Entri Terkini :

Versi Cintamu - Bab 9

“MALAM tadi saya tunggu awak. Kenapa awak tak datang? Saya call awak dan awak tak jawab. Kenapa mungkir janji? Saya paling benci pada orang yang memungkiri janjinya.” Awal-awal lagi Aleysa telah dimarahi oleh bosnya sendiri di atas kejadian malam tadi. Tidak sempat dia mahu menerangkan apa yang berlaku, bosnya sudah naik angin.
“Bos...” Aleysa masih mencuba.
“Awak pergi buat kerja awak tu!” Arah bosnya yang sedang angin satu badan. Bukannya Aleysa sengaja. Manusia hanya mampu merancang namun Allah yang menentukannya. Kalaulah dirinya diberi kesempatan sekarang ni pasti dia mahu menceritakan dari A sampai Z.
Aleysa dengan hampa melangkah menuju ke ruang pejabatnya. Sungguh berkecil hati dia mengenangkan sikap bosnya itu yang menuduh melulu. Dia bukan tak nak beritahu bosnya pada malam tadi tetapi dia berasa takut. Takut kerana sudah terlewat. Bukannya dia sengaja pun.
Sebaik sahaja Aleysa melabuhkan punggungnya di kerusi, segera dia menongkat dagu lantas memandang kosong pada skrin komputer pejabat. Apalah nasib aku ni? Aku harus berani suarakan kebenaran. Kenapa aku perlu takut? Sampai bila aku hendak larikan diri dari masalah? Aleysa tertanya-tanya mencari jawapan pasti untuk dirinya sendiri.
‘Buzz’
‘Buzz’
Sudah dua kali dirinya dipanggil melalui Yahoo Masseger. Tertera nama Linda Cute di situ. Apa pula yang Linda mahu darinya ketika ini. Di saat dirinya sedang hampa Linda mula muncul di tetingkap YM itu yang sudah didaftar masuk pada awal dia sampai ke pejabat ini.
Aleysa Mysara : Yup
Linda Cute : Bos kau melenting tak?
Aleysa Mysara : Melompat-lompat lagi bengang dekat aku.
Linda Cute : Hehe, habis tu kau tak terangkan perkara sebenar ke?
Aleysa Mysara : Malas nak fikir lagi. Aku banyak kerja ni. Okey bye.
Linda Cute : Kirim salam dekat bos kau ye?
Aleysa Mysara : Bye! (Sign out)      
Aleysa terus tutup tetingkap YM itu kerana menyakitkan hati sahaja bersembang dengan Linda yang seringkali mahu dirinya menyampaikan salam. Linda tu boleh tahan miang penggodanya. Suka benar pada lelaki yang berumur daripadanya. Bosnya itu jauh lebih berumur dari mereka berdua namun citarasa Linda berbeza dengannya.
Aleysa tidak mahu memikirkan hal itu. Dia buat-buat sibuk dengan menyusun fail yang berlambak di atas meja mengalahkan tugas setiausaha serta pekerja-pekerja yang lain. Dia hanya bekerja di bahagian promosi namun itulah kerja yang berlambak mesti diuruskan.
“Cik Aleysa, maaf menganggu, Encik Sobran nak jumpa dengan Cik Aleysa sekarang juga dekat pejabatnya.” Datang seorang setiausaha memberitahu apa yang perlu Aleysa lakukan selepas ini.
“Awak ni satu hal, masuk tak pernah nak ketuk pintu dulu, main terjah aje. Lain kali beri salam dulu. Saya kurang sukalah awak buat macam ni. Sila rewind balik!”
‘Kok kok kok,’ Bunyi pintu diketuk. Setiausaha itu membuat siaran ulangan dan membetulkan keadaan.
“Assalamualaikum.” Terpampang wajah setiausaha itu yang sangat tidak berpuas hati setelah diarahkan supaya membetulkan kesalahan yang dilakukannya.
“Waalaikumussalam.” Jawab Aleysa yang kelihatan begitu tegas dalam kerjanya.
“Ada apa?” Soal Aleysa.
“Encik Sobran nak jumpa dengan Cik Aleysa sekarang juga dekat pejabatnya.” Beritahu Nani.
Aleysa menguntum senyuman.
“Jangan marah ye Nani. Saya cuma bergurau je. Minta maaf kalau awak terasa.” Aleysa meminta maaf dari setiausaha itu.
“Tak apalah, lagipun memang salah saya. Boleh saya minat diri dulu.”
Aleysa mengangguk lantas Nani berundur. Aleysa ni kalau menyakat orang boleh tahan juga. Tambah lagi dikala hatinya sedang bercelaru, lagu suka dia menyakat orang. Nampaknya Aleysa lebih misteri sikapnya berbanding Linda yang suka marah-marah. Dua perwatakan yang berbeza namun serasi bersahabat. Cuma di dalam sesetengah perkara sahaja mereka tidak sebulu.
“Kenapa pula Encik Sobran nak berjumpa dengan diriku? Sekiranya hari ni aku asyik dimarahi sahaja maka susah pula untukku buat kerja pada hari ini. Mood aku pasti hilang.” Omel Aleysa sendiri sambil bangun dari kerusinya lantas melangkah perlahan-lahan menuju ke pejabat Encik Sobran.

