Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 13)


Berjam-jam masa dihabiskan begitu sahaja di situ. Tim dan Roy berasa bosan dengan keadaan ini. Dari tadi asyik main tutup-tutup muka sahaja. Nak sembunyikan diri dari siapa agaknya? Ayob mengeluh panjang. Dia juga merasakan perkara yang sama.
“Dah dua jam kita dekat sini. Apa motif kau bawa aku dan dua mangkuk ni ke sini?”
“Hoi! Sedapnya mulut lu cakap gua dan kawan gua ni mangkuk. Lu apa? Mat Kenyit? Mulai detik ni kita orang panggil lu Mat Kenyit. Dahlah mata tu macam tak cukup zat!”
“Apa ni main hina-hina orang. Tuhan buat aku macam ni, kau apa hal nak sibuk-sibuk.” Ayob bercekak pinggang memarahi Roy.
“Woi rileks ar. Apa ni kecoh-kecoh ni? Dahlah gua tengah penat ni. Lu orang gigih mandi embun pagi ni apa hal? Dah pukul satu pagi ni bro. Wei nama lu apa bro? Gua lupa lah.” Tim yang duduk mencangkung tu terus bangun. Memang selalu berubah kedudukan bagi keselesaan.
Ayob tarik tangan Tim di saat Haris sedang memerhatikan keadaan sekeling. Apa hal sebenarnya ni? Ketika ini Ayob tarik Tim menjauh sedikit dari mereka.
“Aku nak tanya kau. Mulut kawan kau tu lebih kurang dengan mulut kau tapi kawan kau tu lebih action dari kau, kenapa?”
“Dia terlebih makan serbuk kari!”
“Kau ni memainkan aku ke? Dah kau makan apa?”
“Gua baru je lepas makan Pizza tadi kan?” Balas Tim.
“Lantaklah kau nak makan apa pun, aku nak warning ni. Aku nak kau beritahu kawan kau tu jangan biadap sangat. Aku ni mula menyampah dengan dia tapi dengan kau okey lagi. Jangan sampai aku langgar dia sampai mati.”
“Gangsternya lu beb nak langgar kawan gua.”
“Aih!! Senyap lah! Yang kau cakap kuat-kuat ni kenapa?” Ayob terus menutup mulut Tim.
“Yob, sini!” Panggil Haris. Ayob terus melangkah.
“Ya Ris? Dah nak balik ke?”
“Tu.” Haris memuncungkan mulutnya menunjukkan arah.
“Perempuan mengandung dan berparut di wajah. Kenapa dengan dia?” Tanya Ayob.
Mereka memerhati keadaan itu. Seorang perempuan berjalan-jalan di situ. Tim dan Roy pernah melihat perempuan yang sama. Ayob sahaja yang tak pasti. Haris menarik tangan Ayob untuk merapati perempuan yang sekejap senyum sekejap menangis.
“Apa ni Haris? Siapa dia tu?” Ayob bertanya. Tim dan Roy membuntuti Haris dan Ayob.
“Ikut je lah.” Beritahu Haris.
“Iyalah.”
Haris memotong langkah perempuan yang bertudung litup itu. Perempuan yang dikenali ketika kes ragut yang berlaku di Hentian Duta. Tim dan Roy bercakap sesama mereka. Barangkali sudah menaruh syak.
“Puan.” Ujar Haris tersengih-sengih.
“Awak... macam pernah nampak.” Kata perempuan tu dengan berkelip-kelip mata.
“Ya dekat Hentian Duta.” Beritahu Haris lagi masih senyum.
“Kejap. Apa semua ni?” Ayob menyampuk.
“Nanti.” Balas Ayob.
Mereka berbual di situ seketika. Haris tahu perempuan tu akan ke situ. Haris bukan meneka tetapi perempuan tu sendiri yang beritahu dia selalu jalan-jalan di kawasan itu bila tengah malam. Haris agak bingung memikirkan hal perempuan ini. Suka merayau katanya. Kalau begitu sikapnya mudah mejadi sasaran peragut.
“Tinggal dekat mana sebenarnya ni?” Haris tak kisah dengan wajah perempuan itu.
“Haris... marilah pergi. Ngerilah...” Balas Ayob.
“Yob! Kau ni ngeri-ngeri! Dia pun manusia jugak. Lu dengan ayah lu memang begini ke? Suka hina orang?”
“Haris! Aku tak pernah hina orang.”
“Baru sekejap tadi!” Haris menengking Ayob membuatkan Ayob terdiam. “Gua nak tahu dan gua nak tolong perempuan ni.” Sambung Haris lagi.
“Eh, buat apa nak tolong saya? Saya tak susah apa-apa pun.” Balas perempuan tu.
“Nama saya Haris. Ni kawan saya namanya Ayob. Maafkan dia ya. Dia tak sengaja.” Haris cuba menyelamatkan keadaan. Sempat dia menarik nafas dalam-dalam.

