sangat unit dan menarik. Itulah nilai seni. Bagi mereka yang tak tahu nilai seni akan menganggak benda-benda tu semua merugikan dan tak mendatangkan hasil, walhal buktinya kerajaan telah banyak membantu usaha mereka untuk sampai ke tahap ini dengan terbinanya Pasar Seni atau lebih dikenali Central Market. Pelbagai kraftangan dan hasil-hasil karyawan seni tanah air ada di sana.
Tujuan Haris? Haris saja yang tahu. Haris pelik. Baru keluar dari tirai besi dah ada agenda. Agenda membalas dendam atau untuk tenangkan fikiran? Mereka bertiga tidak tahu tujuan Haris ke sana. Ayob tanya tapi Haris buat dunno. Tim dan Roy juga bertanya malangnya kepala mereka kena sekeh pula oleh Haris. Padan muka!
Ayob jeling tajam kerana Roy masih cakap lebih kurang. Jelir lidah yang panjang. Menyindir Ayob dan Roy juga ikut kenyitan mata Ayob. Aduh! Sakit betul hati Ayob.
Tinggalkan komen anda di sini [Click Here]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.