Entri Terkini :

Versi Cintamu - Bab 5


PAGI tak cukup syarat kerana sudah hilang selera makan. Sungguh jadi tidak keruan gara-gara hal malam tadi. Dia duduk termenung lagi setelah melayani pelanggan acuh tak acuh aje. Ada di antara pelanggan bermasam wajah setelah melihat wajah tidak bermaya Hasryzal itu dan kemudiannya pergi. Tanpa sedar terdapat seorang pelanggan sedang berdiri di hadapannya juga tak dilayan. Hasryzal sudah hilang tumpuan.
“Assalamualaikum encik.” Kedengaran suara mencuit gegendang telinganya melalui ucapan salam itu.
Lambat-lambat Hasryzal menoleh. Terpegun dia melihat keayuan wanita yang sungguh cantik dengan tahi lalat kecil di hidung. Senyuman manis yang terukir itu mengegarkan jiwa raganya. Tak boleh jadi ni, detik hati Hasryzal yang terpaut melihat kecantikan itu namun hatinya perlu setia. Mana boleh buat macam ni, hatinya tu kan syok pada Aleysa. Hanya Aleysa seorang sahaja yang dinanti-nantikan. Tapi, gadis yang berada di hadapan matanya ketika ini pun cantik juga. Boleh tahan lawanya.
“Waalaikumussalam.” Balas Hasryzal lalu bangun dari tempat duduknya itu sambil menguntum senyuman manis. Dia ni datang seorang saja ke? Hasryzal tertanya-tanya. Ada peluang agaknya untuk dia berkenalan. Jika Aleysa menolak cintanya dia mungkin ada pengganti. Sudah terdetik begitu di hati Hasryzal sekarang ni. Mencuba untuk tidak setia.
“RAM untuk laptop 2GB ada tak?”
“DDR2 or DDR3?” Soal Hasryzal semula. “Erm, awak nak yang latest ke?” Sambung Hasryzal lagi.
“Kalau boleh.”
“Okey kita ada DDR3 lah. Awak nak saya pasang sekali ke?”
“Memanglah dan saya nak awak format laptop saya ni. Masuk virus agaknya dan dah tak boleh login masuk Windows. Kenapa nak tukar RAM pulak?”
Hasryzal tak lepas pandang melihat wajah si gadis itu. Sungguh ayu. Memang benar-benar ayu hingga setiap usul percakapan si gadis itu dia perhatikan dan dengan dengan baik-baik. Gadis itu hanya tersenyum kerana sengaja bertanyakan tentang RAM.
Si gadis yang bertudung biru berbunga-bunga dan dipadankan dengan baju kurung yang cantik itu terus meletakkan beg komputer ribannya di atas meja kaca. Lalu dikeluarkan komputer riba milik peribadi untuk ditunjukkan kepada Hasryzal.
“Ni laptop murah ni.” Tiba-tiba Hasryzal bersuara hingga terlupa menjaga hati pelanggan.
“Tak apalah kalau murahpun dengan laptop nilah saya buat assignment saya di universiti dulu. Laptop ni banyak berjasa pada saya. Awak tak bolehlah cakap macam tu.” Si gadis itu membalas ucapan Hasryzal.
Sedari tadi barulah Hasryzal perasan bahawa terdapat tanda nama pada baju si gadis itu. Kenapa aku boleh tak perasan? Tengku Aina Batrisya. Mak oih cantiknya nama. Keturunan darah kerabat di raja rupanya. Dia mungkin seorang cikgu? Hasry menduga. Atau mungkin seorang peguam memandangkan ada kut di lengan.
“Cik kerja apa ya?”
“Kenapa awak nak tahu ni?”
“Saja nak tahu itupun kalau tak keberatan.”
“Macam mana dengan laptop saya tu?” Tengku Aina Batrisya mengelak. Hasryzal faham. Mungkin menjadi rahsia.
