Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 11)



Apa nak buat dengan hal itu? Fikir Shafika seharusnya dihapuskan sahaja perkara dusta? Shafika memandang mudah dengan keadaan itu. Tidak tahu ke Shafika bahawa membuktikan kebenaran itu adalah perkara yang tak mudah? Kebenaran selalu tewas di awalnya tetapi untuk sampai ke penghujungnya memerlukan pengorbanan yang sangat dahsyat maka Shafika mesti berkorban. Dia wajib mengorbankan sesuatu yang dia sayang. Boleh ke dia balik ke Malaysia? Adakah papanya akan mendiamkan diri? Tak mudah wahai Shafika kerana dia sudah berkali-kali meletakkan prangska itu. Cuma papanya seringkali bertanya dari mana dia mendapat tahu dna siapakah orang yang mengadakan cerita itu? Shafika merahsiakan.
Dia merenung tajam dirinya sendiri ke dalam cermin kaca yang bakal retak seribu sebentar lagi. Dia marah dengan dirinya sendiri. Dibalingnya bingkai gambar mengena tempat ke arah almari cermin itu.
‘Ping!’ pecah berderai umpama hati dan perasaannya juga.
“Aku nak balik Malaysia!!” Mengamuk Shafika berjuraian air mata. Sampai hati papa buat Fika macam ni, detik hati Shafika yang sebak.
Tanpa rela, dia menjadi tahanan oleh papanya sendiri. Kenapa papa? Kenapa papa lakukan perkara ini pada Fika? Papa tampar Fika! Papa kata papa sayang Fika, tapi kenapa macam ni? Tiada henti-henti hatinya meraung,
Kasihan Shafika, dikurung sepi ke dalam bilik. Kepada siapa dia hendak mengadu ketika ini? Kepada Ayob? Bagaimana hendak dia mengadu sedangkan telefon bimbitnya dirampas.
“Papa!!” Jerit Shafika melangkah laju ke pintu biliknya. “Buka pintu ni papa! Sampai hati papa buat Fika macam ni! Papa!!” Jerit Shafika lagi. Appartment ini bagaikan neraka pula. Ini bukan Syurga! Ini tempat seksaan jiwa. Shafika nak keluar!
Rayuan Shafika tidak lagi dihiraukan oleh papanya. Encik Baharudin berkeras hati dan sanggup mengurung Shafika di dalam bilik. Encik Baharudin tiada pilihan kerana Shafika berdegil.
Terbelah dua hati Shafika. Dia cuba membenci papanya. Adakah dapat dilepaskan rasa itu? Atau dia terpaksa membenci dirinya sendiri kerana kedegilannya dan tidak mahu mendengar cakap papanya sendiri? Adakah ini mengorbanan yang perlu dia lakukan? Patutkah dia menderhakai Encik Baharudin?

