Entri Terkini :

Versi Cintamu - Bab 1

“ENCIK, dekat sini ada photostat tak?!” Dengan garangnya seorang perempuan bertanya. Orang yang ditanya sedang berdengkur.
“Encik!” Meja ditepuk kuat dan seorang lelaki menggelabah sendiri sambil mengelap dengan tangan pada bibir bimbang akan air liur basi ada yang meleleh.
“Mak!! Hujan dah turun... Ryzal nak angkat kain di jemuran ni...” Secara tiba-tiba seorang lelaki yang kepalanya di atas meja tadi terpisat-pisat melatah.
Hasryzal merenung lama wajah si gadis. Kedua-dua mata mereka bertembung.
Aduh, tampannya dia, bisik hati si gadis itu. Di dalam hati si jejaka malang itu pulak yang tadinya berdengkur dan barangkalinya mengucapkan perkara yang sama. Cantiknya awek ni... puji Hasryzal dalam hati biarpun saat ini dia cover malu. Kan betul?
“Main-main ye? Aku tanya ni, dekat sini ada photostat ke tak? Dah lama ke buka kedai ni?” Si gadis yang berwajah cantik dan berambut ikal mayang sedang berdiri di hadapan kaunter dengan dahi yang berkerut-kerut. “Panas betul dalam kedai ni, air cond takde, lepas tu layanan langsung tak memuaskan. Masuk-masuk aje tengok pekerja berdengkur!” Si gadis mengetap bibir. Lelaki yang bernama Hasryzal membulatkan biji matanya gara-gara sindiran pedas disembur oleh si gadis yang berangan cantik.
“Apa yang kau cakap ni? Banyak bunyi pulak.”
“Aku tanya! Dekat sini ada mesin photostat ke tak?”
“Kau ingat ni kilang buat mesin photostat ke?” selamba aje si mamat ni jawab kerana dah marah sangat dengan sikap biadap gadis yang berangan cantik. Namun begitu, si mamat ni pulak dengan tak gentle-nya kembali melabuhkan dahinya pada lengan sambung tidur.
“Kurang ajar sungguh peniaga ni. Macam mana bisnes nak maju? Menyesal aku masuk kedai ni.” Si gadis itu marah lalu beredar begitu sahaja. Kasihan si gadis silap bertanya lain pula jawapan yang diberikan oleh Hasryzal.
Usai beberapa ketika datang lagi seorang lelaki separuh abad. Datang dengan lagak orang kaya berjalan mendabik dada dan sesekali menggosok hidung sendiri. Lelaki itu datang berwajah garang lalu mengetuk meja kaunter di mana Hasryzal sedang sambung tidur. Barangkali Hasryzal keletihan waktu ini pada pukul 10 pagi kembali berdengkur lagi.
“Saudara!” Pekik lelaki berkot tanpa mengendahkan keadaan. Di dalam kedai tiada pelanggan selain lelaki ini dan Hasryzal serta seorang makhluk lagi.
“Mak!! Kan Ryzal dah angkat kain...” Sekali lagi Hasryzal melatah. Teruk sungguh bunyinya kalau lelaki melatah namun begitulah hakikatnya seorang lelaki muda berusia 24 tahun masih bujang dan tampan serta kurang asam itu segera berkerut dahi dan berdiri di hadapan lelaki berkot itu. “Eh pakcik... bila sampai?” soal Hasryzal.
“Amboi sampai melatah?! Dekat rumah kau boleh panggil aku pakcik tapi dekat sini kau kena panggil aku bos. Apa ni tidur aje? Hancurlah bisnes aku kalau macam ni? Aku baru aje buka perniagaan ni dan aku percayakan kau untuk uruskan kedai ni tapi kau asyik tidur, apa hal ni?”
“Letihlah pakcik.”
“Bos!”
“Yelah bos...” Akur Hasryzal.
“Ni mana Danial Hakim? Dari tadi aku tak nampak lagi ni? Ini lagi sorang mangkuk hayun sungguh.” Marah sungguh pakcik Hasryzal. “Danial!!!” Pekiknya.
Dengan segera dan sepantas kilat seorang lelaki sebaya Hasryzal bernama Danial Hakim bergegas ke hadapan.
“Ye ye! Datang ni...” Dari jauh kedengaran suara Danial Hakim sambil berlari.
“Ya Allah! Kau buat apa dekat belakang tu dengan zip tak tutup ni Danial?”
Hasryzal yang berdiri di hadapan Encik Zamarul menahan rasa ingin ketawa melihat gelagat Danial Hakim yang juga mudah menggelabah.
“Ayah, janganlah marah-marah macam ni. Saya tak boleh ditengking nanti terkencing.” Jawab Danial Hakim.
Encik Zamarul berkerut dahi sambil bercekak pinggang. Anaknya itu memuncungkan mulut hampa dengannya agaknya namun si anak yang degil itu masih mengulangi kesilapan yang serupa. Barangkali Danial Hakim juga tidur di bahagian belakang.
“Kau berdua ni tak boleh diharap langsung. Kamu berdua ni memang buat sakitkan hati aje. Danial, ayah buka perniagaan ni untuk kesenangan kamu berdua. Tanam anggur aje hidup sebelum ni. Ayah dah bagi kerja tapi tak boleh uruskan dengan baik. Kau pun Hasryzal! Macam mana ni? Kau tu dah jadi tanggungjawab pakcik untuk menjaga kau. Fikirlah sikit pakai otak. Geram sungguh macam ni.” Encik Zamarul melepaskan rasa amarahnya dan dia sudah tidak bersabar lagi. “Mulai saat ni aku tak nak tengok kau berdua tidur!”
“Ayah... saya tak tidur, saya buang air besarlah... sakit perut ni. Haa... adeh adeh... perut buat hal lagi. Ayah, Danial minta diri nak ke tandas.” Danial Hakim terpaksa berundur untuk melepaskan hajatnya kembali.




