Entri Terkini :

Versi Cintamu - Bab 17


“ADAKAH aku perlu berjumpa dengannya dan menyatakan bahawa aku yang bersalah? Atau aku kena tunggu dia datang kepada aku dan memberitahu aku bahawa dia perlukan sokongan aku untuk mempertahankannya? Eh, perlu ke aku buat macam tu sedangkan Linda anti dekat dia begitu juga dengan Hasryzal. Ah tak boleh jadi ni. Aku kena jumpa Linda dekat biliknya.” Omel Aleysa sendiri.
Dia berkira-kira sama ada ya ataupun tidak. Menghitung benar atau salah. Mana boleh dia membuat keputusan itu sendiri. Dia sebenarnya yang memerlukan sokongan Linda. Dia sudah lupakan hal tertukar telefon. Dia malas nak ambil tahu. Memang si Linda tu mempunyai citarasa yang pelik. Aleysa tidak mahu bersubahat.
“Linda...?” Aleysa memanggil nama Linda sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu bilik teman serumahnya itu. Sekilas dia memandang jam di dinding. Baru pukul satu pagi belum pukul lima lagi. Sudah tentu Linda sudah tidur memandangkan pada waktu begini pula Aleysa gatal nak kejutkan Linda. Gara-gara tidak tenang dia perlukan teman berbual pula. Linda menjadi mangsa keadaan. Mungkin saat ini Linda sedang berdengkur. Aleysa berundur semula setelah panggilannya tiada jawapan.
Sewaktu langkahnya disusun perlahan menuruni tangga, telefon bimbit ditangan berbunyi. Tidak diduganya naombor itu naik lagi. Kali ini dia yakin bahawa panggilan itu dari orang yang sama. Butang hijau ditekan.
“Hello Leysa...” sapa insan dihujung talian. “Saya tahu tu awak, kenapa tak jawab panggilan saya sebelum ni? Hello Leysa...” Ujar insan itu lagi.
“Ryzal?” Akhirnya Aleysa bersuara.
“Ya Leysa, ni saya. Saya fikir awak dah tidur tapi saya cuba juga hubungi awak. Erm... kenapa awak tak datang?”
“Eh? Datang mana ni?”
“Tak ada apa-apalah.” Hasryzal berbasa-basi pula.
“Boleh tak kita jumpa esok? Saya ada hal nak bincangkan dengan awak.” Hasryzal begitu mengharapkan pertemuan dapat diaturkan namun sukar bagi Aleysa merealisasikan permintaan itu. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.
“Maafkan saya Ryzal, esok saya ada appointment lain. Saya sibuk sangat ni jadi tolonglah jangan ganggu saya.” Aleysa mempertahankan egoisnya.
Terasa pilu mendengar jawapan itu. Hasryzal bersungguh namun Aleysa sekadar acuh tak acuh sahaja.
“Tak apalah kalau macam tu. Saya doakan tidur awak diulit mimpi yang indah. Jangan mengingau jatuh katil tau. Dulu awak pernah beritahu saya kes kaki awak yang sakit tu. Sakit kerana terjatuh dari katil akibat mengingau. Malam ni jangan terjatuh juga. Sebelum tidur tu sila ambil wuduk dulu ye?” Hasryzal ingatkan Aleysa.
Ucapan Hasryzal itu mengingatkan Aleysa kenangan lalu. Memang Hasryzal tempat dia mengadu tetapi entah kenapa kini dia mengelak. Dia seperti mahu menjauhkan diri dari Hasryzal. Hasryzal dapat rasakannya. Bagi Aleysa pula, dia tak berniat untuk tinggalkan persahabatan yang murni itu tetapi dia tak boleh membiarkan Hasryzal mencintai dirinya. Dia tidak tahu sama ada Hasryzal mencintai dirinya ataupun tidak kerana dulu dia mengharapkan siulan cinta dari Hasryzal namun penantian itu seperti sia-sia sahaja.

***

SETELAH dapat mendengar suara Aleysa sudah cukup membayar harga rindunya namun masih berbaki. Aleysa gadis idaman yang tak terucap kata cinta. Yang tidak sama dengan yang lain. Aleysa tetap Aleysa. Hanya gadis itu seorang sahaja berada dipuncak asmara rindu. Tiada lain biarpun terlalu banyak kuntuman bunga yang mekar namun sekuntum bunga itu menjadi pujaan.
Teringat ungkapan cintailah setulus hati dan seiring dengan kata sayang maka akan menggunung tinggi bibit-bibit kasih dalam ikatan kemesraan namun entah bila semua itu akan bertandang? Hasryzal masih mengharap dengan seribu kali penantian.
“Hello.” Hasryzal menjawab panggilan telefon yang diterima pukul dua pagi ini. Lamunannya sebentar tadi bekecai tatkala diganggu pada waktu ini. Ruang bilik terasa sempit tatkala rindu mencengkam.
