LETIH melayani perasaan sendiri yang sedang gelisah. Cuba dibuang jauh rasa resah itu namun tetap juga bertandang. Jiwanya sarat dengan perasaan yang cuba disembunyikan seakan menghukum dirinya sendiri. Biarlah dia cuba melupakan namun semakin memukul dan memalu jalur hati sehingga terasa pedih sekali. Kenapa dirinya ditakdirkan bertemu kembali dengan Aleysa? Sudah lama ditinggalkan kini takdir itu menjemputnya kembali ke masa dulu.
Hasryzal tidak mampu menolak kata hati bahawasanya dia merindui Aleysa. Cintanya pada Aleysa semakin mendalam meskipun dia telah mencuba memberi peluang pada hatinya untuk jatuh cinta pada gadis lain namun hanya sekadar suka bukannya cinta.
Perlahan-lahan dia mengambil wuduk disertakan dengan niat. Dengan ini sahaja caranya untuk dia berasa tenang. Dia mahu menunaikan kewajipan. Saat ini telah masuk waktu solat Asar maka Hasryzal perlu menghadap Ilahi Sang Pencipta yang Maha Berkuasa. Danial Hakim menjaga kedai sementara dia menunaikan solat.
Tidak berapa lama kemudian, Hasryzal kembali semula lalu dia menegur Danial Hakim yang sibuk dengan Facebook. Lagut benar Danial Hakim berbual-bual dengan rakan mayanya.
“Danial. Kau dah solat?”
“Sekejaplah.”
“Tunggu sampai bila?”
“Aih?”
“Kenapa?” Hasryzal bertanya. Danial Hakim berkerut dahi barangkali hairan dengan sikap Hasryzal. Tadi marah-marah sekarang ni berlagak alim pula. Namun Danial Hakim patut mengakui bahawa Hasryzal seorang yang menitik beratkan soal solat. Walau apapun kewajipan mesti ditunaikan dahulu.
Danial Hakim tidak boleh mempertikaikan tuntutan Agama Islam. Dengan perlahan-lahan Danial Hakim bangun.
“Yelah-yelah.” Seperti terpaksa sahaja.
“Perlu ikhlas Danial.” Ujar Hasryzal.
“Aku bukan budak kecik lagi Ryzal. Aku tahu apa yang patut aku buat. Terima kasih kerana ingatkan aku.” Danial Hakim akur. Hasryzal mengeluh.
Sebaik sahaja Danial Hakim melangkah masuk ke dalam, kedai mereka dikunjungi oleh orang yang dikenalinya. Hasryzal mengerling sahaja. Perasaan geram masih lagi bersisa. Geram terhadap orang yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai komputer ini.
“Eh Ryzal. Kau buat apa dekat sini?”
“Aku ingatkan takkan dapat jumpa kau lagi selepas kau hilang macam tu je semalam. Kau fikir aku tengah buat apa dekat sini? Goyang kaki?”
“Jadi kau kerja dekat sini ke?” Soal Harith Qamal berpakaian segak dengan rambut terpacak dan cermin mata hitam ditanggalkan lalu disangkutkan pada leher kolar bajunya. Gelagat itu diperhatikan oleh Hasryzal. Harith Qamal membetulkan kedudukan sesuatu ditangannya.
“Kau pakai bangle emas ke Harith? Kau tahu tak lelaki tak sesuai langsung pakai benda alah tu. Berdosa tahu tak?” Hasryzal merungut. Dia kurang berkenan melihat kawannya memakai barang perhiasan seperti itu. Lelaki diharamkan memakai perhiasan berupa barang kemas. “Eh! Kau bertindik jugak ke Harith? Sejak bila kau jadi macam ni? Semalam aku tak nampak pun kau pakai semua benda ni atau aku yang tak perasan?” Hasryzal betul-betul terkejut. Sekian lama tidak berjumpa begini pula jadinya. Semalam barangkali Hasryzal tidak perasan agaknya.