***

MESKIPUN tidak dilayan oleh Aleysa di awal tadi, dia tetap biasa sahaja. Sempat lagi mengeluarkan lips gloss lantas melihat solekannya pula pada cermin kecil itu. Lipstik dipakai kemas, blusher pula sudah sekata. Maskara yang dipakainya menanjolkan kejelitaannya sepanjang zaman.
“Dah elok sangat dan dah nampak cantik. Pasti bos Aleysa berkenan. Kalau Aleysa tak boleh pujuk dia biar aku yang pujuk dia dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.” Begitu pantas sekali pergerakan Linda yang sudah terpacak di hadapan pintu masuk ke Syarikat Allright Sdn Bhd. Sebuah syarikat pengiklanan terkemuka itu.
Sebaik sahaja kaki Linda mahu melangkah masuk tiba-tiba bertembung pula dengan seorang lelaki yang tampan berkulit cerah dan lelaki itu berlesung pipit sungguh manis. Tapi lesung pipit itu tidak kelihatan gara-gara terpesona dengan kecantikan Linda yang hampir terjatuh. Lelaki itu sempat memaut badan Linda dari terus tersungkur. Mereka bertentang mata lama. Lelaki itu tercengang.
“Maafkan saya. Awak tak apa-apa ke?” Danial Hakim meminta maaf.
“Eh awak?” Linda malu-malu. Tak jadi hendak memarahi lelaki itu kerana dalam diam dia ada hati. Adakah rasa suka? Mungkin ya dan mungkin tidak namun itulah pandangan mata sudah tiga kali mereka bertemu. Sudah tiga pertemuan terjadi diharapkan tidak lagi berpaling wajah.
Danial Hakim membetulkan kedudukan. Tersipu-sipu malu. Dia mengharapkan si gadis cantik manis itu tidak memarahinya. Tidak sanggup rasanya melihat si gadis itu mengamuk di sini seperti sebelum ini.
“Awak okey?” Sekali lagi Danial Hakim bertanya.
“Saya okey je. Maafkan saya. Saya tak nampak awak nak keluar tadi.” Ujar Linda dengan rasa serba salah dan dia mengakui kesilapannya.
“Awak tak perlu minta maaf. Saya yang salah kerana tergesa-gesa. Awak buat apa dekat sini? Kerja dekat sini ke?” Danial Hakim ingin tahu.
Linda mengambil tas tangan yang sedang dihulurkan oleh Danial Hakim. Tas tangannya terjatuh tadi. Mujurlah dirinya terselamat. Jika tidak, malu rasanya jika dirinya jatuh tergolek sampai ke anak tangga.
“Saya ada hal sikit. Awak pulak?”
“Sebelum tu nama saya Danial... Danial Hakim... nama awak?” Akhirnya Danial Hakim mendapat keberanian yang entah dari mana datangnya sehingga lidahnya begitu lembut menyusun pertanyaan itu dan ungkapannya itu tiada langsung tergagap-gagap.
“Awak pun dah tahu nama saya. Saya pun dah tahu nama awak. Kenapa awak kenalkan diri lagi?”
“Oh lupa. Kes kemalangan kereta hari tu pun masing-masing dah tahu nama tapi apa nama betul awak?” Danial Hakim tetap ingin tahu nama penuh Linda.
“Ish awak ni.” Linda mencebik sengaja menonjolkan sikap manja dan watak penggodanya. Oleh kerana Danial Hakim sangat tampan makin ada peluang untuk dia mengada-ngada. Baginya lelaki muda semuanya miang. Yang berusia sahaja banyak pengalaman. Itulah anggapan Linda.
“Okey, kalau awak tak sibuk apa kata kita pergi minum dulu.” Danial Hakim mempelawa Linda.
Danial Hakim mengharapkan Linda bersetuju dan anggukan Linda selepas itu membuatkan hati Danial Hakim berbunga-bunga. Dia akhirnya mendapat respons positif dari Linda.
Anggukan daripada Linda begitu mengembirakan hatinya. Rasa mahu melompat keriangan di situ juga tetapi dia perlu menjaga tingkah lakunya agar tidak dipandang serong oleh Linda yang masih belum mengenali dirinya. Begitu juga dengan Linda.