“Aku ada dekat luar. Buka pintu kedai, aku nak masuk.”
“Aik? Kenapa kau datang sini pagi-pagi buta ni?”
“Kau tahu kau belum tidur.”
“Memanglah, kalau aku dah tidur pasti aku tak dapat jawab call ni.” Balas Hasryzal.
Hasryzal terkejut kerana Danial Hakim datang ke kedai pada waktu ini. Hasryzal pula terpaksa membuka pintu kerana mungkin juga Danial Hakim tertinggal kunci di rumah. Dengan perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bahagian rumah untuk ke hadapan membuka pintu kedai bagi membenarkan Danial Hakim masuk.
Terpacak sesusuk tubuh dengan wajah yang resah. Hasryzal tertanya-tanya kenapakah? Kenapa Danial Hakim datang ke sini? Setelah pintu dibuka, Danial Hakim terus melangkah masuk sambil menarik tangan Hasryzal.
“Kau kena tolong aku.” Tiba-tiba sahaja pertolongan dipinta. Hasryzal berkerut dahi kehairanan. “Kau jangan pandang aku macam tu.” Kata Danial Hakim lagi.
“Pelik.”
“Takde peliknya.”
“Habis tu?” Soal Hasryzal lagi sambil melabuhkan punggung pada kerusi. Danial Hakim pula tidak tenang. Resah dan gelisah sahaja. Tangan Danial Hakim asyik memicit kepala sahaja. Pening ke?
“Kau nak aku buatkan secawan kopi?”
“Nanti kau tak tidur, tak payahlah. Aku datang sini bukan nak minum kopi tapi aku nak tidur dekat sini.” Beritahu Danial Hakim dengan garau suaranya kerana mengantuk. Memandu dalam keadaan letih. Letih melayan sikap Diya di rumah. Dia mengambil keputusan untuk tidur di kedai sahaja. Hasryzal ketika ini ingin tahu apakah yang berlaku.
“Baiklah, kau duduk dan tenang dulu, after this aku nak kau story kat aku apa problemnya sampai kau nampak sangat kusut dan sementara aku pergi bancuhkan kau secawan kopi. Minum kopi panas-panas agar kau selesa.” Ujar Hasryza sambil melangkah ke ruang dapur pula. Danial Hakim membuntuti langkah Hasryzal untuk duduk di ruang tamu sahaja. Malas hendak duduk di dalam kedai itu.
Butang air panas dari water cooler ditekan. Cawan ditadah selepas uncang serbuk kopi dimasukkan ke dalam cawan bersama gula. Usai itu Hasryzal mengacau gula sampai larut. Dia bancuh dua cawan kopi, satu untuk Danial Hakim dan satu lagi untuk dirinya sendiri. Sebenarnya Hasryzal juga sedang kusut. Biarpun dia sangat marah pada Danial Hakim namun itu hanyalah bersifat sementara. Dia mudah sejuk hati berhadapan dengan Danial Hakim. Sepupunya itu memang rapat dengannya sejak akhir-akhir ini. Segala masalah mereka kongsikan bersama namun masing-masing masih mencurigai kerana tidak semua masalah diceritakan. Masih terlalu banyak menjadi rahsia.
“Apa masalah Danial ni? Hairan. Sejak Diya tu ada dekat rumah aku nampak dia dah lain macam. Bertambah curiga aku berkenaan hal Diya tu. Mereka ada apa-apa ke sebelum ni?” Omel Hasryzal sendiri di ruang dapur itu. “Ah... aku rasa mesti ada apa-apa ni, kalau tak masakan Danial datang ke sini. Tapi aku belum ada keyakinan terhadap spekulasi ini.” Sambung Hasryzal lagi.
Dengan perlahan-lahan Haszryzal membawa dua cawan kopi hanya dipegang menggunakan tangan bukannya diletakkan di atas dulang. Biarlah apa pun yang berlaku, air itu ingin segera dihirup. Ingin dilegakan hati dan perasaan yang gundah.
“Nah minum air ni.”
“Terima kasih.” Danial Hakim mengambil cawan berisi air kopi yang dihulurkan oleh Hasryzal. Dia kemudiannya meletakkan di atas meja setelah disisip sedikit. Hasryzal pula melabuhkan punggungnya duduk di atas sofa.
“Macam mana? Lega sedikit?”
“Okey je kut.”
“Ni apa masalahnya ni? Kau datang nak minta maaf dengan aku pasal kes siang tadi ke? Esok pun tak apa. Tapi bukan hal tu kan? Kau nak beritahu aku yang kau ada masalah dekat rumah, betul tak? Atau kau nak beritahu yang kau nak pindah duduk dekat sini pulak?” Hasryzal sengaja meneka.
