Entri Terkini :

haruskah ada berita?

Hamba berlari-lari mengejar pelangi yang semakin lama ia semakin menghilang dalam kehibaan senjakala. Warna-warna pelangi kian suram dan ia mengirimkan khabar bahawa mendung bakal beradu. Aduh sakitnya dalam jiwa mengenangkan kasih yang terpatri sekian lama terlerai jua. Cintanya dan cintaku terpisah setelah lama dulu dan kini ia menyiksa diri hamba yang ketandusan kasih sayang.

Bukan ini yang hamba ingin katakan. Bukan cerita di atas aksara yang hamba coretkan sebagai pembuka bicara. Tetapi sekadar ukiran rasa. Baikalah, hamba tampil di sini kerana setelah kecurangan jiwa telah berlaku. Ia adalah kerana sesuatu makna disalahertikan. Sukar untuk hamba memahami situasi ini namun ada pakar mengatakan ia adalah lahir dari sikap prasangka induvidu kepada induvidu yang lain. Adakah hamba sedang dimusuhi? Atau hamba sedang diperhatikan? Siapakah gerangan insan cemerlang itu yang sibuk memerhati gerak langkah hamba? Adakah ia spesis makhluk asing seperti ini?

Hamba bukannya artis sehingga tuan hamba patut mengambil tahu akan hal hamba. Apa yang hamba makan pun tuan hamba ingin peduli? Dengan siapa hamba berkawan juga tuan hamba sibuk mengutuk dan mengherdiknya. Sarkastik sungguh manusia begini.

Dan... adakah ia makhluk lain? Hamba risau juga sekiranya ia bukan begini. Jika ia adalah manusia hamba sangat susah hati kerana takkan manusia selemah hamba ini ada juga yang berasa kurang senang dan selesa terhadap hamba? Ya Allah dugaan apakah ini? Tukarkanlah hatiku ini menjadi seperti ini,



ouch~ Seronok betul hatiku sekaya itu? ha ha ha, terlalu jauhlah wahai tuan hamba. Hati hamba sebenarnya bukan begitu, hati hamba seperti di bawah ni, 

hehehe, begitulah hamba wahai tuan hamba dari orang-orang yang sibuk sangat mengata hamba yang bukan-bukan. Bosan hamba macam ni tapi hamba sepatutnya tidak perlu merasakan sedemikian kerana hamba perlu beranggapan bahawa mereka yang bersikap sedemikian sama sahaja dengan.....

Maka hamba tak boleh nak kata apa lagi, isk isk isk isk.... sabor ajelah.... dunia ini terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mesti diharungi. Menjadi jiwa yang kuat dan hati yang tabah bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Ampunkan hamba~~


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.