Hasryzal cuba menghidupkan komputer riba itu dan dia dapati pelanggannya menggunakan Windows XP sedangkan sekarang telah keluar Windows yang terbaru, Windows Seven. Ramai orang pakai Windows berkenaan berbanding Windows XP namun jika dibandingkan antara Windows XP dan Windows Seven, Windows yang terbaru ini lagi tinggi impak penggunaannya namun bergantung pada peranti yang digunakan.
“Memang tak boleh nak on langsung ni. Lampu on dan off pun tak nyala. Kena tinggal dulu dan saya akan troubleshoot apa yang rosak, bagaimana?”
“Saya nak guna, macam mana ni? Saya ada banyak kerja menggunakan laptop tu.”
“Saya sarankan awak ambil laptop yang baru. Contoh model terbaru ni, Acer Aspire 4741-431G50Mn Core-i5.” Hasrysal menunjukkan komputer riba berkenaan dan menerangkan kelebihan komputer riba itu biarpun di hati Tengku Aina Batrisya tidak terdetik langsung untuk membeli komputer riba yang baru namun Hasryzal hanya mencuba. Mana tahu Tengku Aina Batrisya berubah fikiran pula.
“Takpelah, saya just nak tau adakah laptop saya tu masih dapat diselamatkan lagi? Tolonglah pulihkan semula laptop kesayangan saya tu. Boleh ye?”
“Baiklah saya akan tengokkan dulu dan apa-apa hal saya akan hubungi awak. Sila tinggalkan nombor telefon agar mudah saya hubungi awak nanti.” Ujar Hasryzal.
Tengku Aina Batrisya mengeluarkan sekeping kad.
This my card. Dekat situ ada nombor telefon saya.”
Hasryzal tersenyum sahaja sambil mengambil kad perniagaan itu.
Tengku Aina Batrisya
Maya Tekun & Co.
Kata tak nak beritahu apa pekerjaannya tapi dekat sini tertulis pula syarikat guaman. Kan betul tekaan aku dia ni mesti peguam jika bukan cikgu, bisik hati Hasryzal. Mungkin Tengku Aina Batrisya sengaja berbasa-basi untuk tidak memberitahu pekerjaannya di awal-awal tadi. Barangkali bimbang Hasryzal akan beranggapan bahawa dirinya bakhil kerana tidak membeli komputer riba yang baru.
***
LANGKAHNYA laju untuk menghadap bos setelah dipanggil. Dia mendapat tahu dari rakan sekerja yang lain bahawa bosnya itu sangat garang. Hati dan perasaannya sungguh tidak tenteram. Apa pula kesalahan yang dilakukannya kali ini sehingga tergesa-gesa bosnya itu mahukan dirinya datang berjumpa dengan kadar segera? Dia masih berteka-teki.
Perlahan-lahan pintu pejabat bosnya diketuk. Dia agak gugup namun sempat menarik nafas dalam-dalam agar dapat mempamerkan ketenangan meskipun sukar. Sifat bos yang garang bukanlah menjadi kegemaran sesiapa sahaja pekerja termasuk dia yang baru sahaja bekerja di sini. Baginya rezeki ada di mana-mana namun setelah berjaya dalam temu duga pada sebelum ini melayakkan dirinya mendapatkan jawapan sebagai pegawai promosi selaras dengan kelulusan yang dimilikinya.
“Masuk.” Kedengaran suara bosnya dari dalam mengarahnya supaya masuk ke dalam. Dia masih lagi gugup. Pintu itu dikuak perlahan-lahan lalu dia terus menyusun langkah.
“Ada apa bos nak jumpa saya?”
“Ya Lysa. Saya ada hal nak bincangkan dengan awak.” Beritahu bosnya. Tiada langsung sikap garang dipampang diwajah bosnya itu. Memang sekali lihat pada wajah bosnya itu nampak bengis namun apabila bosnya itu mengukir senyuman jelas terpampang bahawa bosnya ini seorang yang memahami. “Sila duduk.” Arah bosnya.
