Entri Terkini :

Versi Cintamu - Bab 3

“JOM kita pergi dinner, aku lapar giler ni. Nak ke tak nak? Dah tiga kali aku ajak tapi kau masih buat selamba aje. Kau tak lapar ke?” Danial Hakim bertanya lagi pada Hasryzal namun Hasryzal menjuih bibir sambil menggeleng perlahan yang kononnya tidak lapar.
“Kalau aku ikut kau pergi dinner siapa nak jaga kedai ni? Kau tapau ajelah kita makan dekat sini. Lagipun aku tak larat nak keluar.”
“Dah dekat pukul sepuluh ni jadi apa kata kita close kedai ni.” Cadang Danial Hakim yang mahu menutup perniagaan pada hari ni. Dari pagi sampai ke malam hanya mereka berdua sahaja yang jaga kedai komputer ni. Kedai yang masih baru dan tidak menggunakan khidmat pembantu lain. Danial Hakim bercadang juga untuk mengambil pekerja namun tidak dipersetujui oleh ayahnya pula.
Kata ayahnya perniagaan ni mestilah diuruskan oleh mereka berdua selama tiga bulan. Selepas tiga bulan dari itu dan perniagaan pula sudah mula stabil maka barulah boleh ambil pekerja. Tiga bulan begitu menyeksakan. Hendak keluar ke mana-mana pun sukar. Hendak berjoli pun susah. Jika sebelum ini banyak masa diluangkan melepak di mana-mana kini tidak lagi.
“Kau nak lingkupkan perniagaan ayah kau sendiri ke? Pelik jugaklah kau ni.”
Come on... kita pun dah letih kan? Kau nak biarkan perut kita berdua ni dah kembung masuk angin baru nak cari makan ke?”
“Aku tak kata pun.”
“Habis tu?”
“Ish! Kau ni tak faham-faham. Kita ni sudah diamanahkan oleh ayah kau supaya jaga kedai ni elok-elok.” Hasryzal mula menasihati Danial Hakim.
“Eleh! Kau sendiri pun sama asyik tidur aje. Ada hati nak nasihatkan aku. Kau jangan cuba nak ingatkan aku benda yang kau sendiri pun tak boleh buat.”
Hasryzal tersengih sahaja melihat gelagat Danial Hakim yang sudah mula naik angin. Ha ha ha Hasryzal ketawa dalam hatinya. Baru puas hatinya dapat sakitkan hati Danial Hakim yang hari ini kerana Danial Hakim sering membuli dirinya. Mentang-mentang kedai ini ayahnya yang punya sesuka hati membuli Hasryzal disuruh cuci tandas. Chait! Hasryzal tak puas hati.
“Danial, aku hairan dengan kau ni. Sejak aku tinggal sini kau tak pernah nak serius dalam perniagaan ayah kau ni. Kau anak tunggal ayah kau maka segala hal ini kau yang patut uruskan tapi kenapa aku pulak yang kena tanggung?”
“Sebab kau tu belajar dalam bidang ni sesuai dengan kelulusan kau. Aku ni tak ambil kemahiran jadi tak tau apa yang patut aku lakukan. Tolong tengok-tengok bolehlah.” Danial Hakim memberi alasan. Hasryzal berasa payah bila tugas berat ini diberikan padanya. Kalau bermula dari bawah dia tidak kisah sangat tapi ini sebagai pembantu urusan agak menyulitkan tambah pula All Creative Enterprise ni syarikat yang baru ditubuhkan.
“Tapi.”
“Kau juga yang setuju kan?”
“Aku...” Hasryzal tergagap-gagap. Mesti ada perkara yang ingin dijelaskan oleh Hasryzal kepada Danial Hakim namun tak terucap pula.
“Dah, mari kita pergi makan dulu. Kita rehatkan otak lagipun custumer takde ni. Jom.” Ajak Danial Hakim sekali lagi.
Mahu ataupun tidak Hasryzal mesti ikut. Ikut arahan pengurus. Aduhai kasihan pula Hasryzal ni sepanjang hidupnya dia susah dan payah untuk menyuarakan hakikat. Danial Hakim melangkah meninggalkan Hasryzal bagi menutup pintu kedai. Hasryzal pula bangun dan menuju ke ruang belakang untuk masuk ke dalam rumah. Rumah kedai disediakan. Hasryzal dibenarkan tinggal di sini dan tidak tinggal serumah dengan Danial Hakim. Puas Hasryzal memujuk Danial Hakim supaya tinggal bersama tetapi kata Danial Hakim akan dipertimbangkan. Encik Zamarul setuju namun Danial Hakim masih berbasa-basi.

