“RUGI sungguh kau lambat balik.” Hasryzal bersuara sebaik sahaja Danial Hakim melabuhkan punggung duduk atas kerusi berhadapan dengannya.
“Kereta aku lambat siap tadi. Aku fikir mereka akan siapkan awal repairnya tapi lembap jugak.” Danial Hakim menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap perkhidmatan yang telah diberikan oleh mereka yang bertanggungjawab membaikpulihkan keretanya itu.
“Jadi sekarang dah siap ke?”
“Dah. Ada dekat luar tu. Tapi aku nak tahu apa pulak ruginya aku lambat balik? Hurm...” Danial Hakim menghempas pipinya pada lengan mempamerkan rasa penat seperti dirinya sahaja yang baikpulih kereta bahagian yang kemek akibat perlanggaran semalam.
Hasryzal memerhati sahaja gelagat Danial Hakim yang menggeliat badan. Danial Hakim turut menikmati kuapan yang terhasil dari menggeliatkan badan.
“Ngantuk ke?”
Danial Hakim mengantuk.
“Kalau kau tengok awek cun tadi pasti hilang rasa mengantuk. Cuba kau baca kad ni.” Danial Hakim terus mencapai kad perniagaan yang telah dihulurkan oleh Hasryzal.
“Tengku Aina Batrisya? Dekat sini tertulis dirinya seorang peguam tapi sekadar nama je ke Ryzal, gambarnya mana? Atau dekat mana pulak kau kutip kad ni?” Danial Hakim membulatkan biji matanya gara-gara terkesima melihat kad perniagaan tersebut. Danial Hakim berminat dengan perempuan yang berkejaya sebagai seorang peguam tapi hatinya telah dicuri oleh orang lain.
“Aku nak bancuh kopi dulu. Kau tolong jaga kedai. Nanti kita sambung topik awek cun.” Ujar Hasryzal segera bangun menuju ke ruang dapur pula. Danial Hakim termangu lalu meletakkan kad itu di atas meja. Dia cuba membayangkan wajah empuanya nama itu.
Hurm... cantik namanya tapi bagi aku nama Lin lagi sedap. Siapa nama sebenar Lin tu agaknya ye? Yang perempuan dimaksudkan oleh Hasryzal tu sudah pasti darah keturunan kerabat di raja. Danial Hakim memikirkan gerangan hal itu. Hatinya sudah dicuri oleh insan bernama Linda. Semalam mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja di saat Hasryzal sedang mengejar Aleysa. Danial Hakim akui bahawa Aleysa itu sungguh cantik namun baginya Linda lebih cantik dimatanya. Barangkali ciri-ciri wanita yang diminatinya ada pada Linda cuma dia kurang berkenan terhadap sikap panas baran Linda tu.
“Nah kopi kau.” Hasryzal muncul semula tanpa disedari oleh Danial Hakim. Dia beranggapan bahawa Danial Hakim sedang berangan kerana kelihatan begitu terperanjat setelah disapa.
“Ish! Kau ni kalau tak buat aku terkejut tak boleh ke? Nasib baik aku ni tak ada sakit lemah jantung.” Danial Hakim merungut. “Ryzal. Aku nak minta pertolongan kau sikit ni.” Ujar Danial lagi sambil memerhatikan Hasryzal melabuhkan punggung.
“Yelah. Apa dia? Tapi kalau aku boleh tolong aku akan tolong. Kalau perkara yang berat-berat sorrylah sebab aku masih banyak kerja lagi. Laptop pelanggan aku kena siapkan. Banyak nak kena buat ni.”
“Laptop si Tengku Aina Batrisya tu ke?”
“Amboi, cepat benar kau hafal namanya.” Kata Hasryzal dan Danial Hakim tersengih-sengih sahaja. Barangkali nama itu sungguh menarik perhatian namun bukan itu yang Danial Hakim mahu Hasryzal tolong.