***

Haris dan Ayob tak balik. Mereka lepak pula. Ada lagi penambah seri cakaran, Tim dan Roy. Bukan mereka sahaja malah bertambah lagi seorang. Kini mereka berlima ada di dalam sebuah rumah sewa. Rumah siapa mereka melepak dalam jam satu pagi tu?
“Kalau bro nak tumpang tidur sini pun takpe bro. Gua izinkan tapi gua tak nak Mat Kenyit ni cuba selongkar barang-barang yang ada dalam rumah ni.” Pesan Roy.
Haris tersengih kasar dan membawa perempuan tu duk di lain tempat.
“Chait! Aku nak usik apa? Rumah kau tv pun takde. Apatah lagi Astro pakej Mustika tu.” Balas Ayob.
“Isilah air Pepsi tu dalam gelas!” Arah Tim pada Ayob.
“Aku jugak?”
“Lu nak minum ke tak nak bro?” Roy mencelah.
Ayob pun mencapai botol Pepsi yang ada di hadapan matanya lalu dituangkan ke dalam gelas.
“Gelas lu je ke? Gelas gua dengan member gua ni ape cer?”
“Tuang sendiri.”
“Damn!” Maki Roy.
Di sudut sofa pula kelihatan Haris bercakap dengan perempuan tu. Apa yang sedang dibualkan agaknya? Ada sesuatu yang tidak kena kerana perempuan tu sekejap menangis sekejap ketawa. Memang tak waras kut?
“Kenapa Haris kutip dia?” Ayob pula bertanya.
“Kurang ajar gak mulut kau ni kan?” Roy terangguk-angguk dengan matanya yang besar tu dipejamkan.
“Gua benci lelaki sebab mulut lelaki macam lu ni bau longkang!”
“Kau lesbian ke?” Ayob gedik-gedik jari.
“Wak lu! Lesbian dan pengkid lu tatau ke?” Roy marah.
Tim pula tongkat dagu.
Ayob macam tak puas dari awal lagi sejak digelar Mat Kenyit.
Selamba.
“Ayob!” Tiba-tiba Haris memanggil Ayob. Ayob terus bangun dari meja makan.
“Ye Haris. Dah nak balik ke?”
Boleh tahan sempoi juga telahan Ayob.
“Otak kau! Ye jom balik.”
“Perempuan ni?” Ayob nak tahu jawapan seterusnya.
Haris kuis hidung sendiri.
“Dia duk sini. Esok kita datang lagi ke sini.” Beritahu Haris. “Tim!” Haris memanggil Tim.
Tim dengan malas bangun dan melangkah. Setibanya di situ Haris terus bangun dan mendekatkan wajahnya dekat wajah Tim. Dahi mereka bertembung.
“Gua nak lu jaga perempuan ni. Lu jangan nak aniaya dia lagi selepas apa yang berlaku malam ni. Gua nak lu orang jaga dia sampai anak dalam kandungan dia lahir. Jika apa-apa berlaku pada diri dia, gua sembelih lu orang! Faham!” Tim takut-takut lalu mengangguk. “Jangan cuba nak lari. Gua cari lu sampai dapat!” Ugut Haris.

***

“Dah! Sini je.” Haris minta diturunkan dekat warung.
“Kau duduk sini ke?”
“Ye kenapa?”
“Cepatnya kau dapat bantuan.” Ucap Ayob sementara Haris menanggal seat belt.
Apa yang tak disangka-sangka berjalan dengan baik. Mujurlah dia ditakdirkan bertemu dengan orang yang selama ini ditinggalkan dan juga orang itu meminta dia menjauhkan diri. Kini Haris ingin menjaga hati masing-masing.
“Aku nak ucapkan terima kasih kerana membantu aku.” Balas Haris lalu membuka pintu kereta Myvi SE Ayob.
“Okey. Apa-apa hal nanti aku cari kau dekat sini okey?”
“Okey. Dah lewat ni nanti ayah kesayangan kau cari anak gadisnya nanti.”
“Perli nampaknya.”
“Nampak sangat dia manjakan kau kan?”
“Tak kisah bro.” Balas Ayob selamba walaupun terasa hati. Haris sepatutnya lebih terasa hati.
“Aku kan bekas banduan, masyarakat mana boleh terima orang macam aku ni. Orang yang tak ada masa depan dan orang yang menyusahakn hidup orang lain.”
“Tak baik kau cakap macam tu Haris. Aku tak pernah buang kau. Aku bangga dapat berkawan dan kenal dengan kau walaupun sebelum ni aku tahu kita banyak buat silap. Kesilapan tu adalah pengalaman dan pengalaman mengajar kita erti kehidupan.” Ayob berbicara murni.
Haris yang sudah berdiri di luar kereta Ayob terus menutup pintu.
“Yob. Erm...” Haris berbicara melalui tingkap setelah cermin kereta diturunkan oleh Ayob.
“Yes.”
“Kau tahu tak Shafika dekat mana sekarang?”
Ayob terdiam.
Haris nak tahu sama ada Ayob tahu atau pun tidak.
“Haris, aku kena balik dulu. Kalau aku tahu pasal dia nanti aku akan beritahu kau.”
“Memang kau tak tahu apa-apa ke? Dekat mana dia tinggal dan bagaimana keadaannya? Aku nak jumpa dia ni.”
“Jumpa esok.” Ucap Ayob.
“Okey.”
“Oh, sebelum aku lupa, ni telefon aku. Kau pakai je telefon aku ni dulu untuk kita saling berhubung.”
“Terima kasih Yob.” Haris mengambil sebuah telefon bimbit yang dipinjamkan oleh Ayob. Ayob mengangkat jari thump up untuk memberikan semangat pada Haris kemudian berlalu pergi.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.