“Kau nak bercakap soal dosa pulak ke? Aku datang sini bukannya nak dengar ceramah percuma kau Ryzal. Kenapa kau tak jadi ustaz saja? Kau dari dulu sama saja suka jaga tepi kain orang.” Tempelak Harith Qamal.
Hasryzal harus bersabar berhadapan dengan sikap Harith Qamal yang jauh berbeza. Kenapa semalam Harith Qamal elok sahaja tetapi hari ini lain macam. Malah segala kelakuan dan tutur kata menyakitkan hati pula.
“Kenapa kau jadi macam ni pulak? Budaya mana yang kau ikut ni? Pakai kemeja bertalir leher dan gaya kau ni tak ubah seperti orang pejabat. Cuma apa yang ada dekat tangan dan telinga kau tu salah Harith. Kau tak tahu dosa dan pahala ke? Kau dah tak tahu beza lagi ke? Dulu masa kita kecik-kecik pergi mengaji Arwah Ustaz Fadhil ada beritahu yang kita tak boleh pakai benda-benda tu semua. Aku bukan nak jaga tepi kain kau Harith, aku cuma nasihatkan je.” Hasryzal memerhati gelagat Harith Qamal yang sedang menggosok hidung sendiri dan mendengus geram. Nampaknya Harith Qamal tidak suka ditegur.
“Aku datang sini nak beli komputer bukannya nak dengar bebelan kau. Tengok kau yang kerja sini pun aku dah hilang mood nak beli barang kat sini. Aku pergi kedai lain jelah.” Harith Qamal banyak berubah tidak seperti yang Hasryzal kenal dulu.
Hasryzal benar-benar terperanjat dna tidak langsung menyangka bahawa Harith Qamal jauh lebih biadap. Sudah tidak seindah dulu budi bicaranya. Tidak seperti Hasryzal selamatkan Harith Qamal dari kelemasan ketika mandi di sungai waktu kecil dulu. Pada detik itu Harith Qamal sungguh berhutang budi. Tidak ingatkan Harith Qamal pada jasa baik dan seluruh rasa bimbang Hasryzal hadiahkan padanya pada detik cemas itu?
Mereka berdua diam serentak. Berpandangan antara satu sama lain. Hasryzal sungguh berkecil hati. Hasryzal terkilan dengan cara itu. Hasryzal sedih di dalam hati. Rakan sekampungnya jauh lebih ego. Sudah lupa diri. Hampa sungguh hati Hasryzal.
Tidak lama selepas itu Danial Hakim muncul. Danial Hakim baru selesai mengerjakaan solat Asar. Dia terpinga-pinga melihat dua orang lelaki sedang merenung tajam di antara satu sama lain seperti sedang menunggu saat untuk bertumbuk. Danial Hakim yang bimbang melihat keadana itu terus menyapa.
“Kenapa ni?” Soal Danial Hakim yang berdiri di sebelah Hasryzal.
Harith Qamal memandang Danial Hakim dengan pandangan meluat. Hasryzal pula seperti tadi menahan rasa sedih namun tidak ditunjukkan pada raut wajahnya. Danial Hakim ketika ini begitu kurang senang dengan pandangan mata Harith Qamal.
“Kau jaga mulut sepupu kau ni elok-elok kalau tak dengan kedai-kedai ni sekali aku bakar!” Amarah keras terpacul dari mulut Harith Qamal berbaur ugutan.
Mereka berdua terkejut dengan ugutan itu. Mengapa harus kedai ini menerima balasan? Tidak ada cara lain lagikah? Danial Hakim terpisat-pisat sendiri mendengar ugutan itu. Malangnya mereka berdua terkelu. Sedetik cuma lidah Hasryzal terkunci dan kini bersedia bersuara.
“Lebih baik kau berambus!” Marah Hasryzal dengan penuh rasa kecewa menyerang dadanya. Kata-kata Harith Qamal umpama pisau menghiris hatinya. Sebagai kawan sepatutnya perlu menasihati antara satu sama lain bukannya ajak berkelahi begini. Kecewa sungguh Hasryzal.