Hasryzal menunggu apakah yang ingin Danial Hakim beritahu. Mungkin Hasryzal dapat tolong namun seperti yang dikatakan tadi, bergantung pada keadaan juga. Danial Hakim sedang berfikir. Hasryzal pula segera ingin tahu.
Danial Hakim nampak gelisah sambil mengetap bibir. Keadaan itu membuatkan Hasryzal sedikit mengeluh kerana menyangka ada perkara yang serius ingin diberitahu. Dia terus merenung tajam ke arah Danial Hakim yang masih mempamerkan kegelisahan.
“Kenapa diam?”
“Macam ni, tapi kau jangan marah okey?” Hasryzal mengerling. “Siapa nama kawan Aleysa tu?” Sambung Danial Hakim lagi.
“Aku dah agak. Betul sangkaan aku yang kau suke dekat si becok tu.” Balas Hasryzal sambil berpeluk tubuh.
“Kenapa, tak boleh ke?” Danial Hakim sedikit kecewa dengan ucapan Hasryzal yang berbaur tidak puas hati.
Hasryzal diam seribu bahasa. Entah apa yang berada di dalam kotak fikirannya sekarang ini hingga dahinya berkerut-kerut sambil memerhatikan Danial Hakim. Hasryzal cuba memberi alasan tapi tak terucap. Hasryzal sebenarnya tidak sukakan si becok itu. Hasryzal juga tidak berkenan Aleysa berkawan dengan perempuan bernama Linda. Kalau boleh dia mahu Aleysa tinggalkan Linda yang tidak tahu menghormati lelaki malah sentiasa memalukan kaum lelaki. Hal semalam begitu meninggalkan kesan padanya hingga berputik rasa dendam.
Danial Hakim terus bangun dan masuk ke ruang pejabat meninggalkan Hasryzal bersama dengan sekeping rasa kurang senang. Danial Hakim dapat merasakan bahawa Hasryzal tidak suka dengan pertanyaan itu dan lantas dia tidak menunggu lama di situ dan terus berlalu.
***
DIA menerima panggilan telefon. Panggil itu datangnya daripada kawan baik. Dia terus menjawabnya kerana sudah dua kali panggilan itu dibiarkan dan kali ini dia berpeluang membalas panggilan itu setelah tadi dia sibuk bekerja dan juga hadir ke mesyuarat.
“Ya Lysa ada apa?”
“Aku ada hal nak bincang dengan kau ni. On YM.”
“Busy ni.”
“Sekejap je pun.”
“Iyalah.”
Linda melepaskan keluhan setelah panggilan telefon ditamatkan. Dia terus menghadap komputer selepas telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Sempat juga dia bersandar seketika menghelakan nafasnya tadi dalam-dalam.
Linda tertanya-tanya. Kenapa tidak bercakap melalui telefon sahaja? Aleysa sejak-sejak ni suka benar berinteraksi dengannya melalui YM. Biasalah kemudahan dunia alam maya kini makin canggih. Katanya biarlah digunakan seadanya.
Sebaik sahaja dia membuka tetingkap YM itu dan dia sudah mendaftar masuk tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk pula. Dia terlupa bahawa dia telah menyuruh seseorang datang ke pejabatnya. Ada hal yang hendak dibincangkan.
***
ALEYSA mengeluh. Mana pula perginya Linda yang sudah berjanji mahu YM. Nampaknya Linda memungkiri janji. Sebentar tadi dia nampak Linda aktif seketika di YM namun hanya seketika lalu menghilang pula. Sungguh membuatkan Aleysa tidak senang duduk. Dia perlu menunggu seketika dan jika tidak ada maka dia perlu berbincang dirumah sahaja. Tapi jika di rumah Linda pasti beralasan. Di rumah jadi lain pula. Kalau boleh dia mahukan pendapat Linda sekarang juga kerana dia tidak sabar-sabar lagi.
