Entri Terkini :

Sikap Keji Menular

Hamba rasa sedih dan terkilan melihat sikap manusia semakin hari semakin rakus. Apa yang mendukacitakan hamba adalah segelintir budak bijak pandai berilmu tinggi tapi salahguna ilmu mereka. Contohnya mereka bersifat dengki dan mengkhianati. Rambut sama hitam tapi busuk hatinya. Bagaimana hamba hendak senyum melihat anak bangsa sendiri maju? Maju membuat kejahatan. Komputer hamba pula menjadi mangsa kebijaksanaan mereka dengan merosakkan peralatan dan mencuri.

Malang sungguh nasib hamba tetapi hamba pasrah, mungkin inilah cabaran perniagaan. Anak-anak muda kini pandai berdalih terutama sekali orang Melayu. Bukan hamba hendak menghina orang Melayu tetapi sikap sesetangahnya mudah lupa. Kedai komputer atau pusat komputer ni dibukan untuk kemudahan tetapi mereka menjahamkan perniagaan yang hamba uruskan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin juga ALLAH mahukan hamba berhati-hati dan memilih hati yang baik. Ujian Allah sangat luas meliputi pelbagai jenis dan bentuk yang tak terjangka. Sampai hati mereka memasukkan virus yang tercanggih katanya. Apa-apa pun hamba akan usaha memperbaiki kerosakan dan mencari semula data-data yang telah hilang. Sesiapa yang pakar dalam bidang komputer harap sudi membantu hamba yang kerdil ini :(( Cedey sungguh~

"Melayu mudah lupa"

Sudahlah meludah, berlagak pula
rambut sama hitam tapi cap mohawk
apa nak jadi kau buat perangai gila
sedarlah kita satu bangsa satu agama
tapi adakah itu cara orang beragama?

Sedih dan terkilan sebak di dada
bukannya aku tak reti nak senyap
tapi sakit hati mula menular karat
takut nanti kau pula yang kena sebat
bila nyawa kau dicabut malaikat
tak sempatlah kau nak bertaubat
sekarang bawa-bawalah mengucap

hurm... apa boleh aku buat
pandang wajahnya dah naik meluat
ingatkan dia manusia hebat
rupa-rupanya masih makan bersuap
masih tidur bawah ketiak mak
tapi masih mahu menyalak kuat
memang dasar anak tak ingat
bazirkan wang keringat ayah dan mak...

huh~~~!


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.