“Baik! Aku berambus dan mulai sekarang ni kau bukan kawan aku lagi. Faham?!” Harith Qamal terus berundur dengan dahi yang berkerut-kerut serta penuh dengan perasaan dendam terpampang dari raut wajah.
***
BIAR apa pun yang berlaku dia tetap menyuarakan kebenaran. Kebenaran dalam jiwanya tidak sanggup melihat rakan sekampung yang pernah bermain bola sepak bersama-sama, mandi manda di sungai serta memancing malah pernah menyelamatkan rakannya itu dari kelemasan meskipun dirinya dipersalahkan oleh kedua-dua orang tua Harith Qamal kerana mengajak Harith Qamal ke sungai. Biarpun peristiwa itu sudah berlalu namun masih segar di ingatan. Namun, hakikat itu sungguh pahit untuk ditelan. Sungguh payah untuk Hasryzal mengerti kenapakah Harith Qamal bersikap sedemikian. Semuan itu diceritakan kepada Danial Hakim.
“Oh macam tu rupanya. Kenapa aku tak pernah tahu? Mungkin aku tak ambil tahu pun pada sebelum ni. Ternyata berat juga masalah kau ni Ryzal. Aku harap kau tak marahkan aku pasal hal tengah hari tadi. Aku tak nak kita bermusuh pulak. Kita berdua ni sepupu jadi tak elok bermasam muka. Soal Harith tu aku rasa lebih baik kau jangan fikirkan sangat.” Danial Hakim dapat memahami apa yang sedang dihadapi oleh Hasryzal. Nilai persahabatan menjadi ukuran.
“Rasa nak aje diputarkan waktu dulu. Tapi semua tu takkan dapat diulang kembali.”
“Ia terlalu mustahil Ryzal. Hidup mesti diteruskan. Anggap sahaja semua ni sebagai cabaran dalam hidup. Kita ada tugas penting, amanah ayah aku patut kita pikul. Ayah aku percayakan kita uruskan perniagaan ni jadi lebih bagus kita fikirkan bagaimana nak majukan bisnes yang sedang kita uruskan ni.” Ujar Danial Hakim yang setia mencuba mengembalikan semangat Hasryzal.
“Kenapa orang tak pernah nak hargai persahabatan? Dulu dia menghilang dan aku tercari-cari ke mana dia pergi. Dia dan keluarganya pindah tanpa khabar berita. Aku suka berkawan dengan dia kerana waktu tu dia mengerti aku, Danial. Tapi bila dia berubah macam ni di saat pertemuan secara kebetulan membuatkan aku jadi terkejut besar. Susah aku nak faham kenapa dia jadi macam tu?”
“Bukan ke aku dah kata jangan fikir lagi? Kau sendiri pun degil Ryzal. Janganlah kau biarkan kedegilan kau ni memusnahkan hidup kau dan masa depan kau. Aku ni bukan apa, Ryzal. Ayah aku tu nak bantu kau. Makcik Sofia amanahkan pada ayah aku supaya tengok-tengokan kau. Secara tak langung aku juga terlibat sama. Ayah aku tu tak nak kau berkerja dengan orang lain. Dia kata lebih baik kau kerja dengan dia di sini. Dan aku juga terpaksa kerja dekat sini walaupun aku kurang berminat perniagaan yang membabitkan komputer. Maklumlah aku ni bukan tahu semua ni.”
“Tak tahu boleh belajar. Aku kan ada. Kau boleh tanya. Kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Tapi tulah, terlalu besar tanggungjawab ni. Tapi hati aku rasa sunyi sangat.”
“Ni dah lain topik dah ni...” Danial Hakim dapat menghidu tahap kesunyian itu. “Kau rindukan Aleysa bukan?” Danial Hakim sengaja menduga biarpun diai tahu sudah semestinya.
