Entri Terkini :

Hati Mengantuk

Merindui insan tersayang sangatlah pedih kerana jauh di mata. Hamba rasa mengantuk dalam hati, bagaimana nak melupakan seseorang? Seseorang yang pernah membuatkan kita kecewa? Tapi tiba-tiba rasa rindu pula tatkala kenangan manis bersamanya bertandang walhal manis itu sudah bersulam dusta. Kecewa bagaikan perasaan dipanah hiba. Aduh aduh...

Hamba menulis bukan kerana nama, hamba menulis kerana cinta. Cinta untuk kalian tetapi rasa itu tersepit dan terhimpit di celah-celah keriuhan jiwa meskipun sudah lama ditinggal pergi. Adakalanya hamba memerlukan sokongan dan bantuan. Hamba terasa payah untuk melupakan kenangan silam. Sungguh tergores hati dan perasaan.

Bagaimana ya untuk hamba kembali ceria dan mengukir senyuman? Ada di antara kalian sudi membantu hamba yang kecundangan?


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.