Entri Terkini :

Text : Bicara Cinta

Membuat pilihan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penelitian yang cukup tinggi. Bukan sekadar main lepas pandang atau sengaja dibiarkan atau juga tidak ambil peduli akan sesuatu risiko. Pilihan dalam percintaan misalnya, ia sarat dengan cabaran kerana ia melibatkan hati dan perasaan. Secara umumnya cinta itu khusus untuk hati sahaja. Hati yang mencintai sesuatu. Hati yang mudah patah adalah hati insan yang tidak mampu menghadapi kekecewaan.
Kehadiran cinta sering kali diragui, “Adakah benar aku telah jatuh cinta? Pada si dia?” Persoalan ini tidak patut timbul kerana hati ada jawapannya. Pertanyaan ini adalah diajukan oleh perasaan sahaja kerana ia tidak yakin. Keyakinan untuk meraih kebenaran adalah sangat perlu dan tersangat penting. Di sini bukan untuk menceritakan bagaimana cinta itu mula bersemi tetapi ingin menceritakan tentang kehebatan cinta.
Cinta adalah anugerah yang terindah, cinta juga sesuatu yang tidak boleh dilupakan dalam sekelip mata tetapi ia hadir tanpa diduga. Jika ia pergi maka akan merana dan sesebuah kehidupan itu sukar untuk dilalui. Hidup tanpa cinta ibarat bunga yang layu. Sekuntum bunga yang layu tiada seri malah ia tidak lagi mengeluarkan harum yang menusuk ke rongga tetapi akan menjadi sakit untuk dipandang.
Cinta setulus hati adalah cinta terhadap insan tanpa keraguan. Ia adalah cinta sejati seandainya pasangan itu juga memiliki rasa yang sama. Rasa cinta dan mencintai antara satu sama lain tanpa ada sebarang keraguan. Jika wujud cemburu itu adalah perkara biasa tetapi sekiranya cemburu yang terlampau sehingga mengakibatkan hilangnya kewarasan itu adalah perkara yang sangat luar biasa.
“Aku tak percaya pada cinta!” kata hati yang berduka dan hati yang kecewa. Hati ini bukannya tidak mahu percaya pada cinta tetapi dia tak percaya pada dirinya sendiri. Cinta tak boleh disekat, cinta umpama air yang mengalir, ia sama juga seperti kebenaran cinta. Kebenaran cinta tidak boleh dihalang dengan apa jua bentuk. Percaya atau tidak, cinta ada dalam diri semua insan. Bohong jika dia tiada perasaan. Tiada siapa pun yang hilang perasaan. Orang yang tidak berperasaan? Pernah ke anda dengar berkaitan orang tidak berperasaan?
Baiklah, sebagai contohnya, “Sampai hati kau buat aku macam ni! Kau memang binatang! Kau tak ada perasaan! Sanggup kau tampar aku di hadapan orang ramai!” Seseorang sedang memarahi orang lain.
“Semua tu sebab kau terlalu kurang ajar! Mulut kau cabul sangat!” Balas seorang lagi. Di sini, adakah lelaki yang dituduh itu tidak berperasaan? Dia tetap ada perasaan. Perasaan untuk menampar. Jadi jelas kan? Apa? Masih kurang jelas? Renungkan dengan mata hatimu sayang… cinta yang terindah adalah dari cinta yang luhur, suci dan sejati… (Bertemu ke lain entri)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.