***

“SUDAH banyak kali saya tanya nama penuh awak. Kenapa awak berahsia dari saya.”
“Nama pun awak nak ambil peduli. Saya pun tanya awka juga. Awak buat apa dekat sana tadi?”
“Saya ada hal tadi. Urusan kerja lagipun saya uruskan syarikat. Kecil-kecilan sahaja dan masih memperlukan sokongan.”
“Syarikat apa tu?”
“Awak kan dah tahu.”
“Oh ya, kedai komputer tu kan dan pekerja kurang ajar tu ada sekali tu ya? Macam mana awak boleh pakai pekerja yang tak beradab macam tu?”
“Dia kan sepupu saya. Saya rasa awak dah salah faham. Dia bukannya kurang ajar, dia okey dan baik.” Danial Hakim masih mempertahankan Hasryzal.
“Mungkin di depan mata awak kut, kalau dengan orang lain bagaimana? Lagipun masa tu awak tak ada. Kan?” Linda masih tidak berpuas hati. Dia menyisip secawan kopi panas. Dia gemar juga meminum kopi di waktu pagi ini dan waktu ini hampir menjelang tengah hari.
“Saya tak faham hal sebenarnya tapi kalau boleh awak maafkanlah dia. Sepupu saya tu okey. Dia cuma tak boleh...”
“Tak boleh apa?”
“Tak boleh disalahkan.”
“Kalau macam tu susahlah.”
“Apa yang susah?” Danial Hakim menyoal semula.
“Susah untuk saya maafkan dia.” Beritahu Linda dengan menghirup lagi kopi itu dan cawannya diletakkan semula di atas piring.
Mereka berdua minum bersama-sama. Seronok pula bertandang dihati Danial Hakim dapat date secara kebetulan itu. Biarpun pertemuan itu tak terjangka namun memberi beribu kemanisan dan erti buat Danial Hakim yang mendambakan cinta si gadis manis.
“Boleh kita lupakan sektika soal tu?” Danial Hakim merayu. Danial Hakim ada perkara hendak ditanyakan kepada Linda. Dia mengharapkan Linda sudi menjawabnya. Danial Hakim sekadar ingin tahu adakah Linda sudah berpunya. Sekiranya Linda masih solo maka Danial Hakim mahu mencubanya.
“Lupakan sekejap boleh je kut tapi tidak selamanya.” Linda berdendam.
Danial Hakim menarik nafas dalam-dalam. Susah pula lidahnya mahu menayakan soalan itu. Nampaknya dia kena beranikan diri.
“Linda...”
“Maaf, saya nak jawab panggilan dulu.” Tiba-tiba sahaja Linda menerima panggilan. Butang hijau ditekan sebaik sahaja telefon bimbit dicapai. “Ya saya. Sekarang ke? Baiklah.” Linda menerima panggilan kecemasan pula.
Danial Hakim terpinga-pinga sendiri dan menjangkakan Linda ada urusan lain. Danial Hakim perlu tangguhkan hal itu.
“Maafkan saya Encik Danial, saya ada kerja. Saya minta diri dulu.”
“Agak-agak bila kita boleh berjumpa lagi?” Danial Hakim bertanya sambil bangun selepas Linda juga sudah pun berdiri di hadapannya.
“Tunggulah kebetulan datang menjemput.” Balas Linda lalu melangkah pergi meninggalkan Danial Hakim. Selepas kelibat Linda menghilang maka Danial Hakim tersenyum sendiri.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.