***

SUDAH berkali-kali dipujuk kawan baik supaya pulang sahaja selepas makan malam namun banyak pula songeh yang dipersembahkan oleh Linda. Linda tak mahu pulang awal. Dia memujuk Aleysa ke pusat karaoke dulu supaya dapat melepaskan rasa bosan dengan menyanyi dua atau tiga buah lagu jadilah.
“Marilah kita balik Lin. Aku tak biasa dekat tempat-tempat macam ni.” Aleysa mengajak lagi.
“Kita bukan nak buat salah apa pun. Yang kau nampak menggelabah sangat ni kenapa?” Linda mengerling matanya kerana mendapati Aleysa tidak selesa dan kurang berpuas hati tatkala berada di sini.
Bukan mudah untuk Aleysa menerangkan hakikat sebenarnya kerana baru sahaja dia terlihat lelaki yang bertengkar dengan Linda tengah hari tadi. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi biarpun hal tersebut telah diselesaikan. Kereta Linda masih berada di bengkel kereta, mungkin esok sudah boleh keluar setelah dibaikpulih. Pada malam ini mereka keluar dengan kereta yang dipandu oleh Aleysa. Kereta milik Aleysa.
“Ala Lin, jomlah kita balik lagipun esok nak kerja. Lain kali ajelah kita datang. Hujung minggu ni kau pun boleh datang dan kau boleh menjerit puas-puas tapi bukan malam ni okey?”
Kata-kata Aleysa membuatkan Linda berfikir sejenak. Gerangan apakah menyebabkan Aleysa mengelak pula kali ini. Linda masih tidak mengerti dan oleh sebab itu Linda kaku memandang Aleysa.
“Aku pun kerja jugak dan bukannya kau sorang aje. Dua tiga lagu aje pun.”
“Tapi tempahan satu jam kan? Aku kenal kau Lin... cakap aje dua atau tiga lagu tapi hakikatnya kau nak melalak puas-puas sebabnya kau nak lepaskan tension, betul tak?”
“Tak betul.” Balas Linda selamba.
Dua orang lelaki sedang menghampiri mereka. Aleysa berharap dua orang lelaki itu tidak melihat kelibat mereka yang sedang berdiri di birai pagar pusat hiburan ini. Cepat-cepat Aleysa tarik tangan Linda.
“Kenapa ni?” Soal Linda.
“Tandas dekat mana ye?”
“Tiba-tiba je.”
“Tak tahan ni.” Jawab Aleysa yang berkerut dahi berpura-pura menahan rasa hendak buang air kecil walhal dia cuba mengelak sekali lagi. Berputik rasa hairan dalam kotak fikiran Linda di kala melihat sikap Aleysa yang berubah panik.

***

            “KENAPA tiba-tiba je kau nak balik ni Danial? Tadi iya ya aje ajak aku karok malam ni?” Hasryzal keharinan kerana Danial Hakim tergesa-gesa mahu balik biarpun mereka baru tiba di pusat karaoke.
“Aku fikir kita pergi tempat lain jelah. Sini rasa macam tak best je.”
Hasryzal terus mematikan langkahnya setelah Danial Hakim berucap sedemikian. Bulu kening Hasryzal yang tebal itu terangkat sambil memerhatikan Danial Hakim yang gelisah. Hasryzal tidak sedar bahawa Danial Hakim memang sengaja nak balik kerana tidak mahu melihat pergaduhan mulut antara sepupunya itu dengan si gadis tengah hari tadi.
“Baru hari ni aku dengar kau kata tempat ni tak best. Habis sebelum ni yang kau melepak dekat sini tu apa hal? Tak pernah kau merungut pun pusat karaoke ni tak best melainkan baru tadi kau cakap.” Hasryzal tetap mempamerkan keharinan yang teramat dalam.
Danial Hakim memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar jeansnya sambil menarik nafas dalam-dalam. Dia kemudiannya mengeluarkan tangan kanannya semula lalu menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Malam ni nampak ramai orang.”
Hasryzal terus menoleh ke kiri dan ke kanan dengan laju. Pandangannya itu kembali semula melihat Danial Hakim yang nampak sedikit kalut.
“Aku tengok tak ramai orang pun?” kata Hasryzal setelah memerhatikan keadaan sekeliling tadi.
Danial Hakim mempamerkan wajah lesu. Sedaya upaya membuatkan Hasryzal akan yakin padanya sekiranya alasan lain pula diberikannya.
“Aku tak sihat pulak ni.” Danial Hakim beralasan.
Hasryzal tidak akan faham kenapa Danial Hakim mereka alasan sebegitu rupa. Danial Hakim cuba memujuk Hasryzal pulang biarpun ketika ini sepupunya itu tetap berdegil.
“Eh, siapa tu?” Hasryzal terlihat kelibat seseorang yang tidak disangka-sangka muncul di situ. Danial Hakim tercengang.
Hasryzal melangkah dengan cepat.
Danial Hakim mengekori langkah.
‘Jangan-jangan dia dah nampak perempuan tu. Habislah aku tak suka hal lain pula yang jadi. Kes petang tadi tu dah settle. Hasryzal ni buat aku gerun. Dia ni memang suke berperang mulut. Mulut laser dan mulut cabulnya tu tak habis-habis menyusahkan orang.’ Detik hati Danial Hakim lelaki yang kacak berkulit cerah dan berambut lurus. Danial Hakim sungguh risau.
Danial Hakim menyesal kerana sesudah habis makan malam tadi, dia mengajak pula Hasryzal ke pusat karaoke namun lain pula yang berlaku. Tidak diduganya akan terserampak dengan si gadis itu biarpun di hatinya ada perasaan suka namun bercampur gerun dan takut.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.