Jiwaku kelam dan tenggalam. Ibarat malam tanpa bintang tapi masih lagi ada sinar nion menerangi kegelapan. Cantik sekali pandangan mata ini namun tiada erti buatku yang keseorangan. Hamba jatuh cinta tapi hamba tak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Setiap kali melihat dirinya hamba jadi tidak menentu. Hehe... Adakah kalian memiliki rasa yang sama tatkala timbul rasa suke? Suka padanya tapi sukar meluahkan? Mungkin ada kan? Boleh kongsi tak?
Siang terbayang-bayang, kala malam pula termimpi-mimpi. Payah kan? Rasa angau je ni. Nak bercakap dengan dia malu-malu ni. Adoyai... hamba meluahkan perasaan seperti ini dalam karya hamba. Hamba tak tahu macam mana nak luahkan jadi hamba luahkan dekat penulisan sahaja. Jantung ni dug dag dug dag. Segan muncul malu pun setia beraja. Adesss.... Cinta oh cinta, pernah kecewa namun di mana bahagia?