Aleysa terus mencapai telefon bimbitnya lalu menekan butang SMS untuk dihantar kepada Linda. Aleysa ingin pastikan apa yang sedang Linda lakukan saat ini dan dia tahu Linda sedang berkerja namun dia ingin tahu kenapa Linda tidak tepati janji. Kenapa menghilang pula. Adalah line internet di tempat Linda bermasalah? Aleysa cuba berfikiran positif tapi hal yang ditanggungnya ini perlu dibincangkan dengan Linda agar dia mengetahu apakah pandangan Linda tentang masalahnya ini.
Mana kau? Kata nak YM? Aku perlukan kau sekarang ni.
Aleysa terus menghantar kiriman SMS itu kepada Linda. Dia mahu Linda membalasnya. Dan ternyata tidak lama selepas itu Linda membalas pesanannya.
Aku ada hal lain. Kita bincang dekat rumah sajalah nanti.
Linda memang memberi alasan. Alyesa mengeluh panjang. Sebaik sahaja dia hendak meletakkan telefon bimbintnya di atas meja. Tiba-tiba telefon itu berdering nyaring. Dilihat nombor yang tidak dikenalinya tertera di situ.
“Nombor siapa pulak ni?” Aleysa berkira-kira sama ada ingin menjawabnya ataupun tidak. Dia memang kurang senang menerima panggilan dari orang yang tidak diketahui. Sungguh tidak senang. Aleysa membiarkan sahaja. Dia memilih untuk tidak menjawabnya.
Alat interkom telah masuk ke line Aleysa. Aleysa kembali sibuk di waktu petang ini. Waktu kerjanya akan tamat dalam masa dua jam lagi. Perasaannya masih lagi tidak tenteram. Aleysa terus menekan butang dari alat interkom itu.
“Aleysa. Sila ke pejabat saya sekejap.”
“Baik bos.” Balas Aleysa kemudian menamatkan panggilan itu.
Aleysa berkerut dahi. Dia tidak tenang.
“Apa lagi orang tua ni nak?” Desis Aleysa sendirian.
Dia dipanggil lagi. Aleysa merungut lagi dan lagi. Sukar untuk dia behadapan dengan bos sendiri yang dianggap miang. Kenapa harus aku? Aleysa kekal merungut dan terus dihujani pertanyaan demi pertanyaan yang mengharapkan pendapat serta penjelasan.
Dengan langkah yang berat dia menunju ke bilik bosnya. Sungguh terpaksa namun bos tetap bos dan dia hanya pekerja biasa yang wajib menurut arahan. Pintu diketuk dan dia dibenarkan masuk.
“Sila duduk.” Arah bosnya.
“Macam mana, jadi?” Rupa-rupanya bosnya mahukan jawapan setelah Aleysa meminta masa empat jam untuk berfikir. Dan tempoh empat jam itu telah pun tamat. Aleysa sudah tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Untuk katakan tidak, bimbang akan dipecat. Untuk dikatakan ya nanti orang tua ni ambil kesempatan. Adakah dia perlu yakin bahawa bosnya ini baik orangnya?
Aleysa yang enggap duduk itu hanya mendiamkan diri. Dia serba salah sekarang. Dia yakin sekali bosnya ni sudah berumahtangga. Mustahil bosnya yang kelihatan kemas itu menguruskan sendiri pakaiannya. Mesti suri rumah yang uruskan. Tapi kenapa harus dia yang diajak keluar? Isterinya kan ada? Aleysa dihambat keraguan.
“Kira jadi. Lagipun saya nak awak datang ke rumah saya.”
“Eh?”
“Ya.” Bosnya mengangguk. Sekali lagi Aleysa dihentam dengan kejutan yang mendalam. Aleysa seperti mahu pitam diajak datang ke rumah pula. Pagi tadi cakap lain dan petang ni pula cakap lain. Aleysa keliru dengan bosnya sendiri.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)