Hasryzal mengangguk. Ternyata Hasryzal tersepit di antara persahabtan dan cinta. Nilai sahabat yang terputus dan erti cinta yang jauh ditinggalkan kita menjelma semula. Haruskan dia mengejar Aleysa semula sedangkan Aleysa seperti mahu mengelak darinya. Tidak fahamkah Aleysa tentang perasaannya itu. Rasa rindu yang mencengkap jiwa.
Danial Hakim membetulkan kedudukan kerusinya. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal hairan melihat tahap perasaan Hasryzal itu yang kemaruk cinta. Sudah terjangka bahawa Hasryzal tidak pernah melupakan Aleysa. Sebelum ini Hasryzal pernah meluahkan bahawa dia jatuh cinta pada Aleysa namun tidak berani mengungkapkan perasaan itu. Danial Hakim berfikir sama ada mahu membantu ataupun tidak. Adakah dia perlu membuat sistem barter? Mahukah Hasryzal membantu dirinya juga mendapatkan Linda sedangkan Linda dan Hasryzal tidak sebulu? Danial Hakim mahukan nama penuh Linda dan nombor telefon Linda, itu sahaja.
Di antara mereka berdua tidak dapat dipastikan siapakah yang paling gantleman. Adakah Hasryzal yang sanggup memujuk tetapi tidak dilayan, ataupun Danial Hakim yang hanya tahu memandang sahaja tanpa berkata apa-apa? Danial Hakim terfikir, Hasryzal perlu menguji tahap cinta dan kemampuan.
“Aku tak fikir dia rindukan aku.” Balas Hasryzal hampa lalu menongkat dagunya. Sempat dia menjengan jam dipergelangan tangannya. Sudah pukul 8.15 minit malam. Tiba-tiba sahaja mereka berdua tersentak dengan deringan telefon pejabat. Dengan pantas Danial Hakim mengangkat gagang telefon itu.
“Hello...”
“Danial ke?”
“Ya saya Danial.”
“Ayah ni.”
“Oh ayah... tak cam suara. Kenapa tak call handphone Danial je?”
“Saja nak pastikan kau ada dekat kedai ke tak ada.” Balas Encik Zamarul di hujung talian. Hasryzal hanya memerhatikan sahaja.
“Ayah ni macam tak percayakan Danial je. Macamlah Danial ni tak reti nak fikirkan tanggungjawab.” Ujar Danial Hakim lagi.
“Bukannya ayah tak percayakan kau. Ni ayah nak minta kau balik cepat sikit malam ni. Tutuplah kedai tu sekarang. Ada orang ke tak ada orang ke tutup je. Ayah ada hal sikit dan bincangkan dengan kamu berdua.”
“Maksud ayah, Ryzal juga mesti ikut ke?”
“Ye. Ayah nak Ryzal pun balik sekali. Malam ni suruh dia tidur dekat rumah ni je dulu dan esok baru balik sana.” Beritahu Encik Zamarul dan kemudiannya panggilan itu ditamatkan setelah Danial Hakim mengiakan semuanya.
“Ada apa?” Hasryzal bertanya setelah gagang telefon telah diletakkan semula oleh Danial Hakim.
“Malam ni ayah aku minta kita balik awal.”
“Kita?”
“Kau pun ikut sekali. Malam ni tidur sana.” Kata Danial Hakim yang masih tertanya-tanya apakah sebabnya sehingga ayahnya meminta kedai ditutup awal sebelum tiba waktunya.
“Sini siapa nak jaga?”
“Close.” Balas Danial Hakim. Hasryzal memuncungkan mulutnya. Dia hairan apa pula halnya sehingga pakciknya itu meminta dia pulang ke sana pada malam ni bersama dengan Danial Hakim. Mereka berdua bermain teka-teki yang entah apakah jawapannya. Jiak ingin tahu maka mereka mesti segera berkemas dan pulang ke sana.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)