***

Kurungan sepi kurungan resah. Hidupnya terkunci selama ini. Hidupnya penuh dengan kegelapan. Siang dan malamnya dirasakan sama sahaja. Kadangkala terpaksa membuat kerja-kerja amal. Selalu pula disuruh itu dan ini. Hidup menjadi banduan memang terkutuk tempatnya namun masih adakah ada jalan pulang? Tapi aku tak pernah melakukan perbuatan itu, Haris kecewa.
Inikah dunia? Yang bersalah terlepas yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan. Aku terperangkap di dalam dunia aku sendiri tetapi aku tak buat kerja bodoh tu melainkan aku terpaksa tapi dalam kes ini aku tak buat. Haris mempertahankan dirinya sendiri tetapi tiada bukti kukuh menyelamatkan keadaannya.
Dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama lima tahun. Suatu tempoh yang terlalu lama. Sejak umurnya dua puluh satu tahun lagi. Dia tak dibenarkan diikat jamin. Malah dia diperlakukan sebagai pesalah besar. Memang berat tuduhan itu tetapi terpaksa. Dia bukan dibawah umur.
Sudah 26 tahun usia Haris. Ketika berumur 21 tahun kes telah disabitkan ke atas dirinya adalah memiliki senjata api. Bukan setakat itu sahaja, kes pembunuhan dan kes rompakan juga dikenakan ke atas dirinya. Bagaimana dengan kes dadah? Mujurlah dia tidak disabitkan dengan kes dadah kerana tiada dadah bersamanya ketika hari dia ditangkap.
Dia tidak mahu ingat lagi tetapi dendam mesti dibalas.
“Haris!!” Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari penjara Kajang, ada insan memanggil namanya. Dia tercari-cari siapakah orangnya. Selama lima tahun dia terkurung pagi ini tanggal 1 Julai 2011 dia dibebaskan.
“A...Ayob? kau ke ni Ayob?”
“Ye ni aku, A-Y-O-B, Ayob.”
“Ayob!” Haris memeluk Ayob, Ayob juga membalas pelukan itu. Mereka bertemu kembali. Persahabatan yang terpisah kita terjalin semula. “Dah banyak berubah kau sekarang ni Ayob, dah tak comot macam dulu lagi.” Ujar Haris.
“Man Tiger! Gua salute sama lu!” Ayob mendebik perlahan dada Haris.
Leher Ayob dipaut.
“Ada-ada aje kau ni Ayob.”
“Apa macam bro?”
“Sejak bila dah pandai bro-bro dengan aku ni, Yob?”
“Sejak kau selamatkan aku.” Balas Ayob melangkah bersama-sama dengan Haris yang sudah jauh berubah. Badan makin tegap mungkin kena buat kerja berat agaknya.
Harius tersengih. Akhirnya dia kembali menatap matahari dan menghirup udara luar. Dia betul-betul rasa dirinya bebas tetapi hati masih lagi terkurung. Hatinya sarat dengan benci dan dendam. Sekali aku melangkah keluar, aku berjanji yang aku tidak akan masuk lagi! Janjinya pada diri.
Ayob menceritakan kepada Haris ke mana dia pergi selepas itu. Dia juga menceritakan tentang Shafika dan Haris begitu berminat ingin tahu namun hatinya kendur semula tatkala mendengar nama Bakar pula meniti di bibir Ayob.
“Ayob!!”
“Ayah...” Desis Ayob.
“Siapa tu?” Tanya Haris.
“Erm... a...ayah aku.”
“Balik!! Kau datang sini menjemput banduan rupanya! Sini kau!” Tangan Ayob ditarik. Terasa Haris dihina.
“Ayah... Haris ni kawan Yob, kenapa ayah buat macam ni?”
“Kawan tak kawan! banduan tetap banduan! Balik! Kau tu baru je sampai dari New York, belum apa-apa kau dah datang sini. Rupa-rupanya kau menjemput banduan ni.” Ayah Ayob menarik laju tangan Ayob. Ayob sempat menghulurkan sekeping kad secara bersembunyi kepada Haris. Haris mengambilnya dengan dahinya yang berkerut. Kad itu disimpan ke dalam poket seluarnya. Sayup-sayup dia memandang dua beranak itu berlalu.
Haris terkilan. Sampai begitu sekali dirinya dihina. Apa dosanya pada mereka? Mereka tak layak menghukum dirinya. Allah lebih Berkuasa dan Maha Mengetahui segala-galanya. Sampai hati ayah Ayob menghina Haris yang sebenarnya tak bersalah. Mana boleh dengan mudah-mudah ayah Ayob tu menghamburkan penghinaan sebegitu. Stigma masyarakat sukar diubah namun boleh diberi pengajaran namun hanya Sang Pencipta menentukannya.