***

TENGAH hari yang begitu panas terik membakar kulit mereka berdua yang melangkah menuju ke kereta. Mereka berdua baru sahaja selesai makan tengah hari bersama-sama. Masing-masing berkerut dahi memikirkan hal kena marah tu. Hasryzal salahkan Danial Hakim dan begitu juga sebaliknya.
“Kenapa hari ni malang sangat?” Danial Hakim masih lagi mengungkit hal yang sama berulang kali. Sudah pasti dia mahu menyalahkan Hasryzal sepupunya itu.
“Mana aku tahu. Kau tu kalau melepak dekat restoran sampai tak ingat nak balik rumah tengah malam tadi. Tengok dekat tempat kerja pun buat hal. Pakcik Zam ayah kau tu garang siot. Sebelum ni tak pernah marah-marah aku.”
“Ayah aku tu pun pakcik kau jugak!” Balas Danial Hakim sambil menggaru telinganya yang sedikit gatal lalu kereta itu dipandu perlahan-lahan.
“Yelah itu aku tau tapi kalau kantoi tutup kedai tengah hari ni kau jangan salahkan aku pulak. Ayah kau dah pesan jangan tinggalkan kedai sebabnya kena ada orang yang jaga dan perniagaan mestilah berterusan. Kedai baru dibuka maka kenalah gigih berusaha. Aku pun tak nak hampakan kepercayaan yang diberikan oleh Pakcik Zam.” Ujar Hasryzal pula bersandar rapat pada kuisyen sebelah tempat duduk pemandu itu.
Sudah menjadi amanah yang perlu dipikul oleh mereka berdua namun seringkali dimarahi kerana mereka berdua buat kerja main-main sahaja. Bukan keluar modal sendiri pun hanya menguruskan sahaja maka dianggap remeh dan mudah. Aduh parah juga jika perniagaan yang baru dimulakan itu mengalami kerugian dan sudah pasti Encik Zamarul akan menyinga dan menghalau Hasryzal begitu sahaja. Siapa tahu kan?
“Aku tetap akan salahkan kau.” Dalam Danial Hakim berucap tiba-tiba sebuah kereta Proton Pesona keluar dari tempat parking maka Danial Hakim yang tak sempat tekan brek terlanggar buntut kereta itu dari tepi.
“Aduh! Kau langgar kereta siapa pulak ni?” Hasryzal menggelabah. Danial Hakim tepuk dahi kerana menahan bengang dengan sikap pemandu kereta tersebut.
“Stupid! Habis hancur kereta aku! Dia tu tak reti bawa kereta ke? Tak reti bagi isyarat nak keluar dan tak reti nak berhati-hati ke? Main keluar aje. Geramnya aku!” Danial Hakim sakit hati lalu keluar dari perut keretanya menuju ke arah tuan empunya kereta terbabit.
Seorang gadis jelita berkerut dahi juga keluar dari kereta itu. Wajahnya cantik sungguh manis namun malangnya kemanisan itu hilang gara-gara insiden yang tak terduga telah berlaku. Pandangan mereka berdua bertaut antara satu sama lain. Danial Hakim tergamam seketika melihat kejelitaan gadis itu yang nampak agak marah namun masih lagi cool meskipun dahi si gadis itu sedang berkerut. Kerutan kasar tanpa suara. Mata bertemu mata adakah akan lahirnya rasa cinta? Danial Hakim ni memang dah lama mencari cinta. Agak-agaknya boleh ke dia mendapatkan separuh hati si gadis untuk dicantumkan dengan hatinya?
“Hei perempuan! Kau tak nampak ke kereta ni lalu dekat sini dan kau main keluar aje. Sekarang siapa nak bayar ganti rugi ni?” Tiba-tiba sahaja Hasryzal mencelah dan Danial Hakim terkesima seketika dan terpisat-pisat kerana tidak mengetahui sejak bila Hasryzal turut keluar dari perut kereta.
Si gadis itu merenung tajam ke arah Hasryzal yang bercekak pinggang membela nasib sepupunya sendiri. Kacau daun betul si Hasryzal ni. Cinta hampir-hampir sahaja menyuluh hati mereka berdua antara Danial Hakim dengan si gadis itu tetapi tersekat pula.
“Eh, tolong sikit. Aku ke yang salah? Jangan-jangan kau bedua ni masih mamai lagi bawa kereta. Rosak sedikti aje pun dan aku boleh bayar ganti rugi tapi aku nak tau yang memandu kereta Wira Aeroback ni ada lesen ke takde hah? Kalau tak ada aku nak sue dekat balai polis!” Si gadis itu marah.
Keadaan yang menjadi tegang dengan kehadiran mulut laser Hasryzal itu membuatkan suasana kian runcing. Dalam keadaan itu keluar seorang gadis lagi dari sebelah tempat duduk pemandu kereta Proton Pesona dan akhirnya Hasryzal terdiam.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.