Entri Terkini :

Pandang Ke Sana

Bila hamba rindu hamba sebut namaNya. Bagaimana dengan kalian, siapakah yang kalian sebut? Itulah rindu yang hadir. Rindu seringkali membuatkan kita tidak sabar mahu mendapatkan sesuatu. Rindu pada sesuatu yang telah hilang atau rindu pada perkara lalu yang telah pergi. Hamba juga begitu, hamba rindu pada rakan akrab hamba yang sudah pergi meninggalkan hamba pada 7 Jun 2007. Esok genaplah 4 tahun insan yang bergelar sahabat kembali ke sisi Ilahi. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Ilahi.

Indahnya laut di waktu senja
damai hingga menyentuh hiba 
namun ku tetap berbahagia 
di atas nikmat kurniaan-Nya.


Di saat mendakap rindu, hamba akan melihat ke arah lautan yang membiru. Di situ hamba akan mengamati erti sesebuah kenangan. Namun sejak berpindah ke Kuantan ni belum lagi berkesempatan pergi ke pantai. Jika di Dungun Terengganu begitu mudah kerana rumah hamba dekat dengan pantai :)

Tak mengapalah, harap kisah sedihku tersimpan rapat. Kisah sedihku tiada kesudahan maka biarlah ia berlalu dan kini hamba di sini mengucapkan salam perkenalan buat rakan-rakan hamba yang baru. Tidak kira mereka yang Silent Reader mahupun yang berada di Facebook ...

Mari ikuti kisah Versi Cintamu kerana di situ terselit pengalaman cinta sahabat hamba. Hamba kongsikan bersama-sama semoga semuanya berbahagia. Versi Cintamu adalah karya terbaru hamba. Selamat membaca.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.