Danial Hakim menjuihkan bibirnya. Kerutan di dahinya menggambarkan dia sedang bingung. Dia masih memikirkan hal malam tadi ketika di rumah. Tidak tahu sama ada dia perlu kongsikan hal ini kepada Hasryzal. Danial Hakim tidak pasti sama ada Hasryzal juga boleh dipercayai ataupun tidak tapi kepada siapa lagi dia nak bercerita?
Hati Danial Hakim panas. Lebih panas dari secawan kopi itu. Kali ini membara nampak dari wajah.
“Sampai berpeluh minum kopi. Ini panas lain ni.” Kata Hasryzal lagi kerana tiada respon segala ucapannya sebentar tadi. Danial Hakim mengeluh berat kerana sedang berkira-kira tentang soal kepercayaan.
“Kau seorang yang boleh dipercayai atau tak?”
“Amboi soalan kau Danial? Soalan makan hati ni. Kenapa kau tanya aku sampai macam tu sekali? Ada ke aku mintak dipercayai selama mana aku ada dekat sini?”
Sorry.” Danial Hakim mengeluh.
Hasryzal menyisip air kopinya. Terasa hati dengan pertanyaan itu. Baru panas hatinya sudah sejuk tapi dihentak pula dengan pertanyaan yang mampu mengoncangkan jiwanya sendiri. Sampai hati Danial Hakim menanyakan soalan yang telah membuatkan dia terkedu.
“Ryzal, aku ada masalah yang sangat besar. Kau kena janji dekat aku yang kau takkan beritahu sesiapa pun. Ini rahsia antara kita berdua.” Ujar Danial Hakim sambil bangun dan melabuhkan pula punggungnya disebelah Hasryzal sambil memaut bahu.
“Eh apa ni Danial? Kau nak cium aku ke?”
“Aku nak berbisiklah!”
“Mana ada orang. Kau ni dah buang tebiat ke sampai nak berbisik-bisik pulak. Kau dengan aku je dekat sini tapi jangan nak buat kerja gila pulak.”
“Ah! Kau ingat aku ada selera dekat kau ke? Bodoh betul!” Bentak Danial Hakim.
“Aku gurau je! Cepatlah cakap! Tak payah nak berbisik-bisik. Geli!” Hasryzal mencemikkan bibirnya. Sengaja bergurau namun dia kurang selesa.
Danial Hakim terus membisikkan sesuatu pada Hasryzal. Boleh pula main bisk-bisik. Memang buang tebiat sungguh Danial Hakim ni. Hasryzal pula mendengar dengan teliti.
“Oi!” Tak nak aku!” Kata Hasryzal dengan tiba-tiba. Berkerut wajah dan terkedu pula.
“Ala...! kau kena tolong aku Ryzal. Kau kan sepupu aku yang paling baik.”
“Ooo baiklah sangat, selama ni aku tak pernah tahu. Tapi aku dah boleh agak cuma aku tak boleh ikut apa yang kau cadangkan tu.”
“Please...” Danial Hakim merayu tatkala Hasryzal mempamerkan wajah terkejut. Memang Hasryzal tidak percaya namun dia terpaksa memahaminya. Danial Hakim sedang memujuk dirinya namun dia tak dapat memberikan jawapan sepantas itu.
Mustahil bagi dirinya menuruti kemahuan Danial Hakim. Soal kepercayaan pula yang disentuh oleh Danial Hakim. Menebal rasa terkilan namun apalah daya Hasryzal sudah masak dengan sikap sepupunya itu. Akan tetapi kenapa pula Danial Hakim mempertikaikan kepercayaan dalam dirinya? Jika dia seorang yang tidak jujur sudah pasti dia lingkupkan perniagaan ini. Tidak tahukah Danial Hakim bahawasanya dia seorang yang bertanggungjawab? Seorang yang berdedikasi menguruskan perniagaan? Jika dia menghancurkan kepercayaan ini maka sama sahaja seperti dia membunuh dirinya sendiri.
‘Dia ni memang sengaja bermain api.’ Bisik hati Hasryzal.
“Tak boleh ke ditangguhkan?”
“Tak.” Balas Danial Hakim sepatah.
“Sedikit waktu diperlukan oleh aku untuk memikirkannya? Boleh berikan?”
“Tak!” Danial Hakim tidak memberikan ruang dan pilihan untuk Hasryzal.
‘Mati aku macam ni.’ Bisik Hati Hasryzal lagi. Menyesal pula mendengar cerita itu dan tak sanggup pula terlibat tetapi bagaimanakah caranya untuk dia mengelak?
“Jangan kau fikirkan cara nak mengelak pulak.” Pintas Danial Hakim sebelum Hasryzal mengucapkan kata. Hasryzal terus mengeluh sarat kerana kata-kata sepupunya itu seperti tanda amaran.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.