***

Di warung kopi dia duduk. Secawan kopi menemani keluhan hatinya yang sarat dengan bebanan. Sukarnya untuk dia berhadapan dengan masyarakat. Jiwanya berkecamuk sekali. Itu dan ini menyerang mindanya.
“Pak cik, kira.”
“Seringgit, nak.” Kata peniaga itu.
“Ada kerja kosong tak pakcik?”
“Kerja kosong? Ada SPM?”
“Amboi pakcik, kena ada SPM juga ke minta kerja dekat warung ni?”
“Mesti, kerja apa-apapun perlukan education nak.”
“Ada, tapi sekarang tak bawa. Ada dekat rumah.”
“Kalau macam tu esok bawa ya, siap dengan resume sekali.” Kata pakcik tu tersengih.
“Baik pak cik, esok gua datang lagi, eh... esok saya datang lagi.” Haris bangun sambil tersengih kerana tersasul dekat pakcik tu. Bergua-gua pulak.
“Pakcik gurau je nak. Betul ni nak kerja?” Haris mengangguk. “Kalau betul nak kerja, hari ni pun boleh start kerja. Pekerja pakcik dah berhenti sebab dah dapat kerja baru. Pakcik tak halang dia dari nak berhenti lagipun dah berjanji dengan dia, kalau dha dapat kerja baru boleh tukar.” Katanya. “Nama pakcik, Yusdy.” Pakcik Yusdy berkupiah putih memberitahu namanya kepada Haris.
“Nama saya Haris, pakcik.” Haris menghulurkan tangannya.
“Ooo Haris...”
“Ya pakcik.”
Sedang dia terfikir mencari kerja akhirnya dia mendapat kerja di situ. Sengaja dia mencari kerja begitu sedangkan dialah pewaris tunggal harta papanya. Sesen pun dia belum guna. Dia merendah diri dan dia juga tidak mahu menjadi seperti dulu. Dia cuba untuk berubah. Biarlah dia berkerja di warung kopi Pak Yusdy dari bekerja di syarikat besar arwah papanya.
Kalau dia ke sana, bagaimana tanggapan orang? Adakah dia akan dihormati? Leceh betul kalau difikirkan tanggapan orang. Macam-macam orang boleh buat cerita. Tapi, wasiat papanya pernah menyatakan bahawa dialah pewaris syarikat itu dan mesti menguruskan syarikat itu bila keluar dari penjara. Syarikat besar, syarikat pembinaan. Dia tak ada pengalaman langsung dalam menguruskan syarikat itu. Lagipun syarikat tu sekarang ni berjalan seperti biasa walaupun tanpanya.
Sebaik sahaja Haris bangun, seorang gadis cantik dirempuh olehnya. Gadis yang bertudung litup itu tergesa-gesa. Barangkali mengejar masa. Hanya sepatah sahaja ucapan daripada Haris iaitu ucapan maaf kerana terlanggar. Gadis itu hanya tersenyum sahaja.
“Ayah. Ain pergi kerja dulu.” Ucap gadis itu sambil bersalam dengan Pakcik Yusdy.
‘Ain? Sedap namanya, secantik orangnya.’ Desis hati Haris.
“Siap tu pakcik?”
“Itu anak perempuan pakcik. Abangnya hilang entah ke mana, dah puas kami mencari. Tak pelah, kau boleh buat kerja sekarang. Gelas dan cawan banyak dekat dapur tu.” Pakcik Yusdy agak sedih. Haris nampak wajah sedih itu tadi tapi cepat-cepat Pakcik Yusdy senyum semula.
“Pakcik. Selepas cuci semua ni saya nak keluar sekejap boleh ke?” Haris yang berada di dapur bertanya.
“Ke mana? Nak tinggalkan pakcik sorang-sorang ke dekat warung ni?” Pakcik Yusdy mengelap meja.
“Sekejap je pakcik, nak cari public phone.”
“Eh, kau takde telefon ke? Atau dah habis prepaid?”
“Sebenarnya saya takde telefon.”
“Tak payah susah-susah, kau guna je telefon pakcik ni.” Pakcik Yusdy mendekati Haris dan menghulurkan telefon bimbit.
“Tak payahlah pakcik.” Ujar Haris menolak.
“Pakai je. Kau nak telefon siapa?”
“Erm...”
“Okey, rasanya pakcik tak perlu tahu. Kau nak telefon awek kau ye? Okey takpe, pakcik tak kisah.” Kata Pakcik Yusy lagi.
Haris tersengih.
Pakcik Yusdy pun sama juga, tersengih konon faham. Entah betul ke tidak Haris nak telefon awek. Ada awek ke Haris ni? Siapa aweknya?
“Saya mana ada aweklah pakcik. Ada orang yang perlu saya hubungi.” Beritahu Haris terkial-kial tahan nak kencing pula. “Pakcik, toilet dekat mana?” Tanya Haris cepat.
“Ada dekat belakang tu.”
“Terima kasih pakcik.” Haris langkah laju-laju sambil bawa telefon Pakcik Yusdy. Tak kisah ke? Pakcik Yusdy tak terfikir ke kalau-kalau Haris tu bawa lari telefon canggih tu? Telefon ada bluutooth lagi. Kamera, jadi bolehlah 3G. Telefon sekarang canggih-canggih, boleh layari internet, bukan macam zaman dulu. Apa barang pakai telefon awam kan? Selalu saja rosak, ada yang tercabut gaganglah, wayar tak adalah, kena letup dengan mercunlah dan macam-macam lagi.

***

Hello Yob. Ni aku, Haris...”
“Oh Man Tiger...” Balas Ayob.
“Ceh!”
“Kau dekat mana sekarang?”
“Datang jumpa aku malam ni boleh?”
“Aku sekarang kena kuarantin dalam rumah ni. Tapi takpe kau punya pasal, nanti aku terjun tingkap.” Balas Ayob nekad nak terjun tingkap pada malam nanti.
“Okey, kita jumpa dekat Hentian Duta, pukul sembilan malam. Boleh?”
“Set!”
Haris mematikan panggilan itu. Tadi dia baru sahaja lepas buang air kecil sekarang ni dia melangkah pelahan menuju ke tempat cuci pinggan. Terdapat banyak gelas, cawan dan pinggan mangkuk yang belum habis dibasuh. Waktu ni matahari dah mula meninggi.
“Pakcik, telefon pakcik.” Haris menghulurkan telefon itu. Daftar panggilan telah pun dipadamkan. Dia tidak mahu Pakcik Yusdy tahu siapa yang dihubunginya tadi. Biarlah begitu sahaja. “Terima kasih ya.” Ucap Haris lagi setelah Pakcik Yusdy mengambil telefon itu. BlackBerry kepunyaan Pakcik Yusdy baru dibeli dan Haris memerhati lagi pada tangan kiri Pakcik Yusdy.
“Wah! Pakcik... Iphone... canggih tu.”
“Yang ni tuk serv internet, layan sikit, boleh tengok youtube. Boleh juga sesekali layan dangdut, gelek-gelek.” Kata Pakcik Yusdy. Haris ketawa. Dia rasa Pakcik Yusdy ni tak padan dengan tua.  Hehehe... perlahan sahaja Haris ketawa kemudian tersengih.

For View My Story And Comment [Click Here]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.