Aleysa terus melabuhkan punggungnya setelah kerusi ditarik sedikit. Dia bermain dengan jari-jemarinya seakan bimbang. Jiwanya dihambat rasa gerun pula mengenangkan rakan sekerja sebentar tadi menakut-nakutkan dirinya bahawa dia bakal dimarahi.
“Lysa...” Namanya lirih disebut.
Aleysa yang tertunduk itu mengangkat semula kepalanya. Bosnya masih lagi tersengih. Entah apa yang sedang difikirkan oleh bosnya itu Aleysa sendiri tidak mengerti. Lain benar sikap yang dipamerkan. Aleysa gemuruh. Darahnya mengalir dengan laju. Sememang dia sering sahaja begitu tatkala berhadapan dengan sesebuah perkara yang dia tidak ketahui hujung pangkalnya.
“Ya saya...” Jawab Aleysa.
“Kenapa awak nampak macam takut sangat? Selama saya jadi bos dekat sini saya tak pernah lagi makan orang. Awak jangan fikir bahawa aya nak marah awak. Jangan percaya dekat pekerja-pekerja lain tu. Mereka sengaja nak usik awak. Tapi tak sangka pulak yang awak ni seorang yang mudah panik ya?”
Aleysa terbungkam mendengar bicara itu. Adakah dirinya dipermainkan? Tetapi apakah tujuan bosnya mahu bertemu dengannya? Kerjanya masih lagi banyak. Dia tidak mahu membuang waktu pada perkara yang sia-sia begini.
“Saya memang ada perkara nak bincang dengan awak ni. Tapi bukan di sini. Malam nanti awak sudi keluar dengan saya?”
“Keluar?”
“Ya.”
“Apa ni bos? Apa hal yang mustahak sangat sampai saya kena keluar dengan bos pada waktu malam pulak? Waktu kerja saya sampai pukul enam petang sahaja. Takkan saya kena buat over-time pulak kut?” Aleysa sedikit terkejut setelah diajak keluar oleh bosnya sendiri yang dia sendiri tidka kenal hati budi. Dia bimbang sekiranya bosnya itu mempunyai maksud yang lain. Dia tidak mahu menjadi kebanyakan gadis yang menjadi mangsa angkara nafsu buas sang lelaki yang tiada podaman. Dia tidak mahu perkara itu terjadi ke atas dirinya.
Aleysa bukan menegakkan sikap negatif itu namun perkara tersebut perlu diambil berat memandangkan dia masih baru bekerja di sini dan diajak keluar bersama seorang lelaki untuk berdua-duaan pula pada waktu malam amat menyeramkan.
“Saya takkan apa-apa kan awak. Saya ada hal penting dan bincangkan dengan awak. Janganlah awak risau.”
“Cakap dekat sini aje tak boleh ke bos?”
“Tak sesuai.” Balas bosnya.
Tiba-tiba telefon pejabat bosnya itu berbunyi dan dia mungkin terpaksa menunggu apa pula ucapan seterusnya yang ingin disampaikan oleh bosnya selepas tamat panggilan itu bakal dijawabnya.
“Bos, telefon.”
“Saya tahu tu telefon.”
“Telefon tu kan berbunyi. Jawablah. Mana tahu ada perkara yang lebih penting dari ni.” Kata Aleysa.
“Kalau saya tak nak jawab, bagaimana?”
Aleysa terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi. Bosnya itu asyik merenung tajam ke arahnya. Aleysa jadi kurang selesa. Di hatinya terdetik seulas rasa bahawa bosnya ini seorang yang miang keladi. Bimbang sungguh dirasakannya saat ini. Telefon yang berdering itu dibiarkan sahaja tanpa dijawab dan akhirnya panggilan itu tamat sampai situ sahaja.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.