Entri Terkini :

Versi Cintamu


Enovel terbaru dari hamba berjudul Versi Cintamu memaparkan kisah percintaan di antara empat jiwa yang penuh dengan konflik di mana Hasryzal cuba mendapatkan kembali cinta yang terlepas namun rasa itu kian bergelora tatkala gunung berapi dari amarah Linda meletus membuatkan jurang cintanya semakin jauh. Danial Hakim sepupu Hasryzal keliru dalam soal hatinya sendiri di antara kasih ataupun simpati. Aleysa hadir hanya mencari erti cinta dalam hidupnya setelah menyepi sekian lama namun dia tersepit dicelah persimpangan tatkala memegang status isteri yang bagaikan sebuah mimpi ngeri. Linda sahabat baik Aleysa begitu sakit hati dengan sikap Hasryzal yang terlalu egois. Mereka berdua umpama penukul dan pahat, sekali ketuk sekali jalan.

Begitulah serba sedikit latarbelakang kisah ini. Hamba khuatir ia tidak relevan sekiranya sinopsis ini diterangkan secara menyeluruh. Maka dengan itu hamba hanya mampu menerangkan serba ringkas sahaja. Untuk seterusnya maka ikutilah kisah ini jika anda tidak keberatan. Terima kasih dari hamba untuk para pembaca yang sudi hulurkan komen dan juga 'like' entri.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.